Monday, March 7, 2011

Kepimpinan Najib Dan 1Malaysia Mula Diterima Semua Kaum



Jika bapanya Tun Razak berjaya memulihkan keyakinan rakyat kepada BN pada PRU 1974 dengan konsep BN dan DEB menjauhi rusuhan kaum dengan rancangan pembahagian kek ekonomi yang adil selepas PRU 1969 maka DS Najib juga WZWH kira boleh memulihkan keyakinan rakyat terhadap BN selepas tsunami politik menumbangkan 5 negeri pada PRU 2008.

Majoriti PRK DUN Kerdau sebanyak 2724 mengatasi majoriti 2500 semasa PRU 2004 zaman emas BN. Ini petanda yang sangat baik bahawa rakyat mula menerima kepimpinan DS Najib dan 1Malaysia. Majoriti undi Cina bertambah dari 37 kepada 212 undi. 

Di Merlimau 60% pengundi Cina memilih BN. 80% pengundi India memilih BN. DS Najib berjaya memulih penyakit krisis keyakinan rakyat terhadap BN.

Kekalahan PAS empat kali berturut-turut dalam PRK Galas, Tenang, Kerdau dan Merlimau membuktikan orang Melayu dan kaum lain tidak percaya kepada perjuangan PAS yang tidak konsisten dan tidak objektif membantu rakyat.

Sokongan orang India mendadak naik boleh dikatakan 80%. Perubahan kepimpinan MIC membantu. Juga sokongan orang Cina meningkat. Di PRK DUN Merlimau kawasan bercampur pengundi, BN dapat 60% pengundi Cina.

Kesemua pengundi Cina di Malaysia berjumlah 1.1 juta. Orang Cina, WZWH percaya bersikap objektif dan mahu memberi peluang kepada DS Najib yang mahu memperbaiki keadaan BN yang dulu mantap dan kini dalam siri pemulihan serta trend dan sokongan menggalakkan meningkat.

DS Najib pelu mengingatkan lagi memberi peringatan kepada pemimpin-pemimpin BN terutama UMNO supaya bekerja lebih keras lagi, buang sifat-sifat buruk dan negatif semasa zaman keemasan UMNO suatu masa dulu terutama gaya hidup dan sikap tidak bersungguh menjaga kebajikan rakyat.

Seseungguhnya rakyat Malaysia masih memberi peluang ke dua kepada UMNO dan BN untuk memimpin dan mentadbir Malaysia. Jangan khianati kepercayaan dan amanah yang rakyat berikan.

No comments:

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024