Sunday, March 6, 2011

PRK DUN Kerdau: Kempen Terakhir Felda Jengka 25
















YB Dato' Wan Amizan Wan Razak ADUN Tahan, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut merangkap EXCO Pemuda UMNO Malaysia memberi amanat kepada pengundi luar generasi ke dua Felda Jengka 25 yang pulang dari perantauan untuk mengundi PRK DUN Kerdau.















Dato' Wan Amizan adalah tokoh politik muda anak peneroka yang layak memberi panduan halatuju generasi ke dua Felda kemana mahu membawa masa depan mereka 50 tahun akan datang. Beliau menceritakan sejarah Felda dan harapan masa depan. Kenapa mesti mempertahankan kerajaan BN dan UMNO demi perjuangan.


Kemudian menyusul YB Dato' Ahmad Maslan Timbalan Menteri Felda merangkap Ketua Penerangan UMNO Malaysia. Beliau memberi fakta dan angka kemajuan Felda kepada pengundi luar generasi ke dua Felda. Beliau menunjukkan kekuatan kerajaan BN dan kelemahan PR.















Akhir sekali kehadiran TS Isa Samad dan isteri pada jam 11.30 malam dalam program santai bersama penduduk Felda Jengka 25 mengakhiri kempen terakhir di Felda Jengka 25. Berbagai program diadakan terutama cabutan bertuah dengan hadiah, hamper, dan barangan yang menarik.

Sudah hampir seminggu WZWH berkampung di Felda Jengka 25. Pengalaman berkempen di kawasan Felda meninggal banyak kenangan manis. WZWH harap insyallah Syed Ibrahim calon BN akan menang dengan majoriti yang lebih besar.


Saturday, March 5, 2011

PRK DUN Kerdau: Aktiviti Jengka 25















DS Lajim Ukin Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan memberi ceramah politik di Jengka 25. Turut hadir Dato' Wan Amizan bin Wan Razak ADUN Tahan.















DS Lajim Ukin memberi peringatan tentang kitaran semula sampah. Sebuah tong sampah kitar semula diberi kepada Jengka 25. Negara perlu ada pengurusan sampah kitar semula yang setanding dengan negara maju.















Dato' Wan Amizan selaku Pengarah PRK DUN Kerdau: Jengka 25 sedang menjalankan  mesyuarat jentera pilihanraya. Kelihatan Setiausaha Perhubungan UMNO Kedah ada bersama.

Pentas konsert Ana Raffali yang berlatarbelakang Gunung Senyum yang cantik pemandangannya.















Penduduk Felda Jengka 25 terpaku dengan persembahan acoustik dan unik dari Ana Raffali. Band Monoloque yang mengiringi persembahannya. Lagu hit "Kalau berpacaran" menjadi siulan hit anak-anak muda sekarang.















Ucapan Dato' Wan Amizan Wan Razak. Mengalukan kedatangan Ana Raffali. Beliau berkata persembahan konsert dan kebudayaan ini untuk melegakan suasana ketegangan pilihanraya-"cooling period".















Ana Raffali memberi satu pose istimewa. Beliau adalah anak Kerdau sebab neneknya adalah dari Kampung Ketapi Kerdau Pahang.















Dato' Ibrahim Ali, Presiden Perkasa selepas selesai berceramah politik di Rumpun Makmur singgah sebentar di rumah "homestay" Felda Jengka 25 TS Isa Samad. Kedua-dua tokoh telah membincangkan isu-isu politik negara terkini.

Friday, March 4, 2011

PRK DUN Kerdau: Ayoh Politikus Dan Semua Penyokong Mari Kita Nikmati Konsert Ana Raffali Di Jengka 25


Setelah hampir seminggu politikus dan penyokong tidak kira dari parti UMNO, PAS, PKR, DAP dan komponen BN dan PR berkempen sampai berasap kepala, malam ini di Jengka 25 mari ringankan kepala nikmati konsert Ana Raffali dan artis-artis muda.

Semalam WZWH difahamkan di Rumpun Makmur berlaku pertembungan ceramah retorik politik antara Anwar Ibrahim dan Umi Hafilda. Sememangnya di 13 peti undi terdapat banyak ceramah politik. Sudah tentu minda pengundi-pengundi di PRK DUN Kerdau sudah tepu dan tension.

Ayoh mari kita berhibur dan bersantai terutama pengundi-pengundi muda tidak kira dari parti mana. Yang otai-otai kalau hendak teruskan berideologi dan retorik politik teruskan lah. Jangan kita naikkan darah tinggi dan stress politik. Lupakan politik seketika mari kita beramah mesra.

Malam ini juga di Jengka 25 ada jamuan perdana melibatkan penduduk di Jengka 25, Felda dan UMNO Bahagian Jerantut. Mari kita makan malam, bersantai, beramah mesra, berinteraksi tidak kira apa parti kita betul-betul jamuan makan malam perdana dan konsert 1Malaysia berlatarbelakangkan panaroma Gunung Senyum. What a beautiful concert!

WZWH ingin menjemput semua blogger-blogger nasional dan Pahang ke Jengka 25. Live from Jengka 25, The beautiful concert with Gunung Senyum view presents Ana Raffali sponsored by YB Dato' Wan Amizan Wan Razak Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut merangkap EXCO Pemuda UMNO Malaysia.

Sedikit maklumat Ana Raffali:

Ana Raffali atau nama sebenarnya Ana Nur Hidayah binti Mohd Raffali ialah seorang pemuzik Malaysia berdarah Melayu. Beliau dilahirkan pada tanggal 4 November 1985. Beliau berkemahiran dalam nyanyian, penggubahan lagu dan pemainan gitar. Beliau mula mendapat perhatian setelah mengeluarkan single "Hujan Bunga di Kuala Lumpur" di corong radio pada tahun 2009. Niat beliau ingin membantu keluarganya yang susah membuahkan hasil dengan penghasilan album pertamanya, Ketika Aku Kecil yang telah keluar pada April 2010. Bermula dengan hobi bermain gitar, Ana mula berjinak menulis lagu sebagai cara meluahkan perasaannya ketika menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dalam jurusan Pendidikan Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL). Beliau sentiasa berbaju kurung atau kebaya ketika membuat persembahan.

Album

Single
Kalau Berpacaran (2010) duet bersama Soohaimi Meor Hassan & menampilkan Altimet

Konsert
Konsert Analoque di Lambang Sari, Istana Budaya Kuala Lumpur (2010) bersama kugiran Monoloque
Pencapaian
Juara Keseluruhan Anugerah Juara Lagu ke-25 menerusi lagu Tolong Ingatkan Aku ciptaan beliau sendiri.

Kalau berpacaran dengan BN jangan malu jangan segan...
Undilah Syed Ibrahim  BN boleh beri masa depan...

Ummi Dan Rahimi Bongkar Pungkar Anwar Ibrahim Di Kerdau


Anwar ahli politik Malaysia paling kuat pungkar. Istilah pungkar ialah bahasa dialek Pahang bermaksud penuh tipu dan bohong. Lain-lain dialek Pahang yang seerti ialah reba atau bobok.

Tapi pungkar Anwar disukai, dipercayai dan diterima oleh Lim 2 beranak. Karpal 3 beranak, Hadi dan Nik Aziz. Sesetengah pengikut PAS anggap cakap Anwar ini bawah sikit pada Al-Quran dan Hadis. Pengikut PKR anggap Anwar ini "nabi politik". Pengikut DAP anggap Anwar macam "Raja Melayu".

Begitulah hebat pungkar Anwar.

Tapi...di Rumpun Makmur salah satu peti undi di PRK DUN Kerdau dimana Anwar Ibrahim berceramah, menunggu Ummi Hafilda dan Rahimi Osman membongkar pungkar Anwar.

Ummi Hafilda cakap antara Anwar, Azmin, Wan Azizah dan Shamsidar ada rahsia besar yang ditutup melibatkan skandal sex dan wang berjuta. Ummi mahu abangnya Azmin bertaubat. Ummi tidak mahu abangnya bersekongkol dengan Anwar menipu negara dan rakyat.

Dalam ceramah Anwar di Rumpun Makmur bila Anwar bangkitkan kerajaan BN rasuah terus Ummi Hafilda tembak Anwar lah bapa rasuah. Banyak saham diberi kepada bapa dan adik-beradik Anwar dan Azmin. Anwar terkedu dan terus berhenti ceramah.

Rahimi Osman bekas pembantu Anwar sama seperti Saiful Bahari cakap dia mahu menentang tuduhan liar dan penipuan politik Anwar. Rahimi budak Temerloh tidak mahu rakyat Kerdau dan Pahang terpedaya dengan Anwar.

Rahimi kata Anwar dulu ada link dengan Yahudi, Israel dan AS.

Hanya taraf Ummi Hafilda dan Rahimi untuk mematikan pungkar Anwar di PRK DUN Kerdau. Hasrat PAS untuk gunakan kehadiran Anwar bagi strategi saat akhir membawa gelombang perubahan tidak kesampaian sebab rakyat Kerdau dan Pahang sudah tahu pungkar, reba dan bobok Anwar Ibrahim.

WZWH tahu rakyat Pahang sangat sayangkan DS Najib PM Malaysia - A prince of Pahang! Nya bodoh amat weh kalau orang Pahang menolak Najib.

Wednesday, March 2, 2011

PRK DUN Kerdau: Bila PAS Putarbelit Kredibiliti Calon BN


Orang Kerdau lebih memahami erti politik Pahang dan tahu siapa calon terbaik mereka demi masa depan.

PAS terdesak di PRK DUN Kerdau. PAS tahu mustahil boleh menang. Apa lagi caranya? Putarbelit kredibiliti calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Mula-mula kata Syed Ibrahim Syed Ahmad tak lulus Azhar. Bila tunjuk bukti Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai  Pengarah Pilihanraya PAS PRK DUN Kerdau kata itu bukan PAS buat. Itu kerja calon-calon UMNO yang gagal.

Kemudian kata calon profesional PAS boleh bawa lebih banyak pembangunan di DUN Kerdau jika nak banding dengan Syed Ibrahim Syed Ahmad yang hanya guru agama SMA sebelum diambil MB Pahang jadi penasihat agama.

Hassanuddin Salim calon PAS PKR Kerdau adalah juruukur tanah terlatih yang punya pengalaman kerja di sektor minyak dan gas di Sudan dan Malaysia adalah lebih sesuai menjadi YB di DUN Kerdau.

WZWH nak tanya Tuan Ibrahim Tuan Man, walau Hassanuddin Salim juruukur tanah bertaraf dunia dapatkah beliau membawa pembangunan ke DUN Kerdau sebaik mungkin bila kerajaan negeri Pahang dan Pusat dikuasai BN. Logiknya Syed Ibrahim Syed Ahmad adalah pilihan terbaik rakyat DUN Kerdau. Beliau yang rapat dengan MB pasti tahu mekanisma terbaik.

Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Hassan Tantawi menegaskan bahawa Hasanuddin Salim yang menjadi calon PAS DUN Kerdau lebih baik dari calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad kerana beliau berjuang pada jalan Allah.

“Apa erti ada sijil (Universiti) Al Azhar tetapi bersekongkol dengan parti yang tidak mahu kepada Islam.

“Walaupun Hasanuddin bukan lulusan Al Azhar, cuma pelajar tempatan, beliau tetap lebih baik kerana berjuang dengan parti yang berkehendakan Islam,” kata Nasruddin

Syed Ibrahim berkelulusan Universiti Al Azahar dan merupakan bekas pegawai khas agama kepada Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob manakala Hasanuddin pula berkelulusan Diploma Ukur dari Universiti Teknologi Mara (Uitm) Shah Alam.

Baru-baru ini, Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, calon PAS tidak perlu mempunyai kelulusan dari Al Azhar.

PAS nampaknya semakin sesat. Adakah semua orang perlu masuk PAS, barulah akan dikatakan Islam sebenar? Benarkah PAS benar-benar perjuangkan Islam? 

Melihat kepada peribadi calon BN dan isteri, langsung tiada sebab mengatakan calon BN tolak Islam. Isteri calon pula memakai tudung labuh. Bukankah ini yang PAS selalu sebut selama ini? Isteri pemimpin tidak bertudung dan sebagainya. Kini, bila ada isteri pemimpin BN bertudung, dikatakan pula tolak Islam. 

PAS sudah tidak mempunyai isu untuk dimainkan di Kerdau sehingga menggunkan isu murahan ini. Isu ini jika didalami, sama seperti menyatakan sesiapa sahaja yang sokong UMNO adalah kafir! 

Adakah perkara ini termaktub dalam Al-Quran?

Apa benar Syed Ibrahim Syed Ahmad calon BN tolak Islam?

Ya kah? Lu orang PAS ingat Al Azhar itu kurang Islam, lu orang PAS punya Islam lagi lebih Islam? Jangan cerita orang punya qulification lah brother, sendiri tengok cermin apa nampak?

Jemput saja Ulama Politik Pas Nik Aziz ke Kerdau memberi fatwa baru agar masyarakat Melayu Islam lebih berpecah. Inilah kebolehan luar biasa Ustaz Nik Aziz.

Kenapa tiada DAP saudara dekat PAS tolong kempen di Kerdau?

Tuesday, March 1, 2011

Mesej Terakhir Dato' Azizan Yaakob Kepada WZWH



YH Dato' Azizan Yaakob (mantan ADUN Pulau Tawar) telah kembali ke rahmatullah pada pukul 11.00 malam 28 Februari 2011 di Hospital Kuala Lumpur akibat sakit "stroke".

Jerantut kehilangan seorang tokoh politik dan blogger. Beliau adalah tokoh politik yang naik dari bawah, punyai warna-warna perjuangan tersendiri. Saat kemuncak karier politiknya bila beliau menjawat ADUN Pulau Tawar 1995-1999, EXCO Pemuda UMNO Malaysia dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian.

Beliau adalah blogger Suara Majlis, Melayurayadaily dan banyak lagi. Banyak pemikiran pengalaman politik beliau dicurahkan dalam blognya.

WZWH mengaku Arwah Dato' Azizan adalah seorang guru politik WZWH yang banyak mengajar ilmu politik dengan cara yang tersendiri walaupun ada pendekatannya berlawanan dengan pandangan politik WZWH.

Beliau seorang ahli politik yang kaya hubungan dengan sahabat dan kawan-kawan. Beliau seorang ahli politik yang simple, tetapi bertindak agresif bila diperlukan pada masanya.

Salah satu kenangan, memori untuk WZWH kenang ialah mesej terakhir arwah Dato' Azizan kepada WZWH seperti yang dipublish di bawah:

Dato' Azizan Yaakob September 25, 2010 at 5:08pm Report
2. saya tidak marah sdr, menyebut nama saya dlm UD, termasuk dalam mesyuarat pemuda sdr ada menyebut nama saya kepala blogger tetapi dimatikan oleh D KP. 


3. Sdr zuri saya tidak mahir sgt computer. saya hanya taip dan emel kpd kawan saya diKL dia yang publishkan posting saya dari dulu MRD dan SM itu dan BBB itu agak kronik dan saya pening. Kwn saya itu yang manage blog saya. Klu ada komen saya jawab sendiri. itu sebab saya tak ble post tiap hari. saya belajar tp tak berapa masuk dah teknikal computer. Silap masa dulu saya take for granted bila ada kerani semua mrk buat. skrg dah lewat. setakat facebook itu saya bolehlah. Tapi saya boleh tahan sikitlah dari D KP kita tu. hihihi. sambung lagi.

4. saya lihat dijerantut, lebih pesat perkembangan IT samada bloggers dan FB. satu yang baik, Blog jerantut mengatasi jumlah blog negeri Pahang. Sdr semak blog-blog bahagian lain tidak seganas jerantut. Saya berpandangan bahawa ia suatu perkembangan yang meransang celik IT. Namun demikian, biasalah akan berlaku kejutan budaya. Sdr fahamlah. Mereka menggunakan blog melepaskan geram macam sdr juga tergoreng dalam kuali yang sama. hihihi. kah kah kah 


5. YBM Tengku Azlan yang tak kisah fasal blog pun sebulan yang lepas mengarahkan mizi suk mencari orang buat blog. Lahirlah gerila dan muarasat dan beberapa lagi saya dengar kata kawan rapat mizi.


6. Ada blog pro umno yang ditaja oleh pembangkang dan macam-macam lagi. Bila duit semua boleh jadi. inilah masalahnya. Sdr kata saya kontrol semua blog hebatlah saya. macam ada satu komen dalam blog wzwh. Boleh kontrol PDO lagi bagus. Kalau saya boleh kontrol spu pun bagus. Kadang-kadanng saya rasa rimas juga bila mereka bantai boss saya Najib. Nak keluarkan senarai dalam link nanti mereka akan bantai saya pula sebab kita tak tau geng dia orang berapa.


7. Saya tak marahkan MB. sengaja saya usik sikit-sikit tapi beralas. Saya percaya pada takdir. Lagipun MB apa yang saya minta tolong semua dia selesaikan. Dia simpati dengan nasib saya, dan dia tahu saya susah. Anak2 saya semua dia bagi biasiswa YP rayuan sms saja. Jd apa nak marahkan pada beliau. 

8. saya sms ini sebab saya tidak mahu hubungan kita putus. Saya orang yang mula2 bawa sdr dlm politik. Ingat?. baik spu itu katanya orang lama dalam bloggers tapi dia dah jual pada orang lain. tapi dia masih hantar post banyak lagi kat spu berdasarkan tulisannya. Mereka ini orang lama ada cerita dngn MB, Dato Shakar dan Dato Sham setpol. Katanya UMB pahang telah membelakangkan orang lama dalam media baru. Orang lama termasuk yang gambi, seratah, warisan pahang dll terdiri dari bloggers lapis pertama termasuk sakmongkol dan brave heart dipinggirkan oleh Dto shakar dan Datok Sham. Jadi masing bawa diri. Gabung bloggers pahang pun macam dah tutup. Kebanyakan bloggers lama orang jab penerangan negeri. UMNO pahang buat UMB tapi yang lama tak campur dah. MB jadi mangsa. Saya dah bagi mesej pada anak sdr MB. Tak taulah apa aksinya. Saya tidak mahu saya dilebel macam sdr lebelkan saya.

9. Dr. Shukri pun ada bloggers peliharaannya. contoh sangkakala itu budak pptr baru ini saya jumpa dia mengaku. Blog Pakatan Rakyat juga cambah mengekori blogger pro umno. Sekarang dikedai-kedai kopi berlonggok cerita hal blog. Nama saya popular balik sdr highligt lagilah meletup. Tapi dikenali sebagai samseng yang ditakuti hahahahaha... sebab boleh kontrol blog pro kerajaan dan blog PR.


10 zuri saya tidak ada cita politik lagi. saya dah lepas. lagi pun saya tidak mampu. Kalau ada duit lebih baik saya kemaskan keluarga saya. Sekarang politik bukan macam dulu, xde duit xde undi. Baik macam mana pun kita klu kurang orang tak cari kita. Kalau kita jahat ada duit orang akan ikut cakap kita. Banyak contoh. UMNO dah sangat hujung sakarang. sukar dipulih lagi. Klu ada parti baru saya akan fikir masak-masak. Sekarang saya hanya suka berkawan sahaja.

11. saya simpati dengan D KP, tentang isu k18. saya pun tertinggal. tapi saya tidak komen apa-apa. Seminggu lepas k18 meeting D Hj Nazri bagi tau saya. Dr sukri membentuk group sendiri tanpa saya sekarang. Kamarozaman dan mad daud khalil satu group baru ini buka puasa di Tekam satu group. md lobi kama B, dun tahan atau MP. Saya lone ranger. Jd elakan musuh dengan siapa-siapa. Sebenarnya, mesej k18 dah sampai pada PM. 


12. Saya diamkan diri sebab anything can happen. Mungkin pilih umno next year. Mungkin PRU dulu kita tak tahu. Klu kita asyik bermusuh suatu hari mungkin satu hari antara kita berguna nak telan semuanya serta merta ?. 


13. saya dah masak politik, siapa yang saya musuh tak jadi kawan. siapa yang besarkan tak jadi lawan?. semua dah rasa. Jadi budaya politik ini saya takrifkan hubungan bersekepentingan. jika kepentingan masing-masing ada.. GO n join. win..win..

14. Akhirnya, walaupun saya buat pendirian diam diri saya tidak ada kemampuan untuk kontrol blogger tanpa wajah dijerantut. saya tidak kenal dan mereka ramai gulungan dan puak. silap-silap saya masak. mereka baru dan cari fasal saja untuk serang.


15. Beritau D KP/ D hj Nz jangan campur. Kalau orang serang dia semua orang fikir saya. 


16. sdr kalau bole kurangkan cerita jerantut, larikan diri sebab saya perhatikan pembaca blog sdr majoroti dari luar. kalau sentuh isu jerantut apa pun mereka akan masuk komen hentam sdr. Klu sdr dapat redakan hal ini baik bagi D KP. itu pandangan saya dengan ikhlas. Nanti kalau memanjang dok korek boos sdr tu, berbagai perkara akan keluar. Saya jadi mangsa sama. Tapi saya tidak pegang jawatan kesannya tidaklah teruk. Orang kurang usik saya sebab saya diam pana kan diri betul-betul. Mereka nak masuk komen blog saya pun mungkin tak releven dgn mereka.


pihak atas semua pihak pantau. sekarang SB mana pun pantau blog. Pejabat PM tingkat 4 pun pantau blog. Yang tak pantau blog umno pahang saja agaknya. maaf zuri saya ambil masa agak panjang semoga sdr dapat berinteraksi dengan saya sebagai orang tua sdr. tksh.

DS Rosmah Mansor Mahu Bantu Pusat OKU Dan Permata DUN Tahan


DS Rosmah Mansor mahu bantu YB Dato' Wan Amizan Wan Razak bina pusat OKU dan Permata di DUN Tahan. Ini dinyatakan oleh beliau sewaktu lawatan DS Najib PM ke Felda Jengka 25 PRK DUN Kerdau ketika YB Dato' Wan Amizan mengiringi isteri PM itu melawat rumah pesakit OKU.

DS Rosmah Mansor sifatnya prihatin kepada perkembangan kanak-kanak OKU dan pintar. Beliau ada naluri keibuan dan mahu negara menjaga hal ehwal kebajikan kanak-kanak OKU dan pintar. Nasib ibu tunggal, anak yatim, warga emas turut menyentuh hati DS Rosmah Mansor.

DS Rosmah Mansor juga mahu tahu perkembangan pendidikan anak-anak di DUN Tahan terutama di Ulu Tembeling yang jauh dari arus pemodenan negara dan berada di pedalaman. Sewajarnya projek jalan Ulu Tembeling sangat perlu disegerakan dari Kuala Tahan hingga sampai ke Kampung Bukit Mat Daling.

Beliau mahu YB Dato' Wan Amizan bekerja keras memajukan DUN Tahan terutamanya. Begitu banyak perancangan pembangunan yang boleh dilakukan di DUN Tahan yang mempunyai keluasan tanah 550,000 hektar iaitu 75 % dari keseluruhan keluasan Daerah Jerantut. Satu-satunya DUN yang terbesar dalam negeri Pahang.

Sokongan moral DS Rosmah Mansor menberi suntikan motivasi buat ADUN Tahan untuk bekerja dengan lebih kuat lagi. Yang penting rakyat di pedalaman DUN Tahan didahulukan.



Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...