WZWH terima email dari seorang belia Kg Pagi. Pemuda ini mahu WZWH lontar cadangannya. Projek ini membantu ekonomi belia Kg Pagi disamping menjaga ekosistem.
"Kami nak buat projek zon khas memancing untuk ekonomi penduduk Kg Pagi...pelancongan berasaskan perikanan".
WZWH berbesar hati untuk publish hasilkerja pemuda Kg Pagi ini. Blog WZWH adalah satu platform untuk menyampai idea-idea bagi memajukan pembangunan kampung-kampung di Lembah Tembeling.
Ekopelancongan boleh didefinisikan sebagai pelancongan berasaskan alam semula jadi yang melibatkan pendidikan dan interpretasi alam semula jadi dan berjaya menjadi mampan dari segi ekologi.
Ekopelancongan juga meningkatkan kemudahan infrastruktur dan komunikasi setempat yang disediakan oleh pihak kerajaan seperti jalan raya, bekalan elektrik dan air, perkhidmatan telekomunikasi seperti telefon awam, kemudahan pengangkutan awam dan sebagainya. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan pembangunan ekonomi kawasan tersebut terutamanya di kawasan pedalaman.
Kampung Pagi yang terletak di Hulu Tembeling di daerah Jerantut, Pahang mula menjadi destinasi pelancongan kedua selepas Taman Negara sejak beberapa tahun lalu. Kedudukan geografinya yang berdekatan dengan Taman Negara menjadi salah satu faktor kampung ini turut menerima kedatangan pelancong yang berkunjung ke Taman Negara. Uniknya, ia kaya dengan flora dan fauna malah terdapat penempatan Orang Asli dari kaum Batek di persisir Sungai Tembeling.
Kampung Pagi menjadi tumpuan pelancong asing dan tempatan bermula dari bulan Februari sehingga September setiap tahun.
Walaupun perjalanan ke sini cuma mengambil masa 45 minit sahaja dari jeti Kuala Tahan, namun cabaran menyusuri Sungai Tembeling mampu memberikan pengalaman yang sangat berharga.Aktiviti yang menjadi pilihan pelancong di sini ialah aktiviti memancing ikan air tawar di Sungai Tembeling,Sungai Pengau dan meneroka keindahan alam semulajadi.
Habitat ikan air tawar seperti ikan kelah, patin, jelawat, lawang, baung, dan temoleh serta akuakultur lain yang boleh di lihat di kawasan sekitarnya menambahkan lagi daya tarikan Kampung Pagi.
Memandangkan aktiviti yang menjadi pilihan popular pelancong yang datang di sini ialah aktiviti memancing ikan air tawar, KPEP Kampung Pagi bercadang ingin melaksanakan Program pengurusan Sumber Perikanan dalam Memperkasakan Ekonomi Penduduk Kampung Pagi khususnya. Program cadangan ini ialah Program ‘Santuari Ikan Temoleh’ dan Program Zon Khas Tempat Memancing yang Esklusif untuk pengemar pancing.
Kawasan Zon memancing.
Kepala Jeram Panjang hingga ke Jeram Katak.
Zon A : (Kepala Jeram Panjang hingga Jeram Aur) .
Zon B ( Zon khas memancing untuk ekonomi penduduk terutama nelayan sungai dengan memancing berbayar)
Komuniti mampu menampung kos pengangkutan team kerja untuk memantau zon tersebut.
Zon memancing itu harus diberi pada KPEP Kg Pagi.
7 comments:
Ini tidak konsisten. Sekejap mau bela Sturgeon.. sekejap mau bela ikan tempatan.
Masing-masing akan berebut sumber yang sama iaitu air sungai semulajadi (waima hybrid sistem apa pun ko pakai).
- mari kita tengok siapa yang kena ... :-).
Anon 5:55,
Ikan sturgeon di Sg Tabung Kuala Tahan manakala santuari ikan temoleh @ Temelian di Kg Pagi.
Asslmkm wbt,
KPEP Rakan Temoleh yang diketuai oleh En Azran Abd Sani telah diberikan tauliah oleh Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Pahang untuk melakukan pemantauan berkala keatas zon zon Hijau,Kuning dan Merah. Setelah beliau berjaya kenapa Komuniti Kg Pagi beria ia sangat hendak mengambil alih zon zon tersebut. Inilah mentaliti orang orang Melayu yang tidak boleh melihat kejayaan orang lain. En Azran adalah anak tempat Kg Pgi
WZWH saya syorkan tuan berjumpa dan berbincang dengan En Azran Bin Abdul Sani Ketua KPEP Peringkat Negeri Pahang.
Untuk pengetauan semua pihak..rakan temoleh sekadar ada nama..tetapi..perlaksanaanya amat menyedihkan....ahlinya terdiri dr keluarga yg sekadar betpaut pada nama penddk kg.pagi..kpep kg pagi tidak berniat utk merampas atau dengki..tetapi demi kebaikan ramai pihak.kpep harus mengambil tugas ini demi masa depan penduduk setempat..mejoriti menandatangani bg menyokong kawasan tersebut diurus oleh kpep kg.pagi...
Rakan temoleh brp ramai ?mMpukah utk memantau zon sepanjang 3.5km?..6tahin sudah berlalu ..apa hasilnya..? kpep serau contoh terbaik... rakan temoleh hnya nama sahaja... Projek anak beranak
Dompok naik helikopter mengebom ikan di jeram perahu..
Post a Comment