Sultan Ahmad Shah ibni Sultan Mansur Shah adalah Sultan Pahang ke 2 Dinasti Melaka.
Serba sedikit kisah Sultan yang turun taktha menjadi ahli sufi sila klik
Makam Marhum Syeikh terletak di Lubuk Pelang, Bukit Ketupat, Jerantut Pahang.
Pengunjung perlu mendaki bukit menaiki 99 anak tangga menuju ke Makam Syeikh.
Lubuk Pelang telah menjadi Pusat Pengajian Islam terawal di Negeri Pahang dikunjungi oleh ulama-ulama Acheh seperti Hamzah Fansuri dan Nuruddin al-Raniri.
Institusi pengajian Islam terawal yang dapat dikesan di Pahang ialah Lubuk Pelang, pada tahun 1640 Hamzah Fansuri telah pergi ke Lubuk Pelang untuk mendalami ilmu Hakikat dan ilmu Tasawuf. Pusat pengajian ini yang bertempat di Bukit Ketupat, Jerantut telah menjadi pusat pengajian tumpuan sekitar tahun 1490 hingga 1640 di bidang tasawuf.(1)
(1) Abdul Jalil Borham, (2014). Legasi Islam di Pahang Wadah Transformasi Jati Diri Umat Gemilang, Syarahan Umum Profesor Universiti Malaysia Pahang, Dewan Astaka, UMP.
Pusat Pengajian Tasawuff Lubuk Pelang 1500
Negeri Pahang telah wujud sebuah pusat pendidikan Islam di Lubuk Pelang, Bukit Ketupat, Jerantut yang merupakan sebuah pusat pendidikan bercorak tasawuff.
Pusat ini semakin maju kesan dari penaalukan Melaka ke atas Pahang. Di zaman pemerintahan Kesultanan Pahang Dinasti Melaka, kegiatannya semakin terserlah.
Ini dapat buktikan bahawa apabila Sultan Ahmad Shah ibni Sultan Mansor Shah, Sultan Pahang ke 2 Dinasti Melaka meletak jawatan kerana pertikaian dengan anak sedara baginda Sultan Melaka iaitu Sultan Mahmud ibni Sultan Alauddin Riayat Shah.
Baginda telah pergi ke hulu Pahang sehingga kononnya sampai ke tempat yang tidak lagi kedengaran tiupan gendang nafairi, baginda telah pergi ke Lubuk Pelang menghabiskan sisa umur untuk beribadat kepada Allah di sana.
Di dalam Kitab Sejarah Melayu ada menyebutkan tentang peristiwa tersebut . Kitab tersebut menyatakan bahawa Sultan Ahmad Shah "Bersheikh" diri di Lubuk Pelang.Bersheikh diri sama pengertian dengan "Bersuluk" pada masa sekarang. Tempat bersuluk semestinya mempunyai seorang guru atau "Sheikh" untuk membimbing anak murid yang ingin mempelajari tasawuff.
Baginda bergelar Marhum Syeikh.
Ini menunjukkan bahawa di Pahang ketika itu telah wujud pusat pendidikan keagamaan yang agak tinggi kedudukannya. Kisah ini sama pendapat dengan pandangan Prof Dr Hamka yang mengatakan bahawa pendakwah Islam yang awal yang sampai ke Nusantara ini melalui peranan Ahli Sufi.
Pengembaraan Hamzah Fansuri Ulamak Dari Acheh.
Pada tahun 1594, Hamzah Fansuri telah datang dari Acheh ke Pahang bagi menyambung pelajaran; di dalam syiarnya beliau menceritakan tentang kunjunganya ke Pahang untuk belajar dari guru-guru di sana:-
Dari Banten ke Pahang terlalu payah
Mencari tuhan di dalam Kaabah
Sebab inilah ia da'im berlelah
Akhirnya terdapat di dalam rumah
T.Iskandar- Hamzah Fansuri, Pengarang,Penyaer,Ahli Tasawuff Abad ke 17-- Dewan Bahasa - Feb 1965
Kedatangan Hamzah Fansuri ke Pahang adalah dari anjuran Puteri Kamariah , Puteri Pahang yang ketika itu menjadi permaisuri Acheh, isteri kepada Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam, permaisuri yang sangat meminati ajaran agama telah mencari sesaorang yang berkebolehan untuk menuntut "Ilmu Hakikat" di seluruh dunia bagi mencari pengertian Hakikat dan Kewujudan di dalam masalah-masalah Ilmu Tauhid dan Ilmu Kalam.
Hamzah telah dipilih untuk menjalankan misi tersebut,antara tempat yang dianjurkan oleh Tuanku Permaisuri ialah pusat pengajian di Pahang, selain di India dan BaitulMaqdis.
Hamzah ini akhirnya mengasaskan satu aliran baru di rantau timur ini yang dikenali dengan Ajaran Mertabat Tujuh. Ajaran ini apabila sesudah kematian beliau bertukar menjadi satu ajaran sesat atau disebut di Acheh "Salik Buta", dan akhirnya ajaran ini sampai ke Pahang dan diamalkan dengan meluas pada masa Imam Nur Qadim sekitar 1720.
Pusat pengajian yang ada di Lubuk Pelang merupakan satu pusat pengajian Tasawuff yang agak terkenal juga ketika itu di Nusantara. Dan di yakini mempunyai guru-guru yang terpelajar.
Penulisan Kitab Hidyatul Mustafid
Dipercayai juga selepas kedatangan Hamzah Fansuri,Pahang juga dikunjungi oleh seorang ulama besar dari India iaitu Nuruddin Al Raniri, Semasa di Pahang, beliau dipercayai sempat menulis dua buah buku agama yang asas di dalam bidang Akidah(Durratu-l Faraid bi Syarhi-l Aqaid) dan Hadis( Habib fi-l Targhib wa-l Tarhib).
Tidak terdapat penggunaan dialek Acheh di dalam kedua-dua buah buku ini sebagaimana karya-karya beliau yang lain semasa menjadi mufti Acheh. Memandangkan bahan tulisan yang dikemukakan oleh Sheikh Nuruddin begitu tinggi,maka ini membuktikan bahwa Islam di negeri Pahang sudah begitu meluas diamalkan dalam abad ke 15 sehingga terdirinya pusat-pusat pengajian yang di datangi oleh guru-guru dari luar Pahang dan para ulamak di beri penghormatan oleh pemerintah ketika itu.