Thursday, March 17, 2011

Ketakutan Nuklear Yang Melampau Memundurkan Ekonomi Malaysia


Kematian rakyat Jepun seramai 10,000+ akibat tsunami tidak buat NGO Hijau @ Alam Sekitar dan media menjerit sakan kerana bencana semulajadi. Bila saja siri kerosakan loji nuklear Fukushima akibat letupan hidrogen, sistem coolant gagal berfungsi, lepasan wap nuklear-radiasi kerana kekeringan kolam "spent fuel" maka semua terutama pembangkang bising bangat.

Pembangkang kata kerajaan BN perlu kaji semula projek loji tenaga nuklear. Bahawa kerajaan BN tunduk mudah tertipu kepada pelobi profesional dan korporat nuklear . Bahawa kerajaan BN hanya penting prinsip "buat duit" kerana kos projek nuklear yang besar RM23 bilion.

Hanya itu bermain difikiran pembangkang menghasut rakyat bahawa kerajaan BN korup. Sahabat Alam Sekitar (SAM) menambah kerajaan berhentikan cadangan buat loji nuklear dan hidro dam. WZWH tidak faham kenapa pembangkang dan NGO Hijau ini tidak dapat memahami realiti krisis tenaga dunia dan perlunya Malaysia kepada "renewel energy" RE seperti loji nuklear dan hidro dam. Mereka mahu kerajaan melabur dalam RE solar dan angin yang kos lebih mahal dan tidak praktikal.

Retorik yang digunakan pembangkang dan NGO Hijau adalah untuk buat seolah-olah kerosakan loji nuklear Fukushima nampak teruk sangat dari keadaan sebenar.

Beriya mencari siapa salah dan mempengaruh pandangan umum menutup semua loji nuklear di dunia tidak kira apa keadaan. German mengarahkan tutup 7 reaktor nuklear (yang dibina sebelum tahun 1980) bimbang ada gempabumi 9 richter melanda German!

Strategi yang diguna pembangkang dan NGO Hijau ialah histeria, tuduhan macam-macam kepada kerajaan, lebih histeria dan mendesak kembali pada zaman mundur!

Mari kita memahami bencana loji nuklear Fukushima: beberapa reaktor selamat bertahan dari gempabumi terburuk dunia tanpa malapetaka buruk. Ini kerana rekabentuk kebal dan pasukan krew nuklear Jepun dari Tepco.

Kebimbangan ialah jika teras nuklear itu lebur. Pakar nuklear dunia Dr. Robert Zurin berkata,"

"The reactors in question were all shut down four days ago. The control rods have been inserted, and the cores have been salted with boron. It is physically impossible for them to sustain a fission reaction of any kind at this point, let alone cause another Chernobyl. Only the fission-byproduct decay heat remains, and it is fading fast as the short half-life material... performs its decay reactions and ceases to exist."  It is at this point as likely that the reactors could melt down as a car with an empty tank and all four tires stripped could win the Indy".
Kita perlu sedar bahawa reaktor loji nuklear Fukushima dari jenis model "GE Mark 1" yang ketinggalan zaman. Beroperasi pada suhu dan tekanan tinggi- inilah segalanya masalah bermula.

GE Mark 1 dibuat pada tahun 1960an. Kebanyakan model ini beroperasi semasa tahun 1970an. Sepatutnya jangkahayat model ini yang melampau perlu diganti. Terdapat skandal Tepco memberi data rekod yang "diragui" berhubung keselamatan dan kebergantungan model GE Mark 1.

Rekabentuk model baru agak lain, beroperasi guna prinsip berlainan. Model baru lebih selamat, tidak mudah lebur. Ada model yang tidak lebur iaitu TRIGA reaktor. Ada 70 TRIGA reaktor digunakan di seluruh dunia.

Model reaktor lain yang "ultrasafe" ialah CANDU rekabentuk Kanada. Tidak boleh lebur. Model CANDU dijual terutama ke India. India juga telah merekabentuk CANDU mengikut keperluan tenaga mereka. Kelemahan reaktor CANDU lebih mahal dioperasi.

Rekabentuk model terbaru reaktor sekarang ialah Generation III+ reaktor. Model ini sistem keselamatannya tidak perlu tenaga untuk berfungsi. Bekas teras nuklear berganda, kawasan coolant yang lebih luas, dan kolam besar di atas reaktor. Model pertama dipanggil EPR. Digunakan di Finland dan Perancis.

Menjangkau model terkini ada model yang sedang dibina iaitu Generation IV reaktor seperti NGNP dengan langkah keselamatan paling canggih. Lain model sejenis ialah Pebble-bed reaktor. Model ini dibangunkan oleh German. Sedang diuji di Afrika Selatan dan pembangunan model ini disambung di China.

Thorium reaktor digunakan di AS sebelum model LWR mengambilalih. Sekarang India menjadi pusat kajian tenaga Thorium. Satu model Thorium reaktor dalam eksperimen dan 5 model sama dalam pembinaan. India berharap model Thorium reaktor dapat digunakan sepenuhnya menjelang 2030.

Jepun juga sedang membina model Thorium reaktor jenis HTGR membakar Thorium dan memiliki ciri-ciri keselamatan seperti Generation IV reaktor. Itu sebab DS Najib bersetuju dengan pembinaan loji "rare earth"-Thorium terbesar di dunia di Gebeng, Kuantan. Kerajaan ada perancangan dengan teknologi India bila sampai masanya.

Untuk membuat kesimpulan mengatakan bencana kemalangan loji nuklear Fukushima adalah mewakili pembangunan semasa tenaga nuklear adalah seperti kata keselamatan kereta tetap tidak berubah seperti kereta model A dan T. Ini yang pembangkang dan NGO Hijau mahu. Mereka tidak berminat mahu memajukan sumber baru tenaga tapi mahu Malaysia guna tenaga yang lebih rendah. Rakyat tidak mahu tahu teknologi loji nuklear terkini. Kita perlu pakar teknikal untuk terang kepada umum.

Akan datang Malaysia kemungkinan besar kalau mahu meneruskan projek loji tenaga nuklear akan guna model Pebble-bed reaktor yang dibeli dari China atau model Thorium reaktor dibeli dari India, atau model Generation IV atau V yang lebih selamat pada yang ada hari ini.

Yang pasti kita tidak akan menoleh ke belakang. Mari kita berhentikan kempen nonsense pembangkang dan NGO Hijau dan kepakaran teknologi nuklear dunia menolong Jepun bantu baiki loji nuklear Fukushima. Ketakutan nuklear yang melampau memundurkan ekonomi Malaysia. 

3 comments:

Anonymous said...

Tun Mahathir tu pembangkang ke ?

Anonymous said...

ha ha ha ha ..... ish bosan betul lahh fukushima niii buat hal lahh plakkkk .... aku dah lobi habis-habisan niii .... dah nak jadi niii ... kalau jadi ni ... anak cucu tak abis makan ....ishhh celaka betullah fukushima niiii ...

Anonymous said...

Dah dah laa wan zuri woii...cakap hal loji nuklear cam semudah makan kacang..!!

Ada je laa alasan ko, bla bla bla..Jepun yg dh berpuluh @ beratus kali ganda dh majunya dr Malaysia pun terkial-kial bila dh jadi camni..klu ko jer yg hidup kt Malaysia ni xpe laa apa nk jadi pun..

Lebih baik mengelak dr mengambil risiko yg trlalu berat..banyak lagi sumber tenaga lain yg boleh diperbaharui yg lebih selamat..

Bukankah cerdik pandai selalu berkata "Mencegah Lebih Baik Dari Merawat"..

Nonsense la lu bai..!!

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024