Tuesday, June 21, 2011

Kenapa PAS Sanggup Jadi Barua DAP Dan Tukar Prinsip?


Prestasi Parti DAP sejak kebelakangan ini menunjukkan satu peningkatan yang ketara dengan sokongan yang amat tinggi dari masyarakat Cina, terutama di Sarawak. Jika sebelumnya DAP memiliki hanya 6 kerusi DUN Sarawak, kini ia telah berjaya memenangi 12 kerusi, iaitu peningkatan 100%. Dengan keadaan ini, mengikut kiraan kita DAP akan memenangi 6 kerusi Parlimen di Sarawak pada PRU 13 berbanding hanya 1 kerusi yang ada sekarang.

Mengikut analisis regression , sejumlah 75% pengundi Cina telah mengundi DAP pada pilihanraya Negeri Sarawak baru baru ini, berbanding dengan hanya 60% pada PRU 2008, satu peningkatan sebanyak 15%.

Jika keadaan serupa berlaku di Semenanjung Malaysia, berpandu kepada model regression , maka DAP akan mampu memenangi 34 kerusi Parlimen di Semenanjung dan 9 kerusi di Sabah dan Sarawak, menjadi 43 kerusi kesemuanya di Seluruh Malaysia. Malah ia boleh meningkat kepada 50 kerusi jika usaha DAP di kawasan Bumiputera Bukan Islam berjaya.

Perlu diingatkan DAP kini berusaha meresapi di kawasan Bumiputera bukan Islam dengan memainkan isu isu agama Kristian, isu tanah NCR dan dengan rancangan penyatuan dengan Parti SNAP di Sarawak. Nampaknya program mereka sungguh strategik dan mantap.

Dengan keadaan demikian Parti DAP pasti muncul sebagai parti dominan dan kedua terbesar selepas UMNO.

Agaknya senario ini mendorong Parti PAS mengambil langkah luarbiasa dengan matlamat untuk mengganti UMNO sebagai Parti dominan Melayu. Kini ia lantang disuarakan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.

PAS telah mengambil langkah pertama kearah itu, mengubah landas perjuangannya, dengan menggugurkan perjuangan Negara Islam mereka. Ini membolehkan PAS dan DAP berkerjasama dengan lebih erat lagi, walau sekalipun tanpa melalui PKR sebagai pengantara.

Pendekatan ini sesungguhnya mengundang risiko besar kepada PAS, tidak kurang juga kepada UMNO sebagai Parti dominan Melayu, kepada perpaduan politik Melayu dalam PRU ke 13 dan kepada dominasi politik Melayu di negara ini dimasa hadapan.

Soalnya apakah kesan langkah PAS ini kepada Parti itu sendiri. Umum tahu PAS mendapat tempat yang berkekalan di hati masyarakat Melayu setakat ini kerana perjuangan Islamnya. Pada prinsipnya, ia bukanlah sebuah parti Melayu yang memperjuangkan hak Melayu. Kini pula ia menjadi sebuah parti kebajikan rakyat, seperti UMNO bukan lagi sebuah Parti Islam.

Dengan mengubahkan landasan perjuangannya, dijangka PAS akan mengundang risiko baru pada PRU 13 ini. Dijangka sebahagian pengikut tegar mereka( kerana perjuangan Islam Parti) sekurang kurangnya marah dan mungkin tidak akan turun menggundi, seperti berlaku kepada UMNO dalam PRU 1999 dan PRU 2008. Sebaliknya, sebahagian sektor undi atas pagar yang dulunya tidak menyetujui dasar Islam PAS dijangka kini condong kepada PAS.

Soalnya, bagaimana agaknya prestasi UMNO dan PAS setelah perkara perkara diatas diambilkira.

Jika kita teliti kembali corak pengundian yang lepas, undi Melayu untuk UMNO di atas pagar adalah dalam lingkungan 10%, dan tidak mungkin PAS mendapat kesemuanya, walau dalam senario prestasi UMNO yang terburuk sekalipun. Inikan pula dalam suasana politik Melayu dan India yang kini sedang memihak kepada UMNO dan BN.

Kita telah membuat kajian mendalam tentang kesetian penggundi Melayu terhadap UMNO berasaskan rekod penggundian dalam Pilihanraya Umum sejak tahun 1995. Apa yang kita dapati menunjukkan bahawa masyarakat Melayu memberi tahap kesetiaan yang cukup tinggi untuk UMNO sungguhpun undi Melayu kini berpecah tiga di Semenanjung Malaysia. Jadi sebarang harapan Parti PAS untuk mengganti UMNO sebagai parti dominan masyarakat Melayu hanyalah cakap orang politik sahaja dan tidak mungkin terjadi dalam masa PRU ke 13 atau 10 tahun selepas itu.

Dalam senario yang paling ekstrim hari ini, Parti PAS atau Pakatan Rakyat akan hanya berjaya memburukkan perpecahan di kalangan masyarakat Melayu sahaja sambil mengukuhkan lagi dominasi oleh Parti DAP.

Mungkin ada yang berkata, apa salahnya Pakatan Rakyat berkuasa walaupun dengan DAP sebagai parti komponan yang dominan. Dalam perkara ini kita perlu fikir sedalam dalamnya risiko yang dihadapi akibat suasana sedemikian. Pertama kemampuan Melayu mempertahan hak yang ada sekarang akan luntur. Kedua, akan timbul desakan-desakan dari Parti DAP untuk mengubah sempadan pilihanraya untuk mengukuhkan lagi kedudukannya serta menambah kerusi untuk kaum mereka secara berkekalan. Adakah kita sanggup berhadapan dengan risiko-risiko ini?

Bangsa Melayu yang beragama Islam adalah bangsa yang punyai toleransi yang tinggi dan memiliki nilai nilai agama yang menitik berat soal kebajikan dan keadilan. Sikap ini juga yang telah membiarkan ekonomi negara dikuasai orang lain. Apakah yang kita dapat harapkan daripada bangsa yang tidak mengamal nilai nilai ini jika mereka berkuasa? Saya yakin anda tahu jawapannya.

Kita rasa kaum India juga kini sedar bahaya ini. Hasil daripada tinjauan-tinjauan pendapat menampakkan mereka kini yakin yang hanya Kerajaan BN sahaja yang perihatin dengan kehendak kehendak kaum mereka.

Takrifan BARUA di dalam Kamus Dewan - orang perantaraan yang digunakan untuk mengerjakan sesuatu pekerjaan jahat, muncikari, alku, ketolol, pinang muda, jaruman; dll.

Jadi jika kita kaji takrifan ini maka PAS bukanlah sebuah Parti Islam Se-Malaysia lagi. PAS telah menjadi parti perantaraan antara PKR dan DAP. DAP dan PKR tidak perlu mengubah prinsip perjuangan mereka. Kerana impian Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri , kekuatan Pakatan Rakyat perlu dipertingkatkan. Oleh kerana DAP perlu kepada sokongan orang-orang Cina ekstremis maka PAS perlu membuang asas perjuangan ISLAM demi untuk mengambil hati orang-orang Cina ekstremis yang menjadi penyokong DAP.

Maka sekarang ini , apa bezanya UMNO dengan PAS kepada orang-orang Melayu yang menyokong PAS ? Bezanya PAS dengan UMNO lahir daripada falsafah PAS untuk memperjuangkan negara Islam dan hukum hudud. UMNO berhujah kepada PAS , jika diteruskan agenda negara Islam, maka orang-orang bukan Islam di Malaysia ini akan menentang. PAS telah tidak bersetuju dengan UMNO tetapi sekarang, demi mendapat sokongan DAP maka PAS telah menjadi BARUA No 1 dalam Pakatan Rakyat dengan membuang agenda Negara Islam dan Hukum Hudud.

Mari kita kaji betapa PAS telah menyeleweng dari asas-asas penubuhan parti tersebut ;

Adapun Perlembagaan awal PAS yang digariskan itu mempunyai empat tujuan, iaitu:
  1. Mewujudkan satu perikatan persaudaraan Islam untuk membentuk satu tenaga bersama bagi menyelenggarakan segala tuntutan Islam dan siasah yang berdasarkan demokrasi.
  2. Menumpukan segala ikhtiar dan tenaga untuk menyatukan Perlembagaan pentadbiran agama di seluruh negara.
  3. Memelihara dan mempertahankan hak-hak kepentingan dan kehormatan agama dan umat Islam.
  4. Bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan siasah yang lain di dalam negara ini, yang dasar dan tujuannya tidak berlawanan dengan ajaran Islam dalam mencapai demokrasi, keadilan masyarakat dan kemanusiaan.
Maka sekarang ini , apa jawapan PAS terhadap pengikut-pengikutnya yang mempersoalkan keputusan PAS menggugurkan konsep Negara Islam dan diganti dengan Negara Kebajikan. Malahan, konsep ini telah diketengahkan dalam MANIFESTO PAS PUSAT - dalam pilihanraya 2008 - yang bertajuk - " Kerajaan Beramanah Adil dan Bersih, Menuju Negara Kebajikan.

Para pengkaji yang menganalisis perkembangan PAS ini mengatakan PAS telah mengalami empat jenis kepemimpinan iaitu kepemimpinan ulamak tradisi (1951-1956), kepemimpinan nasionalis kiri (1956-1969), kepemimpinan nasionalis kanan (1969-1982) dan kepemimpinan ulamak haraki (1982-sekarang).

Tetapi bagi tahun 2008 hingga sekarang terdapat satu jenis lagi kepimpinan yang telah mengambil alih kepimpinan ulama haraki iaitu kepimpinan CENDIAKAWAN LIBERAL BERHALUAN ANWARIYUN. Kepimpinan inilah yang telah berjaya mentalkinkan Negara Islam dan Hukum Hudud PAS kerana telah menjadi BARUA DAP !

Sekarang PAS perlu memohon kepada ROS - Registrar of Society untuk menukar nama kepada Parti Kebajikan Semalaysia - PKS... (Dipetik dari Blog Dah Ikhwan dan Blog Anti Pakatan Rakyat)

13 comments:

Anonymous said...

Sekurang2nya di Jerantut, pengundi Cina takkan bodoh buta lagi menyokong UMNO macam pilihanraya2 sebelumnya. Syabas!

Bodoh buta sebab selalu digertak & diherdik oleh orang UMNO macam WZWH, tapi masa dekat pilihanraya baru UMNO tak malu mendatang untuk meminta "funding" la, duit ini duit itu dari masyarakat Cina...

Kali ni, banyak pihak dalam masyarakat Cina Jerantut dah muak dengan sikap talam dua muka puak UMNO ni!

Sekarang, banyak pengundi2 Cina Jerantut dah tekad beralih sokongan dari UMNO/BN.

Lebih parah lagi, "funding2" politik dari masyarakat peniaga Cina Jerantut juga dengar telah pun banyak dihentikan ke UMNO/MCA sekarang...

Tindakan bodoh sombong orang UMNO macam WZWH gertak dan lanyak orang Cina Jerantut yang akan memusnahkan BN di sini...

~ Anak Kampung Perak

amatMok said...

PAS jadi barua DAP ke UMNO jadi barua MCA?

Hairan saya tengok orang yang ada berpelajaran macam saudara boleh berfikir macam ni. Ke sijil beli?

Hakikatnya UMNO memang dah lama jadi barua tokey Cina dan India. Tak caya, kaji balik perjanjian IPP. Sapa YTL, sapa Genting? Siapa yang push thru the IPP at the expense of TNB? Orang PAS ke orang UMNO?

Sori la brader, orang kampung kat Jerantut mungkin la lu boleh tipu!

Anonymous said...

kenapa risau PAS jadi mcm tu. pd pandangan org UMNO memang mcm tu, bagi org PAS, ini adalah yg terBAIK utk tumbangkan UMNO yg meLAYUkan org MELAYU.... MENIPU org melayu, memundurkan org MELAYU.

KITA DAH hampir 54 THN merdeka. APA ORANG MELAYU BOLEH BANGGA KAN???!!

Anonymous said...

KALAU UMNO sibuk mengkaji hal-hal yang berkaitan dgn PAS. itu tandanyee UMNO sudah takut, resah, risau, dgn PAS, DAP.

maksud yg jelas... di JERANTUT, UMNO akan tumbang...

bukan sebab PAS kuat sgt, tapi UMNO jerantut telah tunjukkan begitu banyak KELEMAHANNYA...

Anonymous said...

Sun Tzu, "Know your enemy". PAS akan kehilangan banyak undi di Jerantut. 78% pengundi sudah sedar PAS parti yang tidak ada pendirian mempertahankan Islam dan Melayu. PAS parti yang senang dibeli roh perjuangannya oleh orang kafir.

Anonymous said...

Persoalan dan jawapannya, 78% sedar pas tiada pendirian, tapi pergi ke mana!!!, kepda PR...

Anonymous said...

anon2 di atas,
bersedialah menjadi majoriti yang minoriti.50 kerusi dap sudahcukup menjadikannya dominan dlam pakatan pembangkang.
pas pula perlu mengalahkan umno sebanyak mungkin kerusi.andai kan pas menang banyak kerusi melayu maka umno akan jadi pembangkang.
tapi mustahil pas menang semua.paling tidak umno dapat bertahan 40 kerusi.pas paling banyak dapat kerusi pun 59 kerusi.
jika senario ini terjadi tidak mustahil mca masuk pakatan pembangkang.ini bermakna dominan cina semakin mengembang.umno sabah pula jika menang mereka bukan semuanya islam.
jadi anon2 di atas nampak tak kesan nya kepada masyarakat islam di malaysia jika umno jadi pembangkang dan pr jadi kerajaan. suara islam dalam kerajaan pr adalah suara minoriti.suara islam dalam pembakang umno juga jadi minoriti.siapa yang akan kuat dan terus mencengkam orang islam kalau bukan dap rasis.lihat sahaja pulau pinang.jadi anon2 diatas,anda semua akan jadi pak kaduk menang sorak kampung tergadai.
bayangkan apa kah nasib yang akan menimpa bahasa melayu,agama islam hak2 keistimewaan melayu dan ketuanan raja2 melayu.belum berkuasa mereka dah tunjuk belang sudah berkuasa mereka akan tunjuk siung tajam.
anon boleh cakap tuan blog ini belajar aje tinggi tapi bodoh.tetapi jelas pada sayu andalah yang bodoh tidak dapat menyelami yang tersirat.

kutukan dewata:
biarkan mereka terjun dengan labu2 nya.tapi aku walaupun tinggal seorang akan tetap menentang kafir harbi dapis ini hingga ke titisan darah yang terakhir.biarkan kafir harbi ini berpakat dengan pas khawarij namun aku tetap melawan!!!!!!!!

Anonymous said...

Kepada Anon bodoh sombong yang munafik di atas,

Cakap macam UMNO tak serupa bikin, tolong simpan kutukan dewata mu. Cerita labu2 tu kau patut bagi pesan pada Ibrahim Ali, Mukhriz, Mahathir mamak...

Dekat Pasir Mas, siapa kontraktor anak emas Ibrahim Ali kalau bukan orang Cina? Tanyalah orang kat sana

Mahathir mamak tu pun banyak berkaut pada tauke2 Cina macam Vincent Tan, Francis Yeoh, Genting Lim, William Cheng, Lim Kok Wing dan lain2.

Di Jerantut pula macam mana?
UMNO/MCA funding pula banyak dari peniaga2 Cina.

Jadi cerita dongeng labu2 diatas tu kelakar betul...

~ Peminat cerita komedi orang UMNO

Anonymous said...

peminat cerita komidi,
anda hanya melihat pada sedikit situasi yang menguntungkan pedagang cina tapi tidak melihat akan situasi yanglebih banyak menguntungkan bangsa sendiri.
hasil cukai yang tinggi yang di peroleh drp pedagang cina dan india inilah yang digunakan untuk pembangunan yang lebih terarah kepada pedalam malaysia yang majoritinya orang melayu.mahathir jauh lebih bijak daripada anda.dia gunakan kebolehan,kepakaran,dan kekayaan golongan ini untuk membantu bangsanya.harap anda untuk menolong memajukan negara dengan tiada apa-apa pada diri anda sudah tentu tidak kesampaian.jadi janganlah anda memperlekehkan pemimpin yang banyak berjasa.manusia apakah anda yang mudah melupakan budi orang malah mengutuk lagi ada.mungkin anda ahli pas?kalau benar tidak hairanlah sebab sekarang sedang manghadapi hukuman allah kerana memperdagangkan ayat alquran selama lebih lima puluh tahun.
sekarang dibukakan allah isi sebenar pas satu persatu dan dibutakan hati mereka hingga tidak dapat melihat mana yang hak dan mana yang batil.yang terakhir ini mereka menjadi budak suruhan si keling ambiga yang anti islam itu.mat sabun dan terminum air kencing ambiga.termasuklah anda wahai peminat cerita komidi.

kutukan dewata:
senang mencari orang yang dapat membaca apa yang tersurat tapi terlalau sukar mencari orang yang boleh meneka apa yang tersirat.

Anonymous said...

Kepada Anon bodoh sombong yang munafik di atas,

Baguslah cerita labu2 kau lagi.
Anak2 Melayu banyak lagi mundur dan miskin tapi yang hairan anak2 Mahathir Mamak tu, Mukhriz & Mokhzani tak malu pula bolot kekayaan negara.

Tak pula kedengaran pejuang UMNO munafik di atas menceritakan jasa Mahathir Mamak memperkayakan sanak keluarga sendiri dengan rezeki negara...

Mahathir Mamak suka juga cakap tak serupa bikin. Konon perjuangkan agenda bangsa tapi yang untung tauke2 Cina-nya & anak2 dia sendiri juga.

Jadi cerita dongeng labu2 diatas tu masih kelakar lagi...

~ Peminat cerita komedi orang UMNO

Anonymous said...

peminat cerita komedi,
kalau tak tahu fakta jangan nak menyebok.kamu yang bodoh sombong bin tolol.
syarikat2 cina yang kamu sebut tu semua menjalankan perniagaan yang mana kerajaan juga mempunyai puluhan peratus sahamnya.pemimpin umno baukan bodoh tonggong macam kamu anak haramjadah pas parti ajaran sesat.dari segi gaya cakap kamu ni aku tau siapa kau.
kerajaan beri peluang kepada mereka bukan saja-saja beri tetapi ada imbalan balik.orang berbudi kita berbahasa.
kerja menuduh orang lain memang kerja kau orang.buat kerja tak pandai.yang pandainya hanya tahu buat perhimpunan haram di jalanan.
hanya pandai tuduh tapi tak ada bukti.kalau ada bukti repot la kat sprm.jangan cakap saja.
adik beradik sesusu kau tu baik sangat ke?habis pasir selangor di kebasnya.segala kerja kontraktor kelas F yang khas untuk bumiputera pun dia orangsapu.rumah urut yang bercambah dengan banyaknya di negeri selangor darul maksiat siapa punya kalau bukan adik sesusu kamu mafia cina tu.baik sangat ke dap pujaan kamu tu.cermin dulu diri kamu kalau nak menuduh orang lain.

adik kutukan dewata:
ayuh kita ganyang melayu murtad ni sebab dia sama saja dengan mat sapu pembela ambiga pejuang murtad malaysia.

Anonymous said...

Kepada Anon bodoh sombong yang munafik di atas,

Kita masih menunggu kutukan dewata kau buat Mahathir Mamak, Mukhriz & Mokhzani.

Tak juga terjawab. dan janganlah cuba pula membelit cerita dongeng lagi.

Anak2 Melayu masih mundur dan miskin. Tapi sanak keluarga pejuang munafik UMNO macam si Mahathir Mamak terus kaut kekayaan negara bersama tauke2 Cina UMNO macam Vincent Tan, Francis Yeoh...

Cubalah bagi tahu berapa peratus orang Melayu kerja dalam syarikat Opcom Berhad milik Mukhriz?

Berapa peratus orang Melayu kerja dalam syarikat Kenchana Petroleum milik Mokhzani?

Sebab tu lah banyak orang pun tahu yang dalam UMNO banyak pejuang munafik macam si Anon atas yang cakap tak serupa bikin...

Cerita dongeng labu2 di atas masih kelakar.

~ Peminat cerita komedi orang UMNO

Anonymous said...

anon 12.50,
awak jilatlah jubur ambiga kafir laknat tu,tentu lemak berkrim bak kata mahfuz omar@mampus koma.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...