Thursday, February 12, 2015

Penyerahan Projek Jambatan Dan Jalan Kepada Pelanggan DUN Tahan


Pagi tadi berlansung Majlis Penyerahan Projek Jambatan dan Jalan kepada pelanggan oleh Pejabat Persekutuan Negeri Pahang dan JKR Pahang kepada penduduk kampung tradisional di DUN Tahan, Jerantut.

Ini ialah peruntukan khas DS Najib selaku Perdana Menteri kepada ADUN Tahan berjumlah RM 7 juta bagi membina jambatan dan menaiktaraf jalan luar Bandar dalam DUN Tahan-jalan Kg Sungai Yap ke Kluang, Kuala Tembeling, Daerah Jerantut selepas PRU 13 dan kini projek ini sudah siap digunakan sejak tahun lepas.

Ini dinamakan Rancangan Pembesaran Kampung, salah satu dari projeknya untuk kemudahan orang kampung tradisional.

Projek jalan ini sepanjang 3 km dan sebuah jambatan memberi kemudahan kepada penduduk di beberapa kampung seperti Kg  Sungai Yap, Kg Keluang, Kg Doja, Kg Pasir Tambang.

Anak-anak mudah pergi ke sekolah, orang kampung mudah perhubungan menjual hasil pertanian dan produk kampung.

Sewaktu WZWH mengunjungi kampung Doja, WZWH dapati penduduk kampung ada mengusahakan ternakan kulat dan perusahaan bot fibre.




















Perusahaan kecil penternakan kultur kulat di Kg Doja.



Sekarang ini pembuat perahu guna fibreglass untuk buat perahu Tembeling.


Ini ialah beberapa kampung di seberang Kuala Tembeling. Jalan sungguh cantik, pemandangan yang indah, tempat yang tenang dan nyaman.

Sesungguhnya DS Najib perihatin kepada keperluan orang kampung tradisional di Lembah Tembeling, Jerantut. Itu sebab WZWH sokong kuat DS Najib.

DS Najib PM yang datang dari Pahang sangat tahu keperluan orang kampung. Ini buktinya...

Ada banyak lagi projek pembangunan DS Najib mahu curah ke Jerantut melempah-lempah tapi perlulah kita pengundi DUN Tahan dan pengundi parlimen Jerantut kalau boleh kita kurangkan pengaruh pembangkang dalam PRU 14.

Tunjukkan sokongan kita semua kepada UMNO, BN dan DS Najib.

No comments:

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024