Tuesday, March 22, 2011

Loji "Rare Earth" Kuantan: Kempen Fuziah Menentang, Apa Jawap Kerajaan Negeri Pahang?

Ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh gigih berkempen "Say No" to Lynas Corporation buat loji "rare earth" terbesar di dunia di Gebeng, Kuantan.

Fuziah Salleh menjalan kempen "Say No" dan "Send It Back to Australia" mahu kerajaan Pusat dan Pahang hentikan projek loji "rare earth" Gebeng, Kuantan yang dibimbangi beri masalah radiasi thorium kepada 17,000 penduduk sekitar.

Pada WZWH ini adalah "pekerjaan profesional" ahli parlimen berjuang dengan isu yang menyentuh konstituensi. Apa yang Fuziah buat itu betul. Tapi apa isu yang sebenar berlaku. Kenapa kerajaan pusat dan kerajaan negeri tidak menjawapnya.

Sehubungan itu, Fuziah dalam taklimatnya bersama kira-kira 200 penduduk Kuantan Ahad lalu mengadakan kempen kesedaran disamping mengumpul seberapa banyak tandatangan daripada penduduk tempatan untuk dijadikan petisyen bantahan sebelum diserahkan kepada menteri yang bertanggungjawab.

“Selain itu, penduduk Kuantan akan cuba mengumpul seberapa banyak sumbangan dana termasuk menyewa bas supaya mereka dapat pergi ke Parlimen dan menyerahkan petisyen bantahan kepada menteri kabinet sebelum berakhirnya sidang Dewan Rakyat penggal ini,” katanya.

Katanya, bantahan itu bagi mendesak Lynas supaya tidak memulakan operasi memproses nadir bumi dan dalam masa yang sama mendesak AELB membatalkan lesen yang diberikan kepada Lynas sebelum ini.

“Kalau kita gagal dalam misi ini, saya akan cuba dengan pelan B iaitu mendesak supaya Lynas membawa sisa buangan pulang ke Australia dengan kapal kargo, jangan cemarkan bumi Malaysia,”

Pada WZWH, kerajaan perlu jawap dengan segera jika tidak rakyat Kuantan akan percaya kepada kempen Fuziah, ahli parlimen Kuantan. Jangan "underestimate" apa yang Fuziah buat sekarang kerana jika rakyat percaya kepada isu yang diperjuangkan Fuziah boleh jadi Fuziah dapat mengekalkan kembali kerusi parlimen Kuantan. Pengundi kaum China ramai menyokong isu ini.

Jika tiada pemimpin pusat menjawap maka ahli politik Pahang perlu bersuara. WZWH tidak boleh berharap kepada Ketua Pemuda UMNO Kuantan, Ahmad Suffian sebab beliau awal-awal telah menyerah kalah tidak mahu mempertahankan kehendak kerajaan pusat dan kerajaan negeri mahu Lynas Corporation memulakan operasinya di Gebeng menjelang September ini untuk bersaing dengan China yang menguasai 95 peratus pasaran "rare earth". Syarikat itu menjangkakan pulangan hampir RM8 bilion setahun bermula 2013.

Ketua UMNO Bahagian Kuantan, Dato' Wan Adnan Wan Mamat perlu bersuara menyatakan sebab-sebab usaha kerajaan pusat dan kerajaan Pahang menyokong pelaburan yang memberi pulangan ekonomi dan pekerjaan kepada kerajaan disamping menguatkuasa standard piawai mencegah berlakunya radiasi thorium.

Siapa EXCO Pahang yang bertanggungjawab boleh buat "press conference" menidakkan kempen Fuziah Salleh itu adalah tidak berasas adalah "ketakutan melampau" kepada radiasi yang rendah dan tidak merbahaya serta kawalan pemantauan yang ketat daripada agensi kerajaan yang terlibat.

Dato' Mohd Sharkar Shamsudin, EXCO Pahang yang nampak lebih cerdik perlu ke depan mematahkan hujah-hujah kempen Fuziah Salleh ini. Beliau perlu buktikan bahawa beliau adalah pemimpin pelapis Pahang baru boleh dipandang oleh DS Najib.

Malaysia telah banyak belajar daripada kelemahan peristiwa loji Bukit Merah Asian Rare Earth dan sebab itulah kerajaan membenarkan pembinaan loji yang serupa oleh Lynas Corp di Gebeng Pahang. Jika loji Bukit Merah tidak mempunyai ciri keselamatan sepatutnya tetapi kali ini Lembaga Perlesenan Tenaga Atom Malaysia AELB telah memastikan setiap ciri keselamatan dipenuhi oleh loji Gebeng. Menarik jika diungkap kembali apa yang ditegaskan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa iktibar perlu diambil dari peristiwa Fukushima tetapi merasa yakin pembangunan nuklear Malaysia tidak akan terbantut.

2 comments:

antijumud said...

saya setuju....isu radioaktif dan radiasi adalah perkara yg rumit tapi bukan baru. malangnya pengetahuan rata2 org m'sia masih terlalu rendah mengenainya dan hanya tertumpu kepada perkara yg negatif dari radioaktif. jika kita bukan org yg cukup bermaklumat dan berpengetahuan mengenainya jangan sesekali mengelirukan rakyat dengan fakta2 yang tidak betul. sedih bila melihat rakyat dikelirukan. sedih lagi bila mengetahui rakyat yg langsung tak berkaliber tapi nak bercakap mengenai radioaktif dan radiasi.

ZD said...

semua pihak perlu sepakat dlm soal ini tanpa mengira kecondongan politik! Peluang untuk UMNO/BN memenangi hati org Ktn dan Indera Mahkota

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024