Monday, November 11, 2013

Syarikat Itali Dan Bank Arab Saudi Mahu Melabur Tanaman Gaharu 350 Ekar Melibatkan Generasi Baru Felda Padang Piol



















YB Dato' Wan Amizan Wan Razak ADUN Tahan merasmikan Hari Bersama Internet Malaysia sempena Hari Komuniti Felda Padang Piol Ahad lepas.

Hari Komuniti Felda Padang Piol berlansung sejak awal pagi hingga petang. Perasmian dilancarkan pada sebelah tengahari.

Dalam ucapannya ADUN Tahan menyatakan sebuat syarikat Itali bersama team penyelidiknya dari beberapa universiti Itali dan sebuah bank dari Arab Saudi mahu melabur tanaman Gaharu 350 ekar yang melibatkan generasi baru Felda Padang Piol.

ADUN Tahan memberi satu contoh tentang kejayaan seorang anak muda Melayu di Perak yang berjaya mendapat 'future contract' dari sebuah syarikat Arab Saudi yang bernilai RM100 juta dengan menanam gaharu seluas 30 ekar yang baru berusia 2 tahun setengah.

Disamping itu penempatan perumahan generasi baru Felda Padang Piol telah diperuntukan 115 ekar tanah. Jika berjaya projek ini bukan sahaja ladang gaharu dapat tapi rumah sebuah atau teres pun dapat.

ADUN Tahan menyatakan 7000 ekar tanah diperuntukan reserve untuk tanaman Gaharu di DUN Tahan.

WZWH telah menyatakan pada posting yang lepas ekonomi gaharu sangat lumayan sila klik sini.

ADUN Tahan begitu serius dengan Projek Tanaman Gaharu. Disamping itu ADUN Tahan mahu tanaman tapioca (ubi kayu) mahu ditanam sementara menunggu pokok gaharu matang selama 5 tahun.

Tapioca adalah tanaman sangat bernilai dari sudut perubatan. Hari ini banyak jarum suntikan telah dibuat dari tapioca kerana tiada side effect dan selamat kepada tubuh badan. Tapioca juga ingredient penting dalam industri pemprosesan makanan.

ADUN Tahan menyatakan satu projek perintis kaviar ikan sturgeon bernilai RM150 juta telah diluluskan untuk dilaburkan oleh Felda Venture telah dikenal pasti di tapak seluas 50 ekar di Kuala Tahan bagi pengeluran kaviar. Kaviar ikan sturgeon juga mendatangkan ekonomi berpendapatan tinggi sama dengan tanaman gaharu.

Sungguh menarik bila ADUN Tahan mahu orang DUN Tahan bela lembu yang berharga RM300,000 seekor. Ini teknologi dari Korea. Rasa dagingnya sungguh enak dan sangat mahal sekilo daging berharga RM20,000.

Ini lembu tentu lebih hebat dari lembu NFC suami Ketua Wanita UMNO Malaysia yang menelan belanja RM250 juta. Daging lembu yang ADUN Tahan mahu kerajaan bela di DUN Tahan ini kalau berjaya boleh mengatasi keenakan daging dari Australia dan Jepun.

Itulah ADUN Tahan punya idea-idea yang pelik dan luarbiasa dari kaviar ikan sturgeon, gaharu, tapioca dan lembu RM300,000 seekor.




















ADUN Tahan memeriksa barisan Anggota Rela Felda Padang Piol.



















Terdapat banyak booth pelbagai pameran dari berbagai agensi dan NGO.



















ADUN Tahan diiringi oleh Pengurus Felda Padang Piol meninjau pameran.



















ADUN Tahan cuba memeriksa tekanan darahnya di booth Kesihatan. Ahli politik kena selalu buat medical check up untuk jaga kesihatan. ADUN Tahan selalu buat medical check up 2 bulan sekali.



















Sebenarnya banyak acara-acara dijalankan sepanjang hari. Ini saja acara yang sempat WZWH rakam iatu acara mekap muka. Gaharu banyak digunakan dalam industri kosmetik yang nilai permintaan gaharu bagi pasaran dunia ialah RM18 bilion setahun.

Photo: Merasmikan pusat internet d felda pdg piol jam 3.30 ptg


Pada sebelah petang pula Tn Hj Nazlan Idris ahli parlimen Jerantut merasmikan Pusat Internet di Felda Padang Piol.

4 comments:

Anonymous said...

internet cybercafe ada block ke ? jgn2 semua pun boleh di surfed, software pun redundant, akedemik semua setakat pass je, duduk beratus jam, tanpa disekat, di mana had setiap org sejam max, productivity max; bangunan pun buat rugi je, bukan multi- functional pun; bukannya dibina dgn glass bricks, terang, conducive, ni gelap cam gua penuh dgn habuan UMNO ! Semoga berjaya sampai ke PR 14.

Anonymous said...

Apa pulak, nanti mark up semua alatan komputer, software, maintainance charges sampai berpuluh juta RM guna duit rakyat, hehehe ! Setahu expert software serta engineering IT, setiap DVD pendidikan hanya dlm lingkungan 20 RM maximum.

Mana tau budak2 kalau tidak disupervised oleh org dewasa yg berintegriti di cybercafe, entahlah nanti ayah emak menangis.. Belajar pukul2 dari YouTube, jadi mafia bullies di sek2 pulak, tak dipukul org, tapi bully org hahaha ! Jauhilah stupidity and defensiveness, elakkan menyatakan anak pukul nyamuk tak mati.

Ibubapa hadiri kursus cam org bandar, belajar dari ibubapa Tionghua yg berjaya - tidak manjakan anak2, cam jiran sebelah condo saya, ibubapa kenalah on top in brains and quality life experiences, nanti senang ditipu anak2 yg kuat temberang, ingat mereka cool tapi sebenarnya bodoh, tapi anak 2 yg ok, berperangai elok senantiasa, kenalah digandakan quantity.

Anonymous said...

saya minta maaf sebab terkasar bahasa, but it is a fact, the truth breaks the spine. TK.

UMNO0.

Anonymous said...

ini lah akal orang tak berakal!apa orang buat semua tak betul.sedangkan akal kau orang memang tak berakal!

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...