Friday, June 3, 2011

Merakyatkan IPP Tanggungjawab Berat Najib!


Pengumuman kerajaan berhubung dengan kenaikan tariff elektrik sebanyak 7 peratus berkuat kuasa 1 Jun agak mengejutkan rakyat kerana pada 25 Mei lepas kabinet memutuskan untuk tidak menaikan petrol RON95 dengan alasan prihatin kepada rakyat.

Tindakan kerajaan ini tentunya mencetuskan kemarahan di kalangan rakyat akibat kenaikan harga barangan dan perkhidmatan pula.

Dakwaan kerajaan sekarang membela syarikat pengeluar tenaga bebas (IPP). Beban subsidi IPP kini ditanggung oleh rakyat dan pemain industri yang lain.

IPP yang ditubuhkan pada tahun 1996 menjadi pengeluar utama sumber bekalan tenaga elektrik negara dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) pula bertindak sebagai pemborong menyebabkan kos pengeluaran sumber tenaga ini begitu tinggi kerana margin keuntungan dikaut oleh dua pihak sebelum sampai kepada rakyat.

IPP menjana elektrik mengunakan janakuasa yang dioperasikan dengan gas asli yang dibeli dari Petronas dengan hanya perlu membayar sebahagian sahaja kosnya dan bakinya disubsidi oleh kerajaan mengunakan wang rakyat.

Walaupun menerima subsidi yang tinggi namun IPP masih lagi menuntut kenaikan tarif. Kerajaan yang dalam rangka mengurangkan beban subsidi negara kini mengalihkan beban itu kepada rakyat pula.

Apabila pengeluaran sumber tenaga diberikan secara mandatori kepada IPP maka kos elektrik bertambah dua kali ganda dan sampai bila-bila pun rakyat akan terus menjadi mangsa. Kerajaan perlu menjelaskan nilai sebenar subsidi yang dibayar kepada IPP dan juga TNB.

Sudah sampai masanya Kerajaan mengambil alih aset dan kepentingan dalam IPP melalui TNB bagi mengurangkan kos pengeluaran. Dengan menghapuskan peranan IPP sahajalah tarif eletrik dapat dikurangkan dan rakyat mampu menerima kadar yang lebih murah dari hari ini.

Walau apapun diberikan seperti kenaikan kecil dan pengorbanan rakyat, adakah kenaikan ini atas nama kepentingan nasional atau sesuatu yang mendahulukan rakyat dan mengutamakan pencapaian?

Najib perlu merakyatkan IPP seperti Genting Sanyen, YTL, Powertek, Malakoff dll. Perjanjian yang sudah tamat dengan IPP ini perlu dirunding semula kerana IPP telah lama untung besar atas kesengsaraan rakyat.

Siapa yang patut dipersalahkan?  Adakah PM (Mahathir) atau TPM@ Menteri Kewangan (Anwar Ibrahim) semasa tahun 1990an itu? Siapa "culprit" yang sebenar menyusahkan TNB dan rakyat.

No comments:

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...