Friday, December 27, 2013

Berapa DS Najib Mahu Beri Tunai Kepada Mangsa Banjir Di Pahang?



Mengenai kemusnahan yang diakibatkan banjir, kerajaan kata PM akan mencari sumber dan bantuan tambahan untuk disalurkan kepada mangsa. Ini kerana kerajaan sedar bantuan khas RM500 setiap keluarga tidak memadai kerana sebahagian besar mangsa mengalami kerugian besar. 

DSD Adnan Yaakob MB Pahang menjanjikan RM250 kepada setiap rumah terbabit banjir sila klik sini.

Beberapa NGO dan Korporat menubuhkan dana mangsa banjir tetapi tidak diketahui berapa jumlahnya. Kebanyakan dalam bentuk barangan dan makanan.

Yang pasti  Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Khalifa Zayed Al Nahyan menyumbang sebanyak Dh36.6 juta (RM32.9 juta) kepada misi bantuan kemanusiaan untuk mangsa banjir di Malaysia. 

Menurut laporan agensi berita UAE, bantuan berkenaan akan memanfaatkan lebih 20,000 keluarga yang terjejas di Pahang dan Kelantan, baru-baru ini. 

Bencana alam terbabit menyebabkan kemusnahan rumah dan kerosakan harta benda. 

Antara inisiatif yang akan dilaksanakan Persatuan Bulan Sabit Merah (RCA) UAE, termasuk membaik pulih lebih 20,000 rumah yang musnah, selain menyediakan barangan keperluan asas. 

“RCA akan mendapatkan semua bekalan barangan berkenaan daripada pasaran tempatan,” katanya. 

Menurut laporan itu, inisiatif berkenaan akan membolehkan lebih 100,000 mangsa banjir kembali ke rumah masing-masing dan menjalani kehidupan seharian seperti biasa. 

Banjir di pantai timur Semenanjung yang berlaku pada awal bulan ini menyebabkan lebih 40,000 keluarga terjejas dan ditempatkan di beberapa pusat pemindahan. 

Bencana alam itu berpunca akibat perubahan iklim dan bukan hanya disebabkan pembangunan pesisiran pantai kurang terancang.

Berapa DS Najib mahu beri sumbangan tunai kepada mangsa banjir di Pahang?

Ini andaian WZWH accounting for mangsa banjir:

RM32.9 juta bahagi dengan 40,000 keluarga @ rumah

RM32.9 juta / 40000 = RM822.50

Ditambah bantuan DS Najib = RM500

Ditambah bantuan DSD Adnan Yaakob = RM250

Maka setiap keluarga di Pahang beroleh bantuan tunai banjir RM1572.50

Terdapat 13,000 rumah yang terlibat dengan banjir diseluruh Pahang.

Nilai semua bantuan tunai mangsa banjir di Pahang = 13,000 X RM1572.50 = RM20,442,500

Bagi rumah-rumah yang total loss ada bantuan khas dari kerajaan negeri Pahang. Kalau ikut pengalaman yang lepas antara RM5000 ke RM10,000. (WZWH tidak pasti berapa jumlah yang dipersetujui kali ini).

Tetapi kerugian yang di tanggung rakyat Pahang berjumlah RM390 juta mengikut nilaian MB Pahang iaitu average RM30,000 X 13,000 = RM390 juta.

Kira-kira di atas adalah andaian WZWH ( Ini bukan maklumat rasmi).

Berapa DS Najib mahu beri sumbangan tunai kepada mangsa banjir di Pahang?

Kita tunggu dalam masa terdekat ASAP.

22 comments:

Anonymous said...

Terima kasihlah dekat pak syeikh yang bagi sumbangan tu.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Dulu DS Rosmah Mansor pergi UAE atas undangan ramai pembangkang marah tuduh Rosmah Mansor macam-macam, ada rakyat yang terpengaruh. Rakyat tidak hargai hubungan baik network Rosmah Mansor dengan negara-negara elite Arab.

Pak Syeikh-Pak Syeikh Arab ini bila diaorang kenal dan suka macam-macam dia orang sanggup bagi derma dsb.

Ini yang DS Najib kata DS Rosmah Mansor sebagai isteri PM banyak membantu...Pembangkang pula kata DS Najib suka puji isteri sendiri angkut bakul!

Anonymous said...

kak jijah tak minta ke dgn israel kan mereka pun ada hubungan baik juga

Anonymous said...

aku rasa usin malaun dan usin cadoi pasti suka kalau bang nuar mintak sumbangan dari israel kah kah kah

usin malaun said...

buktikan selama nie ckp mcm2 kat anuar ibrahim tp tiada tindakan dan pembuktian pun.tu tandanya ckp2 kosong aje dan tidak dibuktikan dengan betul lebih senang la nak ckp itu hanya fitnah semata2.sumbangan2 tersebut biar la sampai ke sasarannya bkn org2 tertentu.contohnya banjir baru2 nie di PPPTR sumbangan ke mangsa banjir ada yg dapat air mineral aje sedangkan sumbangan yang dtg bertimbun2 dan semua penduduk terputus hubungan bermakna tidak sampai kesasaran.harap YB DR Syukri mematau dan memeriksa semula serta membuat bancian semula tak kira sesiapa pun di PPPTR..

Anonymous said...

habis kes antatuya tu betul ke sampai ke hari ni tiada bukti pun najib dan rosmah terlibat tapi kalau pr kata yg tak jadi fitnah kan itulah macai kalau dah kentut pun wangi habis la

Anonymous said...

aku pun pening dgn macai pr ni kalau pasal anuar minta tunjuk bukti tapi kalau najib tak pernah ada bukti pun macai percaya mengong betul kepala otak macai ni

Anonymous said...

macai fuckiar sema dah tinguk totey cam belalai bingkuk, macai fuckiar termasuk fuckankang yg lain tuh sebab bingkuk ada buh cincn dibawah dagu, itu yang selalu bejentat dan hari2mau. anuw'ak yang same spesis dengan ostat bedegherul bejentat jam 3.0pagi lam util tu....

Anonymous said...

Yang menyokong umno memang bodoh,yang cerdik cikit orang atasan je,geng bawah mnyokong yang atas dapat projek,kesian orang bawah,melayu anggap umno bn bagi rezeki,allah taala yang bagi rezeki,tula sebab kerajaan naikkan harga barang dema sokong je geng2 bawah ni,tu pun sebab otak kampung,tak tau rasa duduk dibandar2 besar,manifesto menipu je kerja bn ni

Anonymous said...

Orang pertikai naik jet negara jet kerajaan,bukan naik jet peribadi rosmah atau najib,ada faham ke,kadang2 kelakar orang umno sibuk nak tutup keburukan pemimpin2 dan menteri yang kurang cerdik bg jawapan tentang isu

Anonymous said...

sepatutnya engkau tanya kat mana anuar ambil duit setiap kali keluar negara difahamkan kekerapan anuar keluar negara 4kali ganda melebihi najib apa ke jadah kerja dia keluar negara dia bukan pm malaysia pun ada otak fikirlah sendiri wahai macai mengong

Anonymous said...

penyokong pr tak bodoh tapi tarak otak je setiap kali pergi demo ada pr bagi duit lu guna duit sendirikan kalau lu kasi anak lu makan lagi bagus pr menang pun lu macam tu juga lu ingat dia tolong lu ka

Anonymous said...

Kena tipu di bn,bila menang naik harga minyak,masih percaya kat bn lagi ke,kesian pengundi bn,mungkin tak rasa lagi keperitan sebab belum tahun baru,gst pun sudah menunggu,senyum selalu

pejuang agama Allah said...

Rakyat bangkit dan marah ke kerajaan bn sebab menipu rakyat dan menaikkan kos sara hidup,kenapa penykong bn atau umno tak buka hati menilai penipuan ni,ingatla kamu semua,perjalanan hidup kamu masih panjang serta ramai lagi anak2 untuk disara,dibesarkan dan di beri pendidikan,nilai sendiri kos untuk menyara hidup,gaji dan pendapatan kamu tetap sama malah kerajaan sekarang tidak peduli keperitan rakyat,beranila berubah,baru 7 bulan memegang mandat kerajaan menekan rakyat hingga rakyat sudah tidak tahan lagi,kamu bayangkan perjalan hidup nak tiba ke pru14 nanti 4 tahun lagi,mereka akan menekan rakyat dengan pelbagai cara.kita sokong pr bukan sebab anwar ibrahim atau haji hadi tetapi sebab perjuangan dan dasar mereka,ingat Allah yang bagi rezeki bukan bn yang bagi rezeki kat kita,rapatkan dengan allah barula kamu dapat hidayah dariNYA!in sha allah

Anonymous said...

kenapa allah tak angkat pr jadi pemerintah ye mungkin kalau di magi rasanya lagin teruk tengok masa pru dulu pun bertanding sesama sendiri itu baru kerusi kalau jawatan menteri lagi la sebab tu bila berhujah janganlah emosi cuba kita fikir kalau kerajaan mampu mesti kerajaan turun harga barang naikkan harga getah dan sawit ndak pulak masa pru tapi tak boleh kita ingat satu pekara je tak ada satu kerajaan pun nak menyusahkan rakyat

Anonymous said...

dulu aku pun penyokong pr juga tapi bila aku kaji kaji dalam pr ni penuh dengan dendam spekulasi retorik dan fitnah setiap malam dipentas ceramah penuh dgn maki hamun gelaran gelaran diberikan kepada pemimpin umno tak sepatutnya keluar mulut org yg mengaku ulamak aku bukan mengutuk tapi cuba kamu fikir fikirkanlah bersama

usin cadoi said...

Tahniah kepada penyokong2 BN semua anda akan mendapat baucer RM2 dan boleh diguna di kedai rakyat 1 malaysia dan bonos kenaikan elektrik dan barangan2 serta kenaikan mcm2 tahun 2014.kita x perlu berkata apa2 sekadar berkata dalam hati janji malaysia masih aman..

Anonymous said...

Bagi peluang untuk najid dan adnan cari duit

Anonymous said...

Tapi taiwan buddha dah bagi rm200 dan makanan , dengan cepat sekali

Anonymous said...

usin cadoi tak pergi ambik baucer rm30 dengan khalid ibrahim ke penyokong kuat pr mcm usin ni mesti dapat banyak punya

usin cadoi said...

bodoh punya org aku ni bkn rakyat selangor kalau diberi apa salahnya tu pun duit rakyat juga.masalahnya aku kesian kat org kampung dan termasuk aku sendiri tahun baharu ni akan menerima kesan kenaikan barangan dan kos sara hidup semakin meningkat.lain la awak semua penyokong BN tak menerima kesan kenaikan sebab awak2 semua tokey2 balaktp aku takut kais pagi mkn pagi mcm aku juga.

Anonymous said...

bodoh punya usin anon kat atas tu hanya menyindir aok je.itulah macai pr tak faham maksud yg tersirat.sbb tu aok kena tipu pun aok percaya janji dari pr

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...