Tuesday, October 20, 2015

Jambatan Gemunchor Mela Dan Projek Jalan Luar Bandar Gemunchor-Batu Balak-Labu Memacu Pembangunan Mukim Tembeling Tengah























Projek Jambatan Gemunchor Mela yang sudah hampir siap pembinaannya.

Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM12 juta untuk membina sebuah jambatan konkrit menyeberangi Sungai Jelai di Kampung Gemunchor dekat Kg Mela diselenggara oleh Kementerian luar Bandar.

Walaupun ini pembangunan di Daerah Lipis tetapi bersempadan dengan Daerah Jerantut.

Sebelum ini peruntukan RM16 juta telah diluluskan untuk membina sebuah jambatan pejalan kaki Kuala Tahan. Oleh kerana sedikit salah faham Kerajaan Negeri Pahang tidak bersetuju maka peruntukan ini telah dipindahkan ke Projek Jambatan Gemunchor.

Di Sungai Tembeling pula tiada sebarang jambatan dibina menghubungkan  kedua tebing sungai.

Bagaimana Projek Jambatan Gemunchor ini boleh membantu memacu pembangunan bukan sahaja di Daerah Lipis yang bersempadan dengan Daerah Jerantut tapi juga memacu pembangunan di Tembeling Tengah?

Terdapat banyak kampung-kampung tradisional lama di sebelah kiri mudik Sungai Tembeling yang sudah ditinggalkan oleh penduduk dan mempunyai keluasan tanah yang luas berpotensi untuk dimajukan disamping ladang kelapa sawit diusahakan oleh GLC seperti Tabung Haji.

Pada masa ini juga Kementerian Luar Bandar telah meluluskan satu projek jalan luar bandar yang menghubungkan Kg Gemunchor ke Kg Labu Tembeling Tengah (Kg Labu Lama) sepanjang 22 km.

Projek jalan luar bandar ini boleh menghubungkan dengan beberapa buah kampung seperti Kg Batu Balak, Kg Jong Berlaboh lama dan banyak kampung yang sudah dilupakan namanya.

Ini bererti bukan sahaja di sebelah kanan mudik Sungai Tembeling ada jalinan jalanraya malah disebelah kiri mudik Sungai Tembeling pun ada jalinan jalanraya.

Jambatan Gemunchor Mela dan Projek Jalan Luar Bandar Gemunchor-Batu Balak-Labu bakal memacu pembangunan Tembeling Tengah Lama.

Projek-projek pertanian secara perladangan dan orang kampung boleh usahasama keluasan banyak tanah yang sekarang telah ditinggalkan untuk kegiatan sumber ekonomi.

Ini menjadikan banyak pilihan ekonomi bagi penduduk Tembeling Hilir dan Tembeling Tengah.

Disamping 12 jambatan besar dan kecil yang akan dibina di Kg Bantal, Kg Gusai, Kg Mat Daling di Ulu Tembeling dalam pakej Projek Jalan Ulu Tembeling Fasa 2 Tambahan.

12 Jambatan bersilang di Sungai Tembeling akan menjadikan Ulu Tembeling seperti Kota Paris of Pahang!

Thursday, October 15, 2015

Apa Sebenarnya "Politik Baru" Saifuddin Abdullah?

Cover Politik Baru

Dulu...WZWH bangga kerana Pahang ada politikus philosopher. Jarang ada ahli politik tulis buku. Dato' Saifuddin Abdullah ketika itu ahli parlimen Temerloh, Timbalan Menteri, MT UMNO dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian.

WZWH baca buku " Politik Baru" Saifuddin Abdullah. Banyak kali belek juga.

Antara isi-isi penting buku itu yang boleh WZWH ringkaskan dulu...

Temanya cliche iaitu perubahan. Terminologinya bukan baru kerana New Politics sudah digembar-gemburkan di banyak negara maju termasuk di AS. Pentadbiran Obama sering dikaitkan dengan amalan New Politics tetapi dalam konteks yang berbeza. Di AS, demokrasinya sudah jauh lebih matang berbanding di Malaysia. Obama dengan idea bipartisanship, sudah memulakan amalan ini yakni melantik ahli kabnet dari kalangan parti Republikan. Satu amalan yang amat mustahil untuk berlaku di Malaysia setidak-tidaknya untuk 50 tahun lagi!

Politik Baru adalah pandangan penulis tentang politik di Malaysia. lebih tepat lagi budaya dan tingkahlaku. Beliau menyarankan budaya lapuk dan negatif di kalangan politikus dan gurkha-gurkha politik diubah dan diganti dengan budaya yang lebih segar seperti mengamal politik dengan ilmu. Rata-rata bagi beliau pemimpin disanjung kerana kuasa dan wangnya bukan kerana ilmu dan peribadinya. which is extremely true! Jikalau pemimpin kita sebenarnya tidak korup atau tidak baik, tetapi persepsi umum hari ini tidak dapat menanggalkan topeng pemimpin BN dengan amalan korupsi. It doesnt mean that people think the opposition is free from corruption, but today generation demands transparency and sincerity. It sounds a bit idealistic, but why idealistic has always been an excuse for us to have better governance?

Paling istimewa kerana buku ini ditulis oleh seorang menteri yang masih berada dalam kabinet. Selalunya, yang menulis dan mengkritik apabila mereka sudah tiada kepentingan atau dibuang dari parti. Politik Baru adalah talian hayat untuk BN dan UMNO. Sekiranya mereka tidak memilih talian hayat ini dan terus dengan kejahilan mencari jawapan, BN and UMNO will be out of the game for the next general election.




Maka DS Najib masa itu sebagai Timbalan Perdana Menteri dengan bangganya melancarkan buku karya anak Pahang politikus philosopher itu di Putrajaya pada 20 Januari 2009.

Pernah juga WZWH menulis  dalam posting yang terdahulu disamping "Politik Baru" ini seorang ahli parlimen itu perlu tahu politik kampung, apa yang pengundi di kawasan parlimen mahu.

Orang kampung mahu jalan, jeti, rumah, tanah pertanian, bantuan peruntukan , sumber ekonomi, projek-projek pembangunan, saham felcra sedikit dsb selain kemudahan infrastruktur asas.

Orang bandar mahu kemudahan perbandaran, peluang-peluang pekerjaan, bisnes hasil dari pembesaran bandar dan projek-projek pembangunan bandar selain institusi pendidikan, kilang-kilang dan industri park.

Jika ahli parlimen itu berupaya dan berkebolehan membawa sebanyak peruntukan yang boleh dengan meyakinkan pembuat keputusan maka kawasan parlimen itu lebih cepat membangun lalu pengundi akan membalas dengan undi ahli parlimen itu bila bertanding PRU.

Tidak terdaya juga orang kampung, orang bandar dan pengundi hanya mendengar ceramah "Politik Baru" ini tanpa tindakan dan gerak kerja hasil real politik.

Bila menang PRU maka itulah KPI ahli parlimen yang sebenar.

Sebelum PRU 13, UMNO Bahagian Temerloh telah briefing kepada DS Najib bahawa parlimen Temerloh boleh menang majoriti 13,000 undi . Wah WZWH fikir parlimen Temerloh sudah cukup baik. Jika hendak dibandingkan dengan ramalan parlimen Jerantut UMNO Jerantut boleh menang majoriti 4000 ke 5000 undi sahaja.

Keputusan yang sebenarnya Saifuddin Abdullah kalah majoriti 1070 undi kepada calon PAS.

Calon sekaliber, karisma seperti Saifuddin Abdullah boleh kalah? Tidak mengapa Tun Mahathir pun pernah kalah parlimen Kota Star pada PRU 1969.

Selepas itu DS Najib telah melantik Saifuddin Abdullah sebagai CEO of Global Movement of Moderates (GMM). Dengan harapan Saifuddin Abdullah boleh mengerakkan politik global DS Najib.

Hari ini Saifuddin Abdullah memperlihat real "Politik Baru" yang sebenarnya...




Apa alasan Saifuddin Abdullah keluar dari UMNO dan join PKR?

  • kegagalan UMNO menangani isu berhubung syarikat bermasalah 1MDB dan wang derma RM2.6 bilion sebagai punca beliau meninggalkan parti tersebut.
  • UMNO kini sudah tidak serasi dengan landasan perjuangannya. Tidak ada satu perbincangan yang komprehensif dan mendalam. 
  • PKR adalah parti berbilang kaum dan agama yang menyebabkan beliau tertarik dengan parti yang diasaskan selepas pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1999 itu.
  • Hati saya terpaut dengan PKR.

Ironinya Tun Mahathir, TSMY, Shafie Afdal, Ku Li, TSSJ mengkritik hebat isu yang sama tetapi tidaklah sampai istihar keluar UMNO dan join parti pembangkang.

UMNO parti paling lama memerintah rekod dunia tidak ada satu perbincangan yang komprehensif dan mendalam?

Tidakkah BN yang dulu Perikatan adalah parti berbilang kaum dan agama?

Sememangnya Saifuddin Abdullah perlu mengaku hati saya sudah bersama DSAI sejak dulu lagi.


Apa sebenarnya "Politik Baru" Saifuddin Abdullah?



Beliau boleh bertanding di mana-mana kawasan parlimen yang diperuntukkan kepada PKR.

Beliau yakin menang jika sekiranya dicalonkan oleh PKR.

Beliau percaya Pakatan Harapan (Rakyat) boleh menang PRU 14.

Beliau adalah material Kabinet Baru Pakatan Harapan sebagai Menteri.

Barangkali itu sebenarnya "Politik Baru" Saifuddin Abdullah!

Kalau itulah...bukanlah politik baru sangat...

Dato' Ariff Sabri @ Sakmongkol AK47 seorang lagi politikus philosopher Pahang telah lama praktik politik baru dari mantan ADUN UMNO Pulau Manis kemudian keluar UMNO join DAP dan akhirnya menjadi ahli parlimen Raub menang PRU 13.

That the real definition of "New Politics" according politikus philosphers Pahang!

DS Najib Perdana Menteri Paling Kuat Dan Berpengaruh Dalam Sejarah Politik Malaysia




DS Najib lebih disayangi oleh ulama, anak-anak Raja dan pemerintah Arab. Pemerintah dan pemimpin Arab sanggup berkorban membantu politik DS Najib seperti juga pemimpin China all out mempertahankan kepentingan Malaysia sebab DS Najib.





King Salman Arab Saudi mahu DS Najib mempertahankan Islam bersama ke martabat yang tinggi di dunia mengikut pesanan Rasullulah S.A.W. Islam yang sederhana ditonjolkan lebih dari Islam yang extreme. Arab Saudi sanggup membantu.




Presiden China Xi Jinping komited mahu membangunkan Asia dan meluaskan pengaruh di seluruh dunia melalui perdagangan, bisnes, pelaburan bagi kepentingan bersama. China sanggup melabur membina projek-projek infrastruktur dunia dan mahu Malaysia pantas bergerak mengikut Visi China. Malaysia negara pertama yang mengadakan hubungan diplomatik dengan China di era Tun Razak dan Moa Zedong. DS Najib adalah simbol hubungan erat China dan Malaysia.




Presiden Obama sanggup menerima syarat-syarat kepentingan Malaysia dalam TPPA seperti hak-hak istimewa orang Melayu, Bumiputera, kepentingan GLC, SMI dan local industries and suppliers tidak terjejas kerana mahu sokongan Malaysia untuk balance kedudukan superpower Amerika. Selain kepentingan ekonomi Malaysia jangka panjang.

DS Najib adalah Perdana Menteri paling kuat dan berpengaruh dalam sejarah politik Malaysia. Ekonomi Malaysia adalah dibentuk mengikut polisi-polisi DS Najib bagi berkembang di masa depan yang penuh cabaran dengan cara DS Najib sendiri melalui pengaruh beliau.

Ekonomi Malaysia akan bertambah baik dan pertumbuhan ekonomi yang boleh membawa Malaysia ke arah negara maju berpendapatan tinggi.

Apa yang berlaku adalah adjustments yang boleh buat pemimpin-pemimpin yang dulu tidak senang kerana cara kerja politik DS Najib yang tidak mahu membebankan rakyat dengan kesilapan-kesilapan pemimpin dahulu dalam perjanjian ekonomi domestik seperti IPP, Tol, dsb.



Agenda pemimpin-pemimpin veteran atas apa-apa alasan dan kepentingan yang dilihat mahu menjatuhkan DS Najib adalah kerja sia-sia. 

It is enough for your era indeed ...let DS Najib feel free to do his jobs...majority rakyat and young people support DS Najib for his vision.

PRU 14 DS Najib akan menang lagi menerajui kembali Kerajaan Malaysia.

Tuesday, October 13, 2015

Di Mana Tun Daim? Tun Daim Yang Cerdik...



Press conference Geng 6 semalam. Di mana Tun Daim? Itu pasai Tun Daim yang cerdik!

Tun Daim mantan Menteri Kewangan 2 kali, Bendahari UMNO dan seorang usahawan korporat Melayu yang berjaya.




Power breakfast Tun Daim dikelilingi oleh bloggers grade A negara. Barangkali bloggers gred A telah menasihati Tun Daim supaya jangan campur dengan Agenda Geng 6 semalam.

Ini satu nasihat yang bernas lagi bijaksana.

Tun Daim yang cerdik.

Monday, October 12, 2015

Pesan King Ghaz Kepada DS Najib," Tell Them Please Respect The Law"!



King Ghaz the best Menteri KDN advices...





Najib...Tell them please respect the law.


Bekas Naib Ketua UMNO Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguam Matthias Chang didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan cuba melakukan sabotaj terhadap perbankan dan kewangan negara

Masa Tun Mahathir memerintah 22 tahun beratus-ratus tahanan politik guna ISA...

Tiada pula press conference dibuat protest!


King Ghaz pesan lagi...

a) kerja kita di Kementerian Dalam Negeri adalah menjaga keamanan dan orang tak tahu jika kita berjaya menjaga keamanan itu; tetapi, jika kita gagal orang tahu kita tak buat kerja, 

(b) kita tak boleh tunggu sesuatu bala dah timpa negara baru kita nak bertindak, kita perlu mengintip orang-orang yang nak buat kacau. Dalam mengecam potensi masalah yang penting ialah orangnya dan bukan organisasinya, 

c) kita mempunyai antara angkatan polis yang terbaik di dunia, 

(d) selain MI5 di Britain, CIA di USA, KGB di Russia dan Mossad di Israel kita perlu bangga dengan badan Perisikan Malaysia yang, walaupun kecil, sama cekap dengan yang empat ini, 

(e) Menteri KDN jangan harap nak jadi popular dengan bekerja di Kementerian Dalam Negeri, 

(f) Menteri, Timbalan Menteri kena suka baca buku. Tapi tak cukup. Kena baca lagi. Sekarang kena kuat baca blog, facebook, Twitter..."


KENYATAAN MEDIA BERSAMA Geng 7

Penahanan peguam Matthias Chang dan sebelum ini anak guamnya Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA 2012, adalah satu penyalahgunaan kuasa serta tindakan terdesak untuk mendiamkan pengkritik. Penggunaan SOSMA untuk menahan kedua-dua individu ini juga adalah bertentangan dengan semangat dan tujuan Akta ini diluluskan oleh Parlimen.

Amatlah malang bagi rakyat Malaysia apabila tindakan tersebut diambil oleh pihak berkuasa, mesej yang sampai kepada rakyat ialah apabila seseorang melaporkan berlaku kesalahan, orang yang membuat laporan akan ditangkap.

Pada akal yang sihat, tindakan ini juga memperlihatkan apabila ada pihak yang didakwa melakukan kesalahan dan apabila laporan dibuat terhadapnya, apa jua peruntukan undang-undang yang ada akan digunakan untuk menutup kesalahan pihak yang didakwa.

Tidakkah amat memalukan apabila seseorang yang dituduh melakukan kesalahan tidak berusaha membuktikan kebenaran ataupun “his innocence” tetapi sebaliknya orang yang melaporkan kesalahan ditahan.

Oleh kerana tidak ada undang-undang yang dapat digunakan untuk menahan dan menangkap orang yang membuat laporan, maka digunakan satu undang-undang yang digubal untuk tujuan memelihara keselamatan negara dan ketenteraman awam serta memperuntukkan satu hukuman yang berat untuk membuat tahanan dan tangkapan.

SOSMA yang diperbuat menurut Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan adalah khusus untuk menghalang sebarang tindakan atau ancaman oleh sekumpulan besar orang di dalam dan di luar Malaysia:

1)untuk menyebabkan keganasan terancang terhadap orang atau harta, atau untuk menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan keganasan itu;

(2)untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong;

(3) yang memudaratkan ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, atau yang memudaratkan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya;

atau

(4)untuk mendapatkan perubahan, selain dengan cara yang sah, apa-apa jua yang ditetapkan melalui undang-undang.

Matthias Chang adalah peguam yang mengiringi Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan membuat laporan mengenai dakwaan salahlaku 1MDB kepada pihak-pihak berkuasa di dalam dan di luar Malaysia. Tindakan ini tidak bercanggah dengan undang-undang mana-mana negara dan tidak boleh dianggap sebagai suatu ancaman kepada ketenteraman dan keselamatan awam yang dilindungi oleh SOSMA.

Malahan laporan-laporan yang dibuat oleh Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan adalah mengikut lunas-lunas demokrasi serta hak yang dijamin oleh mana-mana negara yang mengamalkan sistem demokrasi.

Justeru, kami menegaskan bahawa penahanan Matthias Chang dan Khairuddin Abu Hassan di bawah SOSMA adalah satu bentuk penyalahgunaan proses undang-undang oleh pihak berkuasa yang jelas bercanggah dengan tujuan undang-undang ini diluluskan oleh Parlimen.

Ia menyekat hak dan kebebasan individu untuk mengambil suatu tindakan yang sah dalam sebuah negara yang menjunjung keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

Apatah lagi, YAB Perdana Menteri sendiri ketika membentangkan Rang Undang-Undang SOSMA 2012 di Dewan Rakyat pada 16 April 2012 memberikan jaminan bahawa setiap individu “bebas menyuarakan pendapat, mengkritik, menyokong, berbeza pandangan, bersiasah mahupun menganggotai apa-apa pertubuhan”. Malahan, beliau berjanji “tidak ada sesiapa akan dihukum hanya kerana menjalankan hak-hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang negara”.

Berdasarkan janji ini, maka kedua-kedua warganegara ini mestilah dibebaskan serta-merta dan pihak berkuasa memberikan jaminan bahawa tiada sesiapa lagi akan ditahan di bawah SOSMA hanya kerana menyatakan pandangan, pendapat dan kritikan serta mengambil apa-apa tindakan yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara.

YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad
YABhg Tun Ling Liong Sik 
YB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Hj Mohd Yassin
YB Datuk Seri Shafie Apdal
YBM Tengku Razaleigh Hamzah
YBhg Tan Sri Ong Tee Keat 
YBhg Tan Sri Sanusi Junid

12 Oktober 2015

Sunday, October 11, 2015

Bank Negara Perlu Bantu 1MDB Seperti Kerajaan Singapura Menyokong Penuh Temasek Holding

Kerajaan Singapura melalui MOF tubuh Temasek Holding pada 1974 sebagai sovereign wealth fund @ investment fund. Mudah cakap seperti 1MDB yang lebih strategic investment company.

Pada dekad pertama Temasek Holding pun mengalami kepayahan dan rugi tetapi oleh kerana Kerajaan Singapura dan Bank Negara Singapura membantu dan menyokong penuh secara profesional maka hari ini Temasek Holding merupakan sovereign wealth fund ke 9 terbaik dunia.

Walau CEO Temasek Holding lebih sedekad semenjak 2004 itu Ho Ching isteri kepada Perdana Menteri Singapura yang mula dilantik sebagai  Executive Director pada 2002. Kerajaan Singapura dan Bank Negara Singapura menyokong penuh Temasek Holding.

Bayangkan kalau DS Rosmah Mansur menjadi CEO atau Executive Director 1MDB tentu banyak pihak-pihak yang bising!

Kenapa banyak kerajaan terutama di Asia berminat mahu menubuhkan sovereign wealth fund?

Sovereign Wealth Funds are generally known as investment funds owned by national governments and financed by the country's foreign currency reserves (dollar, euro, yen), often through their central banks or via direct investments.

Graph: Sovereign Wealth Funds

by Isobel Coleman
April 24, 2013

Numbers come from the Sovereign Wealth Fund Institute's Sovereign Wealth Fund Rankings (last updated March 2013). Asterisks indicate where the assets of a country's multiple SWFs have been added together. The Sovereign Wealth Fund Institute notes that one of the Russian funds "includes the oil stabilization fund of Russia" and that the figure for China's largest fund "is a best guess estimation.Numbers come from the Sovereign Wealth Fund Institute's Sovereign Wealth Fund Rankings (last updated March 2013). Asterisks indicate where the assets of a country's multiple SWFs have been added together. The Sovereign Wealth Fund Institute notes that one of the Russian funds "includes the oil stabilization fund of Russia" and that the figure for China's largest fund "is a best guess estimation.

Perhatikan China, UAE, Arab Saudi, Singapura, Kuwait, Hong Kong, Qatar, Kazakhtan, South Korea sudah punya sovereign wealth funds terbesar dunia dan berkembang.

DS Najib mahu 1MDB menjadi seperti graf di atas sebagai investment company juga. Banyak projek-projek strategik bagi kepentingan negara.

Bank Negara perlu bantu 1MDB seperti Kerajaan Singapura menyokong penuh Temasek Holding. Jangan menyusahkan 1MDB dengan karenah birokrasi.

Banyak pihak-pihak yang lain pun jangan banyak suka mengambarkan 1MDB dengan persepsi negatif seolah-olah mahu menggagalkan malah sabotaj 1MDB.

Belajar bagaimana Kerajaan Singapura dan agensi-agensi menyokong Temasek Holding hingga berada pada kedudukan hari ini sejak 42 tahun yang lalu.

1MDB baru berumur 5 tahun masih kanak-kanak jangan kita teruja untuk membunuhnya!

Saturday, October 10, 2015

Rakyat Sudah Bosan Dengan Politicking 24 Jam Jom Hari Sukan Negara



Di perasmian ‪#‎HariSukanNegara‬ pagi tadi di UiTM oleh PM. 

Hari ini ada 17 ribu lebih program melibatkan 5 juta lebih rakyat Malaysia di seluruh negara. 

Jom turun padang!

Rakyat sudah bosan dengan politicking 24 jam, sepanjang tahun. 

Rakyat sudah bosan dan hamun.

Idea KJ Menteri Sukan sangat baik kempen mengajak rakyat bersukan seluruh negara.

Bila rakyat bersukan beriadah keluar peluh fizikal dan mental rakyat sihat maka baik untuk kesihatan boleh kurang obesiti.

Ahli politik pun digalakkan bersukan supaya mental jadi tajam, fokus, otak geliga mencari idea untuk kebaikan negara.

Rakyat sudah bosan dengan politicking 24 jam sepanjang tahun.

Jom Hari Sukan Untuk Negara dan seterusnya menjadi amalan sepanjang masa.



Dulu-dulu Tun Mahathir rajin juga exercise fitness test sebab itu boleh fokus memerintah negara.



Dah tua tidak perlu kuat exercise...bawa drive Bapak Jokowi Presiden Indonesia pun ok.



Driving Bapak Jokowi lihat jerebu di Malaysia yang sudah kurang boleh menyenangkan fikiran...

Friday, October 9, 2015

Ringgit Naik DS Najib Tersenyum Lebar...Harga Minyak Dunia Mula Naik!




Positive sentiment drives ringgit to seven-week high against US dollar sila klik sini.

Malaysia's ringgit at biggest daily gain against US$ in 17 years sila klik sini.


The USDMYR traded at 4.11 MYR on Friday October 9, according to interbank foreign exchange market quotes. The Malaysian Dollar averaged 2.91 from 1972 until 2015, reaching an all time high of 4.71 in January of 1998 and a record low of 2.10 in October of 1978. Sila klik sini.


Ringgit mula naik diniaga pada 4.11 USDMYR pada Jumaat 9 Oktober.

Kenaikan harga minyak mentah dunia mencetuskan prospek yang lebih cerah untuk ekonomi Malaysia yang merupakan  pengeksport minyak utama di Asia.

Selaras dengan aliran meningkat, ringgit juga diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang utama lain.

Ringgit naik...DS Najib tersenyum lebar...Harga minyak mentah dunia mula naik! Baik untuk Petronas dan Negara.

Sokong TPPA : Pakar Ekonomi Amerika Berbelah Bagi, Apa Kata Rafidah Aziz?




Paul Krugman tidak pasti mahu sokong TPPA kerana perlu buat homework sila klik sini

Joseph E. Stiglitz dan Adam S. Hersh menentang TPPA sila klik sini.

Jeffrey Frankel menyokong TPPA sila klik sini.

WZWH ambil juga pandangan Tan Sri Rafidah Aziz mantan Menteri MITI dan pensyarah ekonomi UM yang banyak pengalaman.

Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) akan memberi manfaat kepada Malaysia jika ia tidak dipolitikkan, kata Tan Sri Rafidah Aziz.

Mantan Menteri MITI itu berkata mereka yang menjalankan rundingan bagi pihak Malaysia adalah golongan profesional, bukan ahli politik.

“Jika kita tidak politikkan ia, saya beritahu anda, ia akan beri faedah,” katanya dipetik sebagai berkata dalam ucapannya di Persidangan Undang-undang dan Korporat Malaysia di Kuala Lumpur kelmarin.

Rafidah berkata ahli profesional yang berunding bagi perjanjian itu melakukannya demi kebaikan negara.

Pakatan dagangan itu baru-baru ini ditandatangani 12 negara, tetapi kerajaan berkata Malaysia akan hanya memeterai TPPA selepas ia dibahaskan di parlimen dan mendapat konsultasi awam.

Perjanjian itu dikritik pembangkang, yang mendakwa ia akan menyebabkan peningkatan harga ubat-ubatan dan menambah kepada beban kenaikan kos sara hidup.

Wednesday, October 7, 2015

Jika Congress dan Rakyat Amerika Tidak Faham Bagaimana Ahli Parlimen Dan Rakyat Malaysia Mahu Faham TPPA? Satu Penjelasan Mudah



Presiden Obama mahu TPPA ini dicapai oleh 12 Negara termasuk Singapura, Malaysia dan Brunei. Kejayaan TPPA adalah kepuasan politik Obama.

TPPA adalah idea economists-political economists untuk free trade. Majoriti ahli politik dan rakyat tidak faham apa itu TPPA.

WZWH posting ini untuk beri penjelasan mudah supaya ahli politik dan rakyat Malaysia faham apa itu TPPA.

Mula-mula kita dengar dulu pendapat Krugman pakar ekonomi dunia...


I’ve described myself as a lukewarm opponent of the Trans-Pacific Partnership; although I don’t share the intense dislike of many progressives, I’ve seen it as an agreement not really so much about trade as about strengthening intellectual property monopolies and corporate clout in dispute settlement — both arguably bad things, not good, even from an efficiency standpoint. But the White House is telling me that the agreement just reached is significantly different from what we were hearing before, and the angry reaction of industry and Republicans seems to confirm that.
What I know so far: pharma is mad because the extension of property rights in biologics is much shorter than it wanted, tobacco is mad because it has been carved out of the dispute settlement deal, and Rs in general are mad because the labor protection stuff is stronger than expected. All of these are good things from my point of view. I’ll need to do much more homework once the details are clearer.
But it’s interesting that what we’re seeing so far is a harsh backlash from the right against these improvements. I find myself thinking of Grossman and Helpman’s work on the political economy of free trade agreements, in which they conclude, based on a highly stylized but nonetheless interesting model of special interest politics, that
An FTA is most likely to politically viable exactly when it would be socially harmful.
The TPP looks better than it did, which infuriates much of Congress.
Terjemahan:
Saya telah diterangkan diri saya sebagai lawan suam Perkongsian Trans-Pasifik; walaupun saya tidak berkongsi suka yang berasal dari banyak progresif, saya telah melihat ia sebagai perjanjian tidak benar-benar banyak mengenai perdagangan kerana kira-kira mengukuhkan monopoli harta intelek dan pengaruh korporat dalam penyelesaian pertikaian - kedua-dua perkara yang boleh dikatakan tidak baik, tidak baik, walaupun dari sudut pandang kecekapan. Tetapi WH itu memberitahu saya bahawa perjanjian itu hanya mencapai jauh berbeza dari apa yang kita telah mendengar sebelum ini, dan tindak balas marah industri dan Republikan seolah-olah mengesahkan bahawa.
Apa yang saya tahu setakat ini: pharma gila kerana pemberian hak harta di biologi adalah lebih pendek daripada ia mahu, tembakau gila kerana ia telah diukir daripada perjanjian penyelesaian pertikaian, dan Rs secara umum adalah gila kerana barangan perlindungan buruh lebih kuat daripada yang dijangkakan. Semua ini adalah perkara-perkara yang baik dari pandangan saya. Saya perlu melakukan kerja rumah lebih sekali butiran adalah lebih jelas.
Tetapi ia adalah menarik bahawa apa yang kita lihat setakat ini adalah tindak balas yang keras dari kanan terhadap pembaikan ini. Saya mendapati diri saya berfikir untuk Grossman dan Helpman ini kerja-kerja ekonomi politik perjanjian perdagangan bebas, di mana mereka membuat kesimpulan, berdasarkan model sangat bergaya tetapi masih menarik politik kepentingan khas, yang
FTA adalah yang paling mungkin untuk berdaya maju dari segi politik dengan tepat apabila ia akan menjadi berbahaya dari segi sosial.
TPP kelihatan lebih baik daripada itu, yang memberangkan banyak Kongres.

Krugman pun cakap mahu study dengan lebih mendalam TPPA ini.

Kita mahu tahu adakah GLC dan syarikat-syarikat Malaysia tidak terjejas, tidak bertentangan dengan Perlembagaan seperti hak-hak dan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera yang dijamin dan keuntungan ekonomi dan sosial buat Malaysia.

Seperti kata KSU MITI, TPPA ini akan diperhalusi lagi oleh kerajaan. Perlu dibentang kepada public dan rakyat dan akhir sekali dibentang di Parlimen untuk dibahaskan samada bersetuju atau tidak bersetuju.

Proses ini mengambil masa lebih 2 tahun.


Kita lihat pula paper kajian Grossman and Helpman - the political economy of free trade agreements, 1993.

ABSTRACT 
Suppose that an opportunity arises for two countries to negotiate a free trade agreement (FTA). Will an FTA between these countries be politically viable? And if so, what form will it take? We address these questions using a political-economy framework that emphasizes the interaction between industry special interest groups and an incumbent government. We describe the economic conditions necessary for an FTA to be an equilibrium outcome, both for the case when the agreement must cover all bilateral trade and when a few, politically sensitive sectors can be excluded from the agreement. 

1. INTRODUCTION 
Governments have been meeting frequently of late to discuss the possibility of their forming bilateral or regional trading arrangements. The United States has negotiated bilateral agreements with Israel and Canada, and is pursuing additional accords with Mexico and perhaps Chile. The European Community expanded its membership to include Greece, Portugal, and Spain, and has discussed preferential arrangements with many Central and Eastern Europian countries. Some members of the Association for South East Asian Nations (ASEAN) have called for the formation ot a Pacific free trade area. And Argentina, Brazil, Paraguay, and Uruguay have banded together to form the Southern Common Market (MERCOSUR). These various discussions have never been easy, nor have they always been successful. One need only reflect on the recent debates in the United States and Canada over the NAFTA or those in Europe concerning accession to the EC or the lowering of barriers to trade with Eastern Europe to recognize the political hackles raised by prospective trading arrangements. Many political pressures are brought to bear on a government as it contemplates whether to enter into an agreement and what the provisions of such an agreement ought to be. In this paper we attempt to analyze some of these political forces. In particular, we ask: Suppose that an opportunity arises for two countries to negotiate a free trade agreement (FTA) among themselves. Will an FTA between these countries be politically viable? And if so, what form will the agreement take? To address these questions, we use the framework of analysis that we developed in Grossman and Helpman (1994). This framework emphasizes the interaction between lobby groups representing industry special interests and an incumbent government. The lobby groups offer policy-contingent campaign contributions to the politicians, who seek to fulfill their own political objectives. In this setting, a country's policy stance reflects the relative political power of its various special interests and also the extent of its government's concern for the plight of the average voter.

6. CONCLUSIONS
We have examined the conditions under which a free trade agreement might emerge as an equilibrium outcome of a negotiation between politically—minded governments. The governments, we imagine, respond to political pressures from industry special interests, but also pay some heed to the plight of the average voter. If an FTA must completely liberalize trade among the partner countries, then a particular government might endorse the agreement in two types of situations. The first arises when the agreement would generate substantial welfare gains for the average voter and adversely affected interest groups fail to achieve even minimal coordination in their efforts to block the accord. The second arises when the agreement would create profit gains for potential exporters to the partner country in excess of the losses that would be suffered by import-competing industries plus the political cost of any welfare harm that the agreement might inflict on the average voter. A free trade agreement requires the assent of both governments. We have found that this outcome is most likely when there is relative balance in the potential trade between the partner countries and when the agreement affords enhanced protection rather than reduced protection to most sectors. With enhanced protection, an exporting industry captures the benefits of the high domestic prices in the partner country. With reduced protection, an import—competing industry sees its domestic pricefall as a result of the duty—free imports from the partner. Whereas reduced protection may involve some trade creation, enhanced protection gives rise only to trade diversion. Thus, the conditions that enhance the viability of a potential agreement also raise the likelihood that the agreement would reduce aggregate social welfare. If some industries can be excluded from an FTA, or can at least be granted long periods of adjustment, then the political prospects for an agreement improve. Each government would wish to exclude from an agreement those sectors whose inclusion would impose on it the greatest political costs. Political costs reflect either the fierce opposition of the import-competing interests or the harm that would be suffered by the average voter in the face of inefficient trade diversion. By excluding some sensitive sectors, a government may be able to diffuse the opposition to an FTA. In a bargaining situation, exclusions will tend to be concentrated in the country that otherwise would block the accord. Our formal analysis of bargaining over industry exclusions focused on a case with only two types of industries in each country. Industries were categorized either as potential exporters or potential import-competitors, with symmetry within each of these groups. It is straightforward to extend the analysis to allow for more asymmetry. Then efficient bargaining would cause exclusions to be granted on the basis of comparative political advantage; that is, industries would be ranked on the basis of the political cost from inclusion to the government of the import-competing country in relation to the political benefit to the government of the exporting country. We conducted all of our analysis under the restrictive (but somewhat realistic) assumption that governments cannot offer direct, treasury-to-treasury, transfer payments as compensation for any political costs associated with an agreement. It would be a simple matter to redo our analysis for the case where such transfers are feasible. The more interesting and difficult question in the political economy of international relations concerns the reasons why compensation payments have played such a limited role in most trade negotiations.

Tuesday, October 6, 2015

Endgame: Mahathir Dari Politikus Genius Hingga Kegilaan Politik Melampau





Kegilaan politik melampau Mahathir ialah menjatuhkan Najib Razak Perdana Menteri. Gagal endgame Mahathir ini bererti hidup Mahathir selama 90 tahun di dunia adalah sia-sia belaka...

Endgame Tun Mahathir adalah posting politik dari WZWH yang pertama kali mula jumpa Mahathir di Kuantan ketika WZWH berumur 13 tahun pada 1981 tahun pertama Mahathir menjadi Perdana Menteri dan seterusnya kebangkitan 22 tahun politik Mahathir yang cemerlang hinggalah kejatuhan beliau kerana kegilaan politik yang melampau.

22 tahun dari umur 13 tahun hingga 35 tahun, WZWH menjadi pengidola dan pengkagum politik Mahathir dalam membangun negara berdepan dengan berbagai cabaran dan krisis. Pada satu ketika WZWH beranggapan Mahathir adalah wali Allah kerana sentuhan politik geniusnya selalu menjadi.

Tidak pernah WZWH mempersoalkan tindakan tindak tanduk politik Mahathir bahkan semuanya WZWH anggap betul belaka demi untuk negara.

Dari arkib sejarah Mahathir menggulingkan Tunku Abdul Rahman.

Dari sejarah kenaikan politik UMNO Mahathir mengenepikan KuLi dan  Ghafar Baba.

Dari cepat Tun Hussein Onn melepaskan jawatan Perdana Menteri ekoran Sulaiman Palestin.

Dari politik Mahathir yang tidak menyenangi King Ghaz. 

Dari politik Mahathir yang meganak-emaskan Anwar Ibrahim.

Dari politik Mahathir yang mengenepikan Musa Hitam. 

Dari politik Mahathir membiarkan UMNO diharamkan pada 1987.

Dari krisis Perlembagaan melibatkan imuniti Raja-Raja Melayu sejak 1983, 1993.

Dari politik Mahathir menjatuhkan Anwar Ibrahim.

Dari politik Mahathir menjatuhkan Abdullah Badawi.

Hingga sekarang endgame Mahathir dari politikus genius hingga kegilaan politik melampau mahu menjatuhkan Najib Razak Perdana Menteri Malaysia.

WZWH tidak bersetuju dan mula mempersoalkan!

Dalam sejarah dunia setiap tokoh yang genius ada juga perkara yang idiot (pandir) yang dilakukan.

Sertai perhimpunan haram di jalanan dengan pembangkang sudah, serang anak isteri Najib Razak pun sudah.

Guna Khairuddin sudah, guna Ummi Hafilda sudah, guna SB sudah, guna Gabenor Bank Negara pun sudah.

Guna Muhyiddin Yassin sudah, guna Shafie Afdal sudah, guna Ghani Patail sudah, guna Ling Liong Sik sudah, guna khidmat blogger bangang pun sudah.

Tapi sampai ke sudah Najib Razak kekal PM, pening kepala Mahathir nak kenakan Najib Razak.

Pak Lah dulu boleh sebab beliau orang baik-baik, tidak mahu bergaduh sebab itu beliau tunduk dan akur.

Najib Razak keturunan bangsawan, golongan bangsawan tidak mudah tunduk - apatah lagi diminta tunduk kepada mamak Kerala.

Isu 1MDB tak lepas, isu derma ke akaun peribadi tak lepas, selit isu kematian Kevin Morais tak lepas.

Seru semua ahli UMNO buat report polis sudah, seru pengundi parlimen Pekan tolak Najib Razak PRU 14 sudah.

Isu disiasat FBI tak lepas, isu salam dengan Perdana Menteri Israel pula hanya melepaskan kebodohan sendiri.

Sekarang fitnah isu TPPA pula, tak apa asalkan matlamat untuk desak Najib Razak melepaskan jawatan tercapai.

Konsisten bermain dengan fitnah, hebat puak proMahathir ini dengan kegilaan politik melampau!

Monday, October 5, 2015

Pawn Sacrifice : Bobby Fisher Pemain Catur Legenda Dunia








Bobby Fisher (1943-2008). Foto di awal 1970an dipuncak. Menjadi juara catur dunia yang pertama dari Amerika mengalahkan Boris Spassky juara catur Rusia pada 1972 ketika berumur 29 tahun.

Beliau tidak mahu mempertahankan juara dunia bila dicabar oleh Anatoly Karpov pada 1975 kerana ICF tidak bersetuju dengan syarat beliau. Beliau kemudian menghilangkan diri selama dua dekad dan menjadi eccentric.

Anatoly Karpov mengaku sangat rugi bagi dirinya bila tidak berpeluang berdepan dengan Bobby Fisher.

Sikap beliau yang anti Amerika, anti Yahudi walau berdarah Yahudi sebelah ibu menyebabkan dilucut kerakyatan Amerika. Iceland menerima Bobby Fisher sebagai warganegara ketika dipenjara di Jepun. Beliau meninggal dunia di Iceland pada 2008.





Bobby Fisher masa muda. Foto 1960an. Mula bermain catur pada umur 6 tahun dan menjadi chess prodigy menjuarai banyak kejohanan catur Amerika. Menjadi pemain catur tahap Grandmaster ketika berumur 15 tahun pada 1958.





Bobby Fisher masa tua macam Leonardo Da Vincci ahli falsafah dan sains  Itali abad ke 15. Foto 2008.






Garry Kasparov mantan juara catur terhebat dunia menziarahi pusara Bobby Fisher di Selfoss, Iceland pada 2014. Sepanjang hidup mereka berdua tidak pernah berkesempatan bertemu apa lagi bermain catur. Garry Kasparov menyesal kerana tidak pernah bermain catur dengan Bobby Fisher. Begitu juga seorang lagi mantan juara catur dunia Anatoly Karpov.

Ikuti luahan hati dan rasa terkilan Garry Kasparov terhadap Bobby Fisher yang berhenti bermain catur ketika berumur 29 tahun, segala kontraversi, harapan dan mimpi yang tak kesampaian, pembangunan catur dunia, nasib akhir kesudahan hidup Bobby Fisher di pekan kecil Selfoss, Iceland sila klik sini.




Bobby Fischer

Chess Player


Born: 9 March 1943
Died: 17 January 2008
Birthplace: Chicago, Illinois
Best known as: The American chess champ who beat Boris Spassky in 1972
The first American ever to become world chess champion, Bobby Fischer was as famous for his personality quirks as for his genius. He grew up in Brooklyn, learned to play chess at age 6 and quickly became a prodigy; he was only 15 when reached International Grandmaster level in August 1958. He fought a memorable and tumultuous battle against the Russian chess champion Boris Spassky in Reykjavik, Iceland in 1972, beating Spassky in 21 games to become world champion. But Fischer was already a somewhat eccentric figure, increasingly reclusive and prone to haggling over minor points of lighting and other match conditions. He never defended his crown, refusing a 1975 match against the International Chess Federation challenger, Anatoly Karpov. The ICF awarded the title to Karpov and Fischer dropped from sight for nearly two decades. He resurfaced in 1992 to play Spassky in a multi-million dollar rematch in Belgrade, thereby defying U.S. sanctions against Yugoslavia. He won the match (and $3.5 million), but spent the next decade as a reclusive, cranky and somewhat mysterious figure who was regarded as a fugitive by American authorities. On 16 July 2004, Fischer was arrested at Tokyo's Narita Airport on a charge of trying to leave Japan without a valid passport. He was detained by the Japanese until March of 2005, when he was granted citizenship by Iceland and was deported to his new home country, where he died in 2008.
Extra credit: Fischer's books included Bobby Fischer Teaches Chess (1966) and My 60 Memorable Games (1969)... The 1993 movie Searching for Bobby Fischer .  The 2015 movie Pawn Sacrifice.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...