Thursday, June 30, 2011

Kepimpinan UMNO Pahang Perlu "Bercakap" Dalam Media Baru


WZWH menulis posting ini istimewa buat kepimpinan UMNO Pahang terutama EXCO Pahang, Ahli Parlimen dan ADUN-ADUN UMNO/BN Pahang. Perlunya kepimpinan UMNO Pahang berkomunikasi dalam media baru seperti blog, Facebook, Twitter dll menyatakan pandangan, idea tentang isu politik semasa penerangan kemajuan kawasan.

Politik moden hari ini tidak cukup dengan kepimpinan UMNO Pahang bercakap secara media tradisional setakat majlis-majlis rasmi, perjumpaan dengan pengundi di kawasan masing-masing. Kepimpinan UMNO Pahang perlu berkomunikasi dalam media baru sekurang-sekurangnya pengundi-pengundi muda yang majoritinya suka mengunakan media baru terutama dikawasan dapat memahami, mengenali wakil rakyat masing-masing. Yang paling elok pengundi-pengundi muda dapat berinteraksi dengan wakil rakyat.

Setengah EXCO dan Wakil Rakyat berfikir bahawa jika mereka "bercakap" dalam media baru memberi pandapat, pandangan, idea tentang apa-apa isu ditakuti tidak disukai oleh bos MB. Itu pemikiran dulu. Kalau setiap EXCO, ahli parlimen, ADUN, Ketua Bahagian UMNO berkomunikasi dalam media baru yang membolehkan pengundi-pengundi dikawasan masing-masing lebih tertarik kepada UMNO dan BN tentu MB lagi suka.

Semua kerja-kerja menerang, penjelasan, propaganda, psywar diserah kepada Ketua Penerangan. Adakah Penerangan UMNO baik di Bahagian dan negeri berjalan lancar seperti dikehendaki? Betul kerja-kerja media baru ini diserahkan kepada Pemuda UMNO, Puteri UMNO, UMB dan blogger-blogger yang dipilih. Namun persoalannya adakah golongan ini punya fakta dan maklumat yang berkesan untuk menerangkan kepada pengundi-pengundi. Siapa yang mahu "mengajar politik" kepada golongan ini?

Sudah tentu EXCO, ahli parlimen, ADUN dan Ketua Bahagian punya pengalaman, ilmu dan "wisdom" yang lebih bagi memberi penerangan. Betul UMNO dan BN memerintah Pusat dan majoriti negeri. Wakil rakyat kata kita buat kerja-kerja saja. Dalam keadaan parti pembangkang suka spin fakta dan beri hujah-hujah mengelirukan mahu tidak mahu kepimpinan UMNO Pahang perlu "bercakap" dalam media baru.

Hari ini kita melihat di bangunan parlimen sendiri ada ahli parlimen PKR sudah mencabar blogger mengenai sesuatu isu tertentu. Aneh kerana blogger sudah berperanan seperti "ahli parlimen". Blogger dianggap macam ahli parlimen sifatnya sedangkan blogger itu tidak berwajah. Bila ahli parlimen menyerang blogger itu bukti menunjukkan media baru berkesan.

Kepimpinan UMNO Pahang perlu berani berkomunikasi dalam media baru. Jangan hanya menyerah kepada DS Najib dan MB Pahang saja yang bercakap. Rakyat Pahang terutama pengundi-pengundi muda mahu mendengar pandangan intelektual ahli-ahli politik Pahang. Mereka mahu melihat apa kualiti, karisma, orator, hujah-hujah, retorik wakil rakyat-wakil rakyat mereka. Mereka mahu wakil-wakil rakyat berkomunikasi dengan mereka kalau tidak akan ada "generation gap" yang memisahkan antara kepimpinan UMNO Pahang dengan pengundi-pengundi muda.

Kepimpinan UMNO Pahang dari EXCO, ahli parlimen, ADUN dan Ketua UMNO Bahagian perlu membebaskan pemikiran politik mereka luahkanlah kepada rakyat Pahang terutama kepada pengundi muda. Ekspresskanlah apa dia harapan, cabaran dan halangan serta usaha kerja kepimpinan UMNO Pahang supaya rakyat Pahang dapat berkongsi semua itu.

Bukankah kepimpinan UMNO Pahang mahu menang PRU 13 dan mahu mempertahankan negeri Pahang dan mengalahkan Pakatan rakyat yang menyifatkan PRU 13 adalah "Battle Of The Century"!

1 comment:

Anonymous said...

jauh tertinggal keretapi sungguhkan..Tulah pemimpin UMNO ni bengap.banyak sgt makan duit haramlah tu jadinya

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...