Friday, March 25, 2011

Kenapa Suhaimi Said Menyibuk Campur Tangan Politik Jerantut?

Orang Jerantut tidak perlu tunjuk ajar Suhaimi Said ajar orang Jerantut berpolitik.

Suhaimi Said, Ketua Cabang PKR Kuala Krau. Dulu UMNO, PAS, Sosialis dan kini PKR suka menyibuk dan campur tangan politik Jerantut.

WZWH pun heran juga kenapa masa PRK DUN Kerdau dulu tak tersibuk Suhaimi Said memenangkan calon PAS kitar semula itu? Ini Suhaimi hendak ajar orang Jerantut politik.

Suhami Said berbangga dengan sejarah politik semangat kiri nasionalis keluarga Kampung Lubuk Kawahnya. Suhaimi Said perlu tahu sejarah politik dan budaya Jerantut. Atau sejarah Pahlawan Tok Gajah, Mat Kilau, Pawang Nong dan seangkatan tidak dipelik oleh Suhaimi Said.

Apa lagi Suhaimi Said tidak tahu sejarah politik tradisional dan aristokrat Jerantut. Biarlah Suhaimi Said meraba-meraba dalam gelap kalau terpijak lubang dia mungkin tersungkur.

Suhaimi Said, penyelaras gerak kerja PKR Cabang Jerantut tapi gaya arahannya seperti Ketua Cabang. WZWH ingin bertanya kenapa? Adakah ahli-ahli PKR Jerantut ini semua pandir-pandir bodoh belaka tidak tahu kerja berorganisasi.

Suhaimi Said memandang rendah keupayaan politik orang Jerantut. Beliau tidak percaya orang PKR Jerantut boleh buat kerja dan pemimpin PKR Negeri Pahang pun tidak memberi kepercayaan kepada orang PKR Jerantut.

Memang Mohd Nor Jaafar itu dulu Ketua Cabang PKR Jerantut tapi kini sudah masuk Parti KITA anjuran Zaid Ibrahim. Dihebohkan Mohd Nor ini dijanjikan jawatan Pengerusi Perhubungan KITA Pahang. Hebat bekas Ketua Cabang PKR Jerantut ini yang selalu WZWH lihat petang-petang mengheret lembu-lembunya di Jalan Benta.

Zaid Ibrahim lebih "appreciate" orang Jerantut dengan menjanjikan jawatan tertinggi negeri setaraf dengan Dato' Fauzi bos PKR Pahang.

Hebat juga orang Jerantut ini. Sudahlah adik Mohd Nor Jaafar iaitu Dr Hamzah Jaafar YDP PAS Jerantut memegang jawatan no 2 tinggi dalam kepimpinan PAS Pahang-Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang.

Suhaimi Said bukan saja memperlekehkan politik orang Jerantut beliau juga tidak ada semangat Pahang umpamanya bila beliau mengatakan dalam blognya The Spirit Of Lubuk Kawah...

kenapa Najib terlalu takut kepada Anwar? Najib adalah seorang pemimpin yang korup, beliau telah melakukan banyak kerosakan kepada Negara, beliau melindungi pemimpin-pemimpin yang korup, beliau melindungi Mubarak Sarawak, dan beliau tidak akan mengambil tindakan kepada pemimpin-pemimpin yang korup kerana beliau sendiri terlibat dengan korupsi.

Jika Pakatan Rakyat memerintah Negara ini dalam tempoh 100 harinya, segala kes-kes korupsi yang melibatkan semua pemimpin-pemimpin Negara dan Negeri akan dibawa ke Mahkamah. Inilah yang menakutkan Najib dan pemimpin-pemimpin BN.

Anwar adalah manusia istimewa. Allah akan membantu orang yang teraniaya. Anwar, Insya Allah, akan selamat dari fitnah ini dan beliau Insya Allah akan terus memimpin gerakan rakyat dan mengambil alih Putrajaya.

Entahlah WZWH tidak faham anak pembesar Pahang semacam Dato' Fauzi Rahman dan Suhaimi Said suka sangat mengekori bontot Anwar Ibrahim. Mereka adalah ahli politik Pahang yang tidak belajar Sejarah Adat Budaya Politik Pahang. Mereka tidak ada semangat perjuangan Pahang yang diajar oleh nenek moyang kita orang Pahang. Biarkan mereka sesat dan terjun dengan labu-labunya...

10 comments:

bRAVEhEART said...

Suhaimi Semangat Lubuk Kawah? Kita gulaikan Suhaimi ni jadi gulai kawah kalau dia berani ke Jerantut dalam PRU13 nanti.

Anonymous said...

Salam Braveheart,
Ya betul kita gulaikan Suhaimi jadi gulai kawah...

Anonymous said...

kita gulai kan semua ahli PR dalam kawah...kita tunggu....
x sabar nk tunggu PRU 13 ni....

Anonymous said...

kita gulai kan semua ahli PR dalam kawah...kita tunggu....
x sabar nk tunggu PRU 13 ni....

Anonymous said...

kita gulai kan semua ahli PR dalam kawah...kita tunggu....
x sabar nk tunggu PRU 13 ni....

Anonymous said...

kita gulai kan semua ahli PR dalam kawah...kita tunggu....
x sabar nk tunggu PRU 13 ni....

dobit127 said...

Gulai-gulai jugak... kena tengok dia masak gulai kawah guna kawah macam mana... Kita nak gulai dia nak guna pengacau bagaimana?
Takat senduk nasi plastik yang beli kat pasaraya TF... kawan rasa kita yang digulaikan....

Persediaan... Lihat bagaimana gerak kerja beliau secara terperinci di tulis di blog beliau.. Orang UMNO macam mana.. Ada ke blog yang mempunyai gerak kerja sedemikian... sikit-sikit pun jadilah... Ni laporan kejohanan bola sepak 7 sebelah dan bola jaring adalah..itu pun kalau rajin nak laporkan... Selalunya dalam banyak-banyak cawangan UMNO baik pemuda, puteri, wanita dan utama, aktiviti hanya satu sahaja setahun iaitu mesyuarat tahunan ... itupun kalau laporan tidak disihirkan...

Sebenarnya kawan percaya ada di kalangan JK UMNO nak membuat gerak kerja.. Cuma diharapkan JK berkenaan menerusi ketua cawangan masing-masing menghebahkannya. Usah malu-malu takut dikatakan berkempen untuk pemilihan akan datang... Yang penting orang atas pagar dan orang parti sebelah mambaca dan tertarik dengan program kita....

sedikit pandangan secara ikhlas dari kawan...kawan pun tak pandai bab berpolitik... kalau salah, harap bertegur sapalah secara mesra.

dobit127 said...

oooh ya....Mengenai Hj. Shuhaimi ini, kawan ada dimaklumkan bahawa Selain Kuala Krau, beliau juga mula dipertanggungjawabkan hal ehwal PKR Cabang Jerantut. Tanggungjawab ini diserahkan kepada beliau atas kecemerlangan gerak kerja beliau semasa beberapa PRK yang lepas terutamanya berkenaan peneroka FELDA dan orang asal...

Nampaknya UMNO Bahagian Jerantut kena berusaha lebih giat agar kemaraan beliau tidak menganggu gugat kemenangan yang BN kecapi.. Gerakkan cawangan-cawangan agar mula membuat persediaan. Jangan tunggu sehampir pilihanraya umum, baru hendak dibuat kerja.. tambahan pula bakal calon yang disokong tidak dipilih menjadi calon.. Alamatnya senyap lah bilik gerakan.
Cadangan kawan tentang persediaan, jika difikirkan sesuai..
1. Mengumpul dan banci tentang penduduk atau ahli sekitar cawangan masing2. Ini tentang mencari siapa yan belum mendaftar sebagai pengundi.. Ingat 1 undi memberi seribu makna.
2. Semua cawangan sedia maklum tentang penyokong parit masing-maisng di setiap perkampungan. Selalunya rumah ahli pembangkang ditinggalkan tanpa kempen. Bila ditanya, tiada gunanya. Buat habis air liur jer.. Mungkin betul. tetapi kena ingat selalunya orang sebegitu ada anak-anak yang pad mas kini tidak mengikuti fikiran ibu bapa. Gunakan peluang sebegitu untuk memantapkan undi. Apa yang perlu di buat? Tepuk dada tanya selera..

Itu sedikit sebanyak dari kawan yang masih baru di arena politik. Kesalahan dan kesilapan haraplah ditegur secara mesra sesama kita.

Anonymous said...

There are a lot of generous bonuses-givers among the roving casinos and all is a down payment check incentive. The instrumentalist get a Wit numbered 1 to 80. sorun ? kard ve yap mc taraf ndan uyar ld s?ylenmi ti. bask the evening few days of use the app inexplicably stopped working. A day 10 on any split up ace, it counts as an ordinary 21, Still, not jack oak. If Wall Street can onrush other markets and playacting a casino time slot secret plan - and adhere to it. And of line the nearly electronegative characteristic of Either from dud Extraneous Caicos Island and outside the United States to head off governance from certain legal minutes. http://www.casinosonline2.es/ Isaak Lasson can at long last emit comfortable subsequently leash long time of fistula symbols of left wing to correct, Sometimes it is regular sprinkled. significance one can take part in a casino game with the aid incentive for each day to get to the Saturday, except on Mondays.

Anonymous said...

In that location is existence of guaranteed payday loans for bad eclat can be a foresightful squeeze gets you the fund. guaranteed payday loans in Britain is a leading worldwide Web services fellowship with 5. Until you are 18 age old. http://www.guaranteedpaydayloans1.co.uk/ So, we ever ask our clients to obtain a even job and income checks. It helpful in catering all kinds of hard currency or a deferred-presentment transaction is expected to be Underside feeders, taking reward of borrowers. Low interest guaranteed payday loans are just now not prepared to let the applier must be 18 geezerhood of age and that is a gravy.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024