Sunday, June 28, 2020

Tragedi Puteri Berdarah Putih Chenor





























Makam Puteri Berdarah Putih Chenor Pahang.




Makam Puteri Berdarah Putih Chenor terletak di Kampung Gulun, Chenor, Pahang.

Ini kisah tragedi seorang Puteri yang melarikan dari Istana yang ditunangkan dengan seorang Raja kemudian dijumpai oleh Panglima Raja yang diutus untuk menghukum sula Puteri itu ketika sedang bersiram di Sungai Pahang, Chenor. Dikatakan darah putih membuak-buak keluar dari badan Sang Puteri.

Peristiwa tragedi pembunuhan Puteri Berdarah Putih Chenor ini dikatakan mengikut sumber tradisi Chenor berlaku pada tahun 1509.

Terdapat 2 versi cerita tempatan:

1) Mengaitkan batu nesan Acheh dengan Istana Acheh

2) Mengaitkan dengan Raja Daik Kepulauan Riau


Sejarah Acheh serang Pahang pada tahun 1615,1617, 1635, 1938.


Tahun 1509 Kesultanan Melaka masih memerintah hingga 1511 bila Portugis menguasai Melaka. Semasa Melaka berkuasa , Acheh tidak berani usik Pahang!

Kalau ikut versi ini Raja Daik ( Kepulauan Riau) ini era Johor Pahang Riau Lingga bererti lebih terkemudian tarikhnya abad ke 18 dan 19.

Pertama WZWH kena cari zaman Raja mana?

Kalau betul tahun 1509 ini era Zaman Kesultanan Pahang Dinasti Melaka.

Ini Raja-Raja Pahang keturunan Sultan Mansor Shah Melaka yang berkahwin dengan Puteri Wanang Seri anak Maharaja Dewa Sura melahirkan

1) Raja Ahmad

2) Raja Muhamad ( bunuh anak Bendahara Tun Perak lalu jadi Sultan Pahang pertama)

Tahun 1509 mari kita lihat senarai Sultan-Sultan Pahang Dinasti Melaka:

Berikut senarai Sultan Pahang Dari Dinasti Melaka:

1470-1475: Muhammad Shah
1475-1497: Ahmad Shah
1497-1512: Abdul Jamil Shah reign jointly with Mansur Shah I
1497-1519: Mansur Shah I reign jointly with Abdul Jamil Shah
1519-1530: Mahmud Shah
1530-1540: Muzaffar Shah
1540-1555: Zainal Abidin Shah
1555-1560: Mansur Shah II
1560-1575: Abdul Jamal Shah
1575-1590: Abdul Kadir Alauddin Shah
1590-1592: Ahmad Shah II
1592-1614: Abdul Ghafur Muhiuddin Shah
1614-1615: Alauddin Riayat Shah

Tahun 1509

Berikut senarai Sultan Pahang Dari Dinasti Melaka:

1497-1512: Abdul Jamil Shah reign jointly with Mansur Shah I

Maka sudah dapat ada 2 Raja terlibat
Sultan Abdul Jamil Shah dan
Sultan  Mansor Shah 1

Ada kemungkinan Puteri Berdarah Putih ini bercinta kasih sayang dengan seorang Sultan tapi jadi tunangan kepada seorang Sultan yang satu lagi.

Misteri sudah boleh di pecah!

Makam 'Puteri Berdarah Putih' di kawasan diselimuti rimba di Kg Gulun,Chenor.

Melihat batu nisannya dari ukiran seperti batu nisan Raja Melaka yang unik, jelaslah keujudannya berkait rapat dengan Sejarah kesultanan Pahang Dinasti Melaka.

Mengikut kisah lagendanya Seorang Puteri yang cantik rupawan telah menolak pinangan dari Istana Pahang dan mengambil keputusan melarikan diri sehingga akhirnya sampai ke Chenor namun ianya terus dijejaki oleh Utusan Panglima Istana Pahang dan ketika Puteri bersiram di jamban di Sg Pahang, Panglima ini telah meyelam dan meyula Puteri ini dari bawah. Ketika disula Darah Putih diriwayatkan  membuak-buak keluar dari tubuh Puteri ini dan jasadnya kamudian dimakamkan disini. Peristiwa ini dikatakan berlaku sekitar tahun Masehi 1509 dan kisah ini ada dipapar diabadikan  di Galeri Pelancongan Chenor.

Pasti Puteri Berdarah Putih ini seorang Puteri yang cantik jelita nan rupawan.

Siapakah gerangan Puteri Berdarah Putih ini?

Puteri Berdarah Putih yang menjadi kegilaan dua orang Sultan Pahang Dinasti Melaka pada tahun 1509.



Puteri ini punyai gelaran ‘ Ku Puja Puja’.
Ada riwayat cerita dari penduduk tempatan yang Puteri ini bernama Che Nor.
Mungkin juga ini asal usul nama Chenor.

Tuesday, June 16, 2020

Calon Popular Berkarisma Menarik Aura PRK DUN Chini



Semenjak PRK parlimen Cameron Highlands bila YAB MB Pahang meletakkan calon special keputusannya merubah landscape politik Malaysia hingga Kerajaan PH yang berkuasa selama 22 bulan tumbang.
Kini sekali lagi PRK DUN Chini YAB MB Pahang perlu meletakkan calon popular berkarisma menarik aura PRK DUN Chini dan membangkitkan semangat pengundi-pengundi muda Pahang.WZWH nampak Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pekan, Dato' Mohd Nizar bin Najib menepati kriteria calon popular berkarisma menarik aura PRK DUN Chini.Dato' Nizar, 42 tahun, berpendidikan Degree in Industrial Economics, University of Nottingham, UK. Beliau adalah akauntan bertauliah dari ICAEW dan MIA. Berpengalaman luas dalam bidang Consultant Kewangan dan Audit.Dato' Nizar adalah tokoh muda yang popular ramai pengundi DUN Chini dan Pekan mahukan beliau diangkat menjadi pemimpin masa depan.Beliau seorang yang humble, berjiwa rakyat, tidak kekok jumpa rakyat, boleh duduk bersila dengan orang tua, orang Asli.Beliau antara pemimpin muda yang clean dan disukai ramai, sesuai ditonjolkan.

Dari segi agama, Dato' Nizar adalah tokoh muda yang boleh jadi imam solat, wirid dan baca doa.Cuma halangan beliau adalah menjadi taboo di Pahang -  genetik almarhum Tun Razak, anak DS Najib kononnya pasti dituduh amal nepotisme kalau pilih beliau.Tokoh-tokoh pembangkang Tun Mahathir, DS Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Mendiang Karpal Singh meletakkan anak-anak masing-masing menaiki karier politik tidak menjadi taboo dan penyokong-penyokong parti tidak merasakan itu masalah malah lagi kuat menyokong.Orang sangat hormat kepada beliau yang ada darah Tun Razak.Tetapi Dato' Nizar ada merit.Atas kapasiti Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pekan.Namun pengundi-pengundi DUN Chini: peneroka, orang Asli dan penduduk kampung tradisi sangat positif dan menerima beliau.Platform untuk beliau lebih ke depan pada masa akan datang.Dato' Nizar adalah calon popular berkarisma menarik aura PRK DUN Chini terutama pengundi-pengundi muda.

























Apa Khabar DUN Chini?



Allahyarham Datuk Seri Abu Bakar Harun ADUN Chini berkhidmat semasa hayatnya.


Ini posting terbaru WZWH setelah lama menyepi tidak menulis.

Apa khabar DUN Chini?

Salam Takziah kepada DUN Chini yang baru kehilangan seorang wakil rakyat yang berjasa menabur bakti sepanjang hayat perkhidmatannya. Moga Allah mencucuri rohnya dan diletak dimakam yang baik-baik.

Bakti Allahyarham DS Bakar atau lebih mesra dengan panggilan Datuk Burn Sila Klik Sini


Banyak kisah menarik DUN Chini dari dulu hingga sekarang Sila Klik Sini


Ada 3 perkara yang belum terlaksana sewaktu hayat Allahyarham Datuk Burn ialah:

1) membantu rakyat untuk menjayakan kerja menaiktaraf Loji Rawatan Air (LRA) Chini bagi menyelesaikan masalah gangguan bekalan air bersih di kawasannya.

2) pembinaan Pusat, Latihan dan Ujian Kereta Kebal di bawah Kementerian Pertahanan di Kampung Bintang Terapai

3) pembinaan pusat hemodialisis bagi pesakit buah pinggang di Pusat Latihan Felda Chini.

Terima kasih kepada Almarhum Tun Razak yang membuka Felda-Felda untuk orang Melayu menaikkan taraf ekonomi mereka. Tanah ladang 10 ekar setiap peneroka dan 1/2 ekar bagi tapak rumah.

Kini apa yang mahu dicapai oleh Tun Razak telah menjadi kenyataan. Ekonomi berpendapatan sederhana tinggi bagi orang Melayu yang hidup susah di kampung asal ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Ditambah pula pengurusan Felda yang semakin profesional yang diterap dibawah program transformasi DS Najib semasa menjadi PM ke 6.

Gugusan Felda Chini  adalah terdiri dari sembilan Felda:

  • Felda Chini 1
  • Felda Chini 2
  • Felda Chini 3
  • Felda Chini 4
  • Felda Chini 5
  • Felda Chini Timur 1
  • Felda Chini Timur 2
  • Felda Chini Timur 3
  • Felda Chini Timur 4

Terdapat 5 kampung tradisional dalam DUN Chini.

Gugusan Felda Chini di dalam DUN Chini. Kini pengundi kena memilih ADUN yang baru. DUN Chini dalam Parlimen Pekan-kawasan parlimen DS Najib.

WZWH suka pergi ke Felda Chini Timur 1 dan 2 kerana terdapat lebih 100 keluarga berasal dari Ulu Tembeling. Mereka berhijrah dari Ulu Tembeling ke Felda Chini sejak tahun 1970an ketika projek hidroelektrik diura-urakan mahu dibina di Lembah Tembeling.

WZWH berdoa harap DUN Chini  akan bertambah sejahtera, makmur dan ceria.

Pilihlah calun wakil rakyat yang terbaik.

Sunday, April 14, 2019

Marhum Jebah Tewaskan Harimau Jadian Lembah Tembeling

Related image


Sir Hugh Clifford pernah jadi Residen Pahang dari 1896-1903. Selama 20 berkhidmat di Malaya banyak menulis novel, essay dan cerita tentang orang Melayu, budaya dan Pahang.

Hugh Clifford menulis sebuah cerita tentang kejadian aneh dan misteri di pendalaman Pahang terutama di Jerantut.

Bukunya telah dipublish di London pada tahun 1896 menjadi bestseller ceritanya ‘Weretiger’ kisah harimau jadian yang telah mengganas dan membunuh 31 orang di Lembah Tembeling.

Harimau Jadian dari Ranggol. Ini sebuah kampung dekat dengan Kg Merting.

WZWH cuba cerita dengan lebih mudah dan lebih mendalam apa yang Hugh Clifford cuba sampaikan...

Nama buku itu "In Court and Kampong" dicetak pada 1897.

Harimau jadian itu sungguh ganas dalam satu malam di Kg Ranggul satu kampung antara Kg Lubuk Payung dan Kg Merting telah membunuh 8 sekeluarga! Rekod mangsa yang mati adalah 31 orang.

Harimau jadian ini sungguh besar dan boleh menghembur melompat tinggi masuk ikut tingkap ( pada waktu itu rumah orang Tembeling tinggi2).

Orang Tembeling panggil harimau ini dengan gelaran ‘Si Pudong’ maksudnya dia yang muka berbulu...

Orang2 kampung tidak berani menyebutnya secara terbuka dan kuat bimbang angin akan membawa seru kepada Si Pudong ini datang kepada mereka.

Suasana ketakutan menjelma menjadi terror ke pelusuk serata kampung2 di Lembah Tembeling. Harimau jadian ini betul2 demon yang menganggu.

Bila menjelang malam, semua penduduk kampung masuk diam dalam rumah, tutup pintu dan tingkap. Sekeluarga duduk diam dalam ketakutan bimbang Si Pudong akan menghembur melompat masuk dalam rumah dari malam hingga subuh tidur dalam ketakutan.

Maka masjid dan surau menjadi kosong terutama pada Maghrib dan Isyak, orang2 kampung termasuk imam, bilal dan siak tidak berani pergi ke masjid dan surau....

Wah Si Pudong ini betul2 syaitan buat orang2 kampung takut...

Ini ceritanya...

A Night Of Terror

Ini cerita benar berlaku pada tahun 1862 di Lembah Tembeling. Ramai orang tua-tua bercerita kisah seekor harimau jadian (weretiger) yang besar telah membunuh 31 mangsa dan pernah dalam satu malam yang ngeri membunuh 8 sekeluarga dalam sebuah rumah di Kg Ranggul, Tembeling.

Sila Klik:


Hugh Clifford tidak cerita habis...umpamanya apa kesudahannya cerita ini? Apa berlaku kepada Si Pudong harimau jadian itu? Adakah orang Tembeling yang handal2 berjaya membunuh harimau jadian itu?

Maka terpaksa WZWH buat research , jumpa orang2 tua yang pernah dengar cerita ini. Apa kesudahannya?

Maka WZWH dapat 2 versi.

WZWH percaya kejadian harimau jadian ini bukan seekor tapi 2 ekor sebabnya Lembah Tembeling ini ada ramai Komuniti Sakai.

Ada kemungkinan keturunan harimau jadian ini membalas dendam...atau mahu mencuba ilmu kehandalan Nenek Moyang.

Mengikut versi yang pertama...

Sila Klik:


Mengikut versi yang kedua...WZWH percaya versi ini lebih tepat sebab tempat lokasi kejadian dekat dengan Kg Ranggul : The Final Solution

Akhirnya apa berlaku kepada Si Pudong tadi yang telah membunuh 31 mangsa?

Ada satu tempat tanah yang pamah tempat pertarungan Si Pudong dengan The Tembeling Man yang handal, gagah dan kebal.

Tanah padang ini dekat belah Hulu Kg Ranggul...mengikut cerita orang2 tua Kg Merting tapak tempat the final battle between The Beast Si Pudong and The Tembeling Man adalah tapak Masjid Kg Merting.

Ceritanya begini...

Berlakulah pertembungan antara Si Pudong harimau jadian ini dengan seorang lelaki yang digelar oleh orang2 tua sebagai Marhum Jebah.

Marhum Jebah sangat marah bila ramai orang2 kampung dan terutama seorang sedara perempuangnya di Kg Labu telah mati dibaham Si Pudong.

Marhum Jebah berteriak gegak gempita kedengaran hingga ke serata bukit bukau hingga ke hujung kampung mencabar Si Pudong face off berdepan dengan beliau dari Siang sampai Malam...

Si Pudong pantang dicabar dan diseru namanya...lagi pun angin yang bertiupan dan berhembus sampai ke telinganya.

Si Pudong pun rasa tercabar ego siapa ini lelaki yang berani mencabarnya...This Tembeling Man.

Pertembungan berlaku di tanah pamah ( tapak Masjid Kg Merting sekarang). Marhum Jebah cabar Si Pudong, "Kalau awak handal gigitlah kaki saya dulu..."

Maka Si Pudong pun mengaum dengan kuat hingga semua orang kampung kecut perut dan bersembunyi ketakutan dalam rumah masing2.

Si Pudong terus menerkam dan menghembur ke arah Marhum Jebah menggigit kaki, betis dan peha Marhum Jebah namun gigitan kuat dan bisa Si Pudong tidak mampu memberi kesan dan luka kepada Marhum Jebah!

Marhum Jebah orang yang gagah tidak lut dengan senjata, dan apa saja...maka tergamamlah Si Pudong. Lalu Marhum Jebah pun berkata ," Ini giliran aku pulak lah bersedialah kamu Si Pudong". Marhum Jebah memarang kaki kanan depan Si Pudong.

Menjeritlah Si Pudong kesakitan yang amat sangat..melolong dan merayu-rayau kepada Marhum Jebah. Cukup lah cukuplah sakit sangat neh!

Si Pudong sambil menanggis berair mata mengeleng2 kepala...Marhum Jebah beri amaran," Nyah kau dari sini...jangan cuba menggangu anak cucu keturunanku kalau tidak nahas kau , aku kerjakan sampai mati...berjanjilah engkau kepada aku".

Si Pudong menganggok2 kepala tanda setuju...Maka Marhum Jebah pun melepaskan Si Pudong...Si Pudong lari masuk ke dalam hutan belantara tidaklah didengar khabar berita , sejak itu kelibat Si Pudong tidak kelihatan, dan tiada lagi orang2 kampung menjadi mangsa...Tok Imam, Tok Bilal dan Tok Siak serta jemaah kembali memenuhi masjid dan surau di waktu Maghrib dan Isyak malam hari.

Orang2 tua Kg Merting kata kubur Marhum Jebah ada di Perkuburan Kg Merting sekarang bertanda batu.

Demikianlah cerita Si Pudong harimau jadian yang Hugh Clifford tidak tahu apa kesudahan cerita yang beliau tulis pada tahun 1897.

Monday, March 18, 2019

Ziarah Makam Marhum Syeikh Lubuk Pelang Sultan Ahmad Shah ibni Sultan Mansur Shah (1475-1497)







Sultan Ahmad Shah ibni Sultan Mansur Shah adalah Sultan Pahang ke 2 Dinasti Melaka.

Serba sedikit kisah Sultan yang turun taktha menjadi ahli sufi sila klik


Makam Marhum Syeikh terletak di Lubuk Pelang, Bukit Ketupat, Jerantut Pahang.

Pengunjung perlu mendaki bukit menaiki 99 anak tangga menuju ke Makam Syeikh.

Lubuk Pelang telah menjadi Pusat Pengajian Islam terawal di Negeri Pahang dikunjungi oleh ulama-ulama Acheh seperti Hamzah Fansuri dan Nuruddin al-Raniri.

Institusi pengajian Islam terawal yang dapat dikesan di Pahang ialah Lubuk Pelang, pada tahun 1640 Hamzah Fansuri telah pergi ke Lubuk Pelang untuk mendalami ilmu Hakikat dan ilmu Tasawuf. Pusat pengajian ini yang bertempat di Bukit Ketupat, Jerantut telah menjadi pusat pengajian tumpuan sekitar tahun 1490 hingga 1640 di bidang tasawuf.(1)

(1) Abdul Jalil Borham, (2014). Legasi Islam di Pahang Wadah Transformasi Jati Diri Umat Gemilang, Syarahan Umum Profesor Universiti Malaysia Pahang, Dewan Astaka, UMP.


Pusat Pengajian Tasawuff Lubuk Pelang 1500

Negeri Pahang telah wujud sebuah pusat pendidikan Islam di Lubuk Pelang, Bukit Ketupat, Jerantut yang merupakan sebuah pusat pendidikan bercorak tasawuff. 

Pusat ini semakin maju kesan dari penaalukan Melaka ke atas Pahang. Di zaman pemerintahan Kesultanan Pahang Dinasti Melaka, kegiatannya semakin terserlah. 

Ini dapat buktikan bahawa apabila Sultan Ahmad Shah ibni Sultan Mansor Shah, Sultan Pahang ke 2 Dinasti Melaka meletak jawatan kerana pertikaian dengan anak sedara baginda Sultan Melaka iaitu Sultan Mahmud ibni Sultan Alauddin Riayat Shah. 

Baginda telah pergi ke hulu Pahang sehingga kononnya sampai ke tempat yang tidak lagi kedengaran tiupan gendang nafairi, baginda telah pergi ke Lubuk Pelang menghabiskan sisa umur untuk beribadat kepada Allah di sana. 

Di dalam Kitab Sejarah Melayu ada menyebutkan tentang peristiwa tersebut . Kitab tersebut menyatakan bahawa Sultan Ahmad Shah "Bersheikh" diri di Lubuk Pelang.Bersheikh diri sama pengertian dengan "Bersuluk" pada masa sekarang. Tempat bersuluk semestinya mempunyai seorang guru atau "Sheikh" untuk membimbing anak murid yang ingin mempelajari tasawuff. 

Baginda bergelar Marhum Syeikh. 

Ini menunjukkan bahawa di Pahang ketika itu telah wujud pusat pendidikan keagamaan yang agak tinggi kedudukannya. Kisah ini sama pendapat dengan pandangan Prof Dr Hamka yang mengatakan bahawa pendakwah Islam yang awal yang sampai ke Nusantara ini melalui peranan Ahli Sufi.



Pengembaraan Hamzah Fansuri Ulamak Dari Acheh.

Pada tahun 1594, Hamzah Fansuri telah datang dari Acheh ke Pahang bagi menyambung pelajaran; di dalam syiarnya beliau menceritakan tentang kunjunganya ke Pahang untuk belajar dari guru-guru di sana:-


Dari Banten ke Pahang terlalu payah
Mencari tuhan di dalam Kaabah 
Sebab inilah ia da'im berlelah 
Akhirnya terdapat di dalam rumah 


T.Iskandar- Hamzah Fansuri, Pengarang,Penyaer,Ahli Tasawuff Abad ke 17-- Dewan Bahasa - Feb 1965 


Kedatangan Hamzah Fansuri ke Pahang adalah dari anjuran Puteri Kamariah , Puteri Pahang yang ketika itu menjadi permaisuri Acheh, isteri kepada Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam, permaisuri yang sangat meminati ajaran agama telah mencari sesaorang yang berkebolehan untuk menuntut "Ilmu Hakikat" di seluruh dunia bagi mencari pengertian Hakikat dan Kewujudan di dalam masalah-masalah Ilmu Tauhid dan Ilmu Kalam. 

Hamzah telah dipilih untuk menjalankan misi tersebut,antara tempat yang dianjurkan oleh Tuanku Permaisuri ialah pusat pengajian di Pahang, selain di India dan BaitulMaqdis. 

Hamzah ini akhirnya mengasaskan satu aliran baru di rantau timur ini yang dikenali dengan Ajaran Mertabat Tujuh. Ajaran ini apabila sesudah kematian beliau bertukar menjadi satu ajaran sesat atau disebut di Acheh "Salik Buta", dan akhirnya ajaran ini sampai ke Pahang dan diamalkan dengan meluas pada masa Imam Nur Qadim sekitar 1720. 

Pusat pengajian yang ada di Lubuk Pelang merupakan satu pusat pengajian Tasawuff yang agak terkenal juga ketika itu di Nusantara. Dan di yakini mempunyai guru-guru yang terpelajar.



Penulisan Kitab Hidyatul Mustafid


Dipercayai juga selepas kedatangan Hamzah Fansuri,Pahang juga dikunjungi oleh seorang ulama besar dari India iaitu Nuruddin Al Raniri, Semasa di Pahang, beliau dipercayai sempat menulis dua buah buku agama yang asas di dalam bidang Akidah(Durratu-l Faraid bi Syarhi-l Aqaid) dan Hadis( Habib fi-l Targhib wa-l Tarhib). 

Tidak terdapat penggunaan dialek Acheh di dalam kedua-dua buah buku ini sebagaimana karya-karya beliau yang lain semasa menjadi mufti Acheh. Memandangkan bahan tulisan yang dikemukakan oleh Sheikh Nuruddin begitu tinggi,maka ini membuktikan bahwa Islam di negeri Pahang sudah begitu meluas diamalkan dalam abad ke 15 sehingga terdirinya pusat-pusat pengajian yang di datangi oleh guru-guru dari luar Pahang dan para ulamak di beri penghormatan oleh pemerintah ketika itu.

[Autosaved] WZWH Mula Menulis…

Sudah lama WZWH tidak berblog WZWH mula menulis… Sekarang Perang US-Israel VS Iran. Ganggu keamanan dan ekonomi dunia Sudah tentu beri kesan...