Friday, November 8, 2013

Buang Parti Berdasarkan Bangsa Dan Agama: Sanggupkah UMNO dan PAS?


Malaysia memerlukan 250 tahun lagi untuk mencapai parti berbilang bangsa yang boleh memerintah Putrajaya (apa yang berlaku di Malaysia 50 tahun dulu dan sekarang ialah gabungan @ coalition parti-parti yang berbilang bangsa memerintah Putrajaya)-Mungkin ini formula Malaysia yang boleh buat BN parti yang paling lama memerintah dalam sejarah politik dunia moden.

WZWH bersetuju secara prinsip sudah sampai masanya di Malaysia bahawa sesiapa sahaja rakyat Malaysia tidak kira apa bangsa dan agama boleh memimpin Malaysia menjadi Perdana Menteri dengan syarat rakyat Malaysia ini seorang pemimpin yang berkeupayaan, bijak merancang masa depan dan membuat keputusan serta adil kepada semua.

Tidak kira jika beliau ini keluarganya pada asalnya pendatang dari China atau India atau Indonesia atau England, Arab dari mana saja. Jika Barrack Obama keturunan Islam dari Kenya boleh menjadi Presiden Amerika dan mungkin Ed Miliband keturunan Yahudi Poland boleh menjadi Perdana Menteri Britain...Maka di Malaysia:

Keturunan Cina, India, Eurasia, dan lain-lain Bumiputera malah Orang Asli pun boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia jika mempunyai kriteria dan kualiti ciri-ciri kepimpinan abad masa depan.

Kecenderungan pemimpin yang berdasarkan bangsa dan agama akan bersikap bias kepada kepentingan base politiknya. Jika bias itu tidak melampau dan masih memberi ruang kepada lain-lain bangsa dan etnik itu boleh tahan lagi.

Sebab itu golongan liberal dan sekular tidak suka bimbang pemimpin yang berdasarkan bangsa dan agama akan bersikap bias, tidak adil malah lebih teruk kalau fanatik.

Golongan pemimpin agamawan kalau betul mengikut intrepretasi dan prinsip-prinsip agamanya tentu boleh diterima. Masalahnya sukar untuk mencari pemimpin agamawan yang benar-benar berpengetahuan, berfalsafah, berfikiran terbuka dan diluar kotak bukan jumud seperti katak dalam tempurung.

Golongan liberal dan sekular malah ateist boleh memimpin Malaysia jika tidak ada pemimpin dari berbagai parti yang ada terutama dari etnik Melayu yang majoriti yang berkebolehan lagi.

Ditching race-based parties: Will BN lead? oleh K Ramasegar sila klik sini melontarkan satu persoalan yang memerlukan rakyat Malaysia berfikir.

Ianya bermula bila Karpal Singh Pengerusi DAP mahu parti-parti berdasarkan bangsa dan agama dibubarkan.

Buang parti berdasarkan bangsa dan agama: Sanggupkah UMNO dan PAS memulakannya?

Jika buang parti berdasarkan bangsa dan agama itu secara strategi dan taktikal boleh melemah dan mematikan pengaruh dan kuasa UMNO dan PAS untuk apa pemimpin dan ahli parti mahu ikut.

Dalam demokrasi mudah...kebiasaannya The Law of Majority ruled...yang majoriti menguasai yang minoriti dan secara etikanya yang majoriti melindungi yang minoriti. Kalau peringkat extreme pula yang majoriti akan ethnic cleansing yang minoriti-Itu tidak masuk akal kerana Malaysia ada perlembagaan yang menjaga golongan minoriti.

Jawapan standard majoriti orang Melayu yang berfikir ialah seperti demikian...

Karpal Singh memang kurang bijak kerana helah orang tua DAP ni memang senang ditelah...

Kenyataan Karpal memanglah amat bertentangan dengan segala konsep pertubuhan di Malaysia samada yang berasaskan kaum atau ugama atau yang sebaliknya...

Cadangan ini juga menidakkan demokrasi untuk berpertubuhan...

Karpal mesti faham bahawa Malaysia tidak seperti Amerika & Britain yang mana, A + B + C = D ...

Dan Malaysia juga tidak seperti China, India dan Indonesia yang mana, A + B + C = A ...

Malaysia adalah negara yang mana, A + B + C = A + B + C ...

Malah tidak janggal dimana sejak Merdeka, Malaysia juga boleh dikatakan negara yang mana...

A + B + C = A + B + C

Yang bermaksud tolak ansur Kerajaan Malaysia dan rakyat Bumiputera tiada tolok bandingnya...

Segala isu-isu kaum, ugama, etnik, adat dan kebudayaan rakyatnya di tambah baik dari tahun ketahun...

Malah isu-isu ugama dan bahasa rasminya pun, sanggup dipertaruhkan di mahkamah dan di parlimen tanpa menggunakan kuasa unggul atau pentadbiran kuku besi...

Selainnya adalah berdasarkan Perlembagaan Negara yang termaktub sejak merdeka serta melalui perbincangan dan budibicara...

Kecualilah Karpal ini ingin melanggar segala undang-undang negara serta sikap tolak ansur pemimpin dan rakyat bumiputera Malaysia...

Apakah helah orang tua DAP  ini?

1. Helah Untuk Pendatang Berkuasa demi untuk menghapuskan segala kepentingan Bumiputera...

Untuk dapatkan Malaysian Malaysia, BN mesti dikalahkan...

Untuk kalahkan BN, UMNO mesti ditumbangkan...

Untuk tumbangkan UMNO, orang Melayu mesti dipecah belahkan....

Untuk pecah belahkan orang Melayu, Ugama Islam mesti dilemahkan...

UMNO adalah Melayu Islam...

PAS adalah Melayu Islam...

Kedua-duanya jika dibubarkan, bukan sahaja orang Melayu berpecah dan berselerak, Ugama Islam pun ikut lemah dan longlai...

Jika orang Melayu lemah, Bumiputera lain pun ikut lemah....

Pada masa itu parti politik yang terunggul adalah DAP....

Dengan kewangan yang sangat kukuh sehingga mencecah bertrillion RM, orang Melayu dan Bumiputera akan mudah dikuasai...

2. Helah untuk Pendatang merampas hak Bumiputera....

Untuk dapatkan Malaysian Malaysia, Ketuanan Melayu mesti dihapuskan...

Untuk Ketuanan Melayu dihapuskan, orang Melayu mesti dilemahkan...

Untuk lemahkan orang Melayu, lemahkan ugama Islam...

Bila Islam dan Melayu lemah, raja-raja Melayu dapat dihapuskan...

Maka wasiat raja-raja Melayu akan tak boleh digunapakai lagi...

Apatah lagi perjanjian 20 Sabah dan Sarawak...

3. Ketakutan Bangsa Pendatang dalam menghadapi masa depan....

Pada 2050, pendatang akan tinggal 15% SAHAJA daripada jumlah rakyat Malaysia...

Pada masa itu, pendatang akan hilang kuasa ekonomi dan politik...

Pendatang akan hanya berkuasa jika mereka menguasai Bumiputera...

Dengan lemahnya Islam, Melayu dan institiutsi Bumiputera yang lain, masa pendatang akan dapat mempunyai kuasa politik dan masih memonopoli kuasa ekonomi...

KESIMPULAN

Dengan itu, buat masa ini Karpal Singh ini merasakan bahawa untuk pendatang MENDAPATKAN KUASA POLITIK DAN MENGEKALKAN KUASA EKONOMI...

PERLULAH DIHAPUSKAN SEGALA PERTUBUHAN, PERSATUAN, PARTI POLTIK, KESATUAN, KUMPULAN ATAU INSTITIUSI YANG BERASASKAN KAUM, UGAMA, ETNIK SAMADA IANYA UNTUK POLITIK EKONOMI, UGAMA, SOSIAL, UNDANG-UNDANG, SENI PERTAHANKAN DIRI, KEBAJIKAN DAN SEBAGAINYA...

12 comments:

usin malaun said...

berpolitik2 juga yang penting masalah rakyat perlu diselesaikan jangan jaga poket sendiri aje..tengok hj nazri berpolitik untuk menaikan tengku lan bukan main keluar duit tp gaji pembersihan kat sekolah x berbayar sampai sekarang..itu baru masalah gaji mcm mana nak jadi pemimpin rakyat..masalah rakyat lg banyak bukan untuk memenuhkan pokek sendiri aje weh..WZ tolong nasihat sikit boss awak tu org pun nak guna duit juga..aku tahu sangat la perangai dema semua nie..bila dompok nak letak jawatan cakap x serupa bikin...

Anonymous said...

Usin Malaun,

Cukup-cukuplah cerita politik Jerantut. Orang dah cerita politik nasional dan global. Politik Jerantut terutama cerita pertandingan UMNO baru-baru ini sudah tutup buku. Politik Jerantut kecil aje. Macam-macam perubahan boleh berlaku dan tidak dijangka.

usin malaun said...

nak berpolitik global konon tp haji nazri tak bebayar gaji pembersihan kat sekolah tu apa pasal..jagan pikir org x nak pakai duit wehh gaji orang kena bayar juga ek...

Anonymous said...

level-level usin malaun ni memang bley crite politik jerantut je,pemikiran die tak sampi lagi nk crite isu politik nasional atau politik global,sedare sedari jgan marah la,memang dh anugerah tuhan level die macam tu je,hikhikhik!!!!!!!

usin malaun said...

tak kesah la level apa pun janji gaji orang bayar..aku x mcm tu lobi bukan main tp gaji org x bebayar..nak jadi pemimpin setempat pun x layak kalau pekerja sendiri pun tak terjaga...org pun nak pakai duit juga, awak x pe la bukan kena ke batang hidup awak..kalau dah haji tu tunjuk la tauladan baik yang penting gaji tu bayar wehhh....

Anonymous said...

Umno parti sekular,yang banyak rasis adalah umno,yang banyak merosakkan bangsa melayu adalah parti umno sendiri,umno suka ke arah hiburan dan tidak suka ke arah islam,byk mnganjurkan konsert2 yang tak berfaedah,umno banyak gunakan duit rakyat untuk ahli2 serta pemimpinnya

USIN BELACAN said...

janji aman kan org UMNGOK..x kisah la bayar k-pop dengan PSY banyak mana pon janji duit rakyat bkn duit najib pon..janji aman yang penting pijak kepala rakyat..janji aman GST untuk org berpendapatan rendah biar la rakyat merana pon..janji aman gula dah tiada subsidi untuk kesihatan rakyat juga..janji aman biar la pemimpin makan harta rakyat sesuka hati pun..janji aman kan nak bagi BRIM tp rakyat nak harga barangan murah,rumah murah,minyak murah rakyat bukan kaya mcm pemimpin UMNGOK..janji aman kalau mahal x payah beli kata pemimpin UMNGOK..janji aman apa2 pon janji aman...macam bangang aje kalau x memikirkan rakyat...

Anonymous said...

apatah pulak bangla, kerala, suluk, indon, pakistan, thai semua jadi melayu !!!

Anonymous said...

kerabat negeri yg ramai kahwin jepun, mereka pun jadi melayu, investors gergasi korea kroni umno pun jadi melayu hahhahahahhaha

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

SALAM BRO,
TOLONG LINKKAN BLOG AKU.SELAMAT BERJUANG! TERIMA KASIH.
http://salatusalatin.blogspot.com/

Anonymous said...

koi sokong belaka cakak demeh atas tu. betul lake2. gaji org kena bayor, jika tak perut bernanh, buruk jubor. kan susah keluarga nak jaga, jadi semua susah, akibat perbuatan sendiri, jika benarlah weh!!!. satu peringatan peringkat "global", nak tumpang dgn usin malaun dia cakak betui, itu dia baru cakak pulitik jantet ajer. usin malaun ni ada ilmu sebenar. Peringkat global, jika nak tahu menjelang 2020 berasaskan "Globalisasi"; prinsip 6S akan menjahanamkan seluruh umat Islam dan tidak terkuacli Masyarakat Melayu Islam di Malaysia;

1. S (Sosial)
2. S (Sex)
3. S (Skrin)
4. S (Sport)
5. S (Smoke)
6. S (Skandal)

tuan2 yg bijak laksana, hurailah ikut ilmiah masing2. Apakah ini perancangan "Global" oleh kaum tertentu didunia. jika nak tambah, tambah lagi berapa banyak "S". awasi globalisasi. jika diturtkan Melayu Islam di Malaysia akan "punah ranah".

Maaf lama tak menjelma... sibuk cari Banir.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...