Thursday, June 9, 2011

Masa Untuk UMNO Jerantut Bekerja Memenangi PRU 13 Bermula...


Mesyuarat sayap-sayap UMNO Jerantut sudah, mesyuarat UMNO Bahagian pun berlalu...Kepada segelintir ahli UMNO yang tidak puas hati, biar polemik-polemik politik Jerantut diselesaikan oleh pucuk pimpinan dengan bijaksana.

Kita menaruh harapan dan kepercayaan kepada MB Pahang sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO negeri dan DS Najib Presiden parti UMNO kita. Kita ahli UMNO Jerantut menyokong siapa saja yang dipilih. Buat masa ini kita menyokong dan bekerja untuk semua wakil rakyat UMNO dan BN Jerantut yang ada sekarang.

Segala teguran, kritikan dan pandangan kita semua ahli UMNO itu anggaplah sebagai tanda rasa sayang kita kepada pemimpin-pemimpin UMNO kita agar memperbaiki kelemahan yang ada. Kita ahli UMNO juga berterimakasih kepada sumbangan dan kerja kuat wakil rakyat UMNO kita membangun dan memajukan kawasan.

Ada 19,500 ahli UMNO di Jerantut. Jika ada segelintir ahli UMNO yang mahu mengukum wakil rakyat kita biarkanlah...Apa yang WZWH mahu majoriti daripada 19,500 ahli UMNO itu setia kepada UMNO, bersatu untuk UMNO dan berkhidmat untuk UMNO.

Kita 19,500 ahli UMNO Jerantut perlu memujuk dan mempengaruhi 52,000 pengundi berdaftar Jerantut agar menyokong dan mengundi parti kita UMNO. 

Siapa yang mahu ke depan mengerakkan jentera pilihanraya membabitkan parlimen dan DUN Damak, DUN Pulau Tawar dan DUN Tahan. Siapa mahu?

Masa, tenaga, komitmen, idea, dan wang ringgit dll diperlukan untuk mengerakkan jentera induk pilihanraya UMNO dan BN Jerantut, jentera pilihanraya parlimen Jerantut, jentera pilihanraya DUN  Damak, Jentera pilihanraya DUN Pulau Tawar dan jentera pilihanraya DUN Tahan.

WZWH ulangi siapa yang mahu dan berani berkorban memimpin jentera-jentera pilihanraya UMNO dan BN ini. Siapa mahu bertanggungjawap? Siapa mahu ke depan? Jentera-jentera pilihanraya ini perlu diselaras dan berkerja sebagai satu pasukan.

UMNO Jerantut dan BN Jerantut memerlukan pemimpin yang berani, pemimpin yang bijak mengatur strategi dan tangkas, pemimpin yang boleh buat jentera-jentera parti suka bekerja dengan penuh minat, dengan penuh tanggungjawab dan yang penting menceriakan jentera pilihanraya UMNO dan BN Jerantut.

WZWH ulangi secara ikhlas siapa yang mahu ke depan? Mari  pemimpin-pemimpin UMNO yang bersemangat, pemimpin-pemimpin  UMNO yang betul-betul berjuang demi agama, bangsa dan tanahair, pemimpin-pemimpin UMNO yang ikhlas, juga ahli-ahli UMNO Jerantut yang majoritinya mahu bekerja untuk memenangkan parti kita UMNO dan BN di Jerantut pada PRU 13 ini, calon-calon kita yang telah dipilih, ditapis dan ditauliah menjadi calon dari kalangan kita 19,500 ahli UMNO, kita pastikan kemenangan calon-calon kita.

Ini masa untuk kita 19,500 ahli UMNO Jerantut berjuang mempertahankan masa depan kita, hak-hak kita, maruah kita untuk kita corakkan politik Jerantut bagi lima tahun mendatang  demi kemajuan pembangunan politik, ekonomi dan sosial Jerantut.

Masa untuk UMNO Jerantut bekerja memenangi PRU 13 dengan serious bermula...

6 comments:

Anonymous said...

Perkerja perkerja UMNO ne mana ada yang betul betul berani melakukan kerja kerja dengan niat demi parti, bangsa dan negara, jangan sebut lah demi AGAMA ?, SEMUA Petugas bn khususnya umno akan berduyun duyun datang buat kerja jika di war war kan ada imbuhan yang pasti dapat, ramai lah berebut rebut nak jadi ketua urussetia, seperti, logistik,pengangkuatan, bos bilik gerakan parlomen juga dun, maka ramai lah berebut rebut nak buka bilik gerakan cawangan dan macam macam lagi.

AHLI DAN PEMIMPIN UMNU JUGA BN INI, JIKA BOLEH?, PRU MEREKA HENDAK ADAKAN TIAP TIAP BULAN, BOLEH BUAT DUIT WOOI, KITA BOLEH TENGOK GELAGAT PEMIMPIN PEMIMPIN UMNO BEREBUT PERUNTUKAN PRU NANTI, KAYA LAH SEKEJAP BELACI BELACI UMNO NE, DIUT PULAK DATANG MENCURAH CURAH DARI LANGIT, SEKALI HANTAR SATU BEG, DATO NAN BERI, DARI MANA DUIT TU DATANG TAK TAU, MAKA BEREBUT LAH JERUNG JERUNG UMNO DI BAWAH NE?.

POOORAAAH.. TAK ADA KEIKHLASAN DALAM SETIAP APA YANG DI LAKUKAN UNTUK KEBAIKAN UMNO DAN BN, PEEEE DAH

Anonymous said...

umno banyak duit!!!! lantak la bukan parti mintak sedekah!!! ini tiap kali bt progrem kutip duit!!

Anonymous said...

yer lah masa memerintah ne banyak duit lah, kumpul lah banyak banyak duit dan harta, nanti lepas pru 13 dah tak dapat nak berjoli lagi, dah jadi pembangkang, haok yang kaya dari umno dan kerajaan bn akan di sprmkan oleh pemerintah yang baru, kah kah kah

Anonymous said...

aku nk duit je..tk da duit aku tk nk keja...

Anonymous said...

zurik,

ong sorang je keje, ame akuq keje masa pangkoh mje bior nye ketoyong. bior nye kedohong, ame nye kuat memungkor. tak nyedok aku berwakilkan si pungkor. tak gitu UD, setujunngan akuq nie weh. jangan ditanye mak nye, buat bakuq tork tido sampai bunyiek sesibor.

Anonymous said...

adusss dahh letih dengan UMNOR nieeee....PRU 13 nie beruboh agin lahh pulop kiterrr gaye nyerrr

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024