Friday, December 10, 2010

Pembangunan DUN Tahan Hilir


Beratus-ratus posting WZWH sebelum ini banyak sentuh pembangunan DUN Tahan Ulu dan Tengah. Isu-isu pembangunan Ulu Tembeling dan  Tembeling Tengah yang memerlukan lonjakan ledakan pembangunan. Tidak dinafikan kawasan-kawasan ini ketinggalan dalam arus kemajuan.

Posting kali ini WZWH mahu sentuh pembangunan DUN Tahan Hilir. Kawasan ini dari Kampung Kuala Tembeling hingga ke Kampung Pedah. Kampung Besul, Paya Teh/ Besul, , Teh/Batu Embun, Paya Embun, Tampin, Lada, Pulau Mansuk, Jerantut Feri, Paya Garok, Paya Petai.

Kawasan DUN Tahan Hilir ini boleh dikatakan sebahagian besarnya adalah pinggir bandar suburban bandar Jerantut. 

Jika hendak memajukan DUN Tahan Hilir, apa yang WZWH nampak bandar Jerantut atau projek "Greater Bandar Jerantut" perlu dilaksanakan. Tapi pembesaran bandar Jerantut dimajukan oleh syarikat swasta yang mengenakan harga kedai yang sangat tinggi tidak mampu dimiliki oleh peniaga-peniaga Melayu, Cina dan India yang daif. Kebanyakan peniaga Cina boleh mendapat bantuan Dewan Perniagaan Cina.

Ada jaminankah peniaga Melayu yang tidak mampu memiliki kedai ini akan dibantu oleh GLC kerajaan seperti PKNP, PASDEC, MAIP atau UDA. Pemimpin UMNO Bahagian perlu memain peranan. Wakil rakyat ADUN mahu pun EXCO dan MB perlu sedar bahawa perlu seimbang komposisi pemilikan kedai-kedai di bandar Jerantut.

Jika tanah-tanah di bandar Jerantut milik kerajaan atau diserah kepada MDJ maka kerajaan negeri boleh membangunkan pembangunan bandar Jerantut secara seimbang. Jika penjaja kecil tidak puas hati kerana tidak mampu memiliki kedai dan mereka tidak boleh berniaga kerana tiada tapak maka itu masalah. Mereka akan marah. 

Hal sebegini perlu diselesaikan oleh pemimpin di peringkat Jerantut saja jangan biarkan PM DS Najib menyelesaikannya. DS Najib ada banyak masalah negara yang besar perlu diselesaikan. Jangan bazirkan masa berharga PM.

Jika kita pastikan pembangunan bandar Jerantut seimbang maka "spill over" limpahan aktiviti ekonomi akan   mengalir ke kawasan pinggir bandar samada di DUN Tahan dan DUN Damak. Maka kita boleh lihat pembangunan DUN Tahan Hilir akan berlaku.

Beberapa projek "flyover" perlu segera dibina di pinggir bandar berdekatan DUN Tahan kerana laluan kereta api. Juga "flyover" di DUN Damak. Tanah-tanah di pinggir bandar dalam DUN Tahan akan makin naik nilai harga tanah maka tanah-tanah ini jangan dijual. Tanah-tanah ini perlu dimajukan secara usahasama dengan kerajaan, GLC dan pemaju swasta.

4 comments:

SPU said...

Salam.
Senarai linklist sudah semakin panjang, sudah tiba masanya untuk bertukar kepada template baru dan saya cadangkan gunakan template 4 colums sebagai persediaan masa hadapan juga, jika ada kesulitan dalam mengubahnya serta perlukan bantuan dalam menukar header boleh hubungi SPU untuk sedikit pandangan.

dobit127 said...

salam.

Dalam pembangunan orang melayu terutamanya, kawan berpendapat agar persatuan penjaja dan peniaga kecil daerah Jerantut(kalau ada) diberi tumpuan dan fokus sebagai pusat rujukan untuk sektor IKS ini. Sekarang ini terdapat pelbagai sumber rujukan yang membuat pemboleh ubah dalam memberikan sesuatu contohnya geran. Dalam hal ini, kita boleh melihat contoh Bandar Jengka dalam melaksanakan konsep sedemikian. Walaupun sukar melaksanakan tetapi jika tidak laksana langsung, keadaan tetap akan sama juga seperti sekarang.

Mungkin pembangunan Dataran Jerantut (depan bangunan MDJ) boleh didirikan pusat perniagaan bagi pengusaha IKS. Hal ini tidak memerlukan perhatian DS Najib. Ia sekadar sumbang saran dan kerjasama pihak2 di dalam Jerantut sahaja terutamanya MDJ.
Tentangan dari kaum Cina tidak dapat dielakkan. Projek asas Dato' Shukri 'greater Jerantut' cukup untuk menampung kemaraan kaum CIna. Usahalah agar kaum Melayu juga mendapat hak yang sama. bukan orang Melayu tak mampu membeli bangunan ratusan ribu. ada peniaga yang dikategori kecil ini berpendapatan menceecah RM5k ke RM10k sebulan. Pembayaran bulanan pembelian kedai boleh dilakukan. Masalah utamanya ialah pembiayaan dari institusi kewangan.

Itu nukilan kawan. Mungkin tuan blog lebih mempunyai idea lain. Sesama kita memajukan kaum kita. Kot nak harapkan kaum Cina memajukan kita.

dobit127 said...

Berkenaan ulasan SPU di atas,

boleh kiranya tuan blog mengambil perhatian petukaran kepada template 4 columm. Lebih 'comel' kata ore kelate.

mie said...

Jalan Dari Jerantut Fery ke padang Piol, Sg. Retang dan kuala tahan bila nak buat? setiap kali pilihanraya janji macam2 tapi sampai sekarang janji tinggal janji, Saya anak felda amat kecewa dengan sikap jika menang nak buat itu dan ini....

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024