Friday, February 6, 2015

Bina Rumah Baharu Mangsa Banjir Ulu Tembeling



















Di antara pokok kelapa itu kini terletak tapak rumah Arwah Hashim Manggi mantan Ketua UMNO Cawangan Kuala Sat yang rumah itu dihanyutkan arus deras air banjir 2014.

WZWH masih ingat diwaktu Mesyuarat UMNO Bahagian Jerantut pada tahun 1990an, Arwah Hashim Manggi adalah jurucakap bagi pihak Ulu Tembeling memperjuangkan kepentingan penduduk di pedalaman.

Arwah pandai bercakap sambil buat joke mengisahkan kesusahan dan kepayahan isu pengangkutan yang menggunakan bot dan mengharungi jeram-jeram dan sungai yang cetek di kala kemarau.

Beliau adalah pejuang UMNO sejak Bahagian Jerantut masih lagi sekutu UMNO Pahang Barat. Pernah berjalan kaki mengikut landasan kereta api menuju Jerantut bersama pemimpin-pemimpin UMNO Ulu Tembeling seperti Arwah Wan Jalil dan Arwah Wan Hashim.

Ini pemimpin mendapat tempat dalam kepimpinan UMNO Pahang Barat berjuang demi kepentingan penduduk Ulu Tembeling tanpa mendapat pengiktirafan yang sewajarnya dari pemimpin tertinggi apa lagi kesenangan material.

Perjuangan pemimpin-pemimpin dulu tidak sia-sia. Walau mereka tidak nampak hasil perjuangan mereka namun itu memberi lebih motivasi dan semangat bagi pemimpin generasi baru mencari strategi-strategi bagi mencapai wawasan dan mengimplementasikannya.

Projek Jalan Ulu Tembeling Fasa 1 RM121 juta, Fasa 2 RM280 juta dan tambahan peruntukan RM150 juta akan deliver impian manis mereka pejuang yang terdahulu.

Banjir 2014 sungguh besar dan memberi kerosakan yang teruk. Mengikut statistik yang diberi oleh En. Zarizal Penghulu Ulu Tembeling terdapat 31 rumah yang perlu dibina baru dan 121 rumah perlu dibaiki. Di Kuala Sat sahaja 17 rumah dihanyutkan oleh air bah.

Berbagai bantuan banjir diberi oleh pihak kerajaan dan banyak NGO dari makanan, peralatan dan pembersihan. Tapi yang menonjol ialah penglibatan Keluarga Diraja Istana Pahang.

Banyak program bantuan banjir termasuk kewangan diberi oleh Keluarga Diraja Pahang. Di Tembeling Tengah dari Kuala Tahan hingga ke Jerantut Feri oleh KDYTM Tengku Mahkota Pahang dan KDYTM Tengku Puan Pahang.

Baru-baru ini YAM Tengku Muda di Kg Bantal. Ada tiga lagi program yang mahu dibuat. KDYMM Tuanku Sultan Pahang mahu pilih satu tempat yang paling teruk dilanda kerosakan banjir. Kg Kuala Sat yang paling teruk. 17 rumah perlu dibina baru.
















Tinjauan Dato' Wan Amizan Wan Razak ADUN Tahan ke Kg Kuala Sat.

Foto-foto rumah yang rosak teruk dilanda banjir di bawah...


























































Buat sementara waktu khemah 'shelter box' diberi oleh NGO buat penduduk Kg Kuala Sat.
















Berat mata memandang lagi berat bahu memikul. ADUN Tahan sebagai pemimpin generasi baru mencongak apa keajaiban yang mahu dideliver oleh beliau seorang ADUN Pahang yang paling kreatif mencari peruntukan dan pembangunan di Pahang.

WZWH boleh beri jaminan bahawa kita akan bina rumah baharu bagi mangsa banjir di Ulu Tembeling.

Selain dari isu rumah rosak teruk dilanda banjir 2014. Usaha ADUN Tahan mahu membuat satu kawasan perumahan baru di Kuala Sat terutama memindahkan beratus penduduk di Kg Jipang dan Kg Beluteng di dalam Sungai Sat termasuk Kg Benih telah mendapat kelulusan.





Ini model rumah baru mangsa banjir yang mahu dirancang oleh kerajaan.

Kerajaan Persekutuan bersetuju memperuntukkan antara RM5,000 dan RM10,000 bagi membaiki rumah rosak, manakala bagi pembinaan rumah baharu ialah antara RM48,000 dan RM50,000.

Sebagai tanda komitmen Kerajaan membantu mangsa banjir meneruskan kelangsungan hidup. Sekretariat Khas akan turut menyediakan peluang untuk mangsa banjir mencari semula sumber pendapatan mereka termasuk memulakan perniagaan.

Peruntukan yang telah Kerajaan Persekutuan salurkan iaitu RM3 bilion bagi memulihkan kembali negeri-negeri yang dilanda banjir, yang tidak termasuk kos pemulihan jambatan dan jalan sebanyak RM1 bilion.

Kita akan berkerja keras mendapatkan peruntukan tersebut dengan segera bagi bina rumah baharu mangsa banjir Ulu Tembeling.

1 comment:

Widya Okta said...

Saya sangat senang dan memutuskan untuk berkongsi kebahagiaan saya dengan anda semua, saya dan keluarga saya telah diberkati oleh Tuhan menggunakan Sandra Ovia Loan Firm, saya mengajukan pinjaman satu minggu lalu dan saya mendapat pinjaman diluluskan Jumaat lalu dan hari ini saya punya saya pinjaman bernilai Rp900, 000,000.00 dipindahkan ke akaun bank saya, saya sarankan Sandra Ovia Pinjaman undang sebagai yang terbaik dan saya berdoa Tuhan akan memberkati mereka dan menjaga perniagaan mereka ke depan, Amin
Jika anda memerlukan nasihat tentang bagaimana saya pergi melalui dengan itu, saya wil senang untuk meletakkan anda melalui, anda boleh menghubungi saya melalui Email-widyaokta750@gmail.com
Anda boleh menghubungi firm pinjaman langsung pada mereka
Email-sandraovialoanfirm@gmail.com
terima kasih
widya Okta

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...