Najib menang; semua kalah.
Bosan! Mereka tidak undi. Tak undi samalah dengan undi Najib.
Najib boleh menang bukan kerana rakyat sokong dia itu pendapat pembangkang.
Najib boleh menang kerana rakyat sokong dia itu pendapat penyokong kerajaan.
Najib boleh menang kerana rakyat sudah bosan dan “sinikal” terhadap politik.
Untuk kemenangan gandingan antara tua dan muda diperlukan. Yang tua mesti faham pemikiran yang muda. Yang muda mesti ambil kira keusangan minda yang tua dengan perjuangan lama mereka.
Yang tua tidak boleh ditinggal. Yang muda tidak boleh diketepikan.
Yang tua akan undi – undi untuk muka lama – undi untuk perjuangan yang lama. Tetapi undi yang tua sahaja tidak mencukupi. Bermakna mereka akan kalah.
Oleh itu apa perlunya Gen Y melibatkan diri, mengundi dalam PRU. Menang ke, kalah ke sama sahaja.
Antara dua pasukan yang akan bertanding ini, pada pendapat Gen Y, sama sahaja. Menang mati bapak, kalah mati emak.
Parti lawan pun sama, parti Kerajaan pun sama. Yang berbeza parti lawan masih berebut-rebut untuk tempat berpura-pura bersatu, mengejar tempat dan kuasa. Ini pendapat Gen Y.
Mereka semua sama. Sama ada dalam Kerajaan atau dalam parti-parti pembangkang – mereka sama. Politik mereka adalah kuasa – politik cari duit – politik salahguna kuasa, politik mengekalkan kedudukan mereka.
Yang boleh ialah pemimpin sekarang. Tetapi pemimpin-pemimpin sekarang juga tua. Ada yang sudah menjangkau 90 tahun. Tak mungkin mereka faham masalah Gen Y.
Mereka dilahir setelah sudah lama merdeka. Perjuangan untuk kemerdekaan tidak relevan lagi. Dato Onn, Tunku, Tun Razak dan Dr Mahathir hanyalah nama-nama dalam sejarah. Mereka tidak lagi boleh buat apa-apa untuk Gen Y.
Sementara yang sudah lama dewasa masih ingin meneruskan perjuangan lama mereka, Gen Y tidak ambil kisah perjuangan lama dahulu. Bagi mereka yang relevan ialah keadaan sekarang.
Dikatakan terdapat 4 juta Gen Y yang sudah sampai umur untuk mengundi dalam PRU 14. Di masa yang sama terdapat lebih ramai yang sudah lama dewasa dan berhak mengundi. Pendapat dan perjuangan mereka tidak sama.
4 juta Gen Y perlu berfikir lihat apa yang berlaku di persekitaran.
Gen Y hanya mahu lihat banyak peluang pekerjaan dicipta.
Gen Y hanya mahu lihat kemudahan infrastruktur dan infrarakyat dipermudahkan untuk mereka.
Gen Y hanya mahu lihat banyak perumahan mampu milik untuk mereka.
Gen Y hanya mahu memikirkan kepentingan mereka sahaja.
4 juta generasi Y mahu pilih siapa?
Najib Menang Semua Kalah!
No comments:
Post a Comment