Nuffnang Ads

Pages

Friday, June 10, 2011

PAS Jerantut-Retak Menjadi Belah Dan Hilang Motivasi Bila Tuan Ibrahim Tewas Pemilihan

















Ahli PAS Jerantut yang kecewa dengan dasar parti yang tidak lagi mengutamakan negara Islam dan tokoh ulama ditolak akan memilih YBM Tengku Azlan sebagai ahli parlimen Jerantut pada PRU 13.


PAS Jerantut kini retak menjadi belah. 

Walaupun Dr. Hamzah masih kekal dengan jawatan Yang Di-Pertua PAS Kawasan, namun calon Timbalan Yang Di-Pertua yang ditajanya , Haji Rahman Teh telah tewas. Ini memberikan satu isyarat bahawa kedudukannya dan pengaruhnya sebagai YDP sudah berani disanggah oleh ahli.

Tidak banyak perubahan yang berlaku didalam pemilihan berkenaan, namun petunjuk yang diberikan oleh anak tempatan Jerantut adalah inginkan perubahan yang lebih besar lagi yang akan dilakukan oleh parti dalam menghadapi PRU13 tidak lama lagi.

Sedikit sebanyak apa yang berlaku kepada pemimpin PKR Cabang Jerantut yang juga saudara tua YDP Pas Jerantut ini mampu mencalarkan imej beliau dikalangan ahli PAS. Melihatkan ketidak-setiaan semangat Mohd Nor yang baru-baru ini melompat dari PKR ke parti KITA membuatkan ahli PAS menyimpan anggapan yang sama terhadap beliau.

Banyak pihak berpendapat bahawa ini adalah penggal terakhir beliau akan menjawat jawatan YDP Pas Kawasan Jerantut kerana pada musim akan datang pasti beliau sudah akan ditentang oleh calon dari anak tempatan.

Ahli PAS Jerantut sudah hilang motivasi bila kekalahan Tuan Ibrahim Tuan Man anak Kampung Batu Balai Jerantut bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS yang dimenangi oleh tokoh PAS bukan ulama.

Imej Tuan Ibrahim Tuan Man yang berstatus ulama, YDP PAS Pahang dan anak sedara TG Nik Aziz ditewaskan oleh Mat Sabu telah mengecewakan majoriti ahli PAS Jerantut. Ahli PAS Jerantut tidak faham mengapa Mat Sabu yang pernah ditangkap khalwat di sebuah hotel di Kota Bharu dulu boleh mengalahkan Tuan Ibrahim Tuan Man yang berkeperibadian bersih.

Kes Mat Sabu yang telah dibuang kes atas sebab teknikal salah nombor bilik adalah dengan pertolongan TG Nik Aziz membantu maruah Mat Sabu. Tapi Mat Sabu telah menewaskan anak saudara TG Nik Aziz yang merupakan pemimpin harapan TG Nik Aziz dan PAS Pahang terutama PAS Jerantut.

Sebenarnya Tuan Ibrahim Tuan Man berminat bertanding di parlimen Jerantut namun beliau sangat menghormati YBM TS Tengku Azlan ibni Almarhum Sultan Abu Bakar. Beliau tidak bertanding dan melepaskan kepada Dr Hamzah bertanding parlimen Jerantut sebanyak tiga kali namun tewas kepada YBM Tengku Azlan.

Ahli PAS Jerantut juga kecewa dengan pendirian pucuk pimpinan PAS yang sudah tidak mahu memperjuangkan negara Islam sebagai keutamaan. PAS mahu berjuang untuk negara kebajikan. UMNO sejak 60 tahun lepas telah memperjuang dan mempraktikkan negara kebajikan.

PAS sudah mahu jadi macam UMNO. Majoriti ahli PAS Jerantut bercakap apa beza PAS dengan UMNO sekarang? PAS bekerjasama erat dengan DAP dan mempertahankan apa saja yang DAP buat secara membuta tuli.

PAS suka mempertahankan pemimpin yang rosak moral seperti Anwar Ibrahim dan Mat Sabu. PAS rela Islam dinormalisekan disama tarafkan dengan agama-agama lain dek kerana tekanan DAP. Apa lagi hal-hal membabitkan kepentingan Melayu tidak dikesah dan dihirau oleh PAS menangani permainan halus menghapuskan kepentingan Melayu.

Majoriti PAS Jerantut merasakan perjuangan PAS sudah tiada nilai kini. Apa lagi yang PAS mahu perjuangkan? Ramai ahli PAS kini bercakap mereka akan memilih YBM Tengku Azlan jika sekiranya beliau bertanding lagi mempertahankan jawatan ahli parlimen Jerantut.

Ahli PAS Jerantut merasakan YBM Tengku Azlan lebih jujur dan ikhlas dari pemimpin PAS sendiri dalam perjuangan. Sememangnya YBM Tengku Azlan adalah calon terbaik BN parlimen Jerantut.

Jika dibandingkan dengan 12 calon lain yang WZWH studi kekuatan dan kelemahan menjadi calon winnable ahli parlimen Jerantut, WZWH mengakui kelebihan lebih kepada YBM Tengku Azlan.

YBM Tengku Azlan masih ada kekuatan dan merupakan aset kepada UMNO Bahagian Jerantut. Bukanlah WZWH mahu menidakkan 12 lagi calon parlimen BN Jerantut. Dalam keadaan politik genting dan merupakan persimpangan bagi UMNO, WZWH merasakan UMNO Bahagian Jerantut dan BN Jerantut tiada pilihan, YBM Tengku Azlan perlu dikekalkan untuk sepenggal lagi bertanding kerusi parlimen P81 Jerantut pada PRU 13.

Ketika PAS Jerantut retak menjadi belah dan hilang motivasi bila Tuan Ibrahim Tuan Man tewas pemilihan Timbalan Presiden PAS maka YBM Tengku Azlan pada PRU 13 nanti akan menang dengan majoriti yang lebih besar. Ditambah sekarang UMNO Bahagian Jerantut akan melakukan reformasi dalam merombak jentera-jentera pilihanraya yang akan bertambah lebih kemas dan semakin kuat, WZWH percaya sasaran majoriti parlimen yang lebih besar Jerantut pada PRU 13 boleh dicapai.

Ini agenda WZWH sekarang...

8 comments:

Anonymous said...

Hahhaa lawak juga hang nih wzwh.Sah2 tengku Lan tak berwibawa. hang ampu dia sangat tuh pesal. dah tak ada orang umno yang berkaliber dan berwawasan dah ker kat parlimen jerantut tu?

Anonymous said...

WZWH,

Aku ingat kan kau ini bijaksana, rupa-rupa bonggok dan bangang, nama saja ada MBA, tapi analisis, sintisis dan deduksi kau ini amat mengecewakan. Apa kaitan atau korelasi nya, kekalahan Tuan Ibrahim kepada mat sabu itu memberi kekuatan kepada TS Ku Lan, MP Jerantut dan menyebabkan ahli PAS akan menyokong BN-UMNO. Tau kah kau WZWH yang Banggang(YB WZWH) Tuan Ibrahim Kalah kerana dia tak ikut nasihat supaya undur, undi penyokong tuan Brahim dan Ustaz Nasha menyebabkan Mat Sabu menang, kan mat sabu kata dia menang kerana nasib, kau tak faham ke, anak aku Tingkatan 3 pun faham.
Kalau tuan brahim tarik diri, ustaz Nasha pasti menang. Dari analisa kau,dapat di simpulkan bahawa kekuatan TS Ku Lan tiada makna dia kalah, gitu. Nampak sangat kau perosak UMNO Jerantut. Aku deduksi kan kau dan Bos kau adalah sama kebanggangan nya. WZWH jadi lah cerdik sikit.

Nasib baik lah kau cikgu kalau akauntan profesi mu, maka melingkup lah negara.
Jangan maraeh, itu himat aku .

WZWH said...

Salam Anon 3:20,
Anon cakap kalau Tuan Ibrahim tarik diri, Ustaz Nasha pasti menang. Mana logiknya Anon! Kita lihat undi:
Mat Sabu 420
Tuan Ibrahim 399
Ustaz Nasha 220

Tuan Ibrahim lebih berpengaruh dari Ustaz Nasha. WZWH semasa di KL tanya ramai perwakilan PAS semasa Muktamar, jika sekiranya pertandingan satu lawan satu antara Mat Sabu dengan Ustaz Nasha, majoriti perwakilan muktamar PAS cakap Mat Sabu tetap menang!

Kenapa Tuan Ibrahim bertanding? Kenapa tidak biarkan Ustaz Nasha ulama mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PAS. Jawabnya Tuan Ibrahim merasakan beliau lebih ulama dari Ustaz Nasha dan Mat Sabu. Tapi memang PAS sudah tidak mahu ulama. Ini yang mengecewakan majoriti ahli PAS Jerantut. PAS Jerantut mahu protes kepada pucuk pimpinan PAS Pusat dengan menolong memenangkan YBM Tengku Azlan dalam parlimen Jerantut PRU 13.

Anonymous said...

umno org islam pas pun org islam...jangan huru hara kan org islam kerana parti tuan tuan

Anonymous said...

Analisa paling bodoh abad ini, tpi blog ni mmg bangang pun, jap lg adalah anon2 muncul mempertahankan tuan blog yg bangang ni.

Anonymous said...

setuju. tuan punya blog yg komen2 sendiri punya bergabung pulak anon2 upahan wan zuri dn wan dompok

Anonymous said...

dlm kaji selidik koi.. PRU13 ni, kalau YBM Tengku Lan mempertahankan kerusi Parlimennye lagi.. PASti dan SAH kalah.... krn ada ahli UMNO yang makan dalammmmm... banyak persilangan undi yang akan berlaku... DUN depa undi BN, tapi Parlimen depa undi parti lain...

Anonymous said...

sah dengkilah tu.sah budi bahasa tak ada lah tu.sah bangangla tu sbb hanya orang yang bangang akan mengata orang lain bangang.cakap tak bersopan langsung macam mak bapak mereka tidak mengajar langsung akan adad dan tertib berbicara.ikut kau orang la.kami yang baca blog ini tahu menilai mana yang betul dan batil.

aku yang menilai:bodoh dah tentu sombong dah pasti.anon2 yang rendah kualiti sila keluar dari sini,syyyyyyiiiiiuuuuhhhhh!!!!!!!