Sunday, July 31, 2011

Kekuatan Calon DAP DUN Damak Dan Kesan Kepada Parlimen Jerantut


Cikgu Koh Boon Heng (berdiri dalam gambar) ialah Pengerusi DAP Jerantut, Naib Pengerusi DAP Pahang adalah tokoh yang semakin berpengaruh di DUN Damak bagi memenangi kerusi DUN  pada PRU 13.

Parlimen Jerantut punya pengundi berdaftar 48,000. Pada PRU 12, Undi kaum Cina berjumlah 9000, India 2000, bakinya Melayu yang berjumlah 37,000 termasuk sedikit Orang Asli. Majoriti pengundi Cina ramai di DUN Damak. Dua lagi DUN ialah Pulau Tawar dan Tahan.

Pada PRU 2008 bagi kerusi DUN Damak, pengundi Dun Damak berjumlah 19,412, keluar mengundi 14,542 (75%) keputusannya:

Abang kepada Dr Hamzah calon parlimen PAS iaitu Mohd Nor bin Jaafar bertanding di Dun Damak atas tiket PKR pada PRU 12 tewas ditangan BN. Mohd Nor Jaafar PKR 5165, Dato' Lau Lee BN 5674 dan Cikgu Koh Boon Heng Bebas 3295. BN menang dengan kelebihan 509 undi. 

Pada Tahun 2004, DAP bertanding di DUN Damak tetapi kalah dengan majoriti 2239 (BN memperolehi 7563 undi & DAP memperolehi 5324 undi). Peringatan bahawa pada masa aura Pak Lah diperingkat maksimun pada PRU 2004 di DUN Damak masih kuat kekuatan pembangkang.

Apa lagi pada waktu sekarang bila trend pengundi Cina lebih menyokong DAP. Kemungkinan besar Pakatan Rakyat akan meletakkan calon DAP iaitu Cikgu Koh Boon Heng.


Cikgu Koh Boon Heng menjuarai isu yang menyentuh kepentingan orang Cina Jerantut terutama orang kampung. Dalam isu tanah silang desakan kuat petani Cina yang mahu diambil tanah oleh towkay Cina Jerantut telah menyebabkan MB Pahang masuk campur menyelesaikannya.

Sekarang Cikgu Koh Boon Heng sudah masuk DAP dan telah mengembangkan 4 cawangan DAP di Jerantut. Mohd Nor bin Jaafar telah meninggalkan PKR dan kini Pengerusi KITA Jerantut. Dulu Cikgu Koh Boon Heng adalah penyokong kuat parti MCA tetapi entah bagaimana kini Cikgu Koh Boon Heng bertanding bebas pada PRU 12 dan sekarang pemimpin DAP Jerantut.

Kalau masa Cikgu Koh Boon Heng bertanding bebas saja boleh dapat 3295 undi ditambah undi Mat Nor Jaafar PKR 5165.  Cikgu Koh Boon Heng boleh dapat undi pembangkang sebanyak 8460. Pada PRU 13 nanti Pakatan Rakyat sudah bersetuju DUN Damak di beri kepada DAP. Dato' Lau Lee  BN hanya mendapat 5674. Inilah kekuatan Cikgu Koh Boon Heng.

6 bulan lepas Cikgu Koh Boon Heng telah menunjukkan kepada WZWH keahlian DAP Jerantut sudah menjangkau hampir 3000 ahli. Mungkin kini sudah lebih. Apa kesan kepada parlimen Jerantut? BN pada PRU 13 akan kehilangan 8,460 undi di DUN Damak dan sudah pasti 3000 ahli DAP Jerantut tidak mengundi BN. Ditambah dengan pengundi 'hardcore' PAS yang berjumlah 12,000 pengundi di Jerantut sudah tentu lebih sukar BN mempertahankan parlimen Jerantut.

Untuk memenangi pengundi Cina Jerantut perlu ada usaha dari calon BN parlimen Jerantut menggunakan network jaringan NGO, persatuan sosial, kelab dan clan orang Cina lebih dari pengaruh parti-parti politik. Ini langkah pertama yang perlu dilakukan. Siapa yang mahu ke depan merungkai politik orang Cina Jerantut? Itu persoalan yang BN Jerantut perlu jawap dan cari penyelesaian inisiatif sendiri.

Saturday, July 30, 2011

Calon-Calon Parlimen Dan DUN-DUN Jerantut PRU 13



Perkembangan politik Jerantut terkini terutama selepas media arus perdana melaporkan YBM Tan Sri Tengku Azlan ibni Almarhum Sultan Abu Bakar mahu berundur telah mengundang pelbagai spekulasi mengenai calon-calon parlimen dan DUN-DUN Jerantut PRU 13.

Apa yang positif WZWH nampak ialah beberapa kumpulan politik Jerantut begitu ghairah menonjolkan calon masing-masing dan politik Jerantut semakin ceria dengan penglibatan semua pihak. Ada yang mahu orang muda berumur 40an, berpelajaran, dan mempunyai ketajaman fikiran dan stamina. Ada mahu calon 'recycle', ada mahu calon PTD, ada mahu calon dari kalangan ADUN Jerantut dan macam-macam lagi.

Pada pendapat WZWH ini perkembangan yang sihat selagi setiap kumpulan pada masa PRU 13 nanti akan akur dan setia kepada BN jika calon-calon pilihan mereka tidak dicalonkan. Tiada guna kita terlalu taksub dengan calon kesukaan kita jika tidak terpilih kita menjadi pembelot atau tidak bekerja kuat dan bersungguh untuk memenangkan calon.

Apa yang penting calon parlimen BN Jerantut mesti mempertahankan kerusi dengan majoriti yang lebih besar dengan sokongan padu semua ahli UMNO dan komponen BN Jerantut. Kita mesti akur dengan pilihan pucuk pimpinan kerana keputusan muktamad adalah dari hasil pertimbangan yang sehabis baik dari segala segi.

Blog WZWH adalah blog politik Jerantut. Blog WZWH adalah suara hati rakyat Jerantut. Oleh itu WZWH menulis posting ini untuk memudahkan pucuk pimpinan memilih calon-calon parlimen dan DUN-DUN Jerantut PRU 13.

Maka inilah barisan nama-nama ahli politik Jerantut yang WZWH anggap layak dipertimbangkan mengikut kemahuan kumpulan-kumpulan politik Jerantut:

Parlimen 81 Jerantut
WZWH berpendapat YBM Tan Sri Tengku Azlan boleh lagi dikekalkan kerana kepimpinannya masih diperlukan lagi di Jerantut. Namun jika Tengku Azlan benar-benar mahu berundur maka nama-nama lain perlu ditonjolkan.

Secara natural hierarchy organisasi YB Dato' Wan Amizan paling layak dipertimbangkan kerana kedudukan beliau sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Ketua Pemuda UMNO Jerantut, EXCO Pemuda UMNO Malaysia dan ADUN Tahan. Politik beliau yang agresif, robust, laju dan cekap menarik minat pengundi muda Jerantut.

YB Dato' Dr Ahmad Shukri Ismail sudah tiga penggal menjadi ADUN Pulau Tawar. Jika mahu panjangkan life politik Dato' Dr Shukri boleh dipertimbangkan menjadi calon parlimen Jerantut. Personaliti Dato' Dr Shukri menarik minat orang Jerantut.

Calon 'recycle' yang layak dipertimbangkan ialah Kamaruzaman Baria mantan ahli parlimen Jerantut. Beliau dikatakan rapat dengan DS Najib-'inner circle'. Sejak akhir-akhir ini beliau sering turun padang di Jerantut dan selalu bersama dalam setiap program UMNO Bahagian Jerantut. 

Calon 'recycle' lain yang layak dipertimbangkan ialah Ustaz Mat Jaafar mantan ADUN Tahan yang kini bekerja sebagai Pegawai Khas MB.

Sewaktu sesi perjumpaan MB Pahang dengan orang ramai di Dewan MDJ minggu lepas, ada suara Jerantut mahu MB mengenengahkan calon parlimen muda berumur 40an, berpendidikan tinggi dan agama, berfikiran tajam dan punya stamina. Walaupun nama calon ini tidak dinyatakan namun ini adalah calon dari kepimpinan Pemuda UMNO Bahagian Jerantut. 

Adakah kepimpinan Pemuda UMNO Bahagian Jerantut layak dipertimbangkan oleh DS Najib sebagai calon parlimen Jerantut maka itu perlu difikir dan dikaji oleh pucuk pimpinan.

Calon dari luar kepimpinan UMNO Bahagian Jerantut yang layak dipertimbangkan iaitu calon PTD ialah:
  • Dato' Hj. Ahmad Bin Hj. Daud, Pegawai Daerah Bera
  • Dato' Hj. Zulkifli Bin Hj. Yaacob, YDP MPK Kuantan


DUN Pulau Tawar
Sekiranya YB Dato'  Ahmad Shukri bertanding di parlimen Jerantut maka terdapat kekosongan di DUN Pulau Tawar. Terdapat ramai calon yang layak mengisi kekosongan. Antaranya ialah mengikut hierarki kepimpinan UMNO Bahagian Jerantut ialah:

  • Dato' Hj Nazri Ngah-Naib Ketua UMNO Bahagian Jerantut
  • Dato' Hj Rosdi Awang Sulong-Pegawai Khas Parlimen Jerantut
  • Encu Nazri-AJK UMNO Bahagian Jerantut
  • Mohd Zukarmi Abu Bakar-AJK UMNO Bahagian Jerantut
  • Mohd Aidil-AJK UMNO Bahagian Jerantut
  • Norhelan Mahmud-Ketua Wanita UMNO Bahagian Jerantut


DUN Tahan
Jika sekiranya YB Dato' Wan Amizan bertanding di parlimen Jerantut juga terdapat kekosongan di DUN Tahan. Tidak ada ramai calon di DUN Tahan hanya seorang calon disokong kuat iaitu Wan Shamsuri bin Wan Abdul Jalil sila baca sini. Mungkin Hartini Abdul Rahman-Ketua Puteri UMNO Bahagian Jerantut layak dipertimbangkan.

DUN Damak
Dun Damak dikekalkan kepada MCA. Itu terpulang kepada MCA Pahang menentukannya. Jika kerusi DUN Damak diberi kepada UMNO pula maka satu analisis yang lain akan WZWH bentangkan. Buat masa ini Dun Damak adalah hak MCA Jerantut.

WZWH merumuskan UMNO Bahagian Jerantut sebenarnya punya ramai calon-calon potensi yang layak dipertimbangkan untuk menjadi calon-calon parlimen dan DUN-DUN Jerantut PRU 13. Harapan WZWH kepada ahli-ahli UMNO Jerantut, kita sokong siapa saja yang dipilih oleh pucuk pimpinan. Jika calon kesukaan kita tidak terpilih jangan kita merajuk, jangan kita belot, jangan kita sabotaj kerana itu adalah mengkhianati kepada perjuangan agama, bangsa dan tanah air. WZWH percaya dan yakin seramai lebih 20,000 ahli UMNO Bahagian Jerantut adalah matang dan berfikiran ke depan.

Tender Jalan Benta-Jerantut-Maran


Dalam trilogi siri Agenda Mengaudit Politik Jerantut, WZWH telah menyatakan pentingnya Jalan Benta-Jerantut-Maran dibaiki dan ditender semula jika mahu sokongan pengundi Jerantut. Sila baca:
Isu Jalan Benta-Jerantut-Maran melibatkan dua DUN di parlimen Jerantut iaitu DUN Damak dan DUN Pulau Tawar. Jalan Benta-Jerantut-Maran yang rosak, berliku-liku, dan uzur sememangnya perlu dibaiki untuk keselesaan penduduk.

DUN Pulau Tawar, mempunyai pengundi berdaftar 16,826 pada PRU 12 manakala pada PRU 2008 bagi kerusi DUN Damak, pengundi Dun Damak berjumlah 19,412.

Penambahan pengundi baru di DUN Pulau Tawar seramai 5000 yang majoriti anak-anak peneroka dibimbangi boleh terpengaruh dengan janji-janji manis pembangkang bila "borang-borang" permohonan ladang dan rumah kononnya berpuluh ribu diedarkan oleh Pakatan Rakyat kepada belia FELDA di Pahang termasuk di DUN Pulau Tawar.

Ditambah pula Jalan Maran-Jerantut yang tidak siap itu akan menambah sebab undi pengundi muda DUN Pulau Tawar akan menyokong pembangkang.

Mesej projek jalan Jerantut ke Benta yang terbengkalai dan sangat didambakan oleh penduduk di DUN Damak yang telah dibangkitkan oleh ramai orang DUN Damak. Pemulihan semula projek jalan Jerantut Benta akan menyenangkan kemudahan pengangkutan bagi penduduk Jalan Benta, Mukim Ulu Cheka dan kampung-kampung sekitarnya.

Bagi projek-projek RMK9 dan RMK10 yang tertangguh seperti Projek Jalan Benta-Jerantut-Maran dan penyelengaraan semula jalan Simpang Jengka 8-Jerantut yang sudah rosak perlu dibaiki sebelum PRU 13.

Di zaman era Tun Mahathir dulu pernah dicadang secara 'direct nego' kos keseluruhan untuk membuat projek Jalan Benta-Jerantut Maran pada awal tahun 2000an ialah RM1.2 bilion. Akhirnya projek itu dibuat secara dipecahkan beberapa pakej. Bila dibuat secara pakej maka melibatkan beberapa kontraktor.

Masalah Jalan Benta-Jerantut-Maran ialah kontraktor sudah 'cost overrun' menyebabkan kontraktor tidak dapat menyiapkan projek jalan tersebut. Walaubagaimanapun adalah menjadi tanggungjawab kerajaan BN memastikan Jalan Benta-Jerantut-Maran dapat diperelokkan.

Maka tender Projek Jalan Benta-Jerantut-Maran ditender semula. Semoga kontraktor yang cekap dan berkesan dapat menyiapkan projek jalan ini.

Tender Jalan Benta-Jerantut-Maran

Maklumat Projek:
Tajuk Projek Memperelok Jalan Benta - Jerantut - Maran FT064 Dan Kerja-Kerja Berkaitan Di Daerah Lipis Dan Jerantut, Pahang (Seksyen 0.00 - Seksyen 64.00) 
Lawatan Tapak Lawatan Tapak Diwajibkan Dan Akan Diadakan Pada 04.08.2011 (Khamis) Jam 10.00 Pagi Di Jurutera Daerah JKR Lipis. 
Tarikh Iklan 25/07/2011 Pejabat yang memanggil tawaran Ibu Pejabat JKR Pahang (Bahagian Kontrak & Ukur Bahan) 
Maklumat Kontraktor 
Taraf Bumiputera Jenis syarikat T1 
Kelas A Kepala & Sub-Kepala I & IV
1 Dan 3(b) 
Maklumat Tender Dokumen 
Harga RM 250.00 Bayaran atas nama Pengarah Kerja Raya Pahang 
Tarikh mula dijual 04/08/2011 Tarikh akhir dijual 18/08/2011 
Tempat dijual Pengarah JKR Pahang (Bhg. Kontrak & Ukur Bahan - Tingkat 1) 
Tarikh ditutup 25/08/2011 Waktu ditutup 12:00 tengahari 
Tempat ditutup Ibu Pejabat JKR Pahang (Bhg. Kontrak & Ukur Bahan - Tingkat 12) 

Dokumen Meja Tender 
Dokumen Meja tender boleh disemak dan dokumen tender boleh diperolehi di pejabat-pejabat berkenaan semasa waktu pejabat. Dokumen tender akan dikeluarkan kepada wakil-wakil kontraktor yang sah sahaja. Untuk maksud ini wakil-wakil kontraktor hendaklah membawa PERAKUAN PENDAFTARAN ASAL ATAU KAD PERAKUAN PERMOHONAN PENDAFTARAN LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN dan SIJIL PENDAFTARAN ASAL PUSAT KHIDMAT KONTRAKTOR/KEMENTERIAN KEWANGAN dan sijil Asal Pengiktirafan Taraf Bumiputra jika berkenaan. SALINAN Sijil Pendaftaran PKK/Sijil Pengiktirafan Taraf Bumiputra boleh diterima jika disahkan oleh Pengarah Pusat Khidmat Kontraktor. 

Jenis Syarikat Tempatan 
T1 Syarikat 100% milik tempatan. 
A1 Syarikat 100% milik tempatan dan syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL yang mempunyai pegangan ekuiti asing tidak melebihi 30% dan ahli Lembaga Pengarah, pengurusan dan pekerja adalah 100% warganegara. 
A2 Syarikat 100% milik tempatan, syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL dan Syarikat Usahasama yang diperbadankan di Malaysia yang mempunyai pegangan ekuiti asing tidak melebihi 49% dan majoriti ahli Lembaga, Pengurusan dan pekerja adalah warganegara. 

Pembiayaan 
Pinjaman Bank Dunia Tender adalah juga terbuka kepada pentender-pentender yang berminat daripada negara Bank Dunia dan Taiwan China. Bank Pembangunan Asia Tender adalah terbuka kepada pentender-pentender yang berminat daripada negara anggota Bank Pembangunan Asia. 

Friday, July 29, 2011

Pru 13 Formula Parlimen BN Jerantut


Wartawan UM,BH,NST, Star dan Sinar begitu ghairah melaporkan 'kenyataan' YBM Tan Sri Tengku Azlan ibni Almarhum Sultan Abu Bakar ahli parlimen Jerantut yang kononnya mahu berundur mahu memberi peluang kepada muka baru.

Lantas semua orang fokus kepada parlimen Jerantut. Laporan wartawan-wartawan ini memberi persepsi bahawa YBM Tengku Azlan @ Ku Lan sudah tidak berminat hinggakan Ketua Penerangan BN, Datuk Ahmad Maslan menbuat kenyataan bahawa semua wakil rakyat BN patut menteladani kerelaan Ku Lan mahu berundur. Itu satu kenyataan yang premature!

Bila WZWH cuba memahami 'context' dan situasi mengapa Ku Lan membuat kenyataan demikian, WZWH dapati Ku Lan tidak membuat kenyataan itu semasa beliau beri ucapan politik tapi semasa diwawancara. Kalau kita kaji wartawan Sinar Harian telah memberi  satu laporan yang 'balance' kenapa Ku Lan menbuat kenyataan demikian.

Terdapat banyak fakta-fakta yang salah ditulis oleh wartawan-wartawan UM,BH, NST dan Star. Walaubagaimana pun persepsi majoriti rakyat Jerantut percaya Ku Lan mahu berundur. Kalau dikaji ucapan politik terbaru Ku Lan semasa jamuan makan malam BN Jerantut yang turut dihadiri MB Pahang tiada kenyataan bahawa Ku Lan mahu berundur dan isu itu tidak dipanjangkan atau pun dijelaskan oleh Ku Lan. Semua orang di majlis itu mahu mendengar sendiri dari mulut Ku Lan tetapi tiada kenyataan. 

Ku Lan hanya menyatakan kebimbangan beliau terhadap sokongan pengundi muda yang mahu 'mencuba' perubahan beralih arah kepada pembangkang selain menyatakan perubahan kemajuan Jerantut selama tiga penggal perkhidmatan beliau sedikit sebanyak ada nampak.

Komen DSD Adnan Yaakob MB Pahang secara spontan,"bukan senang hendak cari penganti kalau letak calon baru parlimen Jerantut belum tentu menang...susah juga". Sila baca sini tentang siapa penganti Tengku Azlan di Jerantut?

Apa yang positif WZWH nampak ialah beberapa kumpulan politik Jerantut begitu ghairah menonjolkan calon masing-masing dan politik Jerantut semakin ceria dengan penglibatan semua pihak. Ada yang mahu orang muda berumur 40an, berpelajaran, dan mempunyai ketajaman fikiran dan stamina. Ada mahu calon 'recycle', ada mahu calon PTD, ada mahu calon dari kalangan ADUN Jerantut dan macam-macam lagi.

Pada pendapat WZWH ini perkembangan yang sihat selagi setiap kumpulan pada masa PRU 13 nanti akan akur dan setia kepada BN jika calon-calon pilihan mereka tidak dicalonkan. Tiada guna kita terlalu taksub dengan calon kesukaan kita jika tidak terpilih kita menjadi pembelot atau tidak bekerja kuat dan bersungguh untuk memenangkan calon.

Apa yang penting calon parlimen BN Jerantut mesti mempertahankan kerusi dengan majoriti yang lebih besar dengan sokongan padu semua ahli UMNO dan komponen BN Jerantut. Kita mesti akur dengan pilihan pucuk pimpinan kerana keputusan muktamad adalah dari hasil pertimbangan yang sehabis baik dari segala segi.

WZWH membuat keputusan menyokong siapa saja yang dipilih oleh pucuk pimpinan. WZWH juga berharap pengundi-pegundi muda Jerantut cuba memahami proses pemilihan calon parlimen Jerantut pada PRU 13 adalah dari 'decision making' terbaik dari pemimpin tertinggi BN. Kerja kita mudah pangkah X kepada calon BN kita tidak kira siapa. 

Pru 13 formula parlimen BN Jerantut insyallah akan berjaya mempertahankan parlimen Jerantut sebagai kubu kuat UMNO dan BN Pahang. Itu yang pengundi-pengundi muda Jerantut perlu buktikan untuk kita lebih mudah mencorakkan masa depan kita orang Jerantut.

Thursday, July 28, 2011

Jamuan Makan Malam BN Jerantut Meriah

Malam semalam jamuan makan malam BN Jerantut sungguh meriah. Dihadiri lebih 2000 ahli parti komponen BN yang terdiri dari UMNO, MCA, MIC dan Gerakan. Ini satu langkah yang baik untuk menguat dan merapatkan hubungan sesama komponen.

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran MB Pahang. Pemimpin-pemimpin tertinggi BN Jerantut turut kelihatan.

DSD Adnan Yaakob, MB Pahang berucap secara santai tapi penuh hikmah dan berhemah serta menghiburkan BN Jerantut. MB menceritakan hal-hal politik semasa dan cabaran mendatang. MB memberi langkah-langkah petunjuk untuk BN Jerantut bersiap siaga menghadapi PRU 13. Dengan penuh semangat MB meniupkan api perjuangan BN Jerantut yang belum selesai.

MB bergambar bersama-sama pemimpin-pemimpin UMNO Jerantut. 

MB meluangkan masa berbincang dan bertukar-tukar fikiran dengan pemimpin-pemimpin BN Jerantut. Kelihatan beberapa pemimpin-pemimpin UMNO berpengaruh di Jerantut. Jika anda ingin berpolitik di Jerantut anda harus menemui mereka dan melalui prosesnya. Kecuali politik anda hebat seperti ADUN Tahan.

Pada sebelah petang diadakan perjumpaan MB dengan warga Jerantut. Terdapat 35 aduan dan berbagai permasalahan diajukan semasa sesi dailog di Dewan MDJ.

Tuesday, July 26, 2011

MB Pahang Berkampung Di Jerantut Rabu Ini


Esok 27 Julai 2011 mesyuarat EXCO Pahang berlansung di Jerantut. MB Pahang telah memulakan trend mesyuarat EXCO di derah-daerah dalam negeri Pahang. Sebelum ini diadakan di Daerah Kuala Lipis, Raub dsb.

Pada sebelah petang diadakan perjumpaan MB Pahang beserta para EXCO dengan rakyat Jerantut di Dewan MDJ. WZWH berharap orang ramai datang beramai-ramai mendengar ceramah penerangan MB tentang hal ehwal semasa dan orang ramai boleh menanyakan sebarang kemuskilan dan apa-apa masalah terus kepada MB.

Disebelah malam diadakan jamuan makan malam BN Jerantut di Dewan MDJ Jerantut. Semua komponen BN-UMNO. MCA, MIC, Gerakan dsb dijemput hadir.

YBM Tan Sri Tengku Azlan ahli parlimen Jerantut merangkap Ketua UMNO Bahagian Jerantut mengesahkan kehadiran beliau untuk bersama-sama semasa perjumpaan MB dengan orang ramai dan jamuan makan malam BN.

Rakyat Jerantut boleh juga bertanya sendiri kepada YBM Tengku Azlan mengenai isu-isu semasa. Rakyat Jerantut mahu cerita yang sebenar dari Ku Lan sendiri.

WZWH harap ramai rakyat Jerantut hadirlah beramai-ramai ke Dewan MDJ pada sebelah petang pukul 3.00 Selamat datang MB Pahang dan para EXCO ke Jerantut.

Monday, July 25, 2011

Ulasan Blog-Blog Jerantut Mengenai Isu Tengku Azlan Berundur


Politik Jerantut bagaikan terfana bila YBM Tan Sri Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, MP Jerantut dipetik kenyataannya dalam media suratkhabar Utusan Melayu, Berita Harian, NST, Star, dan Sinar Harian.

Wartawan-wartawan media lama itu melaporkan seolah-olah YBM Tengku Azlan atau lebih mesra dipanggil Ku Lan sudah beriya benar mahu mengundurkan diri dari bertanding pada PRU 13 nanti dan terus bersara dari politik.

Ekoran itu blog-blog Jerantut mula mengulas mengenai isu ini. Kita lihat apa ulasan blog-blog Jerantut. Ada beberapa blog Jerantut yang mengulas seperti berikut:


Blog Parlimen 81 masih meragui hasrat Ku Lan untuk bersara. Parlimen 81 percaya Ku Lan hanya main tarik tali sahaja. Ku Lan mahu melihat reaksi orang Jerantut.

Blog Braveheart mahu tokoh muda mengantikan Ku Lan. Braveheart malah terus menamakan calon yang disukainya. Begitulah Braveheart suka berterus terang caranya.

Blog laksamana Jebat mahu rakyat Jerantut menghormati keputusan Ku Lan. Laksamana Jebat membidas pembodek-pembodek politik Jerantut yang  mahu bermain wayang dengan pengorbanan ikhlas Ku Lan.

Blog Sri Tri Buana berbicara bahasa 'in-depth language' Ku Lan dan cuba menginterpretasi apa yang tersurat dan tersirat. Hanya Sri Tri Buana yang tahu maksudnya, orang lain tidak boleh memahami apa Ku Lan mahu sampaikan mesej. Sri Tri Buana berharap pimpinan atasan memahami keperluan politik Jerantut.

Blog Surat Untuk Pemimpin telah memberi pandangan yang sangat rasional mengenai keputusan peribadi Ku Lan. Surat Untuk Pemimpin amat berbesar hati atas pengorbanan yang YBM Tengku buat untuk tidak bertanding PRU 13. Satu keputusan yang jarang di buat oleh pemimpin masa ini. Berterima kasih atas sumbangan yang YBM Tengku curahkan selama ini. Segala jasa dan pengorbanan YBM Tengku tidak dilupakan dan berharap YBM Tengku menjadi contoh kepada pemimpin masa kini.

YBM Tengku tidak tamak kuasa, berpandangan jauh dan tidak terikut-ikut dengan desakan orang-orang yang berkepentingan yang membuat kenyataan akhbar untuk mendesak YBM Tengku terus bertanding dalam PRU 13. Nampak mereka ada udang di sebalik batu. Mereka ini lah perosak UMNO Jerantut yang menjadi beban kepada YBM Tengku dalam mentadbir UMNO Jerantut. Seharusnya pucuk pimpinan tidak melayan orang sebegini dari menjadi calon PRU 13.

Sekalung tahniah diucapkan kepada YBM Tengku atas keputusan tegas dan bijaksana yang dibuat dan diharap YBM Tengku mendapat keredaan Ilahi, Amin.

Begitulah pandangan beberapa blog Jerantut mengenai isu Tengku Azlan berundur. Ramai bloggers Jerantut bertanyakan pandangan peribadi WZWH mengenai isu ini. Braveheart mempersoalkan kenapa WZWH membisu 1000 bahasa tidak memberi sebarang komen. 

52,000 pengundi Jerantut mahu dengar suara WZWH mengenai isu ini. WZWH buat masa ini tidak mahu mengulas sebarang komen. WZWH lebih suka reserve dalam hal ini. Cuma apa yang WZWH boleh cakap biarkan isu ini diselesaikan oleh YBM Tan Sri Tengku Azlan dengan PM DS Najib dan Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang.

Apa-apa keputusan yang dimuktamadkan nanti itulah keputusan yang terbaik. Buat masa ini YBM Tan Sri Tengku Azlan adalah ahli parlimen Jerantut - beliau masih MP dan Ketua Bahagian UMNO Jerantut. 

WZWH Memperkenalkan Blog Baru Jerantut-Blog Surat Untuk Pemimpin


Ini blog baru Jerantut-Blog Surat Untuk Pemimpin. WZWH telah diminta untuk memperkenalkan blog ini. Adalah menjadi tanggungjawab WZWH mempromosikan blog Jerantut ini kerana ini adalah blog suara hati Jerantut.

Blog ini baru buat tiga posting.
  • Salam Perjuangan 
  • Tahniah UMNO Jerantut
  • Khas Buat YBM Tan Sri Tengku Azlan, MP Jerantut

Sila baca sini. WZWH tidak kenal siapa blogger ini secara peribadi. WZWH hanya mahu Blog Surat Untuk Pemimpin ini mencapai sasaran ramai pembaca. WZWH harap banyak lagi blog-blog Jerantut dapat dihasilkan. Kita mahu suara kita didengar oleh pemimpin.

Sumbangan Orang Yang Berjaya Membantu Masyarakat Luar Bandar


Memoden dan menyediakan kemudahan infrastruktur kawasan luar bandar adalah tugas dan tanggungjawab kerajaan yang memerintah. Namun adalah sesuatu yang baik bila ada golongan yang berjaya dalam karier dan korporat memberi sumbangan dalam apa cara membantu masyarakat luar bandar.

WZWH tertarik dengan komen seorang yang bernama QFQ dalam blog WZWH. Berikut komen yang ditulis...

QFQ said...
pandangan saya:
saudara sebagai penasihat ekonomi di DUN Tahan, saudara sepatutnya mengumpul seberapa ramai ahli koprat dikawasan saudara, bagi membantu memnyelesai beberapa masaalah penduduk. Saya difahamkan ramai jugak anak2 watan jerantut yg berjawatan tinggi dan berjaya didalam bidang perniagaan, apa salah mereka2 ini sepatutnya membantu rakyat dikawasan saudara, sekiranya terdapat masaalah yg perlu diambil tindakan segera.

jangan difikirkan apa yang kerajaan telah berikan kpd kita yg telah bergelar jutawan dan hartawan, tetapi fikirkan pulak apa sumbangan kita kepada kerajaan melalui sumbangan kita kepada rakyat dikawasan kita.

rakyat melihat pemimpin2 sekarang trlalu mengerjar kemewah, sehingga mementing diri sendiri dgn kenderaan mewah dan rumah mewah mencecah jutaan ringgit.

sbagai contoh, jika ada jambatan rosak, anggaran baik pulih mencecah rm100000, sekiranya trdapat 10 orang ahli koprat dikawasan saudara menyumbang rm10000, masaalah jambatan dpt diselesaikan, dan rakyat perlu diberitahu sumbangan ini adalah dari individu2 berkenaan.

kiranya ini berlaku dikawasan anda, saya percaya, segala masaalah2 kecil dapat diselesaikan, itulah saya kata pemimpin perlu jujur, ikhlas dan beriman, selagi jambatan trsbut digunakan olih sesiapa sahaja, pahala akan mencurah sehingga akhir hayat, selain saham dunia, saham akhirat jugak perlu, bagi kita yang beriman dengan Agama Tauhid.

untu menjadi pemimpin berjiwa rakyat, tinggalkan sejenak masaalah remeh temeh parti lawan dan cerita2 keaiban pemimpin, fokus untuk pembangunan insan dan kemudahan awam, DUN Tahan adalah Pintu masuk pelancung dari seluruh Dunia utk ke taman Negara, pelancung ingin melihat alam semula jadi yg belum terusik olih itu kawasan orang2 asli hendaklah dibiarkan dengan keaslianya...

Komen WZWH;
WZWH bersetuju dengan saranan di atas. Jika kita semua menyayangi kampung halaman kita kalau kita usahakan sesuatu untuk membantu masyarakat orang kampung kita setidak-tidaknya kita boleh memberi sedikit harapan kepada orang kampung yang berharap kepada sumbangan dan pertolongan kita.

Sumbangan ini boleh meringankan  bebanan kerajaan yang berbelanja berbilion ringgit memajukan kawasan luar bandar di seluruh negara. Kita akur dengan komitmen kerajaan dengan dasar EPP dan ETP berbilion-bilion mentransformasi kawasan bandar terutamanya menyenangkan warga kota.

Apakah dasar EPP dan ETP yang sesuai scale budgetnya boleh mentransformasi kawasan pedalaman. Meminjam kata-kata Batin Kampung Kuching, Ulu Tembeling " Kami tidak minta beratus-ratus juta, kami pun tidak minta beratus-ratus ribu, kami hanya minta beribu-ribu aje!" Sila klik sini.

Sunday, July 24, 2011

PAHANGKU MEDIA Gerakan Mempertahankan Pahang

Dua tokoh media sosial Pahang, YB Dato' Hj Mohd Sharkar bin Hj Shamsudin EXCO Pahang dan Dato' Shamsuddin Nawawi Setpol MB Pahang yang menjadi pengerak dan peransang kepada pengamal media baru Pahang. Sumbangan strategik dua tokoh ini penting dalam memastikan gerakan mempertahankan Pahang pada PRU 13 nanti berhasil.

Majlis penutup dan penyampaian sijil oleh YB Dato' Hj Mohd Sharkar bin Shamsuddin. Beliau menyatakankan kepentingan media sosial. Kerajaan negeri serious dalam menjayakan projek Pahang-Ku. DSD Adnan Yaakob MB Pahang memandang tinggi pengamal media baru Pahang atas usaha kerja gigih semua bloggers, Facebooker dan Twitter yang menyokong gerakan mempertahankan Pahang.

Peserta kursus aplikasi media sosial Pahang-Ku tekun mendengar pembentangan kertas kerja dari berbagai pakar media baru.

Dalam posting WZWH yang lalu sila baca sini, WZWH mengutarakan kepimpinanan UMNO Pahang perlu berkomunikasi dalam media baru. Pentingnya media sosial dalam menarik minat pengundi kepada UMNO dan BN Pahang.

Hasilnya Pahang-Ku Media-people's voice telah memulakan gerakan bersepadu mempertahan Pahang pada PRU 13 nanti.

Kursus aplikasi media sosial Pahang-ku telah dijalankan pada hujung minggu Julai bertempat di sebuah hotel, Kuantan. Selama tiga hari peserta kursus dari semua pengamal media sosial  Pahang berhimpun mendengar taklimat, pembentangan kertas kerja dari pakar, simulasi perang siber-blog, facebook dan twitter dan sesi rumusan.

Retreat ini membangkitkan satu semangat baru gerakan mempertahankan Pahang yang akan diaplikasi turun di setiap bahagian. Perhimpunan ini juga mengumpulkan bloggers Pahang yang yang sejak dulu berjuang gigih mahu menguatkan UMNO dan BN Pahang dengan jerit perih tanpa sebarang imbuhan atas nama perjuangan agama bangsa dan tanah air.

UMNO Pahang telah membuat satu keputusan yang bijak bila memberi sokongan kepada Pahang-Ku media dalam menjayakan agenda gerakan mempertahankan Pahang terutama menarik minat pengundi muda.

Yang buat WZWH berasa bangga ialah kerajaan negeri Pahang mengiktiraf dan maklum akan aktiviti bloggers Jerantut. Daerah Jerantut adalah daerah yang ramai sekali melahirkan bloggers yang aktif  di Pahang. Seterusnya Jerantut akan mengadakan perhimpunan sibermaya Jerantut untuk mengumpulkan semua pengamal media sosial tidak lama lagi.

Saturday, July 23, 2011

Falsafah Politik Melayu Memahami Politik Malaysia Kini


WZWH patut tulis falsafah politik Malaysia namun oleh kerana asal usul WZWH seorang Melayu maka WZWH kena tulis langkah demi langkah teristimewa buat 67% orang Melayu dan Bumiputera di negara ini. WZWH percaya 'the law of majority rule'. Walaupun begitu WZWH menghormati kepentingan minoriti.

Ini satu posting WZWH untuk memudahkan majoriti rakyat Malaysia terutama orang Melayu dan Bumiputera memahami realiti politik negara terkini. Pada bukan Melayu boleh baca posting WZWH sebagai panduan dan meningkatkan pemahaman anda. WZWH tidak rasis dan orang Melayu bukan bangsa rasis.

Tidak ada scholar baik dari Oxford, Cambridge, Harvard mahupun UM/UKM boleh memberi pemahaman yang mudah untuk orang Melayu dan Bumiputera memahami politik Malaysia kini kerana dunia pandangan mereka berbeza.

Orang Melayu dan bumiputera kini keliru baik yang tidak berpendidikan mahupun yang berpendidikan kerana mereka tidak berfikir dan mengkaji falsafah politik Melayu. Lantas mereka merabus apa saja pegangan yang mereka fikir baik dan ideal buat mereka.

Orang Putih/Barat kata Melayu tidak ada pemikiran politik kepada kita. Maka kita disuruh ikut 'Westerners'. Itu salah masakan orang Melayu tidak ada pemikiran politik sendiri. Dari abad pertama hingga kurun ke 15 kita ada pemikiran politik Srivijaya, Majapahit dan Melaka.

Walaupun sifat 'Malay Kingdom' itu 'Devaraja' kalau kita perhatikan aplikasi pemikiran politik Melayu itu telah menghasilkan ketamadunan tinggi nilai budayanya. Hasilnya 'Malay kingdom' itu dapat menyatukan orang Melayu pada tempohnya.

Demokrasi tidak ada tempat dalam falsafah politik Melayu berkurun-kurun lamanya. Walaupun ada kumpulan kecil yang secara terasing mengamalkan cara demokrasi namun Raja kumpulan itu mengamalkan 'Devaraja'.

Nasionalisme adalah evolusi jawapan kepada imperialisme Barat terhadap Tanah Melayu dan kepulauan. WZWH akui orang Melayu dan Bumiputera sudah moden dan terdedah dengan berbagai pemikiran aliran politik seperti sosialis, komunis, teokrasi, republik dan demokrasi.

WZWH juga akur hari ini kebanyakan kajian mengenai politik tertumpu pada demokrasi, dan bagaimana bentuknya mempengaruhi keputusan yang dilakukan. Selain dipengaruhi oleh masalah besar ini, politik juga merupakan aktiviti masyarakat, dan dengan itu bergantung kepada trend sebagaimana kegilaan ahli-ahli politik Malaysia kepada ngorisme.

Hari ini ahli politik Malaysia dan pemimpin NGO serta rakyat bercakap mengenai demokrasi. Dunia luar dikatakan menyokong idea demokrasi. Apa jenis demokrasi yang sesuai dengan falsafah politik Melayu dan Bumiputera di negara ini?

Jika orang minoriti mahukan demokrasi bebas tanpa sejarah budaya mereka, itu pilihan mereka biarkan. WZWH mahu menekankan di sini demokrasi yang sesuai dengan orang Melayu dan Bumiputera disamping kita juga menjaga kepentingan orang minoriti.

Politik merupakan satu cara untuk manusia mengkordinasi tindakan seseorang untuk kebaikan bersama (atau kebaikan individu). Apa yang membezakan politik dengan etika dan sosial ialah didalam politik terdapat banyak persoalan berdebat ( debated questions ). Kebanyakan ahli teori berpendapat untuk menjadi politik, sesuatu proses itu perlu menggunakan sedikit kekerasan kerana politik mempunyai hubungan rapat dengan konflik.

Memenangi suatu konflik politik bermaksud merampas kuasa dari satu kumpulan atau entiti dan memberikannya kepada kumpulan lain. Ramai akan bersetuju konflik politik boleh dengan mudahnya tumbang menjadi "zero-sum game", dimana tiada yang dipelajari atau diselesaikan, melain menentukan "siapa menang, siapa tewas":

Lenin berkata politik ialah siapa yang boleh lakukan apa kepada siapa ( Who could do what to whom ). Manakala, seorang ahli sains politik, Harold Lasswell pula berkata politik adalah siapa yang dapat apa, bila dan bagaimana ( who gets what, when and how ).

Ia juga mengenai bagaimana kita menyelesaikan pertikaian moral yang cukup serius sehinggakan ia membentuk ancaman gangguan masyarakat - dalam mana usaha sepenuh hati kepada proses perundingan atau diplomasi biasa cenderung mengurangkan keganasan - biasanya dilihat sebagai matlamat utama peradapan. Bernard Crick merupakan ahli theori utama pada pandangan ini dan juba idea bahawa politik itu sendiri hanyalah "ethik dilakukan dihadapan umum", di mana institusi awam boleh bersetuju, tidak bersetuju, atau campur tangan bagi mencapai hasil akhir yang diingini atau proses menyeluruh yang lengkap.

Apa jawapan kepada falsafah politik Melayu memahami politik Malaysia kini-apa yang sesuai dengan orang Melayu dan Bumiputera di negara ini?

PAS adalah teokrasi tapi sejak akhir-akhir ini sudah jadi lintang pukang pendiriannya. Dimana Islamnya, orang Melayu lihat PAS sudah jadi liberal dan senang kompromi prinsip-prinsipnya bagi keselesaan kepentingan kawan-kawan.

PKR terlalu terikut dengan falsafah kebaratan. Tidak ada jati diri. Tidak Melayu sifatnya. Orang Melayu dan Bumiputera tidak percaya kepada parti ini.

DAP ini asing bagi orang Melayu. Apa jenis Melayu yang sokong parti ini . Pening kepala orang Srivijaya, Majapahit dan Melaka jika mereka tahu hari ini ada Melayu yang sokong DAP. Juga parti-parti orang-orang Melayu yang bekerjasama dengan DAP.

UMNO adalah parti falsafah politik Melayu yang sesuai kerana parti ini ada kualiti, kekuatan, kesungguhan, prinsip seperti mana zaman keagongan Srivijaya, Majapahit dan Melaka. Untuk menjawab definisi politik adalah politik itu proses dan cara membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan. Atau satu definisi yang WZWH suka tapi simple, politik adalah mengenai kepentingan maka UMNO itu fit untuk menjadi anutan majoriti orang Melayu dan Bumiputera di negara ini.

Friday, July 22, 2011

Tan Sri Peng Yin Huah : Najib Perlu Diberi Peluang Mencergaskan Semula Ekonomi

Tan Sri Pheng Yin Huah melalui Syarikat Kin Kee Steel mengurus Perwaja Steel Berhad. Tokoh perniagaan yang disegani di Kuantan dan juga dalam industri besi Malaysia.

Presiden Persekutuan Persatuan Cina (Huazong) Tan Sri Pheng Yin Huah berkata ekonomi dunia telah telah menurun dan ini mungkin menyebabkan Eropah mengalami krisis ekonomi, yang akhirnya akan memberi kesan kepada negara lain di seluruh dunia.

“Berikutan keadaan ini, kerajaan yang memerintah sekarang perlu diberi peluang untuk menumpukan terhadap usaha mencergaskan semula ekonomi dan pihak-pihak yang bertelagah perlu mengetepikan perbalahan politik sesama mereka demi kebaikan negara. Masa yang ada sepatutnya digunakan untuk memajukan negara,” kata Pheng.

Memang tepat kata-kata beliau itu kerana biar betapa lantang atau berapa kerap sesuatu pihak itu memenuhi jalan raya untuk mengadakan tunjuk perasaan, dalam sistem demokrasi, setiap pemilih hanya mempunyai satu undi.

Ramai pemerhati berpendapat perhimpunan haram 9 Julai itu membawa kerugian ekonomi kepada negara dan golongan tertentu.

Selain masa dan petrol yang dibazirkan akibat terperangkap dalam kesesakan jalan raya, perniagaan kecil dan sederhana di Lembah Klang mengalami kerugian besar. Orang dan barangan dihalang daripada memasuki bandar raya ini, manakala berjuta-juta ringgit menjadi beku dan terhalang daripada memasuki pasaran.

Kecergasan ekonomi bergantung kepada pengaliran dana. Wang berjuta-juta ringgit yang tersekat itu mungkin mengakibatkan kerugian sekali atau dua kali ganda lebih tinggi daripada jumlahnya, terutama pada hujung minggu.

Kepada siapa peniaga kecil hendak menuntut pampasan?” kata seorang penganalisis dari sebuah syarikat broker saham yang enggan dikenali.

Kerajaan pula terpaksa menanggung kos yang tinggi termasuk untuk mengerahkan anggota polis dari negeri lain ke ibu negara bagi mengawal keadaan dan memelihara ketenteraman awam.

Sekiranya kesemua 1,667 penujuk perasaan yang ditahan semasa perhimpunan haram itu dibawa ke muka pengadilan, mahkamah perlu menggunakan banyak sumber untuk mengendalikannya, dan ini melibatkan kos dan masa.

Pakatan pembangkang menganggarkan mereka membelanjakan RM150,000 untuk mengadakan perhimpunan haram itu, termasuk membayar wang ikat jamin penunjuk perasaan yang ditangkap, manakala kerajaan pula menganggarkan jumlah yang terpaksa ditanggungnya 10 kali lebih tinggi daripada itu.

PAS Pahang Kuat 'Menganjing' Pihak Berkuasa



Seorang peguam dari Pakatan Rakyat Pahang bersama beberapa penyokong PAS telah didakwa memiliki pakaian yang tertera tulisan Bersih 2.0 di markas PAS Kampung Mentara, Rompin, kira-kira jam 10.50 malam, 2 Julai lalu. Mereka ditangkap polis kerana memakai baju kuning “Bersih” tampil dengan memakai baju t-berwarna kuning dengan logo “Kotor 13.0” di Mahkamah Sesyen Kuantan kelmarin.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 47 Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali kerana menyiar dan memiliki perkataan yang tertera bagi kepentingan pertubuhan haram. WZWH berpendapat mereka penyokong PAS Pahang suka 'menganjing' pihak berkuasa termasuk Polis dan Mahkamah.

WZWH masih ingat lagi ketika bersekolah asrama di Semsas, Kuantan pada awal tahun 1980an. Ada beberapa pelajar lelaki yang berambut panjang telah digunting seperti tikus oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia sekarang (dulu beliau bertugas sebagai guru disiplin). Tujuan digunting seperti itu supaya pelajar-pelajar lelaki itu pergi kedai gunting potong rambut pendek. Apa yang berlaku pelajar-pelajar lelaki itu membotakkan kepala mereka sebagai tanda protes. Esok harinya guru disiplin pun menempeleng muka pelajar-pelajar lelaki tersebut!

Perbuatan peguam dan penyokong PAS Pahang itu dikira memprotes kedaulatan undang-undang negara maka mereka patut juga didakwa kerana 'menganjing' pihak berkuasa. Ini belum lagi PAS dan Pakatan rakyat memerintah Pahang, penyokong-penyokong Pakatan Rakyat walaupun berpelajaran tinggi tapi otak letak dikaki. Islam menyuruh umatnya menghormati kedaulatan undang-undang negara.

Thursday, July 21, 2011

PAS Mahu Makan Besar Tanding 80 Kerusi Parlimen

PAS menuju Putrajaya PRU 13. Perdana Menteri PAS pertama ialah......

PAS mahu makan besar PRU 13. Mahu tanding 80 kerusi parlimen. Penambahan 14 kerusi. Ini adalah kerusi-kerusi lompat parlimen PKR kepada Bebas.

Statistik PRU 12:
  • PAS bertanding 66 parlimen dan 232 DUN
  • PAS menang 23 parlimen dan 83 DUN
  • DAP bertanding 47 parlimen
  • DAP menang 28 parlimen
  • PKR bertanding 97 parlimen
  • PKR menang 31 parlimen
PAS mahu mana-mana kerusi baik di peringkat DUN dan Parlimen harus diserahkan kepada parti yang dilihat boleh memenangi kerusi itu selain mahu mengelakkan “wakil rakyat lompat” berulang.

Malah kerusi yang PAS bertanding, kalau rakan Pakatan Rakyat berminat untuk bertanding, PAS terbuka untuk berunding dan berbincang.

PAS juga menambah bilangan kerusi Parlimen yang akan ditandingi termasuk di Sabah dan Sarawak pada PRU 13 

PAS menyasarkan PRU 13 akan diadakan hujung tahun ini. PAS mahu tumpukan Semenanjung lebih dari Sabah dan Sarawak.

PAS juga mahu mana-mana kerusi yang “dipinjam” dipertimbangkan untuk “dipulangkan” semula misalnya parlimen Pasir Mas, Ibrahim Ali bertanding atas tiket PAS.

Pada PRU 12, Pakatan Rakyat menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional (BN) di Parlimen dan menawan empat negeri tambahan iaitu Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang. Negeri Kelantan kekal ditadbir sejak ia dikuasai PAS pada 1990. Ekoran tindakan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) masing-masing dua dari PKR dan satu melibatkan DAP keluar parti, Perak diambil alih oleh BN.

Anwar Ibrahim yakin dan percaya Pakatan Rakyat akan menang dengan majoriti 2/3 kerana momentum Bersih 2.0 menyebelahi pembangkang sewaktu diwawancara oleh AP.

Di parlimen Jerantut, PAS berkeyakinan boleh mendapat sokongan undi 55% untuk menang dalam PRU 13. Namun PKR pun sedang memujuk PAS untuk bertanding parlimen Jerantut. Tidak dapat dipastikan samada Dr Hamzah Jaafar (PAS) akan bertanding lagi buat kali ke tiga di Parlimen Jerantut. Kemungkinan besar Tuan Ibrahim Tuan Man akan bertanding di parlimen Jerantut.

PAS menganggap PRU 13 nanti mudah untuk PAS memenangi 80 kerusi parlimen dan sudah pasti terutamanya parlimen Jerantut setelah UMNO Jerantut nampak tiada calon-calon winnable candidate menjelma lagi buat masa ini.

Civil Society, Democracy and Global Governance In Malaysia

Bersih 2.0 rally on 9 July 2011.

WZWH discussing this posting in relation to a rally (streets demonstration) by Bersih 2.0 in the scope of civil society, democracy and global governance in Malaysia.

The role of civil society actors in Malaysian politics has received much attention recently. There has been a tendency to idealize “civil society” actors as democratic forces. 

Yet, as Jan Aart Scholte (2002: 299) has pointed out, “we do well to balance enthusiasm for civil society engagement of global governance with due caution”  and “demand of civic associations that they not merely assert – but also demonstrate – their democratic credentials.” 

Nevertheless there is a lack of research on the democratic credentials of civil society actors. Empirical studies of democratic aspects of the interaction between civil society actors and global governance institutions are particularly rare. A step forward through a focus on the democratic qualities and contributions of civil society actors and their interactions with a range of governance institutions above the state. 

We need analysing different kinds of civil  society activism related to various forms of global and regional governance with the aim of analysing and discussing the extent to which such interventions are democratic, seek to build or contribute to democracy.The focus might, for example, be on problems of representation and accountability as well as the tension between coercive and non-coercive forms of activism. 

We can identify three basic positions concerning the democratic credentials of civil society actors which operate beyond the nation-state:
  1. First, there has been a tendency, especially on “global civil society” in the 1990s, to portray civil society actors in a romantic way as champions of democracy  and other normatively “good” causes. The idea that civil society by definition must be pro-democratic has been strong in conventional civil society theory.
  2. A second position is represented by those sympathizing with other powerful actors in global governance (such as governments,  transnational corporations and multilateral institutions). From this perspective, the legitimacy of transnational civil society actors is questioned, often in a very sweeping and one-sided way.
  3. More constructive criticism comes from a third position, offering systematic analyses of democratic problems and prospects of civil society actors. During the last decade there has been a tendency to pay more attention to  democratic shortcomings of NGOs.
In the discussion of democratic credentials of civil society actors, problems of representation and accountability are central. This is one set of democratic problems that could be addressed. Critics of NGOs often point out that their  membership might be  very limited, perhaps excluding most of the people  on whose behalf the NGO claims to speak.  Unlike governments in democratic states, the leadership of many civil society groups is  not elected by any constituency, although  membership-based organizations may have regular elections of leadership positions. 

Civil society activists in global governance institutions represent “positions rather than populations, ideas rather than constituencies". The use of undemocratic methods is another aspect of the potential democratic deficit of civil society actors, on which systematic research is lacking. Recent instances of violent actions at the margins of transnational protests associated with a global justice movement have been condemned as undemocratic behaviour. 

Moreover, a number of non-violent but still confrontational social movement activities have also been questioned from a democratic perspective. Those adhering to a competitive or representative model of democracy typically consider civil disobedience undemocratic (unless it is targeting an authoritarian regime). But such methods can also be seen as a practice of direct or participatory democracy. From the perspective of deliberative democratic theory, the coercive and confrontational methods of the more radical sections of civil society are also seen as problematic. The tools of arguing and communicative action are central to the deliberative democratic ideal. The activities of social movements, however, are often confrontational and coercive and, hence, do not fit well within a deliberative democratic framework. 

From a social movement (and activist) perspective, the ideal of deliberative democracy can be criticized on the ground that deliberation does not work in societies characterized by structural inequalities. Direct activism and opposition like street-marches, boycotts, or sit-ins are often necessary to achieve social change.  The theme resonates with a key debate within contemporary transnational social movements on the merits of non-confrontational, persuasive and cooperative strategies versus confrontational, coercive, and sometimes violent methods.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...