Saturday, August 4, 2012

DS Najib Bila Hendak Hantar Surat Kepada MB Pahang Hantar Wakil Bincang Royalti Minyak Macam Kelantan?


Ku Li pemimpin Kelantan setaraf at par dengan Mahathir cara pemikiran politik pembangunan


Jika pembayaran royalti minyak Kelantan secara tunai berjaya dilangsai selepas perbincangan DS Najib dengan wakil kerajaan Kelantan maka TG Nik Aziz boleh tersenyum ceria kerana doa beliau dimakbulkan...


Siapa pemimpin Pahang berani berbisik kepada DS Najib bahawa Pahang pun mahu juga royalti minyak? Tak dapat banyak dapat sikit pun jadi lah.

Heboh satu Kelantan. TG Nik Aziz MB Kelantan melompat gembira. Dalam kuliah Subuh Nik Aziz kata baru dapat surat dari DS Najib PM minta MB Kelantan hantar wakil bincang isu royalti minyak. Kerajaan Pusat mahu bayar tunai!

Nik Aziz mahu mengadap Tuanku Sultan Kelantan dulu. Nik Aziz yang dari keturunan Raja Jembal tahu adat beraja. Orang Kelantan perlu berterima kasih kepada YBM Tengku Razaleigh kerana idea, usaha dan kesungguhan beliau.

Ku Li adalah ahli politik anak negeri Kelantan @ anak Raja yang ikhlas benar-benar mahu membangun Kelantan. Demikianlah cerita politik royalti minyak Kelantan.

Ku Li ada menyatakan dulu perancangan Allahyarham Tun Razak dan beliau mahu negeri-negeri Pantai Timur menikmati juga royalti minyak. Apahal dengan Pahang?

Minyak yang disedut dibawah laut Terengganu adakah 100% dalam negeri Terengganu? Entah banyak minyak dari bawah laut dalam negeri Pahang. Pahang juga wajar mendapat royalti minyak. Kalau tidak dapat 5% pun memadai dengan 2.5% pun sudah cukup baik.

Bila pula DS Najib hendak hantar surat kepada DSD Adnan Yaakob MB Pahang hantar wakil bincang royalti minyak?

Hayaa....ini tiada susah Najib, Adnan Yaakob ini boleh bincang punya. Bila lagi Najib hendak menolong negeri sendiri. Rasionalnya kalau Kelantan boleh diberi royalti minyak, Pahang pun boleh! Kalau tak dapat penuh bayar buat cara sikit.

Tuanku Sultan Pahang akan berangkat ke Felda Sungai Retang DUN Tahan, parlimen Jerantut menghadiri majlis berbuka puasa pada 10 Ogos 2012, Jumaat depan.

Semoga apa yang WZWH cadang dan tulis dalam blog ini memberi ilham kepada DS Najib, DSD Adnan Yaakob dan Tuanku Sultan Pahang.

Terus terang WZWH cukup jealous melihat Terengganu cukup bermewah membelanjakan wang royalti minyak lihat kepada pencapaian Terengganu:

  • Negeri yang teratas dari segi pencapaian pelajaran STP, SPM dan PMR.
  • Negeri yang hebat dari segi pencapaian sukan.

Bila pelajaran dan sukan maju maka negeri itu akan bertamadun tinggi.

9 comments:

Anonymous said...

oooops! harap najib jgn bagi lagi royalti minyak untuk pahang. tunggu pakatan rakyat perintah barulah blh bg. kalau bagi sekarang habis jahanam puak2 UMNO berebut duit minyak pulak. Balak dah nak habis . Tanah rizab melayu pun dah nak habis, kena bedal di pemimpin UMNO. so kalau najib bg minyak, tak de kebendalah pahang kita ni. Tunggu PR perintah Malaysia dan Pahang sekali baru selamat duit minyak tu.....

Durian Gugur said...

Semasa pas perintah terengganu ,royalti telah ditukar kpd wang ehsan.apabila bn dapat kembali terengganu,istilah bertukar menjadi royalti plak.mcm cekelat pemikiran org bn ni.

Masa mula2 kelantan mohon royalti,terdapat org besar dari kelantan kata kelantan tak layak terima royalti.hari ni DSN hantar surat nak bincang pasal royalti plak.nonggeng la pembesar tersebut sbb sebelum ni dia sedang tipu rakyat kelantan."muka tak malu"

Kembali ke pahang,kenapa nk bagi royalti plak?tak bg royalti pun bn boleh menang daa..bagi saham felcra je , bn akan tetap menang.

DSAI umumkn akan ke sabah pd 12 ogos ni dan juga mengatakan bahawa ada perkembangan menarik di sabah.mungkin berkaitan royalti juga kot..
Tup-tap,DSN juga akan ke sabah 11 ogos..

Kesimpulannya kalau Pahang nak royalti juga spt kelantan,terengganu dan sabah,sekurang-kurangnya satu penggal Pahang mesti jadi negeri pembangkang.Kelantan,terengganu dan sabah pernah ,sedang dan akan buktikan.

Kembali ke pahang,kenapa nk bagi royalti plak?tak bg royalti pun bn boleh menang daa..bagi saham felcra je , bn akan tetap menang.

DSAI umumkn akan ke sabah pd 12 ogos ni dan juga mengatakan bahawa ada perkembangan menarik di sabah.mungkin berkaitan royalti juga kot..
Tup-tap,DSN juga akan ke sabah 11 ogos..

Kesimpulannya kalau Pahang nak royalti juga spt kelantan,terengganu dan sabah,sekurang-kurangnya satu penggal Pahang mesti jadi negeri pembangkang.Kelantan,terengganu dan sabah pernah ,sedang dan akan buktikan,
Pahang bila lagi? Harap2 pru 13 ni..

Anonymous said...

Salam WZWH & MUT...,

Terpanggil secara ikhlas sebagai anak Tanah Melayu warisan yang dah tinggal sejemput. Apa lagi nak direbut. Negeri Kelantan biarkan dengan nikmat Allah berikan, begitu pun Terengganu. Negeri Pahang pla rakyatnya jangan pulak berdengki. Pahang negeri terluas di Semenjanjung kaya dengan hasil mahsul. Malang akibat rakus sesetengah pihak apa yang ada!!!. Yang masih ada cumalah "serdak damar" jika ada sedikit lagi pun minyak keruing. Lain tumbahan liar yang pada suatu masa dulu boleh jadi bahan makanan tradisional seperti buah perah, kejijak, buah salak, buah kulim, buah terua, buah lewa, asam busuk (gulai sebarau), generasi sekarang sudah tidak kenal lagi.

Apa lagi dengan makanan spt cembang kepayang, ubi gadung, buah ganjung. Banyak lagi jika nak disenaraikan, malang bagi hutan Pahang hanya tokey yang tahu dimana habitat ini ada!!!. sudah pupus kah?...

Engku cakap dapat sikit jadilah!!!. Bagaimana jika aku kata "aku nak banyak, jika sikit korang saja dapat aku tak dapat"!!!

Bincanglah dengan DSN & DSA mengenai produk yang disebut diatas...

Banir.

Anonymous said...

Masaalah ini masaalah orang umno
Dulu Kini Dan selamanya
Bukan saya kata

Orang Umno sendiri yang kata
Mereka Cuba berbincang
Tapi akhirnya sama Dan tiada faedah

Anonymous said...

Salam Abe Wan

Bile orang kelantan nak dapat berita gembira mulalah orang BN rasa cuak. Tak pelah abe wan kata Tok Guru srupa nak nomapat sebab dia BERUSAHA memperjuangkan hak rakyat Kelantan. Demo nompat ko gapo? Nompat dengki... Kita kena buang perasaan hasad dengki kena ujud Gibtah dalam diri baru usaha kita Allah berkati. Dalam subjek PAI Tingkatan 2 zaman kita sekolah tahun 82 dah ajar doh. ker abe wan. Orang2 pahang ada buat gapo? Mace2 DOH bagi sapa ko laptop hok apa wan wat nulis blog ni pun kerajaan BN sponsered tapi tulis hok duk ngempong jah sapa kembung tapi habuk pun tarak. Bila orang nak dapat mulalah tadah tangan n buka cerita sejarah zaman tok ku tonggek, mugo demo cikgu sejarah gak. Buat dulu keje mace orang kelantan, tengok sejarah perjuangan mereka, baru betul kita ngajar sejarah. Kita belajar n amik iktibar dari sejarah. Ni minda masih lagi karat hijau duk main tadah tangan harap ihsan kerajaan jah harap ko subsidi jah. Kawe harap abe che wan kita buatlah mace orang kelantan berjuang, pakat ramai2 hok mana ada rasa hak rakyat yang belom kerajaan BN patut "Janji Ditepati".... jANGAN mEROYAN SUDAH Abe Jib Kito ngan awok2 dia. Sebab set-set kita nak menjuarai hok rakyat lebih pada set dia lagi. Hak rakyat hak rakyat bukannya hak rakyat hok pilihanraya lima tahun skali baru tibul ngan kenali rakyat

Kampong man said...

Salam semua,

Isu royalti minyak ini telah Kampong man tulis dalam blog Wan dulu kerana Kampong man adalah orang minyak !! (Bukan macam cerita filem Cathay Kris atau Shaw Brothers tu).

Royalti minyak ini ada kaitan dengan Perjanjian PDA (Petroleum Development Act ) 1974.Dimana negeri yang mengeluar minyak berhak perolehi 5% royalti minyak.Definisi mengikut perjanjian adalah minyak yang diperolehi dalam lingkongan 10 km dari pesisir pantai negeri.

Maka isu perundangan ini yang menyebabkan Kelantan tidak perolehi royalti ini katanya.Bagi Trengganu pula walaupun pelantar minyak ini berada jauh(anggaran 100km offshore) Terengganu terlibat secara langsong di Kerteh dan Paka dengan TCOT(Trengganu Crude Oil Terminal ) dan berbagai facilities lain saperti GPP (Gas Processing Plant) A dan B.dan Petrochemical plants maka Trengganu berhak menerima royalti realitinya.Kelantan dan Pahang tidak termasok mengikut perjanjian PDA.Ianya juga melibatkan pengusha saperti Esso, Shell dan kini banyak lagi pengusha baru saperti Talisman,Murphy.Nippon Oil, Hess dan lain lain juga.Mereka melabur atas dasar perjanjian yang telah mereka persetujui dulu.Ini juga satu isu berkaitan.Tidak semudah apa yang ahli politik fikirkan.

Alhamdulillah, kini Najib dengan lebih terbuka telah menubohkan satu Jawatan Kuasa baru yang akan melihat secara comprehensive isu lama ini dari segi perundangan dan berbagai supaya satu recommendation yang adil dan saksama boleh dibuat dan tercapai walaupun Kelantan dan Pahang secara definasi bukan negeri pengeluar minyak per se.Ianya akan di ketuai bekas Hakim Negara.

Walaubagaimana pun kini di perairan Kelantan dikawasan bertindih bersama Thailand dipanggil JDA (Joint Development Area) di PM3 terdapat minyak yang kini telah mengeluarkan minyak tetapi disalorkan ke Thailand bukan di Kelantan for economic reasons.Maka saya melihat besar kemungkinan Kelantan dan mungkin juga Pahang negeri di pantai timor layak menerima wang royalti minyak, insyaalah. Saya doakan negeri2 ini berjaya dan layak akhirnya .

Di Sarawak pasti royalti ini telah lama dimanafaatkan kerana minyak dan gas disalorkan ke Bintulu degan LNG dan terminal minyak disana.Begitu juga di Sabah.

Terdapat banyak politician yang tidak ariff ( Bukan Sakmongkol ehem..) yang memainkan isu ini bagi tujuan ini hingga ada yang mahukan royalti minyak harus bukan 5% tetapi 20% !.Orang politik tetap orang politik saperti isu Lynas.Pada hal pakar pakar nuclear telah pun membuktikan Lynas adalsh selamat.Sdri Fauziah PKR Kuantan say so...demi kuasa.wallahwualam.

Selamat mengerjakan ibadah puasa.Sama sama kita doakan kehadhirat Allah supaya negara kita ini aman dan makmur .Ameen.

Anonymous said...

Kalau fakta kampung man diambil kira,kenapa ku li berjuang utk dptkn royalti tersebut.ku li lebih tau faktanya berbanding kampung man.

Kampong man said...

Sdr Anon 9:16 yang dihormati,

Kampong man akui Ku Li orang kuat UMNO saperti juga Mahathir keduany yang dikasehi lebih mengetahui dalam isu royalti ini.Kerajaan yang ada sekarang tidak mungkin menidakkan apa yang telah dipersetujui .Kita jangan melihat perjanjian yang dua muka sahaja.Mungkin ada fakta fakta lain yang bukan dalam privy kita yang kita tidak tahu.

Yang penting satu penyelesaian harus cepat dicapai dan terserah pada Jawatan Kuasa baru yang di lantik yang termasok juga pakar pakar undang undang antarabangsa yang dipilih.Kerajaan harus bertanggung jawab dalam hal apa yang hak disisi undang undang pada negeri2 saperti Kelantan ini.Kampong man mahukan Kelantan dan Pahang juga perolehi royalti ini jika layak.

Syabas ,Najib mendengar !!



@Kampong man ada postkan komen yang sama di blog bro Aspan.Guess what.Bermacam tuduhan dilempar pada Kampong man dengan bodohnya,mentaliti kamponglah dengan penuh emosi.Itu sebab Kampong man tidak suka jika perbezaan pendapat dan pandangan dari pro gomen kena maki hamun walaupun dalam bulan Ramadhan.Mamat ni pulak berlagak pandai meraih simpati kawan blogger.Sabar saje lah kata orang sekarang.Hehe..

Anonymous said...

Biasa tu kg man.Diblog PR orang BN kena tapis .Kalau orang PR maki hamun dengan nada sumbang kata itu ini boleh plak.
Itulah kebebasan dalam PR.Padanlah rakyat benci PR dan pilih BN selama 55 tahun kerana PR janji pun tak tepati.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...