Thursday, June 30, 2011

Akhirnya PAS Berimamkan Tokoh Murtad Dan Tokoh Sex


60 tahun sejarah PAS. Dari Biro Agama UMNO bertukar menjadi parti politik Islam asalnya. Bermula kepimpinan ulama tradisi kepada kepimpinan ulama nasionalis kiri, kepimpinan nasionalis kanan dan kepimpinan ulama haraki.

Apa jawapan PAS terhadap pengikut-pengikutnya yang mempersoalkan keputusan PAS menggugurkan konsep Negara Islam dan diganti dengan Negara Kebajikan. Kepimpinan apa PAS sekarang?

Kepimpinan inilah yang telah berjaya mentalkinkan Negara Islam dan Hukum Hudud PAS kerana telah menjadi barua DAP.

PAS sudah keliru tidak tahu apa pegangannya lagi. Orang Islam dan orang Melayu lagi keliru.

PAS menyokong rally Bersih 2.0 yang dijuarai oleh Ambiga Sreenevasan seorang tokoh tersohor murtad dan anti Islam dan dimastermind oleh Anwar Ibrahim seorang tokoh politik yang moral sexnya diragui.

PAS mungkin kata perhimpunan haram Bersih 2.0 itu Islam tidak kira demo jalanan ini dipimpin oleh tokoh murtad dan tokoh sex.

Orang Islam dan Orang Melayu lagi keliru!

Apa sebenarnya pegangan PAS sekarang? Adakah hanya kepimpinan tertinggi PAS sudah menjadi lebih liberal dari Ambiga dan Anwar? Manakala kepimpinan pertengahan dan bawahan masih lagi konservatif atau tradisionalis serta nasionalis?

Adakah pengikut-pengikut PAS sanggup bersubahat melihat Malaysia huru hara akibat dari rally haram Bersih 2.0 yang menyalahi undang-undang negara?

Negara yang tidak aman akan menuju kekacauan, anarki, ketidakstabilan dan kezaliman. Umat Islam dan orang Melayu menjadi lemah kedudukan politik, sosial, ekonomi dan agamanya.

Sanggupkah penyokong-penyokong PAS mahu Malaysia menjadi negara Islam yang lemah akhirnya menyebabkan kita akan menjadi bebas seperti Islam di Indonesia, Islam di Selatan Thailand, Islam di Mindanao dan akhirnya jika PAS tidak dapat membendung fahaman pluralisme, Melayu Malaysia akan akhirnya menjadi seperti Melayu Filipina.

Apakah siasah jenis Islam apa yang PAS anuti sekarang sanggup "berimamkan" tokoh murtad dan tokoh sex?

Adakah PAS percaya kepada teori musuh kepada musuh kamu ialah kawan kamu?

6 comments:

Anonymous said...

seorang pemikir yang sepatut boleh berfikir jauh tp tidak.

Pisau Emas said...

FIKIR: adakah hilang iman kita jika naik bas yg pemandunya org HINDU?

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Pisau Emas,
Bas yang dipandu pemandu HINDU membawa kita ke destinasi dari say Kuantan Ke Putraja. Tapi mengikut orang yang pemikirannya juara murtad dan anti Islam dan orang yang gila talak maju jadi Perdana Menteri sanggup menghuruharakan negara lantas menjadikan kerajaan Islam atau kerajaan orang Islam Malaysia lemah dan akhirnya melemahkan kedudukan agama, politik, ekonomi dan sosial orang Islam itu sendiri. Adakah itu dituntut oleh Islam. Pelajarilah sejarah kejatuhan kerajaan Islam disebabkan oleh siapa selain kesilapan orang Islam sendiri.

Anonymous said...

pisau emas,
carilah perbandingan yang logik sikit.apa la lu ni.

Anonymous said...

Pisau Emas tu bodoh.Matlamat menghalalkan cara.Aku rasa dia sanggup makan nasi sepinggan ngan cina walaupun cina letak lauk babi sekali dalam tu..Melayu yang buang martabat dia sendiri..Talengong

Anonymous said...

betul lah anon 2:01pm..pisau mas mungkinn makan kuah jer,babi dia x mkn

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...