Monday, December 30, 2013

Menunggu "Imam Mahdi UMNO" Dan Fenomena "Lucky Najib"...



Imam Mahdi- 'the guided one' ialah kepercayaan ramalan bahawa in future akan datang seorang pemimpin dari keturunan ahlul bait yang menegakkan Islam dan membebaskan dunia dari kejahatan sebelum tiba kiamat.

Orang Syiah terlalu fanatik dengan kepercayaan ini. Manakala orang Sunni pun percaya. Ada juga orang Sunni yang tidak percaya.

Dalam sejarah ada begitu ramai yang mengaku Imam Mahdi telah dihukum bunuh, pancung, penjara dalam banyak zaman kerajaan bani Islam. Yang terbaru mengebom diri sendiri pun ada.

Sebagai menaruh harapan tidak salah untuk percaya satu hari "Imam Mahdi yang genuine" akan turun ke dunia.

WZWH lebih berminat dengan kedatangan "Imam Mahdi UMNO". Seorang pemimpin yang mahu menyelamatkan UMNO dan kerajaan menjadi harapan 3.4 juta ahli UMNO dan rakyat.

Salah satu sifat Imam Mahdi ialah selain menegakkan Islam, memerangi kejahatan dan mengangkat keadilan juga berupaya memberi kesenangan dan kemewahan serta kekayaan kepada umatnya.

Begitu juga orang UMNO mengharapkan "Imam Mahdi UMNO" akan memimpin Malaysia memberi kesenangan dan kemudahan.

Tidak kenaikan costs of living. Tidak kenaikan harga barangan dan servis. Tidak mengurus ekonomi dengan boros dan caca-merba. Tidak kerajaan berbelanja mewah. Tidak terlalu mendengar nasihat asing.

Pada masa ini politik negara dikatakan fenomena "lucky Najib"...Musli Oli menulis...

Datuk Seri Najib Tun Razak dianggap seorang Perdana Menteri yang paling bertuah dan amat bernasib baik. Di samping masih mempunyai seorang ibu, iaitu isteri seorang bekas Perdana Menteri, dia juga mempunyai isteri yang bijak. Dalam masa yang sama, Najib tidak ada saingan dalam parti yang boleh menggugat dan mengambil-alih kepimpinannya pada saat ini.

Negara dilanda krisis ekonomi. Sekurang-kurangnya krisis itu dirasai rakyat biasa dalam bentuk kenaikan kos sara hidup. Kos itu meningkat berikutan kenaikan harga petroelum dan barang-barang keperluan asas seperti gula. Tahun hadapan kerajaan bercadang untuk naikkan harga tol dan tarif elektrik. Tahun berikutnya, kerajaan pula akan memperkenalkan cukai GST.

Tun Mahathir dalam blognya secara tidak langsung menegur kerajaan Najib kerana gagal mengurus ekonomi dengan baik. Katanya kerajaan sepatutnya mengurangkan kos pengurusan perbelanjaan bukan membebankan rakyat dengan kenaikan harga, cukai dan tarif.

Esok beberapa NGO akan menganjurkan satu perhimpunan rakyat di Dataran Merdeka membantah kenaikan harga barang. Dalam keadaan biasa, seorang pemimpin negara pasti berhadapan dengan tekanan yang luar biasa berikutan masalah yang melanda rakyat itu dan kritikan daripada bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir. Namun ia tidak berlaku pada Datuk Najib. Pemimpin-pemimpin kanan parti Umno terus berada dibelakangnya dan memberi sokongan padu.

Pemimpin yang terdekat boleh mengambil alih pucuk pimpinan negara, Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan enggan berbuat sesuatu kerana tidak mahu imejnya terjejas setelah melakukan perkara yang sama terhadap Tun Abdullah Badawi. Sungguhpun ada kabar-kabar angin yang mengatakan Timbalan Perdana Menteri itu akan meletakkan jawatan kerana tidak setuju dengan penasihat-penasihat Najib, namun kabar-kabar angin itu dianggap sebagai gosip nakal.

Sebelum pemilihan Umno, Tengku Razaleigh Hamzah disebut-sebut bakal mencabar jawatan presiden Umno, tetapi menurut sumber, Ahli Parlimen Gua Musang itu menarik diri di saat akhir setelah dikunjungi Tun Rahah, ibu Najib. Ku Li dan keluarga Najib mempunyai hubungan yang rapat sewaktu Tun Razak menjadi Perdana Menteri.

Seorang lagi pemimpin kanan Umno yang mempunyai potensi mengambil alih pimpinan negara ialah Naib Presiden 1 Umno, Datuk Seri Zahid Hamidi. Akan tetapi akhir-akhir ini imej Zahid sedikit terjejas berikutan isu-isu yang dibangkitkannya menjadikannya bukan seorang pemimpin yang layak mengetuai sebuah negara yang rakyatnya berbilang kaum dan agama.

Manakala seorang lagi naib presiden Umno, Datuk Hishamuddin Tun Hussien masih gagal meyakinkan ahli-ahli parti Umno untuk menjadi pemimpin yang boleh menggantikan Najib. Pada pemilihan parti Umno, Hishamuddin hampir dikalahkan pemimpin baru iaitu Datuk Mukhriz Tun Mahathir.

Tidak kira samada penulisan Musli Oli ini betul atau tidak pandangannya, 3.4 juta ahli UMNO tertanya-tanya siapa dia "Imam Mahdi UMNO" yang dinanti-nantikan.

Imam Mahdi UMNO yang boleh membetulkan perlakuan dan behavior pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO dan keluarga mereka.

Imam Mahdi UMNO yang boleh juga menegur dan menasihati perlakuan dan behavior golongan feudal yang sudah terasing penghidupan dari rakyat marhein.

9 comments:

Anonymous said...

Aku syorkan Shafie afdal ganti najib... cara dia cakap pun cerdik

Anonymous said...

Ds najib telah memalukan nama negara sebab tidak pandai menangani ekonomi negara membuatkan rakyat tertekan dengan masalah kos sara hidup yang tinggi menjelang tahun 2014,rakyat marah dan bangkit untuk berhimpun di dataran merdeka malam nanti untuk mendesak pm turunkan bebanan rakyat,cuba bayangkan media luar negara menyebarkan berita tentang perhimpunan ini melihatkan kerajaan kita lemah menangani masalah rakyat,cubala pemimpin rasa keperitan rakyat dengan berbekalkan gaji yang kecil untuk menampung keluarga.

Anonymous said...

Please Undi x percaya ke atas Najib,,bawak masuk yg ok sket

Anonymous said...

macamana akhbar luar negeri tak tahu dah kerja anuar setiap apa keburukkan negara pasti akan dijaja itulah sbb kekerapan ke luar negeri mengalahkan najib

Anonymous said...

aku rasa dikalangan pemimpin pembangkang tak ada satu pun layak jadi pm

Anonymous said...

tak payah lah weh kita berdemo kat dataran tu merosakkan imej negara je pru nanti kita tukar ler kerajaan ada berani ka

usin malaun said...

jangan lupa kenaikan mcm2 2014.kita yg memilih kita lah yang kena tanggung.walaupun kau pangkah BN atau PKR atau PAS kita semua kena tanggung dan berak mencangkung..

Anonymous said...

Kita turun dataran,rakyat terseksa,negara keluar tv australia nanti,malunya

Anonymous said...

engkau tak tanggung la usin malaun sebab hari tu kau pangkah bunga raya kih kih kih

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...