Monday, August 6, 2012

DS Najib Buat Keputusan 5% Royalti Minyak Buat Kelantan, Terengganu Dan Pahang


Janji Ditepati. Dulu Almarhum Tun Razak merancang seperti dikata Ku Li royalti minyak hendak diberi kepada negeri Pantai Timur kerana mahu pembangunan sebab negeri-negeri ini susah dan perlu bajet besar.

Kita pedulikan dulu panel teknikal yang diharap selepas 6 bulan boleh merumuskan kaedah dan cara pembayaran. Yang penting tunai kerajaan pusat bayar.

Terengganu sudah dapat lama itu berita sudah basi. Kelantan gembira kerana duit royalti minyak diperlukan kerana banyak infrastruktur perlu dibina terutama bekalan air bersih dan lebuhraya. 

Sebelum ini pun Kelantan menerima wang pembangunan setahun RM5 bilion walau cukai disumbang kepada Putrajaya hanya RM300 juta. Sejak dua tahun yang lepas sudah kerajaan pusat membantu Kelantan dari segi peruntukan untuk pelajar Kelantan masuk IPT dan IPS guna duit minyak.

WZWH lebih berminat dengan apa 5% royalti minyak bererti kepada Pahang terutama kesan kepada bajet Pahang.

Kerajaan Pahang pimpinan DSD Adnan Yaakob berusaha mengurangkan jurang defisit pada Bajet negeri Pahang dengan melakukan perbelanjaan berhemah dan kutipan hasil yang efektif.

Sejak DSD Adnan Yaakob memegang jawatan sebagai MB pada 1999, kerajaan negeri mengalami bajet defisit hanya dua kali, sementara enam kali berlaku lebihan dan tiga kali mengalami bajet yang seimbang.

Sejak 1963 hingga kini, Pahang telah mengalami bajet lebihan sebanyak 25 kali, 19 kali defisit dan tiga kali seimbang

Pahang mempunyai hasil cukup terhad walaupun merupakan sebuah negeri yang terbesar di semenanjung Malaysia.

Pembangkang mendakwa kerajaan negeri akan menjadi bankrap jika berterusan membentangkan bajet defisit. Bila sebut defisit rakyat kena faham bahawa kerajaan membela rakyat, hasil yang diperolehi akan agihkan kembali untuk kesejahteraan dan keselamatan rakyat.

Bajet 2012 bagi perbelanjaan mengurus berjumlah RM489.74 juta dan hasil kerajaan negeri dianggarkan berjumlah RM509.93 juta.

Ini bererti terdapat lebihan jika dibandingkan dengan Bajet 2011 yang mencatatkan defisit sebanyak RM68.25 juta.

Namun kerajaan negeri Pahang menguruskan sumber secara bijaksana disamping memperkemas penguatkuasaan undang-undang dan peraturan dan melaksanakan penjimatan melalui perbelanjaan yang ketat.

Tetapi Pahang tidak boleh mengorbankan mutu perkhidmatan kerajaan, ianya selaras dengan konsep "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Bajet 2012 menyediakan peruntukan sebanyak RM632.9 juta bagi melaksanakan semua program dan rancangan pembangunan kerajan negeri. Peruntukan RM489.74 juta itu adalah untuk perbelanjaan mengurus, dan selebihnya untuk perbelanjaan pembangunan.

Ini bermakna kerajaan negeri Pahang sebagaimana biasa tidak meminjam dari mana-mana pihak untuk membiayai perbelanjaan mengurus tetapi kerajaan negeri meminjam (dari kerajaan Persekutuan) bagi membiayai perbelanjaan pembangunan.

Kerajaan Pahang juga komited untuk melaksanakan perbelanjaan yang lebih mampan disamping memastikan aktiviti ekonomi terus berkembang.

Kerajaan Pahang tidak bercadang menaikkan cukai tanah dan lain-lain cukai yang membebankan rakyat. Kerajan negeri akan terus menguruskan perbelanjaan dengan matlamat mengutamakan kepentingan rakyat.

Peruntukan dari wang royalti minyak 5% setahun yang dianggarkan RM1 bilion sudah jauh lebih baik bagi mengurus semua program dan rancangan pembangunan kerajaan negeri.

Dengan tambahan hasil dari royalti minyak 5% ini maka DSD Adnan Yaakob boleh mempertingkatkan lagi perbelanjaan pembangunan bagi kesejahteraan negeri Pahang.

Besar ertinya royalti minyak 5% kepada bajet negeri Pahang. WZWH berharap rakyat Pahang terutamanya perlu menghargai Janji Ditepati DS Najib dan DSD Adnan Yaakob dalam membangunkan negeri Pahang.

13 comments:

Anonymous said...

wah Pahang dapat wang ehsan?

Anonymous said...

Saber dulu
Maksudnya menang atau kalah , Kita dapat duit
Royalti. Itu janjikan.

Janji kita pilih saja yang paling baik
Untuk kampung, negari Dan agama
Terutamanya.

Tunggu saja.

Kampong man said...

Salam Wan,

Kampong man suka dengan fakta fakta kewangan negeri Pahang.Apa lagi yang kerajaan Negeri kelantan mahu dengan peruntukan 5billion bagi kutipan cukai yang hanya RM300 juta.Tetapi rakyat Kelantan sangat selesa dengan PAS mereka .Kelantan perlukan pembangunan dari wang royalti nanti.Aktiviti ekonomi perlu dirancang dengan baik bagi membuka banyak peluang pekerjaan dan mengurangkan penghijrahan rakyat Kelantan ke negeri2 lain terutamama di Kuala Lumpur ,Tidak hairan ramai rakan rakan Kelantan pulang ke Kelantan bagi membayar zakat tiap tiap tahun dan ini bagus,Sifat kenegerian mereka yang kuat dari dulu lagi jarang jarang kita dapat dari negeri negeri lain,puuak puak demer belako...

Kita doakan negeri 2 di pantai timor ini mendapat wang royalti minyak bai pembangunan mereka sekira layak.Najib mendengar !!

Kampong man said...

Salam Wan,

Kampong man suka dengan fakta fakta kewangan negeri Pahang.Apa lagi yang kerajaan Negeri kelantan mahu dengan peruntukan 5billion bagi kutipan cukai yang hanya RM300 juta.Tetapi rakyat Kelantan sangat selesa dengan PAS mereka .Kelantan perlukan pembangunan dari wang royalti nanti.Aktiviti ekonomi perlu dirancang dengan baik bagi membuka banyak peluang pekerjaan dan mengurangkan penghijrahan rakyat Kelantan ke negeri2 lain terutamama di Kuala Lumpur ,Tidak hairan ramai rakan rakan Kelantan pulang ke Kelantan bagi membayar zakat tiap tiap tahun dan ini bagus,Sifat kenegerian mereka yang kuat dari dulu lagi jarang jarang kita dapat dari negeri negeri lain,puuak puak demer belako...

Kita doakan negeri 2 di pantai timor ini mendapat wang royalti minyak bai pembangunan mereka sekira layak.Najib mendengar !!

Anonymous said...

bajet defisit maksudnya perbelanjaan melebihi pendapatan, bukan bermaksud kerajaan membela rakyat. tak gitu?

Anonymous said...

buku jingga pr nak bagi royalti 20%.

Anonymous said...

TELUK INTAN: PAS menerima
seorang lagi bekas pegawai
tinggi kerajaan apabila bekas
Pengarah Peladang Perak, Azhar
Yunus mengisytiharkan
menyertai parti itu semalam.

Anonymous said...

Siapa siapa pun boleh masok mana mana parti tetapi bagi aku seluruh kelurga UMNO dulu, kni dan selama lamanya.UMNO memperjuangkan ugama dan bangsa melalui politik.PAS gunakan ugama bagi politik. Pilihlah .

Anonymous said...

TASEK GELUGOR: Kerajaan
negeri Pulau Pinang menaikkan
paras miskin tegar di negeri itu
ke RM600 berbanding RM500
sebelum ini.

Anonymous said...

Salam WZWH & MUT...,

Masuklah Umno ker Pas ker. Bagi aku perjuangan individu yang ikhlas ada petunjuk dari Allah, tapi yang tak ikhlas sepanjang masa berada dalam keraguan, gusar dan rimas, serbasalah. Nak kata "bengong" berat sangat pulak. Jadi selama ke ning tuh berkerja tak ikhlas menjalankan arahan dan menyampaikan arahan memikul amanah dan tanggungjawab "majikan" yang membayar gaji.

Bagi mereka seperti ini ibarat orang membaca Al Quran. Ahli Al Quran mereka ini lebih hampir kepda "api neraka" jika mereka tidak ikhlas. Wanazubillah.... Manakala orang yang belajar dan membaca Al Quran mendapat dua keuntungan, jika niat ikhlas dapat pahala belajar dan membaca. Wallahualam...

Jangan lupa warga FELDA 10hb. Ogos 2012 majlis berbuka puasa di Padang Piol...

Banir, Salam Nuzul Al Quran.. :)-

Anonymous said...

tertarik dgn drama "berlindung di sebalik kaa'bah" kt astro prima..
Kalau tgk dr kaca mata politik, kena btl dgn salah satu parti kt negara kita ni

Anonymous said...

Byknya pusat .bg duit kat klntn.5 Bilion.klu 5 b, klntn dah jadi mcm k.lumpur .tp sbnrnya duit tu habis d faraid n d mentekedarah d puak2 umno mcm puak2 umno mentekedarah duit untuk dun tahan sbyk 500j.klu tak dun tahan dah jadi mcm bndar jerantut dah.

Anonymous said...

Alhamdulillah'

Sakmongkol,Melayu murtad dari Pahang telah dalam posting terbarunya mengeluarkan video yang jelas membongkar keangkohan parti DAP yang racis untuk rakyat yang cintakan negara ini ,Semua rakyat Malaysia tidak kira bangsa di jemput melihat video ini,Agenda agenda DAP racis bagi tidak menghormati Perlembagaan negara,

Semua orang melayu sila lihat bagaimana angkuhnya mereka bila di beri kuasa dan bagaimana Islam diperkotak katikan.

Sakmangkol yang gila kuasa dan wang adalah PENGHIANAT BANGSA dan beliau adalah anak Pahang kita .

DAP BERMAIN API dengan MALAYSIAN MALAYSIA saperti Sinagapura ,bukankah negara ini dahulunya di namakan PERSEKUTUAN TANAH MELAYU.

Apa lagi DAP mahu ? .Menghancurkan perpaduan kaum ? Rakyat Malaysia hars reect DAP dan Sakmongkol.

Pahang ku.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024