Saturday, December 7, 2013

Operasi Menyelamat Dan Bantuan Banjir DUN Tahan

Semalam hujan turun lagi...dan ini membimbangkan bila mana 35 kampung dalam DUN Tahan terputus hubungan, elektrik dan air. Banyak jalan masih tidak boleh dilalui. Banyak laporan beras dan barang makanan kehabisan.

Ini yang merisaukan Dato' Wan Amizan Wan Razak ADUN Tahan. Hari ini helikopter tentera akan digunakan untuk menghantar 20 tan beras dan barangan makanan ke banyak kampung yang memerlukan.

Semalam ADUN Tahan respon kepada situasi krisis ini dengan menghantar sendiri beras dan barang makanan ke beberapa kampung melalui Sungai Pahang dan Sungai Tembeling menaiki jetski. 3 jetski dan 1 bot Bomba serta 1 bot Bomba Sukerelawan Kuala Tahan digunakan.



















ADUN Tahan dan krew bersiap sedia berlepas dari terminal bawah jambatan Kampung Feri, Pedah Jerantut.



















ADUN Tahan bagai Jeneral-In-Command operasi menyelamat dan bantuan banjir DUN Tahan.



















Jetski yang dipandu ADUN Tahan memecut laju menghantar beras dan makanan ke beberapa kampung di Tembeling Tengah.



Biar hujan lebat turun...biar Sungai Pahang membesar...ADUN Tahan mengadai nyawa dalam operasi menuju ke kampung-kampung dalam DUN kawasan beliau.



















Ini bot fibre dan enjin baru 15hp yang baru dibeli ADUN Tahan bernilai RM10,000 untuk disumbangkan kepada Bomba Sukarelawan Kuala Tahan boleh digunakan semasa opearsi menyelamat dan bantuan banjir di kampung-kampung berdekatan termasuk Kampung Pagi. Bot Bomba Jerantut menyusul dibelakang.



















Kuala Tembeling, air sudah mencecah tangga jeti lama yang paling atas.



















Tanjung Jelai sudah tenggelam.



















Pasir Tambang yang punya pantai pasir yang luas pun sudah tenggelam. Nampak beberapa rumah dihanyutkan.



















Kampung Batu Balak.



















Kampung Pasir Durian.



















Kampung Labu.



















ADUN Tahan berehat seketika di Labu Sentral sambil menunggu bot Bomba.



















Bot Bomba membawa beras dan barang makanan sampai. Bot ini punyai enjin 60hp.



















ADUN Tahan memastikan beras dan bekalan makanan sampai ke kampung -kampung yang terputus hubungan.




Esok beberapa kampung akan dihantar lagi beras dan barang makanan. Helikopter akan digunakan bagi menghantar bekalan beras dan barang makanan ke kampung-kampung Ulu Tembeling.



ADUN Tahan turut berjaga malam bersama 15 anggota tentera yang ditugaskan membantu operasi menyelamat dan bantuan banjir DUN Tahan.



















Sebelum itu ADUN Tahan telah meluangkan masa melihat penempatan perpindahan mangsa banjir di Sekolah Rendah Pedah.



















ADUN Tahan dan DO Jerantut Dato' Syed Abdul Mutalib berbual mesra dengan mangsa banjir.



















ADUN Tahan berbual bertanya keadaan mangsa banjir.




















ADUN Tahan mebelai manja  seorang kanak-kanak yang tidak sihat sambil diperhati oleh Tuan DO Jerantut. Kalau deman bawa ke hospital.



ADUN Tahan mahu makanan yang berkualiti disediakan kepada mangsa banjir di Pusat perpindahan Pedah. ADUN Tahan menyumbang RM5000 bagi JKKK Pedah dan Feri.

11 comments:

Anonymous said...

Ada bagus juga adun tahan ni..kita ni xbtl semua..xslh semua..time gini jgn de kaji apa pun..yg pntg semua terbela.

Anonymous said...

kalau sya igin memminter pertologan,membawa keluar anak dan isteri sya yang dh berrape hari disane terperangkap dikampung kula sat boleh x,bawe mereka keluar dari sane....

Anonymous said...

mintak bantuan naik helikopter bolehker tu. insyAllah..

Anonymous said...

kalau boleh cube la tolong,sya kat sini sgat2 risau,dgan keadan air ye besar sya risu,name istiri sya norozin bin muhamad kalau boleh bagi tw la pade sya,ni no sy...0179305869..mohd shah...

Anonymous said...

Orang pas duk dendangkan yang pemimpin umno tak prihatin pada nasib mangsa banjir. Sekali syahrizat terlepas cakap maka video itu dijaja oleh penyokong pas kata kak jat melawan hukum Allah kata kalau tiada BN habislah hanyut penduduk Kuantan. Penyokong pas asyik nak cari bahan je nak suruh orang berkelahi.

Anonymous said...

Org umno yang banyak cari bahan busukkan parti pas,dah tau hujan mncurah2 knapa jabatan kera jaan tidak bersiap sedia trun membantu ape yang patut,sibuk pau dema,tak fhmla np umno masih bermain kotor lg dgn melibatkan nyawa rakyat kuantan,tunggu kuantan lumpuh barula nak trun pkai heli bagai mcm superhero,mungkin org umno fk bkn sedara mara dema tula buat xtau je kpada rakyat kuantan,ni politik balas dendam kerajaan bn terhadap parlimen kuantan dan indera mahkota,Allah tu maha adil,kalaula pemimpin mcm ni memg x kmana la malaysia ni,blum cite lg pengurusan mgsa bnjir,x sdiakan tmpat dan asingkan bkn muhrim,kalau luar ngara contoh taufan haiyan bru2 ni kerajaan trus anta 1juta usd bersamaan rm3 juta untuk rakyat luar demi publisiti,perjuang agama sgt konon

Anonymous said...

ada juga macai bengong semua hal nak pertikai kat kelantan bagus sangat ke bantu mangsa banjirnya kalau org bn tak bantu apa yg pas boleh buat yg tau hanya complain je sampai mampus la lu punya parti mcam tu

Anonymous said...

Sibuk ke negeri kelantan pulak,demo dengki ke negeri kawe tu,skrg kerajaan dan najib sudah panik rakyat dah bangkit nak tumbangkan umno,pm kita dah pening macamana lagi nak pusing untuk dapatkan sokongan orang melayu,tabur duit tak jadi dah sebab yang kuat dengan umno sahaja merasa senang,ahli biasa jangan harap,tu pun di kampung2 umno salurkan duit untuk belia dan rakyat tidak akan sampai ke masyarakat setempat,abis sapu di ketua kampung atau jkkk,tak ketua pemuda guna,kalau sampai pun hanya suku je dari peruntukkan,ha3.dah nampak kan,kan kan

Anonymous said...

macam ni la perangai org pr suka buat cerita dan kuat berangan aku rasa bukan bn nk tumbang tapi pr yg nk hancur apa plak isu nk dimainkan pru nanti bangla spr blagkout bersih rakyat dh tk parcaya aku syorkan pr buat peraduan cara menipu terbaik sebelum pru nanti kan kan kan

Anonymous said...

Yang penting parlimen bukan 2/3 dah,di situ dah nampak pr akan ambik sedikit demi sedikit dari zaman paklah lagi,kan kan kan,pru bru ni lagi teruk dari paklah,takkan la tak nampak lagi,BN tak relevan lagi di zaman ni,rakyat dah rasa serik ditipu oleh kerajaan,naik kan lagi ape yang tak munasabah,di situla rakyat akan marah,janji dicapati,biar pengundi BN rasa keperitan bila salah beri kepercayaan pada BN,bukan semua org BN senang,belambak mkn gaji,tu pun kecil gajinya nak menanggung family lagi,keta rumah dsb,pru 14 nanti pengundi BN ingtla awak semua berani berubah dan cubala tukar kerajaan,cukupla keperitan yang kamu rasa nak menyampai tahun baru.belum masuk 2014 lagi dah macam2 kerajaan bebankan kamu,insha allah kamu tak akan rugi tukar kerajaan nanti

u said...

jangan nak kencing rakyat hidup2 la wan zuri mcm mana nak hantar beras dengan makanan dengan menaiki jetski tu hanya nak menunjuk yang dia kaya raya..munasabah ke nak membantu mangsa banjir dengan jetski apa yang aku perhatikan dah 3 hari banjir baru nak hantar bantuan tp YB sebuk dengan perhimpunan UMNO..mana yang lebih penting perhimpunan UMNO atau rakyat..kalau kat tv3 suku tu bertindak pantas la sangat..

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...