Wednesday, June 8, 2011

"Little Napoleon" Mengkhianati Ku Lan Perlu Dipecat!


Blog Patpatsikulipat telah siarkan usul khas Kertas Mesyuarat Bilangan 04/08/2011 tajuk: USUL-USUL CAWANGAN DITERIMA TANPA BAHAS (ISU MENYENTUH WAKIL RAKYAT) sila baca sini.

Usul khas itu mengandung usul dari empat cawangan. Tiga cawangan di DUN Tahan dan satu cawangan di DUN Damak.

Empat cawangan mengadakan usul undi tidak percaya kepada ADUN Tahan YB Dato' Wan Amizan Wan Razak manakala ada satu cawangan melibatkan sekali undi tidak percaya kepada ahli parlimen Jerantut YBM TS Tengku Azlan ibni Almarhum Sultan Abu Bakar.

Timbul persoalan bagaimana usul khas ini boleh dapat ke blogger Patpatsikulipat? Logiknya sudah tentu "Setiausaha Eksekutif UMNO" atau lebih dikenali sebagai "Little Napoleon" telah beri sehelai kertas usul khas ini kepada blogger Patpatsikulipat untuk tujuan dihebah kepada umum.

Kenapa? Kerana mahu memalukan ADUN Tahan dan juga tanpa disedari secara sedar sengaja atau tidak juga bertujuan untuk memalukan Ku Lan sebagai ahli parlimen!

Ada kemungkinan blogger Patpatsikulipat ini juga sebenarnya adalah "Little Napoleon"!

Kalau bukan "Little Napoleon" bersubahat berkonspirasi memalukan ADUN Tahan dan ahli parlimen Jerantut Tan Sri Ku Lan mungkin Setiausaha UMNO Bahagian Jerantut sendiri terlibat sama!

Semasa mesyuarat AJK UMNO Bahagian terbaru sepatutnya usul-usul undi tidak percaya ditapis terlebih dahulu kerana kita tahu siapa sebenarnya di empat cawangan ini yang terlibat dan apa motifnya.

Tetapi Kamaruzaman Baria mantan ahli parlimen dan Setiausaha UMNO Bahagian Jerantut beriya-riya mahu melepaskan usul ini. Kamaruzaman Baria berkata apa nak diherankan ada 103 cawangan UMNO Jerantut yang bawa usul undi tidak percaya cuma empat. Tidak jadi kudis!

Oleh kerana Ku Lan tidak mahu berpandir dengan Kamaruzaman Baria yang sering merasakan dirinya ahli politik paling cerdik dalam Jerantut dan semua orang lain bodoh belaka dan "low class" maka Ku Lan membiarkan sahaja kebetulan ADUN Tahan tidak hadir dalam mesyuarat AJK UMNO Bahagian ini maka bermaharajalelalah Kamaruzaman Baria.

Pada tahun 1996 pernah ada usul undi tidak percaya kepada ADUN Pulau Tawar ketika itu Aruah Dato' Azizan Yaakob oleh cawangan UMNO Sungai Tekam tetapi oleh kerana Khalil Moin (Timbalan UMNO Bahagian ) menjadi penapis usul maka usul itu tidak dilayan.

UMNO cawangan Paya Garok di DUN Tahan telah mengadakan usul undi tidak percaya kepada kepimpinan ahli parlimen dan ADUN Tahan. Alasan pengusul itu yang merupakan orang kuat Kamaruzaman Baria ialah gagal menunaikan janji dan tidak membela rakyat setempat.

Berbalik kepada isu bagaimana kertas usul khas ini boleh dapat ke tangan blogger Patpatsikulipat. Sudah tentu dan pasti "Little Napoleon" terlibat bersubahat terlibat dengan konspirasi ini. 

Pada WZWH, "Little Napoleon" telah mengkhianati YBM TS Tengku Azlan ahli parlimen Jerantut dan sewajarnya dipecat! Ku Lan tidak boleh bela orang macam ini kerana banyak maklumat sulit mudah terlepas kepada orang luar.

17 comments:

Anonymous said...

Salam zurik.Kita kena memperlihatkan UMNO ni telus. Apa salahnya kalau ada org tak berpuas hati dgn YB atau ahli parliment?kenapa perlu kita sorok?.Bagilah kebebasan kepada ahli UMNO untuk menyatakan pendirian mereka.Barulah UMNO nampak lebih telus.Tak salahnya orang membuat undi tidak percaya. Dari situ kita perlulah memperbaiki kesilapan kita.Janganlah jadi bangang sangat untuk menutup kehendak ahli

Anonymous said...

Mizi celako,anak baria celako,abu busu celako..
celako,celako,celako!!!

-Nik Aziz Diehard Fan

Anonymous said...

Palat la abu bakar busu, dulu ckp berdegar kalau Tengku Lan menang,dia nak letak jawatan dlm ajk bahagian..
Dasar mat curang,lidah bercabang..
pergi mam.. la sama ko!!

Anonymous said...

setuju dengan anon 11.46.ketelusan itu perlu utk memperbaiki kelemahan,ini semua peringatan kepada pemimpin2 umno...dimana "rakyat didahulukan".suara akar umbi perlu dikaji selidik,bukan main sorok jer mcm bangkai,lama2 berbau jgak.

tok4 muda said...

abu bakar busu lu cakap x serupa bikin dulu kata lain sekarang buat lain.lu pemimpin pening lalat.sekarang lu la yang paling kuat ampu tenku lan.lu pun ada juga terlibat sama mizi iya.tapi hal bendera je la.

Anonymous said...

ko la patut kena pecat WZWH...manusia paling bodo...

Anonymous said...

wooooowwwwww!!!!!!
kaeh ingat diam terus pasal undi tak percaya tu. Rupa Allah tu amat adil. tahniah pd yg menyatakan benda yg benar. ini baru betul berjuang untuk umno. terkejut kaeh, terkejut sungguh

Anonymous said...

KEHEBATAN ADUN TAHAN TERBUKTI APABILA KEPUTUSAN G7 KE KUALA LUMPUR DGN KEPUTUSAN 2 ORANG YG MENANG DARI DUN PULAU TAWAR, 5 ORANG DARI DUN DAMAK. TAHNIAH WAN AMIZAN KERANA BERJAYA MEMPERTAHAN DUN TAHAN DAN RAMAI SUNGGUH WAKIL G7 DARI DUN TAHAN.

Anonymous said...

Salam Anon 5:00,
Tokoh-tokoh hebat DUN Tahan tidak bertanding. Kali ini tidak ada pemilihan di pusat. Bagilah ke orang Pulau Tawar dan Damak. Yang penting tokoh hebat pegawai khas ADUN Pulau Tawar kalah memalukan dikala tiada star bertanding. Mana ada pegawai-pegawai khas ADUN Tahan bertanding kali ini. He He He...

Anonymous said...

bodo mcm lembu anon 5:00 ni..lembu pun tak bodo mcm ni.lebih baik mati je dr bodo terlajak mcm ni..makan taik la lg bagus..kalau handal sgt tunggu aku di hijrah nak tgk handal ke tak..base keturunan babi..

Anonymous said...

seperti tahun2 sebelum ni mmg tak ade yg menang dari dun tahan di bawah kepimpinan dato wan amizan. elok dah wan amizan berundur. jaga hasil rompakan sj lgi okay.

anti gay said...

rompak duit lombong,gan jalan xapa itu rezeki dia....rompak duit umno tu rezeki mizi,abu,azman gay,he ehe ehe ehe e

pengundi dun tahan said...

wan amizan bukan rompak duit lombong...dia berusaha cr..dlm islam pun suruh kita cr rezeki..kalau dok d umah je tawakal saja tak cr tak jd..dh selama ni besi tu dok di situ takde plk org yg nak p cr usahakan..dh dpt ke wan amizan deme dok kalut pasal?rezeki dia..kita mungkin ada rezeki kita..deme yg mengata wan amizan ni mulia sgt ke??jgn di kata ke org ni..akhirnya berbalik pada kita nanti..org melayu memang begini..benda tu tak dpt ke kita apa lg 1 dunia la bising cuba dapat ke dia..bt tak tau jgk la

Anonymous said...

wan amizan mmg perompak kelas atasan. demo ni asyik menidakkan keblhan wan amizan kepala penyamun no 1.

Anonymous said...

pdt!!!setuju sgt2 pandangan sdr.yg peliknya bila cina2 jtut ni dapat tanah dalam bandar,balak sana sini,dah mcm nk tergadai jtut ni ke cina xde lak yg menyalak,menyokok,bila hati dah rosak,hasad dengki mula ada tp kpd bangsa sendiri,tu yg peliknya...

Anonymous said...

setakat nizam dgn tok 4 suran x heran kalau kalah,tp pegawai khas merangkap penyelaras DUN Pulau tawar tewas tu yg terkejut tuh,mcmana ni ek?rasa2 kalau man yassin bertanding mayb menang,

BLACK WATER said...

kenapa asik duk hentam w.mizan je...yg lain guana....baik sangat ke...chek betul2...aku rasa ramai lg perompak...yg ada .AKU CABAR DI ATAS DEDAHKAN......

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...