Ada 2 buah gong Brunei peninggalan moyang hasil adventure beliau di Brunei. WZWH hanya tahu sebuah sahaja gong Brunei yang penuh misteri.
Sebelum WZWH cerita apa misteri gong Brunei elok WZWH naratifkan siapa moyang WZWH ini yang bernama Engku Wan Ahmad (1866-1935) mengikut style Arab.
WZWH bin emak ( Wan Rohani) binti Wan Hashim bin emak (Wan Habshah) binti emak (Wan Rahmah) bin Engku Wan Ahmad. 6 generasi.
WZWH telah banyak menulis posting mengenai Engku Wan Ahmad bin Engku Khatib ( Wan Endut) antaranya:
Perhatikan dalam kawasan makam Engku Khatib di Bukit Angus, Kampung Bantal Ulu Tembeling ada sepasang batu nesan dari Brunei yang lebih rendah. Ini ialah makam Puteri Daing Khadija dari kerabat Kesultanan Brunei dan Sulu yang telah berkahwin dengan Engku Wan Ahmad bin Engku Khatib yang telah berjaya menyelesaikan isu-isu lanun dan bandit yang mengugat keselamatan negara Brunei pada awal 1900 atas arahan Sultan Pahang yang pertama iaitu Sultan Wan Ahmad.
Gong ini ada namanya. Gong ini boleh berbunyi sendiri tanpa dipalu pada masa tertentu. Gong ini ada ketika selalu basah. Gong ini boleh beritahu ada sedara terdekat akan meninggal dunia bila berbunyi sendiri. Gong ini boleh beritahu jika sekiranya ada orang besar dan Raja mahu meninggal.
Kebiasaanya gong ini dibalut kain kuning. Gong ini tidak boleh dipalu dan diketuk secara main-main. Jika ada budak-budak nakal mahu bermain dengan gong ini maka alamat malam hari adalah orang yang menjaga gong ini menyeru nama budak nakal itu dan mengacau.
Dipercayai penunggu gong ini seorang wanita berbaju kebaya persis seorang dayang istana. Nama wanita ini WZWH diberitahu Dayang Maimunah yang menjaga gong ini.
Ramai orang mahu gong ini. Baik orang besar mahu pun Sultan. WZWH tidak mahu beritahu di mana gong Brunei ini disimpan.
Satu hari nanti WZWH akan ambil gong Brunei ini kerana ini warisan peninggalan moyang.
Demikian misteri gong Brunei peninggalan moyang.
No comments:
Post a Comment