Wednesday, May 24, 2017

Warisan Terakhir "Orang Liar" Pahang

Image result for old photo of orang asli


Edna Windsor mengkaji "Orang Liar" Pahang sebelum Jepun melanggar Tanah Melayu. 

Berikut cerita Edna Windsor mengenai warisan terakhir "Orang Liar" Pahang di Ulu Kepasing, Rompin.

Saya terhutang budi kepada Batin Jelutung yang memberi banyak maklumat mengenai "Orang Liar" Pahang yang tinggal di Ulu Kepasing anak sungai Keratong, Rompin.

Saya telah mengumpul data dan banyak maklumat dari Batin Jelutung sebelum Jepun menawan Tanah Melayu. Semua kertas itu musnah semasa perang.

Semasa Batin Jelutung dimasukkan ke Hospital Kuantan pada April 1947, saya melawat beliau setiap hari dan ambil nota.

Malang, Batin Jelutung meninggal dunia selepas pembedahan tumur bengkak hati. Beliau seorang yang sangat boleh dipercayai dan jujur.

Beliau adalah salah seorang perayau hutan yang istimewa berupaya mempunyai hubungan dengan "Orang Liar" Pahang. 

"Orang Liar" Pahang ini hidup berkumpulan dalam jumlah 20 ke 30 orang.

Penampilan: "Orang Liar" lebih pendek sosok tubuhnya dari Orang Asli dan rambut mereka pendek berbulu. Mereka tidak memakai pakaian kecuali sedikit kain menutup kemaluan. Yang perempuan tidak memakai apa-apa menutup kedua buah dada. Mata mereka sangat terang dan fokus serta cepat mengesan pergerakan burung dan monyet. Kepala mereka tidak duduk tegak kerana selalu memerhati kiri dan kanan pergerakan sekeliling mereka.

Habitat: "Orang Liar" tinggal di kepala air Kepasing dan tidak pernah keluar menghampiri sungai-sungai yang lebih besar seperti Keratong, Rompin atau Jeram. Mereka begitu sukar dihubungi, sangat pemalu, dan takut kepada penghuni hutan yang lain. Mereka tinggal di gua-gua, oleh sebab mereka suka hidup berpindah randah, mereka bina pondok dari ranting dan daun kaya bila tiba waktu malam setelah seharian merayau-rayau. Mereka menghidupkan api dari percikan gesekan sebiji batu dengan sekeping besi. pengangkutan air mereka dari ikatan rakit buluh-buluh. Mereka tidak memasak makanan dan bila selesai makan terus membuang sisa makanan dan tidak menyimpan untuk akan datang.

Pernah ketika bila Batin Jelutung bersama, mereka makan 10 ekor monyet sehari. Mereka juga makan ikan yang ditangkap di alur-alur sungai dengan cangkuk yang dibuat dari buluh. Mereka juga banyak bergantung kepada ubi liar yang sebesar kepala manusia dipanggang separuh pada api. "Orang Liar" menggali lubang menjerat babi liar. Mereka meyumpit burung dan monyet dengan sumpit. Peralatan lain seperti lembing bermata besi dan pisau tajam.

"Orang Liar" tidak bercucuk tanam. Kehidupan berpindah randah dan berkemah di mana ada buah-buah hutan yang masak dan tinggal di gua bila musim hujan. Hal yang memelikkan Batin Jelutung ialah "Orang Liar" tidak perlu garam. Ada "Orang Liar" menyediakan beberapa batang pokok jelutung tapi bila Batin Jelutung mahu bayar dengan garam, tembakau dan kain mereka tidak berminat.  Mereka tidak perlukan tembakau dan tidak tahu guna duit. Batin Jelutung cuba pujuk mereka menoreh getah Jelutung tapi mereka tidak mahu pekerjaan itu boleh menggangu pergerakan mereka yang bebas pergi kemana mereka mahu tuju.

Mereka membela anjing kecil. Tidak membela kucing. Mereka menyimpan berok tetapi tidak memelihara siamang, ungka, wak-wak sebab bunyi bising binatang ini boleh memberitahu kedudukan dimana puak mereka berada. Oleh kerana mereka tinggal di bukit yang anak-anak sungai kecil membuatkan mereka tiada perahu kecil. Mereka tidak berupaya membuat sampan walau mereka ada bahasa nama sampan. Orang Asli yang lain dihutan ada memiliki perahu kecil.

"Orang Liar" yang mati tidak ditanam dan tidak diletak atas pokok kebiasaanya ditinggal dalam hutan bila mati dan yang lain terus segera beredar merayau dan meyeberang anak-anak sungai. "Orang Liar" menceritakan kepada Batin Jelutung dulu waktu zaman nenek moyang mereka suka makan daging manusia kanibal. Ianya lebih kepada ritual adat. Sebab itu Orang Asli yang lain di hutan takut kepada mereka. Bila masa Batin Jelutung mahu pergi mengunjungi kawasan "Orang Liar" bagi mencari pokok-pokok jelutung, ramai puak Batin Jelutung tidak bersetuju bimbang keselamatan Batin Jelutung. Batin Jelutung mengambil masa yang lama untuk mengenali "Orang Liar". Bila masa Batin Jelutung berjumpa "Orang Liar", orang-orang perempuan "Orang Liar" dipaksa duduk di bahagian belakang atau disuruh masuk ke dalam gua. Batin Jelutung tidak pernah mendengar nama-nama orang perempuan "Orang Liar". Batin Jelutung rapat dengan dua orang lelaki "Orang Liar" bernama Pak Sentap dan Pak Memalun, tetapi gagal memujuk keduanya ikut beliau menghilir ke sungai besar dan balik ke kampung Batin Jelutung. "Orang Liar" tidak ada asas nombor. Mereka ada bahasa maksud sikit dan banyak. Kebiasaannya Orang Asli pada masa itu boleh mengira hingga tiga.

Berikut adalah beberapa perkataan "Orang Liar" dan maksudnya dalam Bahasa Melayu:

te lung =  jerat
da da  =   sedikit
ran yi  =  sakit
sah nay  = tidak mahu
da' ra hin = sungai kecil
gam bong = gajah
pen yow   = harimau
cha roh  = lembing
der  = house
ker lum pong = perahu
ka luna =  ubi liar

Demikianlah warisan terakhir budaya "Orang liar" Pahang.

WZWH percaya ada falsafah kehidupan cara hidup "Orang Liar"Pahang yang boleh buat kita hidup bahagia very happy people.

Tidak perlu duit.
Tidak perlu garam.
Tidak perlu tembakau.
Tidak perlu rumah mahal
Tidak perlu pakaian banyak 
Tidak perlu pengangkutan
Tidak perlu terbelenggu dikonkong
Tidak perlu susah-susah, petik, sumpit, gali mana yang ada.
Kebebasan memilih gaya hidup kehidupan yang tidak menyusahkan orang lain.

No comments:

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...