Tuesday, August 14, 2012

Najib Mencari Ketenangan di Mekah Sebelum PRU 13



Bekas Timbalan Presiden PAS, Nasaruddin Mat Isa hari ini dilihat bersama-sama dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan pertemuan dengan tokoh ulama terkenal di Arab Saudi iaitu Sheikh Dr Abdullah Hamad Jalaly, Mufti Masjidil Haram Makkah Sheikh Dr Sulaiman Al Salumi dan Ketua Hakim Mahkamah Makkah Dr Saleh Darwish.

DS Najib mencari ketenangan di Mekah dengan menunaikan umrah. Disebalik kesibukan tugas sebagai PM dan Pengerusi BN, DS Najib meluangkan masa melawat rumah Allah.

DS Najib telah beusaha sebaik mungkin selepas post PRU 2008 mengambil alih kepimpinan negara dan parti dari Tun Abdullah.

DS Najib telah buat yang terbaik. Walau berbagai bisikan halus pembangkang dengan cerita-cerita spin mengelirukan rakyat, walau kebenaran sukar dimengerti kerana fitnah-fitnah besar berterbangan di langit Malaysia.

Ada ahli politik BN sendiri yang lebih mengejar kedudukan peribadi sanggup meninggalkan parti demi janji-janji manis bisikan halus...

Pembangkang buat cerita bahawa  risikan Polis dan Tentera telah melapor kepada DS Najib kononnya  peralihan kuasa akan berlaku pada PRU 13 nanti.

Seolah-olah pembangkang tahu semua serbi hal-hal sulit negara.

Sebagai orang Islam betul dan tepat langkah DS Najib mencari ketenangan dengan mengadap rumah Allah di Mekah dan Madinah.


DS Najib telah berusaha, sedang berdoa di Mekah dan Madinah dan seterusnya bertawakal.

Tidak ada apa yang perlu DS Najib risau dan bimbang...

Berdirilah sejuta jin dan manusia mahu menurunkan DS Najib dari kedudukannya sebagai PM Malaysia jika Allah tidak mengingini  dan para malaikat tidak merestui maka tetap DS Najib berdiri teguh dan utuh dikedudukannya.

Ada juga ahli politik-ahli politik Pakatan Rakyat terutama dari PAS yang meminati gaya kepimpinan politik DS Najib. Itu YB Nasaruddin sebagai contoh.

Ketiga-tiga ulama itu mengunjungi Najib yang mengetuai delegasi Malaysia pada Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung di kota suci Makkah mulai hari ini. 

Tokoh-tokoh ulama berkenaan menyifatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang berjaya meletakkan Islam sebagai teras kepada kemajuan.

Ketiga-tiga ulama Arab Saudi itu memuji kerajaan Malaysia kerana berjaya mengukuhkan kedaulatan Islamiah apabila meletakkan Islam sebagai agama persekutuan walaupun rakyatnya berbilang kaum dan agama.

Para ulama Arab Saudi juga kagum dengan kepimpinan kerajaan Malaysia yang memupuk hubungan baik antara ulama dan umarak dan mahukan negara Islam lain menjadikan Malaysia sebagai model negara Islam yang maju.

Ulama itu berpendapat pendekatan kerajaan terhadap kepimpinan yang berteraskan Islam itu telah mengelakkan Malaysia daripada menghadapi sebarang konflik seperti negara majmuk yang lain.

18 comments:

Anonymous said...

Semoga mendapat hidayah macam kak ikat.

Jiwa Islam said...

Assalamualaikum....sedikit pembetulan pada artikel...( Jika Allah tidak mengingini dan para malaikat tidak merestui )....Allah tidak memerlukan restu para malaikat untuk berbuat sesuatu dan satu yang admin perlu yakin,bahawa Allah ciptakan manusia ini sebaik-baik kejadian maknanya lebih mulia dari malaikat...jika berdiri sekalian manusia menadah doa terutamanya mereka yang soleh tidak mustahil kerajaan yang ada akan jatuh insyaAllah...dan ingatlah juga Allah lebih hampir dengan jiwa-jiwa yang soleh...Wallahua'lam...

Anonymous said...

Yelah. ..jiwa soleh tak bekawan dgn karpal sinki..cakap jgn kait nama org2 yg berjiwa soleh boleh tak??pigidahh

Durian Gugur said...

Anon 2:28 AM
Tiada salahnya berkawan dengan Karpal.Kenapa Anon 2:28 benci sangat pada Karpal?adakah kerana Karpal menentang pelaksanaan hukum hudud?sedarlah bahawa Karpal adalah seorang yang bukan beragama islam . Jika anda membenci karpal kerana perkara tersebut,perasaan benci tersebut juga perlu di luahkan kpd parti atau orang islam sendiri yang menentang pelaksanaan hudud.

Sepertimana petikan media baru2 ini mengeluarkan kenyataan bahawa "haram sokong DAP".kerana DAP menentang pelaksanaan hukum tuhan . Tapi dari segi balaghahnya,kenyataan itu boleh disindirkan kpd semua parti yang menentang pelaksanaan hukum islam.Hari ini,hanya 1 Parti shj yg membawa perjuangan islam iaitu PAS.Marilah kita sama2 memperkukuhkan PAS bagi mengimbangi semua parti di Malaysia,insyaallah jika PAS mpunyai sokongan yang mantap si peringkat negeri dan persekutuan,islam dan melayu akan bertambah mantap tanpa mengetepikan kaum lain serta pembangunan jasmani.

Kampong man said...

Salam Wan dan pembaca yang saya hormati,

Perbezaam ideologi politik tidak menghalang perjuangan demi Islam baik di Malaysia dan juga antarabangsa.Ada baiknya muzakarah UMNO dan PAS menjadi realiti akhirmya.Sekira ini berlaku mungkin DAP sedar bahawa mereka harus akur bahawa Malaysia adalah negara Islam dan hukum hudud tidak harus ditentang bermati matian sekira mereka faham ini adalah baik untuk mereka yang berugama islam.Maka tidak haianlah DAP Lim Kit Siang dan Karpal Singh beterusan menjadi PEMBANGKANG seluruh karier politik mereka selama lamanya.

Syabas Najib dan Nasaruddin terbayang saya bunga bunga penyatuan demi Islam dan bangsa.PAS harus lupakan DAP dan PKR bagi memertabatkan Islam dan bangsa.

Kini menjadi trend pulak artis artis berkempen politik .Penonjolan kemasokan artis kedalam PAS adalah baik tetapi bukanlah kerana politik.Eloklah Bob Lokman,Abby,Dayangku Intan,Aishah, Hairi Othman dan yang lain juga dengan timbulnya KESEDARAN satelah mengharungi berbagai dugaan hidup sebagai sebagai artis .Tidak kurang juga yang membuat keputusan menjadi ahli UMNO saperti Jamal Abdillah dan banyak lagi.Bezanya Jamal tidak berpolitik saperti mereka dan memburuk burukan orang lain.

Bertukar haluan adalah perkara biasa tapi tidak perlu burukan yang dulu takut berludah ke langit pulak. Maka janganlah kita hairan sekira rakan saya Sakmongkol dan Aspan akhirnya meninggalkan DAP saperti Tunku Aziz bekas Timbalan Pengerusi DAP setelah kepincangan DAP dapat dirasai.When you are in love kentut pun wangi,tak gitu.Terserah.

DAP tetap dianggap parti RACIS dan CHAUVANISTIK dan DAP dijangka menjadi parti dominan dalam PR bukan PAS dan PKR.Penulisan Sakmongkol memperkecilkan DS Njib dan UMNO jelas chauvanistik.Hanya dengan membenci dan memburuk burukan pencapaian Najib dan UMNO ?.Mereka fikir mereka boleh berjaya menjadi Kerajaan dengan semudah itu ?.Apakah cara dan pendekatan begini yang rakyat kita mahu ?. Kita sudah matang untuk berfikir mana yang baik dan tidak untuk kita dan generasi kita -KESINABUNGAN pemerintahan kerajaan BN yang terbukti berjaya.Transformasi Najib telah membawa kesan walaupun Najib belum lagi di beri MANDAT penuh lagi.Ayuh kita sudah lihat kesungguhan Najib bagi semua rakyat Malaysia tidak kira ugama dan bangsa.Tahniah Najib !! Kami tetap bersama BN .Jasa BN tetap di kenang terutama kepada perdana menteri kami yang lepas lepas Tun Dr mahathir dan Pak Lah yang masih ada bersama kita semua.

Demi Rakyat "JANJI DI TEPATI "

Salam,SELAMAT HARI RAYA,MAAF ZAHIR DAN BATIN dari saya yang kerdil. Wallahwu'alam.

Anonymous said...

Ha ha ha

Selagi anda tidak dapat melihat silap DSN, DRM, PN, UMNO, Pmen, Plis, ADUN, Wang Dan JKK.

Selagi anda melihat rakusnya kuasa federal keatas
negeri.

Selagi anda melihat penggunaan agensi kerajaan
tidak menurut undang2.

Selagi anda melihat amalan kronism dan tipunism.

Selagi itu penyatuan PAS dan umno tidak akan terjadi walaupun anda dapat rasuah semua ulama.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

PAS oleh kerana mengamalkan "budaya Kristian" bahawa Islam PAS terbaik lebih dari Islam yang dianjur oleh Nabi Muhammad SAW maka menjadi tidak mahu berkawan dengan orang lain kerana Islam orang lain rendah kualitinya.

Kampong man said...

Salam semua,

Yang anehnya penyatuan PAS dengan DAP dan PKR boleh pulak .Ada segelitir kecil yang tidak amanah yang melakukan Korupsi dan berkroni dalam BN dan PR tapi mana yang jelas korup kita jangan undi mereka dan kita tentukan tidak dipilih menjadi wakil rakyat dan parlimen,boleh ?.

After all CORRUPTION was and still the oldest profession in the world ( Tanya Teo Beng Hock yang terjun mati kerana melindungi korupsi boss DAP mereka.Apa SPR suka suka hati mahu bunuh beliau ? sedangkan beliau dapat membantu penyisatan ) Kenapa perlu dipolitikan semua isu.Pasti the oldest profession in the world masih juga PROSTITUITION.Agak agaknya boleh kah kita hapuskan prostitution sepenuhnya? Kita hanya boleh mencegah tetapi di Selangor ini nampaknya berleluasa dengan berbagai cara demi wang.

PR di Selangor boleh dianggap GAGAL dengan isu ayer,isu Talam dan yang sedihnya isu UNISEL yang terus di politikan menghadapi masaalah pengurusan kewangan dan menjadi masaalah kepada pelajar kini. Isu ugama apatah lagi.Masih ada kecenderongan parti politik tertentu menggunakan masjid menyebarkan pegangan politik mereka dan ini akan terus memecahbelahkan masyarakt umat islam.Keep your politics outside the mosque please.

Sekira kita ketahui adanya salahguna kuasa ,korupsi dan lain lain juga kita punyai saluran tertentu bagi membuat aduan.Tiada siapa yang harus di lindungi .Kita ada Suruhanjaya Integriti dan berbagai suruhanjaya.Bukankah itu keterbukaan kerajaan pimpinan Najib ? Satu lagi Transformasi yang baik dan jujur.Wallahw'alam.

Anonymous said...



Saiap2 orang Islam menentang hudud Allah itu terlalu jauh menyimpang dari landasan Islam Bahkan mereka ini boleh dihududkan dengan hudud Allah, tapi malang di Malaysia hudud Allah masih qiam didalam Al Quran tambah malang lagi hudud hampas yang diwar2kan hanya merosakan sebahagian akdiah manusia teruatamanya diantara pasangan suami isteri, kerana isteri diliwat suami tidak menjadi kesalahan.

Anonymous said...

Masjid =\= mosque

Sila ambil perhatian

Anonymous said...

UMNO dari dulu sehingga kini menolak Hudud....Bgaimana nak dikatakan DAP racis...kenyataan Lim Guan Eng mgnai Hudud agak lembut berbdg Chua Soi Lek, Presiden MCA....peruntukan MUIP.Pinang pade masa kini jauh lbh bnyak berbndg zmn PP di perintah olh Gerakan bersama UMNO...Krjn DAP P.Pinang membuka sistem tender terbuka....bnyk contractor mndpt tender projek...Apa yg luahkn olh Kg Man lbh kpd politik sempit UMNO yg dilht berade dihjg tanduk....Salam Aidilfitri...dn Selamat Menyambut Kemerdekaan Kali 55 Sebangsa, Senegara, Sejiwa...

Anonymous said...

Ha ha ha..

Ainon 7:37 AM...Hmmmmmm Ada betulnye aok kate tu..

Selagi Kerajaan Persekutuan (AKA BN)tidak menghormati perjanjian pembentukan Malaysia..saya rasa tak salah kalau PAS tidak mahu berbaik-baik dengan UMNO..

Kerana kesefahaman biasanya bermula dari Kepercayaan..jadi UMNO perlu menunjukkan keikhlasan dengan menghormati Pemimpin PAS..bukannya dengan memperkudakaan NGO-NGO pro UMNO menghentam Pemimpin PAS dan pada Masa tersebut Pemimpin UMNO cuba berbaik-baik dengan Pemimpin PAS...Ha ha ha.

Che Wan...amboi jauhnya perumpamaan tu..ha ha ha.

Tapi, kadang-kadang memang ada sesetengah Ahli PAS yang macam Che Wan Cakap..tapi bukan Kesemuanya Begitu..ha ha ha..

Ha ha ha..Kampungman & QD ...betul, betul, betul..yang ada sekarang People Power..pemimpin yang korup kita jangan sokong walaupun dari BN atau PR...make sure deme letak Wakil untuk Rakyat bukan Wakil PM atau Wakil Towkey atau Wakil Parti ..ha ha ha.

Kutukandewata said...

durian gugur,
janganlah bercakap kerana dengar cakap tok guru.
dalam alqur'an jelas melarang kita menjadikan kafir harbi sebagai orang harapan untuk tujuan kebaikan kita kerana jelas mereka memang tidak boleh diharapkan sebab mereka tak akan berpuas hati selagi tidak dapat menguasai kita.

buktinya jelas karpal singh telah melarang pemimpin pas dari terus memperkatakan hukum hudud.

lagi satu,tolak dan sukar melaksanakan adalah dua perkara yang berbeza.

jadi janganlah sesedap mulut menuduh umno menolak hudud.

umno tidak tolak hudud cuma belum dapat melaksanakan kerana atas faktor bebrapa kekangan yang terpaksa di hadapi.

pas sendiri yang dah bertahun2 memerintah kelantan masih belum mampu melaksanakannya kerana kekangan tertentu.

jadi secara mudahnya untuk tahu samada pas benar2 iklas di harapkan mereka menyiapkan draf hudud dan bentangkan usul tersebut di parlimen.

sudah pasti mp umno pun akan mengundi menyokong.dan dap yang dah berjaya di tarbiahkan oleh pas pun akan mengundi menyokong hudud.

lakukan lah seperti itu,jangan hanya tahu menyalak macam anjing gila dan menuding jari kepada orang lain dan meletakkan semua kesalahan sendiri kepada rang lain.

hanya yahudi yang tahu mencemuh dan menyalahkan orang lain!!!

Quiet Despair said...

Suka sangat tengok gambar ni. Uncle Naj relax and beaming. Dan Nasaruddinpun sama.
Kalaulah Tok Serban dalam PAS macam dia, bahagialah kita orang Melayu.
Kita suka kalau PAs dan UMNO bersatu.
Kalau lihat beberapa komen Nasar, usaha boleh ke arah itu.
Malam tadi dia cabar PAS keluar DAP yang terang oppose Hudud.
Way to go Nasa.

Quiet Despair said...

Saya amat sedih dengan perangai buruk Pakatan. Najib peri umrahpun dikondem. Kalau tak pergi pula lagilah dikondem.Tuduh pulak kononnya tak Islam macam PAS.
Entah-entah di mata Allah Najib lagi baik Muslimnya dari yang kondemnya.

wonder why said...

Nampak sangat TIADA tokoh UMporNO,yang bolih berbincang dengan Tokoh Ulamak di Mekah dan Medinah.Kena juga guna pintu belakang,Rasuah Nasa ( PAS ) untuk mengadakan perjumpaan dengan Ulamak Mekah.Menteri UMporNO bolih buang dalam tong sampah sahaja.

Anonymous said...

Kenapa banyak Pembangkang mula berbaik dengan UMNO dan artis berbaik dengan hamPAS.Tanda hebat artis artis ni ke Nasarudin ?Pok Nik dah mula naik angin ' sour grape
hahaha...

Anonymous said...

Pelik juga ye..para2 artis yg dah insaf dan ingin kembali kpd Islam, mereka join PAS...manakala yg kaki dedah, tonggang terbalik mereka join UMNO....Gamaknya anon 3:21 PM tak reti nak baca fenomena ini....

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024