Monday, December 30, 2013

Menunggu "Imam Mahdi UMNO" Dan Fenomena "Lucky Najib"...



Imam Mahdi- 'the guided one' ialah kepercayaan ramalan bahawa in future akan datang seorang pemimpin dari keturunan ahlul bait yang menegakkan Islam dan membebaskan dunia dari kejahatan sebelum tiba kiamat.

Orang Syiah terlalu fanatik dengan kepercayaan ini. Manakala orang Sunni pun percaya. Ada juga orang Sunni yang tidak percaya.

Dalam sejarah ada begitu ramai yang mengaku Imam Mahdi telah dihukum bunuh, pancung, penjara dalam banyak zaman kerajaan bani Islam. Yang terbaru mengebom diri sendiri pun ada.

Sebagai menaruh harapan tidak salah untuk percaya satu hari "Imam Mahdi yang genuine" akan turun ke dunia.

WZWH lebih berminat dengan kedatangan "Imam Mahdi UMNO". Seorang pemimpin yang mahu menyelamatkan UMNO dan kerajaan menjadi harapan 3.4 juta ahli UMNO dan rakyat.

Salah satu sifat Imam Mahdi ialah selain menegakkan Islam, memerangi kejahatan dan mengangkat keadilan juga berupaya memberi kesenangan dan kemewahan serta kekayaan kepada umatnya.

Begitu juga orang UMNO mengharapkan "Imam Mahdi UMNO" akan memimpin Malaysia memberi kesenangan dan kemudahan.

Tidak kenaikan costs of living. Tidak kenaikan harga barangan dan servis. Tidak mengurus ekonomi dengan boros dan caca-merba. Tidak kerajaan berbelanja mewah. Tidak terlalu mendengar nasihat asing.

Pada masa ini politik negara dikatakan fenomena "lucky Najib"...Musli Oli menulis...

Datuk Seri Najib Tun Razak dianggap seorang Perdana Menteri yang paling bertuah dan amat bernasib baik. Di samping masih mempunyai seorang ibu, iaitu isteri seorang bekas Perdana Menteri, dia juga mempunyai isteri yang bijak. Dalam masa yang sama, Najib tidak ada saingan dalam parti yang boleh menggugat dan mengambil-alih kepimpinannya pada saat ini.

Negara dilanda krisis ekonomi. Sekurang-kurangnya krisis itu dirasai rakyat biasa dalam bentuk kenaikan kos sara hidup. Kos itu meningkat berikutan kenaikan harga petroelum dan barang-barang keperluan asas seperti gula. Tahun hadapan kerajaan bercadang untuk naikkan harga tol dan tarif elektrik. Tahun berikutnya, kerajaan pula akan memperkenalkan cukai GST.

Tun Mahathir dalam blognya secara tidak langsung menegur kerajaan Najib kerana gagal mengurus ekonomi dengan baik. Katanya kerajaan sepatutnya mengurangkan kos pengurusan perbelanjaan bukan membebankan rakyat dengan kenaikan harga, cukai dan tarif.

Esok beberapa NGO akan menganjurkan satu perhimpunan rakyat di Dataran Merdeka membantah kenaikan harga barang. Dalam keadaan biasa, seorang pemimpin negara pasti berhadapan dengan tekanan yang luar biasa berikutan masalah yang melanda rakyat itu dan kritikan daripada bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir. Namun ia tidak berlaku pada Datuk Najib. Pemimpin-pemimpin kanan parti Umno terus berada dibelakangnya dan memberi sokongan padu.

Pemimpin yang terdekat boleh mengambil alih pucuk pimpinan negara, Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan enggan berbuat sesuatu kerana tidak mahu imejnya terjejas setelah melakukan perkara yang sama terhadap Tun Abdullah Badawi. Sungguhpun ada kabar-kabar angin yang mengatakan Timbalan Perdana Menteri itu akan meletakkan jawatan kerana tidak setuju dengan penasihat-penasihat Najib, namun kabar-kabar angin itu dianggap sebagai gosip nakal.

Sebelum pemilihan Umno, Tengku Razaleigh Hamzah disebut-sebut bakal mencabar jawatan presiden Umno, tetapi menurut sumber, Ahli Parlimen Gua Musang itu menarik diri di saat akhir setelah dikunjungi Tun Rahah, ibu Najib. Ku Li dan keluarga Najib mempunyai hubungan yang rapat sewaktu Tun Razak menjadi Perdana Menteri.

Seorang lagi pemimpin kanan Umno yang mempunyai potensi mengambil alih pimpinan negara ialah Naib Presiden 1 Umno, Datuk Seri Zahid Hamidi. Akan tetapi akhir-akhir ini imej Zahid sedikit terjejas berikutan isu-isu yang dibangkitkannya menjadikannya bukan seorang pemimpin yang layak mengetuai sebuah negara yang rakyatnya berbilang kaum dan agama.

Manakala seorang lagi naib presiden Umno, Datuk Hishamuddin Tun Hussien masih gagal meyakinkan ahli-ahli parti Umno untuk menjadi pemimpin yang boleh menggantikan Najib. Pada pemilihan parti Umno, Hishamuddin hampir dikalahkan pemimpin baru iaitu Datuk Mukhriz Tun Mahathir.

Tidak kira samada penulisan Musli Oli ini betul atau tidak pandangannya, 3.4 juta ahli UMNO tertanya-tanya siapa dia "Imam Mahdi UMNO" yang dinanti-nantikan.

Imam Mahdi UMNO yang boleh membetulkan perlakuan dan behavior pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO dan keluarga mereka.

Imam Mahdi UMNO yang boleh juga menegur dan menasihati perlakuan dan behavior golongan feudal yang sudah terasing penghidupan dari rakyat marhein.

Sunday, December 29, 2013

Rumah Condo Paling Mewah Berbilion Ringgit Di Malaysia!


Ini rumah condo berharga beratus juta RM sebuah dikira lebih murah jika mahu dibandingkan dengan rumah condo paling mewah berbilion RM di satu penempatan di Malaysia.

Sudah tentu tajuk ini tidak dipersetujui oleh wakil Forbes Malaysia  sebab mana ada rumah condo yang harganya RM berbilion.

Selalunya rumah condo mewah penempatan orang kaya terletak di ibu kota seperti KL , Paris, London dan New York dengan rumah besar dan kereta mewah menjalar.

WZWH masih berpendapat ada satu tempat dimana penduduk kampung atau penempatan itu adalah yang paling kaya dalam Malaysia. Kenapa WZWH buat penilaian begitu?

Ini penempatannya....





























Perhatikan persekitaran rumah condo paling mewah berbilion RM harganya sebuah...udara segar 100 % oksigen...flora dan fauna di sekeliling....ikan di sungai all available...all are free and fresh...with many benefits to owners!

Penduduknya tidak mahu apa-apa hatta kemudahan asas air, elektrik dsb.

Penduduknya tidak mahu apa-apa pembangunan.

Penduduknya tidak mahu geran tanah.

Penduduknya tidak mahu menyusahkan kerajaan.

Penduduknya tidak perlukan bank, pejabat kerajaan dan swasta, hospital.

Penduduknya boleh cari makan sendiri gali ubi depan rumah, cari ikan di sungai, cari daging, sayur dan buah di hutan. Tidak perlu Giant, Carrefour, Tesco dsb.

Penduduknya ambil makanan dan air yang perlu saja.

Penduduknya tidak perlu kerja kelas F apa lagi kelas A.

Penduduknya tidak minta wang dari ahli politik.

Penduduknya tidak berebut kontrek dan projek.

Penduduknya tidak pengaruh orang itu peluk agama itu dan ini.

Penduduknya tidak perlu politik apa lagi mempengaruhi orang lain.

Penduduknya tidak kisah kenaikan costs of living.

Penduduknya tidak pernah menggugut mendesak minta itu dan ini.

Penduduknya tidak perlu berdemonstrasi di jalanan.

Penduduknya selalu ceria tidak pening kepala dan stress memikirkan berbagai masalah.

Penduduknya selalu optimis hari-hari mendatang.

Penduduknya tersangat bahagia.

Ramai bilionaire dan jutawan dari Amerika dan Eropah mahu jadi seperti penduduk penempatan ini.

Ramai bilionaire dan jutawan dari Amerika dan Eropah mahu beli rumah condo penduduk penempatan ini.

Sebab penduduk kampung paling terkaya di Malaysia dan mungkin di dunia.

We are jealous about your happiness!

Tell us your secret of happiness?

Cukuplah WZWH berceloteh tentang rumah condo berbilion RM kepunyaan penduduk kampung paling terkaya di Malaysia yang tidak perlu apa-apa cukup sekadar yang ada.....

Untuk renungan ahli politik dan korporat semua...

Friday, December 27, 2013

Berapa DS Najib Mahu Beri Tunai Kepada Mangsa Banjir Di Pahang?



Mengenai kemusnahan yang diakibatkan banjir, kerajaan kata PM akan mencari sumber dan bantuan tambahan untuk disalurkan kepada mangsa. Ini kerana kerajaan sedar bantuan khas RM500 setiap keluarga tidak memadai kerana sebahagian besar mangsa mengalami kerugian besar. 

DSD Adnan Yaakob MB Pahang menjanjikan RM250 kepada setiap rumah terbabit banjir sila klik sini.

Beberapa NGO dan Korporat menubuhkan dana mangsa banjir tetapi tidak diketahui berapa jumlahnya. Kebanyakan dalam bentuk barangan dan makanan.

Yang pasti  Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Khalifa Zayed Al Nahyan menyumbang sebanyak Dh36.6 juta (RM32.9 juta) kepada misi bantuan kemanusiaan untuk mangsa banjir di Malaysia. 

Menurut laporan agensi berita UAE, bantuan berkenaan akan memanfaatkan lebih 20,000 keluarga yang terjejas di Pahang dan Kelantan, baru-baru ini. 

Bencana alam terbabit menyebabkan kemusnahan rumah dan kerosakan harta benda. 

Antara inisiatif yang akan dilaksanakan Persatuan Bulan Sabit Merah (RCA) UAE, termasuk membaik pulih lebih 20,000 rumah yang musnah, selain menyediakan barangan keperluan asas. 

“RCA akan mendapatkan semua bekalan barangan berkenaan daripada pasaran tempatan,” katanya. 

Menurut laporan itu, inisiatif berkenaan akan membolehkan lebih 100,000 mangsa banjir kembali ke rumah masing-masing dan menjalani kehidupan seharian seperti biasa. 

Banjir di pantai timur Semenanjung yang berlaku pada awal bulan ini menyebabkan lebih 40,000 keluarga terjejas dan ditempatkan di beberapa pusat pemindahan. 

Bencana alam itu berpunca akibat perubahan iklim dan bukan hanya disebabkan pembangunan pesisiran pantai kurang terancang.

Berapa DS Najib mahu beri sumbangan tunai kepada mangsa banjir di Pahang?

Ini andaian WZWH accounting for mangsa banjir:

RM32.9 juta bahagi dengan 40,000 keluarga @ rumah

RM32.9 juta / 40000 = RM822.50

Ditambah bantuan DS Najib = RM500

Ditambah bantuan DSD Adnan Yaakob = RM250

Maka setiap keluarga di Pahang beroleh bantuan tunai banjir RM1572.50

Terdapat 13,000 rumah yang terlibat dengan banjir diseluruh Pahang.

Nilai semua bantuan tunai mangsa banjir di Pahang = 13,000 X RM1572.50 = RM20,442,500

Bagi rumah-rumah yang total loss ada bantuan khas dari kerajaan negeri Pahang. Kalau ikut pengalaman yang lepas antara RM5000 ke RM10,000. (WZWH tidak pasti berapa jumlah yang dipersetujui kali ini).

Tetapi kerugian yang di tanggung rakyat Pahang berjumlah RM390 juta mengikut nilaian MB Pahang iaitu average RM30,000 X 13,000 = RM390 juta.

Kira-kira di atas adalah andaian WZWH ( Ini bukan maklumat rasmi).

Berapa DS Najib mahu beri sumbangan tunai kepada mangsa banjir di Pahang?

Kita tunggu dalam masa terdekat ASAP.

Wednesday, December 25, 2013

Bagaimana Pahang Mahu Kaya terutama Jerantut Meraih RM76 Bilion Pendapatan Tourism 2014?



2014 Tahun Melawat Malaysia. Forecast pendapatan tourism @ industri pelancongan 2014 bernilai RM76 bilion dengan kedatangan pelancong ke Malaysia dijangka mencecah 28 juta.

Mari kita lihat statistik kehadiran pelancong ke Malaysia dan pendapatan dari 1998 hingga 2012:



Kenapa semakin ramai pelancong melawat Malaysia dan hasil pendapatan dari tourism semakin juga bertambah?

Pelancong asing suka melawat Malaysia sebab negara kita aman. Itu sebab DS Najib cakap rakyat Malaysia kena hargai Malaysia aman. Banyak tempat menarik samada yang sedia ada dan berpotensi untuk dibangunkan. Hotel-hotel terbaik, shopping mall, ecotourism, healthtourism, golf tourism dsb.

Adakah pembaca bersetuju bila WZWH kata inilah kerana kerajaan BN yang memerintah Malaysia?

Mari kita lihat banyak fakta-fakta lagi:

  • Tourism was the second largest foreign exchange earner.
  • Seventh largest contributor to the economy, contributing RM47.2bil to Gross National Income (GNI) 2012.
  • In 2012, 25 million foreign tourists, 10th most popular tourism destination in the world-UNWTO.
  • It ranked 13th in international tourism receipts of RM60.6bil.
  • Shopping was second highest next to accommodation in tourist expenditure of RM18.6bil, 30.7 % of Malaysia's total receipts.
  • Health tourism generated RM600m in revenue last year
  • Fourth best shopping city in the world after New York, Tokyo and London, - CNN global news network survey.
  • Kuala Lumpur has also been ranked the second best shopping destination in Asia-Pacific in a Globe Shopper Index survey.
  • Forbes Online has recognised Malaysia as the 10th friendliest country in the world.
  • Malaysia's Perhentian Kecil Island in Terengganu, Juara Beach in Pahang's Tioman Island and Tanjung Rhu Langkawi in Kedah are on CNN World's 100 Best Beaches list.
  • Malaysia was ranked third in the World's Top Retirement Haven in Internationalliving.com's annual global retirement index 2013.
  • Malaysia was ranked among the top three travel destinations in Asean countries for Chinese tourists of nearly 2 millions.

Malaysia would continue to prosper and generate many benefits for Malaysians from its vibrant tourism industry. 

Bagaimana Pahang mahu kaya terutama Jerantut untuk meraih RM76 bilion dari hasil pendapatan tourism 2014? Tahun 2012, Pahang beroleh hasil pendapatan tourism berjumlah RM6.7 bilion. Pahang perlu memperbesarkan market share meningkatkan lagi pendapatan tourism.

Isunya bagimana Jerantut melalui eco-tourism Taman Negara boleh mengaut hasil pendapatan yang lebih banyak lagi?

Strategi-strategi yang telah dan berpotensi boleh Pahang dan Jerantut guna: 

  • Targeting high net-worth tourists and continue to welcome arrivals to our high-end world's best hotels and resorts.
  • Choice of luxury hotels as more will be opening doors.
  • Spa and wellness vacations, golfing holidays, weddings and honeymoon, duty-free shopping sprees and helicopter tours.
  • Golf tourism-Malaysian government had invested heavily in golf courses in recent years to emerge as one of the Chinese golfers' favorite destinations.
  • Fishing elite Malaysia tournament tour packages
  • Southeast Asia's first Premium Outlet Centre with up to 65 per cent in savings from over 80 designer brand stores, firmly positioning Malaysia as a preferred destination to visit, shop, dine and relax.
  • Tourism Malaysia's three annual events - 1Malaysia Grand Prix from March to April, 1Malaysia Mega Sale Carnival from June to September and the 1Malaysia Year-End Sale from November to January had attracted shoppers from home and abroad.
  • Malaysia's duty-free waiver on certain imported goods excluding cars, glassware, cigarettes, alcohol and chocolates which were available nationwide not just in the duty-free zones, had also increased the country's popularity as a shopping destination.
  • Promoting the country's Malaysia My Second Home Programme (MM2H) at their universities.
  • Visit Malaysia Year 2014, with over 200 exciting tourism events including colourful parades, carnivals, festivals, Malaysia Mega Sale Carnival and Malaysia International Tourism Night Floral Parade.
  • Ministry going around the globe to further promote Malaysia.
  • To equip stakeholders in all the service sectors with the necessary infrastructure, skills and support, such as newer buildings and bigger transportation hubs 
  • RM2 billion allocation announced during Budget 2014 by DS Najib would help the tourism industry better cater to the growing number of tourists.
  • Implemented national policies to support and work synergistically with tourism industry players
  • Developing high impact tourism attractions to generate a higher income contribution to the Gross National Income as well as create employment opportunities for locals.
  • The developments serve as a platform to lure potential investors and global partners to Malaysia, which will in turn contribute to the country's investment target.
  • Cuti-Cuti 1Malaysia pogramme, which is one of the efforts to promote domestic tourism, while the growth of low cost carriers such as AirAsia and Malindo Air offers affordable airfares.

Especially for Taman Negara, Kuala Tahan dari segi long-term strategies:

  • satu status kawasan khas diperuntukan untuk membangunkan Kuala Tahan dengan moden atrributes oleh ECER.
  • Status Taman Negara-Kuala Tahan Bandaraya Rimba Rain Forest Dunia.
  • Hotel-hotel mewah berkonsepkan green teknologi berdasarkan nature rain forest.
  • Golf course bertaraf dunia
  • Cable cars mengelilingi sungai, jeram dan kaki gunung.
  • Aviation tours.

Pembaca akan kata yang profit dari industri tourism ini adalah pengusaha-pengusaha atau industry players tapi dalam ekonomi pendapatan dari tourism dari foreign tourists itu boleh spill over to rakyat dan penambahan cukai untuk negeri dan negara.

Sunday, December 22, 2013

Liow Tiong Lai Pemimpin Cina Terhebat Dunia Bila Boleh Dapat Kembali Sokongan Cina Kepada BN

New MCA president Datuk Seri Liow Tiong Lai (right) with Vicep-president DatukWee Ka Siong at the 60th MCA annual general assembly at the party headquarters in Kuala Lumpur today. – The Malaysian Insider pic by Afif Abd Halim, December 22, 2013.

Gandingan kepimpinan baru yang terbaik MCA dalam sejarah, Liow Tiong Lai Presiden dan Wee Ka Siong Timbalan Presiden dalam usaha menarik kembali sokongan 6.9 juta pengundi Cina kepada BN.

Dari 29 juta populasi Malaysia, 27% adalah orang Cina. Untuk memastikan BN menang 2/3 majoriti dalam setiap PRU memerlukan hanya sokongan 30% orang Cina.

Bila BN hanya mendapat 10% sokongan maka bermulalah era BN memerintah tanpa 2/3 majoriti.

Hanya ahli politik yang gila sahaja tidak mahu dan menyatakan sokongan orang Cina tidak perlu.

WZWH cakap sokongan orang Cina sangat perlu!

Walau DAP kata sokongan Cina 10 % kepada BN akan berkekalan dan akhir nanti akan lagi berkurangan.

Atau sokongan orang Cina kepada Pakatan Rakyat 90% akan berkekalan dan akhir nanti akan lagi bertambah.

Liow Tiong Lai 52 tahun, sebagai Presiden MCA yang baru, ahli parlimen Bentong Pahang, berkelulusan Bsc Hons UKM dan MBA UM, masuk MCA sejak keluar universiti, sanggup jadi Research Assistant MCA dengan gaji RM700 kemudian dilantik Press Secretary dan SETPOL Menteri Lim Ah Lek. Dan akhir jadi Menteri.

Siapa tidak kenal Lim Ah Lek ahli politik Cina paling cultured di Pahang. Di Kuantan semua orang Melayu suka Lim Ah Lek. Liow Tiong Lai banyak belajar politik humble dari Lim Ah Lek calon terbaik MCA yang tidak pernah jadi presiden MCA.

Seperti apa azam Liow Tiong Lai...

"Saya akan tunjuk jalan dan arah dan tegas serta jitu dengan keputusan saya mahu MCA jadi kuat. MCA memang parti orang Cina yang kuat tetapi beberapa kemelut kepimpinan telah melemahkannya. Saya akan bina MCA yang kuat"

" Saya akan kembalikan sokongan 30% orang Cina yang hilang"

"Kami akan memenangi kembali sokongan orang Cina".

" Saya berkeyakinan penuh.."


Ketika ramai orang Cina sendiri bersikap skeptikal....WZWH percaya Liow Tiong Lai akan menjadi pemimpin Cina terhebat dunia bila mana boleh mengembalikan kembali sokongan orang Cina kepada BN dalam PRU 14 dan seterusnya.

Jika Liow Tiong Lai boleh buat itu dan deliver maka Liow Tiong Lai boleh jadi pemimpin Cina terhebat dunia sama taraf dengan Mao Zedong dan Deng Xiaopeng.

Friday, December 20, 2013

Tahun 2014 Tahun Ikat Perut...



Orang tua-tua Melayu dulu-dulu suka berseloka...

Gendang gendut tali kecapi
Kencang perut suka hati

Sebenarnya ini pantun di zaman kegemilangan Empayar Kesultanan Melaka bila Melaka menjadi pelabuhan terkenal dunia.

Ini pantun lebih bernilai dari consultant fees RM7.2 bilion.

DS Najib mesti menyanyikan lagu pantun ini setiap pagi sebelum pergi ofis Putrajaya. Pantun ini juga sebenarnya adalah mentera ekonomi. 

DS Najib akan dapat banyak hikmah dan idea-idea...

Bagaimana mahu mengenyangkan perut-perut rakyat sehingga mereka semua suka hati?

Bila rakyat suka hati maka tangan-tangan rakyat pun suka hati memangkah BN pada PRU 14 nanti.

Buat masa sekarang majoriti rakyat pada persepsinya mungkin tidak semua barangkali sebahagian marah hati kerana terpaksa ikat perut.

Tahun 2014 tahun ikat perut...

2014 will be a bleak financial year for Malaysians as they face an increase in toll prices, electricity tariff rates, public transportation and possibly even further fuel subsidy cuts.

This will only mean two things: higher inflation and less money in pockets for consumers to spend, economists confirmed today.

Consumers will have to brace themselves for rising cost of living as the price hike started with the fuel subsidy cut, followed by the complete abolishment of the sugar subsidy

Going into 2014, we have higher electricity tariff, toll rates, and there could be other forms, including rising fuel costs. This will definitely put pressure on inflation and the result is inflation has moved to 2.0 percent in October, to next year where we are looking at 3 percent.

The lower income group – those households earning below RM3,000 – would be hit the hardest, and the BR1M cash vouchers would only provide partial relief to the poor.

The lower and middle income groups would likely face more financial distress and an increase in household debt starting from next year, and this would in turn incur social repercussions as individuals took on extra jobs to manage the higher cost of living.

Expect two or three more subsidy fuel cuts from this year and 2016, and said a rise in water tariff was not off the cards, either.

Our subsidy cut for fuel is still not finished because there is still a gap between our price and the world price that would be closed. We still expect further subsidy cuts, and is likely to be spaced between now and 2016.

The economic situation was still “manageable” and employers next year would likely be pressured to increase wages in light of the inflation and rise in cost of living.

The national average income is rising by five to six percent every year. But of course it depends on the profitability of the firm, the different skill categories of the employees, and to what extent the lower income group is receiving higher income. It was unlikely Malaysia would see an increase in unemployment and poverty levels next year, as the country’s export economy was thriving and expected to improve.

We haven’t seen any increase in corporate distress that would suggest workers will be retrenched and business will be cut down.

We don’t see any unanticipated shock (to the economy), unless the world economy experiences another escalation. So we should not be unduly alarmed.

It would have been better for the government to stagger out the price adjustments so as to avoid a price spiral.

Instead, Malaysians have been bombarded the past few weeks with announcements that toll hikes, LRT and monorail price surges were “unavoidable”; while the surge in electricity tariff came hot in the heels of fuel cuts and the abolishment of sugar subsidy.

As long as people’s income increased the same rate as the inflation, interest rates remained stable and there was full employment, Malaysian households would be able to cope with the financial difficulties that await them in 2014.

Wednesday, December 18, 2013

Bagaimana Allah Menerangkan Kepada Pembangkang Dan Rakyat Malaysia Ujian Kenaikan Costs Of Living



Kepada pembangkang dan rakyat Malaysia... isunya bukan kita di tekan kerajaan bukan kos hidup naik.. tapi disini kita diuji Allah dengan kekurangan harta.. Jika kita berharta isu kenaikan costs of living, tol, cukai GST tak jadi kudis.

Renungkan bersama..

" Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, KEKURANGAN HARTA, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. 
(QS Al Baqarah 155)"




TG Nik Aziz dan TG Hadi Awang perlu kulliyahkan surah ini beri pencerahan. Buat perbincangan dalam setiap usrah ahli PAS.

Anwar Ibrahim boleh bersyarah dengan panjang lebar memberi kefahaman dan ilmu kepada ahli PKR.

SakmongkolAK47 boleh tarbiyahkan pemimpin-pemimpin dan ahli DAP dalam posting blognya.

Belajar dari rakyat Indonesia yang tiada DEB, Subsidi, bantuan tapi boleh berdikari hidup tidak manja macam rakyat Malaysia.

Tuesday, December 17, 2013

'Durian Anu' Itu Tanda Lambang Kekuatan Dan Kegagahan Pemimpin Pahang!



Ada pun mengikut cerita orang tua-tua yang diceritakan oleh seorang Tok Batin di hutan Tembeling kepada WZWH masa kecil-kecil dulu bila di negeri ini ada buah durian yang bentuknya macam foto di atas ( bahasa yang lebih direct 'durian anu' ) maka itu bermakna sebagai tanda @ omen lambang kekuatan dan kegagahan pemimpin Pahang!

Barangkali WZWH boleh tafsir:

  • Raja Pahang yang panjang usia dan memerintah lama dengan adil disayangi rakyat
  • MB Pahang yang bijaksana mentadbir negeri Pahang
  • PM yang dari Pahang memimpin menuju Malaysia Maju 2020
  • Wakil Rakyat Pahang yang bekerja kuat untuk kesejahteraan dan kebajikan rakyat

Entahlah...kalau betul kata Tok Batin itu...barangkali itu tandanya...

Pahang kuat dan gagah! 

Kenaikan Costs Of Living Adalah Fenomena Dunia Jangan Salahkan Kerajaan BN!




Di seluruh dunia trend kenaikan atau rising costs of living adalah fenomena global. Semua barangan, perkhidmatan, gas, elektrik dan tol naik. Mudah difahami penduduk dunia makin ramai, barangan ekonomi sukar dan scarce, demand lebih banyak dari supply. Perubahan iklim dunia dengan bencana alam menambah lagi.

Cost of living refers to a standardized measurement representing the average cost of the basic necessities of life in an area. These necessities include food, shelter, and clothing. Cost of living data is most frequently used to compare different regions of a country and indicates the minimum income required to afford basic life expenses.

Secara perbandingan ringkas dunia:

  • United States is found to have one of the lowest levels in the developed world. 
  • Most Western European countries have a cost-of-living up to 20 percent higher than the U.S., 
  • Scandinavia sees rates up to 50 percent higher. 
  • Countries in South America, Asia, the Mediterranean, and ex-Soviet Bloc countries see rates between 20 and 80 percent of that of the United States.

Kita lihat perbandingan bandar-bandar utama Asean; a new survey by global consulting firm, ECA International found last week.

Singapore was the most expensive Southeast Asian city and the 30th most expensive city worldwide for international assignees to live.

The ranking was judged on the cost of living and looked at indicators like the average price of weekly groceries, basic goods like drink and general services like motoring and hospitality that reflect an “international lifestyle”, ECA said in a press release.

Behind Singapore were Bangkok, Jakarta, Vientiane and Kuala Lumpur. Yangon pipped expat-populous Chiang Mai to take the spot of the sixth most expensive.

In Tokyo, the Asian city with the highest cost of living according to the index.

Kita boleh lihat cost of living Kuala Lumpur jauh lebih murah dari Singapore, Bangkok, Jakarta dan Vientine.

Kerajaan mana yang memerintah Kuala Lumpur lebih baik pengurusan ekonominya dari Singapura, Thailand, Indonesia dan Vietnam yang dikatakan ekonomi negara-negara ini lebih laju dari Malaysia?

Kenaikan costs of living adalah fenomena dunia jangan salahkan kerajan BN...

Jangan salahkan UMNO...

Jangan salahkan DS Najib...

Jangan salahkan Menteri-Menteri dari Pemandu, JPM atau Menteri Pengguna...

Letak Mahathir balik semula sebagai PM tidak boleh menyelesaikan isu rising costs of living...

Apa lagi mahu letak Anwar Ibrahim...

Jauh sekali Mat Sabu...

The economy is such and WZWH believe whoever runs the government will have to endure the rise in cost of living. Everybody complains but nobody is suggesting the solutions. To complain is an easy task, even a mute can complain. Have you ever thought that poverty is everywhere in the world and cost of living is continuously increasing. So don't talk through your ass but use your brain if you still have it.

Apa penyelesaian?

Basicnya Demand is greater than Supply menyebab harga barang dan perkhidmatan naik.

So...reduce demand....slow down consumption...berjimat-jimat dan ikat-ikat perut.

Percayalah cakap WZWH....kita rakyat Malaysia hanya menderita antara 3 hingga 3 tahun setengah LEPAS itu...setahun sebelum PRU 14...We can be better!!!

Monday, December 16, 2013

WZWH Salute DS Rosmah Mansor Berani Menjawab Fitnah-Fitnah



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Sesungguhnya fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh. Gejalanya amat menakutkan, lagi merosakkan.

Pembaca yang amat dikasihi;

Tibalah masanya saya sebagai seorang insan, dengan rendah hati ingin menjawab segala fitnah dan tohmahan yang telah dihamburkan kepada saya selama ini. Adalah wajar untuk saya membersihkan nama saya, maruah suami tercinta dan seterusnya kepimpinan negara agar fitnah ini tidak terus terpalit hingga menyebabkan saudara saudari tersalah anggap.

Alhamdulillah, anak-anak boleh terima walaupun ada ketikanya mereka sedih dengan fitnah yang keterlaluan. Anak-anak saya cuba melihat kebaikan dan kemurniaan majoriti masyarakat, bukan minoriti yang sentiasa ada tanggapan negatif.

Apabila saya bertemu dengan pelajar-pelajar Malaysia di luar negara dan bersoal-jawab tentang fitnah-fitnah tersebut, mereka boleh menerima penjelasan daripada saya. Penjelasan secara 'face to face' itu sangat berkesan. Cuma, mereka hairan, terkejut dan bertanya mengapa tidak ada orang jawab bagi pihak saya. Saya mana ada pegawai, saya isteri Perdana Menteri bukan Perdana Menteri.

Justeru, saya akan memberikan sendiri jawapan setiap persoalan yang timbul supaya masyarakat dapat menilai kebenarannya. Sikap mendiamkan diri dalam hal ini umpama 'membunuh diri sendiri'.


Pertama: Isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu, 19 Oktober 2006
Saya difitnah telah bersama membunuh mendiang pada tarikh kejadian. Nauzubillah. Bagaimana saya mahu membunuh orang sedangkan cicak jatuh di depan mata pun saya melompat lari. Saya juga takut gelap. Apa lagi saya nak mendaki bukit di tempat yang dikatakan menjadi lokasi pembunuhan itu. Tidak ada daya upaya saya berbuat begitu

Pada tarikh itu juga saya dan Leftenan Kolonel Norhayati Hassan berada di dalam Majlis Berbuka Puasa Dan Penyampaian Bantuan Hari Raya Kepada Anak-Anak Yatim Persatuan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Apabila saya difitnah dan media menyiarkannya, saya tidak diberikan kekebalan. Mungkin ramai orang yang tidak tahu bahawa saya disoal siasat di Bukit Aman selama enam jam gara-gara fitnah itu.


Kedua: Cincin berlian berharga RM24 Juta 
Saya berani bersumpah, cincin itu tidak ada di tangan saya. Memang cincin itu masuk (melalui kastam) untuk dilihat oleh Maira Nazarbayev yang pada ketika itu berada di rumah saya bagi persiapan majlis pertunangan anaknya dengan anak saya. Beliau adalah 'regular customer' kepada jewelry Jacob & Co.

Perkara ini telah diterangkan secara lebih lanjut oleh Director of Fine Jewelry Jacob & Co., Philip Nassimi. Berlian berwarna biru kelabu seberat 30.11 karat itu telah dihantar pada 15 April 2011 melalui syarikat penghantaran Malca Amit, New York menggunakan penerbangan House Airway, no bil: 1488134 dari ibu pejabat Jacob & Co. di New York ke Kuala Lumpur, Malaysia. Ia sampai pada 16 April 2011.

Setelah dilihat oleh Maira, cincin tersebut dipulangkan dan keluar dari Malaysia melalui pelabuhan Singapura pada 20 April 2011. Ia diuruskan oleh Malca Amit Malaysia dan Singapura. Ia telah dikembalikan ke ibu pejabat Jacob & Co. di New York pada 13 Mei 2011


Ketiga: Berjoli di luar negara
Kebanyakan lawatan saya ke luar negara kerana mengiringi suami menjalankan tugas. Selain itu, saya juga menerima jemputan untuk menyampaikan ucapan oleh negara yang berminat untuk berkongsi apa yang Malaysia lakukan.

Memang kebanyakan negara yang saya dekati ialah negara Dunia Ketiga dan Timur Tengah. Ini kerana negara-negara inilah yang memerlukan pendekatan yang saya katakan tadi. Negara-negara lain seperti Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Jepun dan Korea sudah maju dan kaya. Jika mahu berbakti, sudah tentu kita mendekati masyarakat atau negara yang memerlukan idea kita. Kita mahu buat kerja, bukan glamour.

Saya pernah dijemput memberi ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Pertama Mengenai Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) Dalam Pendidikan Ke12 di Riyadh tahun 2011. Saya juga menyaksikan Memorandum Persefahaman (MoU) Antara Akademi Permata Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Saudi Arabian Islamic Foundation for Giftedness and Creativity (Mawhiba).

Bagi saya ini adalah pengiktirafan terhadap wanita Islam yang mempunyai pandangan sederhana tetapi moden dan pada masa yang sama tidak melanggar adab kesopanan wanita Timur. Untuk seorang wanita diterima di kalangan pemimpin-pemimpin dunia lelaki terutamnya di Timur Tengah bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi mereka sering memandang rendah kepada wanita.

Apabila wanita Islam mempunyai buah fikiran yang boleh dikongsi bersama dan buah fikiran itu sememangnya untuk manfaat rakyat maka mereka memberi penghargaan dengan cara menjemput kita ke negara mereka untuk menyampaikan ucapan. Masakan saya sempat untuk berjoli? Lagipun, saya tidak minat berjoli.


Keempat: Pembaziran Projek Permata
Sejarah membuktikan bangsa yang tiada pendidikan akan terus ditindas. Saya percaya orang yang mempunyai pendidikan akan lebih berjaya. Sebagai anak bekas guru, saya faham tentang bagaimana pendidikan berfungsi untuk membentuk keperibadian manusia. Pendidikan harus bermula daripada awal. Justeru, saya mencadangkan penubuhan Permata.

Ini idea baru. Tidak apalah, kalau idea baru memang agak sukar diterima oleh semua orang kerana mereka tidak memahami apa sebernarnya yang ingin kita sampaikan.

Satu lagi masalah ialah sikap penyokong politik yang taksub, kita yang tidak dapat membezakan kerja kemasyarakatan dengan politik. Semuanya mereka satukan. Agak malang apabila kerja-kerja kemasyarakatan seperti Permata dijadikan motif politik.

Saya tidak faham mengapa orang mempertikaikan tentang Permata sedangkan program tersebut adalah untuk kebaikan generasi akan datang. Ada yang marah-marah apabila kerajaan mengumumkan bajet yang besar untuk Permata sedangkan tidak ada satu sen pun duit itu masuk ke poket saya.


Kelima: Bergaya dengan perhiasan mewah
Seperti kebanyakan isteri pemimpin, saya juga mengiringi suami ke beberapa negara kerana urusan negara. Ada juga yang menjemput saya atas kapasiti sebagai isteri Perdana Menteri. Mereka mahu saya memberi ucaptama tentang pengalaman masyarakat Malaysia terutama yang berkaitan wanita dan pendidikan awal kanak-kanak.

Apabila saya ke negara tersebut, mereka menyambut kami dengan mesra sebagaimana kita melayan mereka apabila mereka ke negara kita. Itulah adab sopan melayan tetamu. Sebagai meraikan kehadiran tetamu, kebiasaannya mereka memberikan cenderamata sebagai kenang-kenangan. Antara cenderamata tersebut termasuklah cincin, jam, perhiasan diri dan sebagainya. Ada yang diberi itu mahal harganya dan ditempah khas.

Apabila orang memberi kita sesuatu, sudah tentu tidak manis untuk menolaknya. Kita mesti menjaga hati mereka apatah lagi kita adalah tetamu. Bagaimana perasaan kita apabila pemberian kita ditolak orang lain? Tentu kita akan tertanya-tanya dengan pelbagai soalan dan merasa kecil hati. Dan, apabila telah diberi, saya pun memakainya. Tak kan nak simpan saja dalam peti besi sedangkan barang-barang yang diberikan itu dengan ikhlas, cantik dan sesuai untuk digunakan. Adalah satu pembaziran jika ia di simpan 'kaku' dalam kotak simpanan.

Saya sedar ramai mata yang memerhati setiap apa yang saya lakukan dan setiap apa yang saya pakai. Itu hak mereka. Saya tidak boleh menghalang. Tetapi, malangnya mereka ini bukan saja memerhati malah memfitnah saya dengan perkara-perkara yang tidak masuk akal.

Pendek kata, saya tidak mampu memuaskan hati setiap orang. Yang penting, saya percaya pada apa yang saya lakukan


Keenam: Isu 'First Lady'
Bagi saya gelaran First Lady tidak menimbulkan sebarang masalah. Misalnya dalam penganjuran Sidang Kemuncak Wanita Pertama, peserta yang dijemput adalah isteri-isteri kepada Presiden, Perdana Menteri atau apa saja gelaran yang diberi kepada pemimpin tertinggi (yang menguruskan pentadbiran negara).

Mereka adalah First Lady atau Wanita Pertama dalam konteks suami yang diberi tanggungjawab serta dipilih rakyat untuk mentadbir Negara. Saya tidak fikir ia sesuatu yang perlu dipertikaikan.

Kita di Malaysia ada institusi Diraja sebagai ketua negara iaitu yang di-Pertuan Agong manakala ketua kerajaan ialah Perdana Menteri. Mirip British yang mana Queen adalah ketua negara manakala Perdana Menteri adalah ketua kerajaan yang dipilih melalui pilihan raya.

Bagi sesetengah negara seperti Amerika dan Perancis, ketua kerajaan dan negara adalah Presiden, maka isteri Presiden adalah Wanita Pertama.

Sekiranya kita menggelar Permaisuri Agong sebagai First Lady atau Wanita Pertama bererti kita telah 'downgrade' status baginda. Kedudukan baginda permaisuri adalah yang kedua selepas Yang Dipertuan Agong. Ini satu kedudukan khas yang diiktiraf dalam perlembagaan kita.

Saya rasa dalam soal ini ramai yang faham. Cuma mungkin ada sesetengah yang sengaja mempertikaikan dan cuba menjadikan ia sebagai isu.


Ketujuh: Isu menjadi Perdana Menteri Keenam
Mana mungkin? Saya hanya mahu menjadi isteri kepada Najib Tun Razak. Kalau dia orang biasa pun, saya akan bersama dia. Kalau dia jadi Perdana Menteri itu adalah tanggungjawab dan rezeki yang telah tertulis di Loh Mahfuz. Saya tetap akan berada di sisi dia selagi Allah memanjangkan jodoh antara kami.

Saya rasa pandangan salah ini muncul disebabkan serangan politik. Sudah pasti mereka mempunyai agenda politik tersendiri. Oleh kerana saya paling dekat kepada Datuk Seri Najib, maka saya menjadi sasaran. Oleh kerana saya sentiasa bersama Datuk Seri Najib di mana saja, maka saya dianggap sebagai orang yang menentukan semua polisi negara sama seperti kuasa Perdana Menteri.

Datuk Seri Najib kata, sebenarnya mereka itu mahu mengenakan beliau tetapi sasaran yang paling tepat adalah mengenakan saya dulu. Mereka tak dapat suami, mereka pergi kepada isteri sebab saya tak boleh nak mempertahankan diri.

Orang yang memfitnah saya dan Datuk Seri Najib ada agenda. Mereka mahu tempat Datuk Seri Najib. Bagi saya senang, tak salah setiap orang ada cita-cita. Tapi, caranya kena betul. Jangan sampai menganiaya dan memfitnah orang. Itu salah dan tidak ada etika. Agama juga membenci perbuatan itu.

Pembaca yang amat dikasihi;

Saya tidak pandai menyusun ayat indah untuk menjawab semua fitnah ini. Apa yang lahir, adalah terlintas dari rasa sanubari seorang insan yang dianiaya oleh pihak tertentu.

Saya serahkan kepada Allah. Kalau mereka insaf, syukur Alhamdulillah. Saya sentiasa memaafkan. Tak apalah mereka memfitnah saya, Tuhan akan beri yang baik kepada saya. Ingat zaman nabi dulu, bila orang kutuk baginda, baginda beri pisang kepada orang itu.

Semoga Allah memberkati para pembaca semua.

Sekian daripada saya,

Rosmah Mansor

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...