Dato' Wan Amizan Wan Razak ADUN Tahan di Majlis Raya Ulu Cheka berucap menjanjikan harapan baru kepada masyarakat Ulu Cheka ( Dalam DUN Damak)
ADUN Tahan banyak membawa peruntukan pembangunan beratus juta ringgit ke DUN Tahan. Beberapa projek baru bernilai berbilion ringgit sedang diusahakan. Meskipun projek sturgeon RM150 juta mahu dilaksana ada juga segelintir menentang.
Memang ADUN Tahan ini aset parlimen Jerantut. Beliau cukup sentimental dan punya hubungan lama dengan masyarakat Ulu Cheka. Beliau mahu memajukan Ulu Cheka dengan cara beliau sendiri. Ini bukanlah menidak sumbangan ADUN Damak.
DUN Damak parlimen BN kalah 2500 undi (PRU 13). Juga kalah 2000 undi PRU 12. ADUN Tahan mahu selamatkan DUN Damak.
Ulu Cheka ada 7 kampung besar. Punyai seorang Tok Empat. Ulu Cheka juga digelar Kashmir Jerantut kerana Gunung Benom dan keindahan highlandnya.
Apa harapan yang ADUN Tahan lontarkan kepada masyarakat Ulu Cheka?
WZWH tiada masa menulis selain kerja korporat juga melayan undangan banyak jamuan raya. Di DUN Tahan sahaja ada l9 PDM-Pusat Daerah Mengundi yang telah mengadakan jamuan dan itu belum ditambah dengan kampung-kampung kecil serta anjuran GLC.
Secara ringkasnya:
- Peruntukan RM3 juta bagi membina masjid baru Ulu Cheka yang sudah lebih 50 tahun. Ini berita baik bagi mayarakat Ulu Cheka.
- Projek Jalan baru dari Damak ke Kuala Kerau,
- Projek Jalan baru Ulu-Cheka ke Mempaga-ini boleh mempercepatkan perjalanan ke KL
- Projek pembesaran jalan-jalan dalam kampung Ulu Cheka
- Penglibatan ECER dengan pembangunan Ulu Cheka merangka berbagai projek
- Projek Sturgeon di Perlok
- Pembangunan Gunung Benom-membina peranginan resort dan chalet secara terkawal
- Pertanian tanah tinggi ala Cameron Highland secara terkawal
- Penanaman padi bukit model terbaru
- Projek menaiktaraf Sekolah Agama Rakyat Ulu Cheka kepada Sekolah Menengah Agama Berasrama Penuh Ulu Cheka
- Cuba membawa DS Najib melawat Ulu Cheka suatu hari nanti.
Masyarakat Ulu Cheka malam itu sungguh bersemangat dan ghairah bila ADUN Tahan mahu membantu majukan Ulu Cheka.
Orang muda-muda DUN Damak mahu pekerjaan, mahu rumah, mahu tanah, mahu standard of living yang baik.
Bila kita berjaya buat ini semua walau tidak 100%, WZWH percaya dan yakin parlimen BN Jerantut boleh mengurangkan deficit kekalahan dalam DUN Damak pada 2 PRU yang lepas.
WZWH pun berminat membantu memajukan ekonomi masyarakat Ulu Cheka. Bina satu lagi projek sturgeon Caviar Park di Ulu Cheka dan Projek Renewal Energy di Rengat Ulu Cheka.
9 comments:
bgusla tu abg...
buat caviar park di ulu cheka saje lah k...
stop lah yg kt kuala tahan tu...
xpayah penaing2 kepale...
Ada banyak untung bro
harap orang ulu ceka cerdik belaka. Tak tertipu.Aku lebih pecaya Lau lee bak pembangunan Dun Damak ni.
Jgn org ulu cheka ditaburkan dgn janji manis... ingatlah deme ini kerja org politik macam2 boleh jadi... balak byk lagi ke di ulu cheka? bersiap sedialah untuk itu - Pemerhati Politik Jerantut.
Ini 2 ekor sudah nampak lubang2 baik di ulu cheka harap org disana tidak dibodohkan atau ditipu hidup2... ini 2 ekor buat kerja mesti ada habuan bukan buat sahaja mesti ada makna - harap org ulu cheka prihatin kenang sikit ker aki pawang nong membuka ulu cheka apakah segala yang ada di ulu cheka nak diserahkan kepada 2 ekor ini?
Next election pegi la bertanding sana. Balak pun byk juga sana tu.
Kulihat kutebang kusonglap
kalau dengar cakap2 anon bodoh belaka di atas,nampaknya kekallah ulu cheka mcm sekarang ni!
di harapkan ulu cheka usaha sendiri cari pelabur untuk majukan ulu cheka! nak harapkan anon2 diatas langsung tak ada otak yang berkualiti untuk beri idea.yang dia orang tahu hanya lah bantah apa aje perancangan dia orang!
kepada adun tahan dan wzwh,
biar aje ulu cheka tu.nak mamus ke nak mundur ke lantak ke dia orang!
jaga aje dun tahan dan bawak banyak pembangunan ke sana! tak perlulah nak jaga tempat orang yang tak reeti basa dan tak tahu berterima kasih atas niat orang nak bantu dia orang!
anon2 di atas tu bukan orang ulu cheka.mereka ni kebanyakan nya musuh adun tahan orang jerantut hilir manusia yang bermasalah di jerantut ni!
balak banyak dan bijih pun banyak tu yg dompok masuk jarum.
Post a Comment