Profesor R. H. Hickling (1920-2007) merangka ISA yang merupakan satu akta yang genius di Malaysia dan dunia. Walaupun ramai mengkritik namun Amerika Syarikat terpaksa mengaku kebaikan ISA lalu mengadaptasi kepada "USA Patriot Act" bagi mencegah terrorisme.
ISA dijadikan undang-undang pada tahun 1960. Akta ini digunakan kepada komunis pada mulanya. Kemudian beribu-ribu orang termasuk ahli kesatuan sekerja, pemimpin pelajar, aktivis hak buruh, aktivis politik, golongan agama, ahli akademik dan aktivis badan bukan kerajaan telah ditahan di bawah ISA.
ISA amat ditakuti dan dibenci, meskipun menjadi satu alat mudah untuk negara membasmi sebarang penentangan dan debat terbuka. Akta ini merupakan satu alatan yang dikekalkan oleh kerajaan yang berkuasa untuk mengawal kehidupan umum dan masyarakat awam.
ISA merupakan undang-undang tahanan pencegahan yang sedang berkuatkuasa di Malaysia. Sesiapa pun boleh ditahan oleh polis selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan untuk tindak-tanduk yang dijangkakan mengancam keselamatan negara atau mana-mana bahagian daripadanya. Selepas 60 hari, seseorang tahanan itu boleh ditahan lagi selama tempoh dua tahun jika diluluskan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, dan sekaligus membolehkan penahanan terus tanpa perbicaraan.
Betapa berkuasanya Hishamuddin sebagai Menteri KDN. Tetapi sayang anak-anak Perdana Menteri seperti Hishamuddin dan Najib tidak pandai menghargai dan menghayati akta yang genius ini tidak seperti bapa-bapa mereka dulu.
Bersih 2.0 anjuran Ambiga Sreenevasan adalah NGO politik pro Pakatan Rakyat. Bersih 2.0 sebenarnya adalah agenda Anwar Ibrahim. Tujuan yang sebenar Bersih ialah menumbangkan kerajaan BN. Menimbulkan huruhara, menjatuhkan imej Malaysia pada kacamata dunia dan menyebabkan rusuhan kaum dan kumpulan politik.
Hishammuddin perlu guna ISA untuk mendidik Ambiga menjadi pemimpin NGO yang lebih baik kepada negara dan sememangnya Ambiga yang bercita-cita mahu menjadi ahli politik boleh belajar dari ISA sebagai universiti politik.
Inilah peluang untuk Hishamuddin mencipta nama dalam sejarah politik Malaysia. Ahli politik perlukan isu, konflik, cabaran, tragedi, peperangan, masalah untuk menjadi ahli politik yang hebat. Kepimpinan Hishamuddin sebagai Menteri KDN dinilai oleh rakyat Malaysia akan datang berdasarkan bagaimana Hishamuddin menangani Bersih 2.0 dan permainan licik politik Anwar Ibrahim.
Hishamuddin bacalah esei-esei karangan Profesor R. H. Hickling!
4 comments:
Yg baik kita ikut, yg zalim dan kejam kita jauhi.
ISA bukan akta genius, ia akta zalim dan alat pemerintahan diktator zalim.
Bagus juga Hishamudin dan najib menyedari betapa sifat sebenar akta ini. Sekiranya Najib menarahkan Hisham mengguna ISA untuk menahan Ambiga, mereka akan dikutuk dan dihentam seluruh dunia dan Malaysia menjadi pariah.
Kita muslimin yg waras tidak akan menggunakan ISA kepada mereka hanya semata mata kerana mereka tidak bersefahaman sama dgn kita. Maka, jadilah Muslimin yg berjiwa besar.
sri hartamas
Anon Sri Hartamas,
Muslimin yang waras tidak bertindak menghuruharakan negara dan bersengkongkol dengan musuh Islam dan Melayu yang guna BERSIH 2.0 sebagai skema untuk meruntuhkan kerajaan Islam Malaysia.
Zurik, Zurik, ong kata ong blog Jerantut,ko kurang dh nulis hal JerNtut ni, tembeling apa lagi, dh antarabangsa amat db blog ong ni, sampai ke Israel, Campa, golok, medan dh ni. Takkan ong nak biar ke UD je bersultan di mata beraja di hati ttg Jerantut.
Salam tuan WZWH & Sema2...,
ISA Sebenarnya Universiti Mental Untuk Mendidik Baik Untuk Ambiga!
Bagi orang zalim adalah orang mezalimi diri sendiri. Senang bicra
ISA adalah sebaik2 Akta dari sudut pencegahan, selain dari akta darurat, dadah, popoc dan beberapa
lagi. Pencegahan bererti berkhidmat
kepada negara tanpa memilih bulu
terhadap pelacur2 undang2 negara.
Jika mereka tidak mezalimi diri sendiri, mengapa berada ditempat
serta melakukan perkara yang sepatutnya berlaku pencegahan...
Ambiga pundekuti dicontohi oleh pengikut konekuti Melayu bersungguh2 untuk hadir di Bersih
bertindak mezalimi diri sendiri dan melindungi mereka zalimkan diri...
Pang5 Banir... tetap sokong ISA...
Post a Comment