Tuesday, June 7, 2011

Penduduk Taman Inderapura Jerantut Perlukan Dewan Serbaguna

Penduduk Taman Inderapura Jerantut sangat berharap pemimpin UMNO dan BN dapat membina sebuah dewan serbaguna untuk kegunaan orang ramai.

Posting WZWH kali ini berdasarkan satu komen dalam blog Suara Prihatin UMNO Jerantut (SPU) baca sini. Komennya begini:
Anonymous said...

UMNO Jerantut perlu pembaharuan....memang nak kalah ke

Tu..Taman Inderapura tu..tak pernah ke nak fight untuk penduduk yang 98% Melayu kat situ at least cuba la dapatkan diaorang Dewan Sebaguna ke? Apa, situ memang fix deposit UMNO/BN ke?..jangan undermind atau underestimate kawasan tu okey...

Ni..orang yang menulis komen ni..kome duduk putrajaya..tiap-tiap bulan balik Jerantut..ikut hati semua ni kome nak bisisk je ke DS Najib..tapi kome pikir tak guna juga sebab nampak deme ni susah sangat nak berubah..kome tunggu PRU je..

Taman Inderapura Jerantut mula dibina pada awal 1980an. Kini pembangunan suburban Jerantut ini telah memasuki fasa ke enam. Penduduk Taman Indera berjumlah 5000 orang. Pengundi berdaftar seramai 2500.

Taman Inderapura Jerantut terletak dalam DUN Damak dibawah YB Dato' Lau Lee (MCA) dan dalam parlimen Jerantut yang ahli parlimen baru mendapat Tan Sri iaitu YBM Tengku Azlan ibni Sultan Abu Bakar.

WZWH bersetuju dengan pandangan komen tentang perlunya sebuah dewan serbaguna untuk penduduk di Taman Inderapura Jerantut. Barangkali tidak ada tanah lagi. Tapi kenapa tanah-tanah di bandar Inderapura Jerantut senang-senang diberi kepada towkay Cina?

Wakil rakyat BN perlu serious dengan kehendak pengundi di Taman Inderapura ini. Taman-taman perumahan di sekitar bandar Jerantut semakin berkembang kepada 126 buah. Kehadiran 126 taman perumahan harus dilihat dengan positif untuk kebaikkan BN. Apakah program-program mendekatkan diri ADUN Damak dan ahli parlimen Jerantut dengan penduduk 126 taman perumahan sekitar bandar Jerantut kerap dijalankan.

YBM Tan Sri Tengku Azlan perlu proaktif menyelesaikan permintaan penduduk di Taman Inderapura Jerantut yang mahukan Dewan Serbaguna bagi kegunaan penduduk. Mungkin Dato' Hj Rosdi Awang Sulong boleh membantu kerana pengalaman beliau mengupgrade Dewan Tun Teja di Taman LKNP. Sememangnya beliau ada ketokohan untuk bertanding di DUN Pulau Tawar.

5 comments:

org kedondong said...

setuju dato hj rosdi bertanding d pulau tawar,comfirm menang besar.

Anonymous said...

Dia ada style,dia ada gaya,dia ada keunggulan..
Itulah dia Dato' Haji Rosidi Bin Awang Sulong..
I likeeeee...

Anonymous said...

anak2 pun dah kembali ke pangkal jalan,ipar pun dah bgus so terlalu layak beliau tuh jd YB...

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

WZWH kena sokong Dato' Hj Rosdi jadi ADUN Pulau Tawar sebab ayah sedara sepupu isteri WZWH. Marah orang rumah kalau tidak menyokong! Ekekekeke...

Anonymous said...

view website gucci replica handbags home high quality replica bags learn the facts here now replica bags

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...