Tuesday, March 1, 2011

DS Rosmah Mansor Mahu Bantu Pusat OKU Dan Permata DUN Tahan


DS Rosmah Mansor mahu bantu YB Dato' Wan Amizan Wan Razak bina pusat OKU dan Permata di DUN Tahan. Ini dinyatakan oleh beliau sewaktu lawatan DS Najib PM ke Felda Jengka 25 PRK DUN Kerdau ketika YB Dato' Wan Amizan mengiringi isteri PM itu melawat rumah pesakit OKU.

DS Rosmah Mansor sifatnya prihatin kepada perkembangan kanak-kanak OKU dan pintar. Beliau ada naluri keibuan dan mahu negara menjaga hal ehwal kebajikan kanak-kanak OKU dan pintar. Nasib ibu tunggal, anak yatim, warga emas turut menyentuh hati DS Rosmah Mansor.

DS Rosmah Mansor juga mahu tahu perkembangan pendidikan anak-anak di DUN Tahan terutama di Ulu Tembeling yang jauh dari arus pemodenan negara dan berada di pedalaman. Sewajarnya projek jalan Ulu Tembeling sangat perlu disegerakan dari Kuala Tahan hingga sampai ke Kampung Bukit Mat Daling.

Beliau mahu YB Dato' Wan Amizan bekerja keras memajukan DUN Tahan terutamanya. Begitu banyak perancangan pembangunan yang boleh dilakukan di DUN Tahan yang mempunyai keluasan tanah 550,000 hektar iaitu 75 % dari keseluruhan keluasan Daerah Jerantut. Satu-satunya DUN yang terbesar dalam negeri Pahang.

Sokongan moral DS Rosmah Mansor menberi suntikan motivasi buat ADUN Tahan untuk bekerja dengan lebih kuat lagi. Yang penting rakyat di pedalaman DUN Tahan didahulukan.



No comments:

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024