Monday, March 7, 2011

Analisis dan Ulasan Keputusan PRK DUN Merlimau dan Kerdau



WZWH petik dari blog Dah Ikhwan Weblog:


Suruhanjaya Pilihanraya baharu sahaja mengumumkan keputusan Pilihanraya  di Kawasan ini seperti berikut:
Kawasan DUN Merlimau
Barisan Nasional       …..   5962 undi
PAS       ………………………2339
Majoriti  …………………… 3623
Peratusan Mengundi 79%
Kawasan DUN Kerdau
Barisan Nasional  …………5060 undi
PAS  …………………………..2336
Majoriti …………………….. 2724
Peratusan Mengundi  83%
Ulasan bagi Kawasan Merlimau
Merlimau yang terletak di Melaka, merupakan sebuah kubu kuat UMNO, seperti juga kawasan kawasan lain di Melaka. Di sini BN telah mampu memperolehi 5,962 undi iaitu 71.8% daripada keseluruhan undi, berbanding dengan 63.8% yang diperolehi dalam PRU tahun 2008, iaitu peningkatan sejumlah  8%. Peningkatan yang sebanyak ini hanya dapat dicapai dengan peningkatan melebihi  8% undi Melayu dan India, memandangkan undi Cina dalam tempoh tersebut  belum dapat dipastikan  meningkat.
Majoriti  3,623 undi yang diperolehi, melebihi  angka  3,000 undi  yang kita ramalkan.
Ulasan Bagi Kawasan Kerdau
Kawasan DUN Kerdau yang terletak di Pahang juga merupakan kubu kuat Barisan Nasional. Di sini BN telah mampu mencipta satu  rekod majority yang baru, iaitu  2,724 undi,  melebihi 2,565 undi yang dicapai pada tahun 2004. Ini telah juga melebihi 2,000 undi majoriti yang telah kita ramalkan.
Bilangan  5,060 undi yang diperolehi merupakan 68.4% keseluruhan undi, berbanding dengan 62.1% yang dicapai dalam PRU 2008. Ini adalah satu peningkatan  6.3% dalam tempoh tersebut. Keputusan ini menunjukkan undi Melayu dan India  telah meningkat keparas yang amat tinggi untuk  BN di Kerdau. Terdapat juga bukti yang menunjukkan peningkatan undi kaum Cina.
Implikasi Undi Kepada Suasana Politik Negara
Keputusan PRK  ini boleh ditakrif sebagai mencerminkan suasana politik atau sentiment  kaum bagi seluruh Malaysia. Ia sekali lagi membuktikan yang sentiment Melayu dan mungkin juga kaum India telah pulih seperti sediakala , sementara kaum Cina pula mungkin juga bertambah, tetapi ini memerlukan analisis yang lebih komprehensif. Saya kini sedang membuat kajian selanjutnya dan hasilnya  akan dinyatakan sebagai update dalam artikel ini.
Regression analysis lima kawasan pilihanraya kecil yang terakhir, iaitu Bagan Pinang, Galas, Tenang, Merlimau dan Kerdau menunjukkan ada peningkatan  sokongan undi Melayu kepada BN sebanyak 11% dan peningkatan undi India  melebihi 33% berbanding Pilihanraya tahun 2008.
Bagi undi Cina pula ia masih  3.7% dibawah paras dicapai dalam  Pilihanraya Umum 2008. Bagaimanapun, ini juga menunjukkan trend peningkatan daripada  keadaan terendah pernah dialami BN  dalam tahun 2009.
Kita yakin angka angka di atas boleh ditakrifkan sebagai  sentimen  atau aras  sokongan kaum yang terkini terhadap Barisan Nasional  di semenanjung Malaysia.

6 comments:

dobit127 said...

Salam..
Nampaknya Trend pengundi sekarang ke arah BN..Adakah trend sebegini akan memberi kesan kepada bilakah pilihanraya...Mengikut situasi semasa, semua ini memberi ilham kepada PM untuk mengadakan piliharaya Umum serentak dengan Pilihanraya DUN Serawak.. Ada sumber mengatakan ia akan diadakan pada bulan Jun sewaktu cuti sekolah ini setelah Dewan dibubarkan pada pertengahan Mei ini..Ada sumber lain juga mengatakan PM akan mengadakannya setelah habis membuat pusingan melawat negeri-negeri seperti yang dijanjikan baru-baru ini..Ini bermakna Pilihanraya akan diadakan jun 2012.. Tarikh ini juga bergantung kepada banyak senario seperti krisis di Timur Tengah dan kesan ekonomi serantau serta harga minyak yang semakin meningkat..Trend pengundi Cina yang tidak banyak berubah juga memerlukan penelitian yang mendalam untuk diatasi....

Sekarang, ahli politik lebih tertumpu untuk mengemaskini profail parti masing-masing demi menghadapi pilihanraya DUN Serawak yang dijangka dibubarkan bila-bila masa. Angka 9 April disebut-sebut untuk dibubarkan....dengan jangkaan awal Mei 2011 dijalankan proses pengudian...sebab itu disamping kempen semasa di PRK Merlimau dan Kerdau baru-baru ini, Pembangkang juga teru kempen yang berterusan terhadap Negeri Serawak...

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Dobit127,
Petunjuk dan petanda adalah menggalakkan BN. kalau PRU Sarawak prestasi BN kekal atau lebih baik MUNGKIN PRU 13 akan diadakan pada 11-11-2011. Tarikh yang sesuai ialah pada 2012. Itu hak PM memutuskannya.

rimpa said...

assalam
sy rimpa(nama samaran)
org jerantut
skrg study di kl
hrpnye akn brpluang jmpa WZWH
sbgai pemikir politik tersohor d Jerantut,mybe boleh mematangkn pemikirn sy sbgai pelapis yg akn meghadapi cabaran mendatang..

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Rimpa,
Syabas, Rimpa adalah orang muda intelek Jerantut yang mula tunjuk minat dengan politik pembangunan Jerantut. Sememangnya Jerantut amat memerlukan sokongan dan sumbangan golongan muda. Jerantut ialah daerah paling besar dalam negeri Pahang 770,000 hektar. Banyak pembangunan boleh dibuat di Jerantut. Banyak idea-idea bernas dan membina perlu dilontarkan di Jerantut. Insyallah WZWH akan buat program bersama golongan muda samada intelektual, vokasional dan belia kampung untuk kita sama-sama beramah mesra di Jerantut mahu pun KL. Terimakasih mengikuti blog WZWH.

Pemerhati Bebas said...

Salam WZWH..sekadar renungan...

"Kekalahn Pas itu kekalahan yang adil. Di Merlimau calon Pas Yuhaizat Abdullah memperolehi sebanyak 2,319 berbanding undi dengan dicapai Jasme Tompang dalam pilihan raya umum ke-12 lalu sebanyak 2,827. Di mana kalau diperhatikan Pas kehilangan hanya 508 undi saja.

Kehilangan undi Pas ini wajar kerana pilihan raya itu pilihan raya kecil di mana ianya berpihak kepada UBN. Peningkatan undi kepada UBN bukan menjadi petanda besar bahawa sudah ada momentum baru untuk parti berkenaan. Umum tahu bagaimana situasi dan kondisi pada sesuatu pilihan raya kecil, UBN selalu membolot dengan caranya.

Di Kerdau undi Pas merosot hanya 184 undi saja. Calon Pas Hasanuddin Salim mendapat 2,336 berbanding dengan undi dicapai dalam tahun 2008, 2,520.

Pernah berlaku dalam pilihan raya kecil UBN menang besar, tetapi bila tiba pilihan raya umum mereka kalah. Kerusi Ijok di Selangor dan kerusi Pengkalan Pasir di Kelantan adalah bukti paling nyata. Dalam pilihan raya kecil kedua-dua kerusi berkenaan dimenangi UBN tetapi dalam pilihan raya umum ia dirampas semua oleh Pakatan Rakyat.

Sekiranya peratus keluar mengundi di Kerdau tidak meningkat mungkin angka itu boleh berubah. Mungkin majoriti calon UBN Syed Ibrahim Syed Ahmad tidak sampai 2,724. Tetapi kerana jumlah pengundi meningkat menyebabkan majoriti juga meningkat."

http://msomelayu.blogspot.com/2011/03/ulasan-ringkas.html

dobit127 said...

Buat pemerhati bebas,
Perkara ini memang dalam jangkaan. Sebab itu jika anda perhatikan BN membuat perubahan dalam corak berkempen agar kes seperti Ijok dan Pengkalan Pasir setidak-tidaknya tidak berulang kembali. Kes kedua-dua itu juga dikaitkan dengan tsunami politik 2008..yang mana entah siapa-siapa dari parti pembangkang yang mendapat undi protes rakyat..insyaallah, dirasakan dengan penyusunan pentadbiran an keazaman PM menerusi slogan 1 Malaysia : Pencapaian diutamakan, rakyat didahulukan. Mengikut bancian umum semasa, Rakyat Malaysia semakin menyukai kerajaan sediada meningkat berbanding era permulaan pentadbiran DS Najib...

Parti pembangkang juga jika dilihat bersungguh untuk memenangi hati rakyat, cuma kaedah dan corak kempen ke arah serangan bersifat individu ternyata kurang digemari rakyat khususnya pengundi atas pagar...Kawan lebih suka jika pembangkang berkempen untuk memajukan lagi Malaysia.. Sebagai contoh, ANAK berjuang sebagai platform untuk generasi kedua FELDA.. Segala bahan kempen didapati kebanyakkan isu baru dan disertakan dengan pelbagai bahan bukti yang relevan. Cara ini dirasakan mampu menambat hati para pengundi terutamanya diatas pagar yang kebanyakan suka mendengar dari kedua-dua pihak..
so, bagi pihak BN seharusnya bersedia dan mampu untuk menghadapi konsep kempen.. Bukannya tidak boleh dibalas tetapi mesti bersungguh dan dibuktikan dengan kata dan perbuatan.

sedikit celah dari kawan..

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024