Tuesday, November 19, 2013

Lagu Kembang Melati Boleh Buat Hang Tuah Lentok Lebih Power Dari Keris Taming Sari Di Tanah Majapahit!



'Kembang Melati' lagu lama Jawa kuno yang boleh buat Hang Tuah lentok (hampir khayal) di tanah Majapahit. Untuk melemahkan Hang Tuah tidak perlu pakai keris Taming Sari...

Apa sejarah keris Taming Sari?


Taming Sari (atas sekali) bersama keris Seri Gading sebagai 'peneman'.

Keris Taming Sari banyak diceritakan dalam Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu serta beberapa manuskrip alam Melayu yang lain.

Keris Taming Sari memang wujud dan menjadi alat kebesaran Kesultanan Perak. Malah, berdasarkan rupa dan ciri yang ada pada keris Di Raja itu, senjata ini memang asli dan berasal dari abad ke-14 kerajaan Majapahit.

Keris Taming Sari pada asalnya adalah kepunyaan Taming Sari, seorang pahlawan Jawa. Beliau telah diarahkan oleh Patih Gajah Mada, Bentara Majapahit untuk membunuh Hang Tuah. Taming Seri telah memasuki istana Seri Betara Majapahit dan telah mengamuk dan membunuh ramai orang. Hang Tuah yang berada di situ telah bertarung dengan Taming Sari dan telah membunuh beliau. 

Keris Taming Sari telah jatuh ke tangan Hang Tuah dan beliau telah mempersembahkan keris itu kehadapan Seri Betara Majapahit. Baginda telah menganugerahkan Keris Taming Sari kepada Laksamana Hang Tuah diatas jasanya mengalahkan Taming Sari.

Selepas itu, Hang Tuah yang terlalu malu untuk menghadap Sultan Melaka kerana gagal mendapatkan Puteri Gunung Ledang untuk baginda telah mengirim dan mempersembahkan Keris Taming Sari kepada baginda. Ketika Sultan Mahmud meninggalkan Melaka, baginda membawa keris ini bersama ke Kampar, Sumatera. 

Baginda kemudiannya telah mengurniakan Keris Taming Sari ini kepada anakanda baginda, Raja Mudzaffar, yang kemudiannya berangkat ke Perak. Keris Taming Sari inilah yang telah digunakan pada adat kebesaran diraja Perak.

Keris Taming Sari adalah lambang kewibawaan, kekuasaan, darjat, rezeki dan mempunyai pengisian serta spiritual di dalamnya.

Selepas keris Taming Sari diserahkan kepada Hang Tuah, kerajaan Majapahit tumbang manakala Melaka menjadi lebih maju dan terkenal di mata dunia.

Selepas keris diserahkan kepada Sultan Melaka dibawa ke Riau, maka berlaku kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka dan kini berada di tangan Kesultanan Perak.

Mengambil nama sempena pahlawan hebat kerajaan Majapahit itu, Taming Sari dianggap keris sakti hingga menjadikan pemiliknya tidak lut ditujah senjata tajam. Malah, cerita silam mengisahkan pemilik asal keris itu, Taming Sari akhirnya mati di tangan Hang Tuah selepas ditikam keris berkenaan.

Kehebatan senjata itu tidak pernah terhenti diperkatakan sehingga kini, apatah lagi ia sering dikaitkan dengan Hang Tuah iaitu laksamana Melayu yang terkenal dengan ketaatan serta kesetiaannya kepada raja.

Keris berkenaan diselaputi dedaun emas manakala sarung atau hulunya juga diperbuat daripada emas serta dipercayai adunan daripada 20 jenis besi yang sebahagiannya adalah serpihan besi ganggang pintu Kaabah.

Pemiliknya bukan saja tidak lut senjata lawan, senjata dipercayai berusia lebih 500 tahun itu dikatakan berupaya berlegar di udara ketika mengejar musuh. Taming Sari juga dipercayai mempunyai kuasa untuk memberi petunjuk jika Perak bakal dilanda sebarang musibah atau bencana.

Kelebihan dan keistimewaan keris itu turut dibuktikan dengan kajian Muzium Perak yang mendapati keris Taming Sari memang wujud kerana senjata itu menepati ciri-ciri yang diperlukan, termasuk gambar rajah pada Manuskrip Taming Sari bertulisan jawi kuno mengandungi zikir dan amalan perang amalan Tariqat al-Shazilliah yang dipercayai ditulis pada abad ke-15.

Keris berkenaan sudah menjadi hak Kesultanan Perak yang sah sejak 1528 selepas diwariskan Sultan Melaka, Sultan Mahmud Syah I kepada Sultan Perak pertama iaitu Sultan Mudzaffar Shah.

Berikutan senjata itu mempunyai 'kuasanya' tersendiri, beberapa 'penjaga' alat kebesaran Perak mendakwa ada pantang larang yang perlu dipatuhi sepanjang mengendalikan atau membawa Taming Sari.

Antaranya, keris keramat itu tidak dipamerkan di dalam kotak kaca di ruang legar galeri secara bersendirian sebaliknya disertakan dengan keris Seri Gading sebagai ‘peneman’.

Dikatakan, keris Seri Gading yang juga salah satu alat kebesaran Kesultanan Melayu Perak itu diletakkan di hadapan Taming Sari sebagai ‘penawar’ dan ‘pendinding’ kepada keris terbabit daripada anasir yang berniat buruk terhadapnya.

Kesimpulan, walaupun ada pelbagai versi mengenai Taming Sari, rakyat Malaysia harus berbangga dengan memiliki seni warisan yang penuh dengan sejarah bahkan apa yang diwarisi adalah setanding dan diiktiraf negara luar.

Sebab itu UMNO lambangnya keris boleh memerintah paling lama dalam sejarah politik dunia moden. Perak walau jatuh ke tangan pembangkang pada PRU12 namun sekejap sahaja terus kembali kepada UMNO!

4 comments:

awang cadoi.. said...

Hang tuah hanya mitos.kalau benar mana kuburnya serta kubur kawan2nya.yang ada perigi Hang Tuah tu pun entah perigi buta mana yg dijadiakan perigi hang Tuah.sedangkan Mat Kilau mati ada kuburnya.kerisnya pun masih lg ada tersimpan di bulatan Mat Kilau Jerantut.

Anonymous said...

Hang Li Po, Hang Li Qiu, Hang Jer Bat, Hang Tu Wah naik satu kapal dari China ke Melaka. Hentikanlah hidup dalam khayalan masa lepas dengan keris dan dewa-dewa. Tidak kemana perginya dengan cerita cerita feudal saperti ni.

Anonymous said...

ade ke cina yang keturunannya memakai nama hang?? Kalau Han ade la..

Pakar sejarah, Khoo Kay Kim sendiri yang mengkaji nama Hang Tuah ni dalam sejarah China pun tak sebut pasal ada pengikut bernama Hang Li Qiu, Hang Jer Bat, Hang Tu Wah dalam satu kapal tu bersama Hang Li Po.

Kalau nak buat fakta syok sendiri, tolong masukkan sekali nama untuk Hang Lekir dan Hang Kasturi (dalam bahasa China). Yang tu ko tak jumpa pulak ke?

Lagi satu, kalau mitos macam mana pula keris Taming sari ni boleh berada di tangan pewaris kesultanan melaka? Datang dari mana??

Anonymous said...

Hang Tuah wujud.. ini hujahnye!

http://blog.farulazri.com/2012/10/laksamana-tun-tuah-satu-manifestasi-bukan-fantasi/

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...