Thursday, October 3, 2013

Berpolitik Di Negeri Pahang Darulmakmur


Rakyat Pahang sudah lama berpolitik. Sudah beratus-ratus tahun dulu. Sejarah Pahang mengajar rakyat Pahang sangat faham berpolitik.

Kenapa rakyat Pahang berpolitik? Rakyat Pahang mahu negeri darulmakmur. Ada tanah, boleh bercucuk tanam, menjala ikan sungai dan paya, memukat ikan laut, memburu di hutan. Boleh membeli garam.

Itulah ekonomi mudah nenek moyang kita orang Pahang.

Masa sudah berubah...zaman sudah berubah. Rakyat Pahang ramai yang cerdik pandai. Ramai yang belajar ke luar negara ke negara-negara orang putih, ke negara-negara orang Arab, ke negara-negara orang kuning. Barangkali ada orang Pahang belajar di negara-negara orang hitam!

Dari mana kita belajar tidak kira dari University Harvard, Oxford, Cambridge, MIT, LSC, Imperial College, Al-Azhar, NUS, UM...

Tidak kira apa ideologi kita Liberal, Sosialist, Demokrat, Republican, Labour, Conservative, Islamist, Nasionalist....bila kita berpolitik di Negeri Pahang Darulmakmur.

Kita sebenarnya berpolitik di Negeri Pahang Darulmakmur yang ada tradisi, budaya, nilai-nilai politik Negeri Pahang Darulmakmur.

Kita perlu belajar tradisi, budaya, nilai-nilai politik Negeri Pahang Darulmakmur.

Jika kita sombong, angkuh tidak mahu belajar politik asal usul negeri kita, tidak mahu ambil tahu politik tradisional Pahang.

Kita rasa kita sangat hebat. Ilmu kita sangat hebat. Keperibadian kita sangat hebat. Pengaruh kita sangat hebat. Pada persepsi kita memang orang ramai suka kita.

Dan kita langgar tradisi, budaya, nilai-nilai politik Negeri Pahang Darulmakmur tanpa kita berbincang dengan......atau merujuk dengan.....

Alamatnya kita hanya melanggar tunggul-tunggul kayu yang menyangkut kaki kita hingga kita tersemban ke tanah....berdarah dahi kita.

Dan Orang Asli di hutan Jerantut itu lebih mengerti tradisi, budaya, nilai-nilai politik Negeri Pahang Darulmakmur. Mengeleng-geleng  kepala Orang Asli itu kerana pada pemikirannya ada juga orang Pahang yang tidak tahu berpolitik di Negeri Pahang Darulmakmur.

Demikianlah falsafah berpolitik di Negeri Pahang Darul makmur.

5 comments:

anak serama said...

zaman dh berubah..trdisi pun kita kena pilih juga bkn pakai hentam kromo aje..org asli dekat hutan jerantut pun dh pakai seluar x pakai cawat lg..x tau la WZWH pakai cawat plk..org kat jerantut pun ada cerdik pandai tahu memilih pemimpin baik dan berperangai buruk lg beruk..

usin gampang said...

tradisi apa ayam serama?

tradisi jerantut sejak zaman berzaman ialah ketua bahgian adalah orang yang menang bertanding pada mesyuarat bahagian.bukannya ahli parlimen yang mesti pegang jawatan tersebut!

kalau tradisi nya ahli parlimen mesti pegang jawatan ketua bahagian tak perlulah susah susah buat mesyuarat agung untuk memilih ketua bahagian.

lantik ajelah secara automatik ahli parlimen jadi ketua bahagian.tak perlulah buang masa dan tinggalkan kerja untuk hadiri mesyuarat.

kebetulan pada setiap kali pertandingan ahli parlimen yang menang.sebab itu kelihatan yang ahli parlimen itu mesti jd KB!

yang jelas dalam perlembagaan umno ketua bahagian mestilah dipilih melalui pertandingan dalam perhimpunan agung umno bahagian!

tak ada pun dalam perlembagaan umno ahli parlimen automatik jadi KB.

jadi tradisi umno jerantut ketua bahagian mestilah yang menang dalam pertandingan.kebetulan yang menang selama ini adalah ahli parlimen tu lah yang nampak macam tradisi tu.

kalau penyokong mat lan sibuk menanam konsep tradisi dalam kempen2nya nampak sangat mereka sendiri pun keliru dan cuba membohongi orang lain!

kalau mereka sibuk sangat menjaja frasa "tradisi",kenapa mereka juga yang sibuk melawan ahli parlimen yang dulu-dulu termasuklah mat lan sendiri!

sepatutnya jangan lawanlah ahli parlimen dato wan bakar,kamaruzaman baria dan ku lan sendiri?

kenapa bila kena kat orang, tidak melibatkan tradisi?tetap dilawannya?

sekarang bila dia sendiri jadi ahli parlimen kenapa di jajakan frasa "tradisi"? nak dapat benda free sokmo ke?

tradisinya kamu kena lawan sampai menang. dah menang jadilah ketua bahagian.

"dulu-dulu kau kerjakan dato wan,sekarang kau dikerjakan ku lan,dulu-dulu susahnya dato wan,sekarang kau punya giliran!!!"


Anonymous said...

SKRG GILAN MAT LAN PULAK ,DULU KU PARLMEN TERUS DAPAT MANDAT KETUA BAHAGIAN,SKRG MAT PULAK AHLI PARLIMEN KITA BAGI MANDAT KETUA BAHAGIAN PULAK BARU ADIL NAMANYA USIN...TAK GITU

Anonymous said...

alaa husin kepala butuh budak hingusan dia bukan tau ape,harap badan je gemuk akal letak d kepala lutut bejudi kuat pulak tu porah la lu....

usin malaun said...

usin gampang sekarang ni bkn masa tengku lan dah zaman dia dh berlalu kau aje yang beria2 nak..kamarulzaman baria dah x laku masa dia jd parlimen apa yang dia buat kat jerantut..wan bakar kg sendiri ulu tembeling pun x mengaku..hotel kat kuala tahan pun nak bungkus duit pekerja tertangguh2..usin gampang hidung berhingus dah la senget jgn belagak pandai..

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024