Friday, December 13, 2013

Orang Melayu Bukanlah Bangsa Yang Beragama, Hanya Pemerintah Yang Beragama Itu Pun Untuk Kuasa!

Agama dan kepercayaan orang Melayu

Untuk memahami konsep 'political religion' yang mula digemari oleh ahli politik-ahli politik Malaysia terkini  perlulah mengetahui sejarah kepercayaan dan agama bangsa Melayu walau kini Malaysia adalah negara majmuk.

Bangsa Melayu baru terbentuk 5000 tahun dulu. Berselerak ke seluruh kepulauan Melayu.

Abad sebelum hingga abad ke 6 kepercayaan animisme percaya kepada roh dan semangat. Diikuti puja, pantang larang dan keramat.

Kemudian datang agama Hindu yang lebih eksklusif kepada pemerintah tidak juga kepada rakyat biasa kerana konsep Dewaraja-Raja adalah tuhan di bumi. Rakyat lebih kepada kesenian.

Pemerintah mahu Hindu jadi agama rakyat walau tidak memahami falsafah agama Hindu, apa lagi rakyat.

Selepas pengaruh Hindu datang pula agama Buddha yang bercampur keduanya yang hanya didokong oleh golongan bangsawan manakala rakyat tidak ambil peduli. Jelas agama hanya mahu mengukuhkan kuasa pemerintah dan taat setia rakyat.

Sehingga tahun 1200 atau sebelum baru Islam muncul melalui perdagangan pedagang Gujerat dan Arab Hadralmaut, pernikahan dan kaum bangsawan hingga kemuncak pada 1400-1500.

Kedatangan agama Islam telah membawa perubahan yang besar dalam politik, perundangan, ekonomi, dan budaya masyarakat Melayu.

Sekali lagi oleh kerana Islam berpusat di Istana maka golongan pemerintah cuba memahami addin Islam dengan tunjuk ajar ulama dan cendikiawan. Masih rakyat belum memahami ajaran Islam yang sebenar.

Apa jenis Islam zaman itu? 

Dari segi politik jelas dapat dilihat dengan penggunaan gelaran pemerintah yaitu raja telah digantikan dengan gelaran sultan. Bahkan sultan dianggap sebagai ketua agama Islam. Segala upacara resmi didahului dengan doa. Pemimpin agama merupakan penasihat sultan dalam hal-hal mengenai hukum syarak atau hal berkenaan dengan agama Islam.

Dalam aspek perniagaan, Islam mengharamkan riba dan menggalakkan umatnya mencari rezeki yang halal. Disamping itu amalan zakat dan fitrah sedikit sebanyak telah membantu golongan yang kurang berkemampuan untuk menjalani kehidupan

Dari segi sosial pula wujudnya semangat jihad bagi memilihara kesucian agama Islam daripada penjajahan Barat. Dari segi adat pula didapati terdapat pengkomodiran dengan unsur Hindu-Buddha kepada unsur keislaman seperti perkahwinan, adat turun tanah, melenggang perut, berkhatan dan sebagainya.

Pada akhirnya orang Melayu membuktikan kemelayuannya dengan menganut agama Islam. Terlepas dari mereka menjalakannya secara sempurna atau tidak, hal ini dibuktikan dengan praktik-praktik keagamaan. Dimana praktik-praktik tersebut dilakukan sesuai dengan mazhab yang mereka anut. Pada umumnya masyarakat Melayu menganut mazhab syafi’i. Mereka kebanyakan melaksanakan shalat subuh, isya, zuhur, dan ashar lebih sering dirumah, sementara maghrib dilakukan secara berjama’ah di mesjid.

Dari sisi teology orang Melayu berpegang pada teologi asy’ariyah yang lebih dekat dengan paham jabariyah. Sekalipun Asy’ariyah mengajarkan tentang “kasb”(usaha), namun hal itu tidak banyak membantu untuk merubah pemahaman masyarakat tentang takdir dan nasib. Masyarakat Melayu percaya bahwa konsep takdir dan nasib telah digariskan oleh allah.

Dari sisi tasawuf sendiri, orang Melayu berpegang erat pada ajaran Imam al-Ghazali. Dimana mereka sulit untuk menerima tasawuf wahdat al-wujud dari Ibnu Arabi atau hulul dari al-hallaj dan aliran tasawuf lainnya. Hal ini mungkin dipengaruhi oleh terlarangny ajaran wahdat al-wujud di tanah Aceh, yang kemudian membuat paham ini kurang digemari oleh masyarakat Melayu.

Ini tulisan ahli akademik dan ahli sejarah mahu menyedapkan cerita...

Realitinya hingga abad ke 19 orang Melayu sebagai contoh apa yang Clifford Residen Pahang menulis mengenai...

negeri-negeri Pantai Timur iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan. Walaupun negeri-negeri ini berdekatan tetapi rakyat negeri-negeri ini jauh berbeza, sama ada dari segi rupa, pakaian, dialek, watak mahupun adat resam.

Orang Pahang, mengikut Clifford, hanya menggunakan fikiran dan minda mereka untuk mencari jalan berkelahi, bergaduh, berasmara dan bercumbu dan berjudi, yang mereka tahu dan sedar dilarang sama sekali oleh agama Islam. Orang Pahang, jelasnya, adalah seorang penyabung ayam dan pejudi yang sering terlibat dalam pergaduhan. Dia mempunyai perasaan bangga dirinya, bangsanya dan negaranya. Dia kurang arif, kurang ugama dan kurang daya keintelektualannya sehingga dibuat orang Melayu lain bidalan tentang mereka:
kecek anak Melaka; bual anak Minangkabau; tipu anak Rembau; bidaah anak Terengganu; penakut anak Singapura; pencelok anak Kelantan dan sombong anak Pahang.
Namun demikian, orang Pahang juga banyak kualiti yang baik. Mereka jantan dan berani mati. Kelemahan mereka adalah di permukaan sahaja dan mereka jarang mahu menyurukkan kelemahan ini. Mereka sombong! Mereka berpakaian segak dan sebagai kaki judi sering boros. Mereka juga suka bertindak mengikut nafsu tanpa berfikir panjang tentang hasil atau kesan tindakan mereka. Mereka juga amat taat dan setia kepada Raja.
Begitu juga taat setia mereka kepada seseorang atau sesiapa yang dipercayainya, tidak berbelah bagi. Hubungan ini adalah berasaskan saling mempercayai di antara satu sama lain. Mereka sentiasa bergembira dan suka melawak dan berjenaka dan bahan ketawa mereka adalah orang lain (suka mengusik dan mempermainkan orang lain). Mereka tidak suka membaca atau bekerja. Mereka juga tidak boleh dipaksa membaca Koran. Mereka juga hanya akan sembahyang setelah dipaksa. Mereka menghadiri sembahyang Jumaat kerana takut kena denda.
Kalau boleh orang Melayu tidak mahu bekerja dan tidak akan melakukan sebarang kerja walapun dibayar gaji atau upah yang tinggi dan lumayan. Dia akan melakukannya (kerja) apabila dia dikerah, iaitu atas permintaan dan suruhan orang-orang besar ataupun raja. Kerja-kerja kerah tidak dibayar upah dan di dalam kebanyakan kes mereka terpaksa membawa makanan sendiri.
Kerja Raja dikelek sedangkan kerja sendiri diabaikan. Mereka akan mengerjakan kerja-kerja kerah ini tanpa sebarang rungutan seolah-olah itu adalah tugas hakiki mereka.
Clifford melihat ini sebagai satu sifat yang bertentangan dengan jiwa orang Melayu itu. Dari satu segi, secara sukarelanya, orang Melayu malas bekerja walaupun ganjaran yang dibayar lumayan tetapi dari satu segi yang lain dia sanggup pula dipaksa bekerja dan menyerahkan tenaganya secara percuma.
Hugh Clifford (“The People of the East-Coast” dalam buku, In Court and Kampung)
Sekarang politik moden, apa jenis Islam yang diamalkan? Parti yang memerintah dan parti pembangkang suka mengunakan political religion demi mendapat pengaruh dan kuasa. Walau yang ramai belajar Islam dari seluruh pelusuk dunia namun itulah hakikatnya...

Orang Melayu terutama ahli politik-ahli politik Melayu bukanlah bangsa yang beragama!

No comments:

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...