Sunday, June 19, 2011

WZWH Bantu Poll : Projek Bandar Baru Jerantut : Setuju Atau Tidak


Konsep Projek "Greater Jerantut" gambaran artis.

WZWH mahu bantu poll Projek Bandar Baru Jerantut. Berikutan hasrat YB Dato' Wan Amizan Wan Razak ADUN Tahan mahu dengar pandangan rakyat Jerantut sendiri.

Dalam Facebook Dato' Wan Amizan menyatakan...


Salam kepada semua penduduk Jerantut,saya ingin mendapatkan pandangan anda semua tentang Projek bandar baru Jerantut dan terminal bas Sebelah pasar baru seluas lebih kurang 16 ekar dicadangkan kelulusanya kepada Syarikat swasta pada Tahun 2004,kini saya mohon pandangan orang ramai Atas cadangan ini.Jika tidak setuju diteruskan tulis tidak Jika setuju tulis setuju .

WZWH berharap 90,000 penduduk Jerantut perlu nyatakan pandangan anda kerana referendum anda semua akan dibawa dalam Mesyuarat EXCO Negeri Pahang minggu depan. Jika anda semua tidak bersetuju nyatakan tidak bersetuju.

Jika anda semua bersetuju, nyatakan bersetuju.

MB mahu dengar pandangan orang Jerantut. PM mahu tahu buruk dan baiknya Projek Bandar Baru Jerantut atau yang WZWH selalu sebut Projek "Greater Jerantut".

Anda semua 90,000 rakyat Jerantut yang buat keputusan. Sekian Terima kasih.

12 comments:

dobit127 said...

Salam..
Bagi kawan, pembangunan Bandar Baru Jerantut itu kawan setuju tetapi terminal baru bas kawan tidak setuju.. Yg dibina di Inderapura pun masih tidak bergerak bagaimana pula ada perancangan untuk membina yang lain..Sepatutnya kenamemikirkan bagaimana untuk memanafaatkan kemudahan infranstuktur sedia ada yang sudah siap dibina walaupun silap perancangan?.. gunakan kreativiti untuk membangunankan Bandar Jerantut tanap perlu mengorbankan banyak duit yang sebolehnya disalurkan ke projek2 lain...
Nak tanya?.Setuju2 jugak.. Yang Bandar Baru Jerantut ini sebenarnya apa fungsinya?.. just nak beri peluang untuk bumiputra memilikinya juga or sekadar untuk melaksanakan projek yan telah diluluskan pada tahun 2004 dahulu?.
Dalam erti kata lain kawan bersetuju pembangunan ini adalah fokus untuk meningkatkan majoriti penduduk Jerantut iaitu bumiputra.
Ini tidak, membina kedai dan pejabat bernilai melebihi RM500,000..Berapa kerat Melayu mampu membelinya...Harap pembangunan baru itu diluluskan dengn mengambil kira elemen ini..Kalau tidak, baik tak payah..Bangunkan dan pulihara pembangunan sekitar Bandar lama Jerantut lagi berbaloi...
Itu pandangan kawan..

Yanto said...

kawan setuju jika pelan pembangunan itu begini..... bangunkan tanah dikawasan stesen kereta api sebagai integrated hub terminal bagi jerantut.... disitu adalah stesen keretaapi , bas dan teksi . dan diwujudkan sebuah pasar kering ala-ala pasar Tanah Abang atau pasar siti khadijah setinggi 4 atau 5 tingkat dengan parking bertingkat di situ dn dibuat satu flyover disitu untuk menghubungkan kedua belah landasan itu .kemudian dari integrated hub itu dihubungkan dengan satu dataran lurus yang dikiri kananya dihiasan lampu2 ala2 ICITY di shah alam terus ke pusat bandar jerantut

shukry said...

salam. saya ni bukan warga jerantut tapi setiap minggu ke sana menjenguk wife.

sudah setahun saya berulang alik dr kuala lumpur ke jerantut menaiki bas dan kereta dan ada beberapa perkara yang rasa boleh dibaiki.

1. keadaan jalan yang teruk.
- setiap minggu keadaan jalan dari bandar jerantut ke sungai retang semakin teruk. keadaan jalan berlopak, sempit dan gelap. jalan di bandar jerantut juga ada yang masih berkeadaan daif.

- tidak dilupa jalan dari jerantut menuju ke maran, jengka. sangat berbahaya dan juga signboard agak mengelirukan.

2. lori balak yang banyak.
- diharap pihak berkuasa dapat melencongkan masa beroperasi lori balak dari siang hari ke malam hari demi kebaikan pengguna.

3. kebersihan dan kehijauan
- jika dilihat keadaan bandar jerantut saya boleh katakan ia sebagai bandar koboi (maaf atas kenyataan ni kpd warga jerantut. ini kerana boleh dikatakan sepanjang jalan tidak dihiasi dengan bunga atau sebagainya. masih banyak kawasan di bandar jerantut seperti kawasan tandus (berpasir, berdebu)dan kehijauan yg ada boleh dikatakan adalah tumbuhan liar. dari segi sampah ada yang masih teruk keadaan nya seperti di kawasan pasar jerantut.




pembangunan bandar jerantut amat baik untuk warga jerantut dan juga warga malaysia tetapi jika aspek2 kecil dapat dibaiki maka bandar jerantut akan bertambah baik.

macam saudara yanto cakap, integrated hub tu amat bagus tetapi syarikat yang beroperasi di terminal yang ada tidak banyak.

bg saya apa yang penting ialah mutu perkhidmatan. jadual tak teratur. hanya kawasan tertentu saja ada bas.

Exco kanan pemuda said...

Amat-amat setuju sekiranya pemujunya adalah Dato sri Lim Ah Chap.

Anonymous said...

EKP,
Ini bukan projek DS Lim Ah Chap tapi dari group Dato' Lau Lee he he he Dato' Si Teong tak campur he he he.

Anonymous said...

Saya mencadang supaya Projek Bandar Baru Jerantut ini ditangguhkan dulu tunggu PRU 13 kat Jerantut tengok macamana.

adrianiamri said...

Buat Yanto,
Pembangunan Bersepadu di sekitar stesen keretapi Jerentut adalah satu idea yang menarik. Tetapi jika difikirkan wang yang kena dibelanjakan itu alangkah lebih baik jika disalurkan ke arah pembentukan dan penambahbaikan sistem jalanraya..

Buat anom 10.57am,
Kenapa perlu ditangguhkan sempena PRU akan datang..Apa kaitan pembangunan dengan keputusan politik..
Ya.. Pentadbir memang boleh berubah.. Tetapi proses dan projek pembangunan seharusnya kurang mengambil kira elemen politik.. Itu sebabnya negeri Kelantan tetap diberi peruntukan dan pinjaman oleh kerajaan persekutuan walaupun berlainan idealogi politik..
Politik punya pasai tetapi bangunan kena jalan..
Walapubagaimanapun, sekarang ini kita dapat melihat pembangunan dan politik mula bercampur aduk... Seharusnya perkara melibatkan kewangan ini diurud secara disiplin dan profesional...

Terpulanglah....

shukry said...

@adrianiamri

kalau anda nak tahu banyak pembangunan berjalan sebab ada pilihanraya.

cukup lah satu contoh kecil saya bagi disini. yang mana berlaku depan mata saya sendiri dan di daerah berdekatan.


pilihanraya kerdau baru2 ini.
masa saya hantar wife saya pulang saya tengok jalanraya baru je diturap dan hanya di kawasan pilhanraya sahaja terbabit. pada masa itu keadaan jalan tidak teruk jika alasan untuk memudahkan urusan Pilihanraya digunakan.

dan ya saya setuju jika projek ini dilaksanakan selepas PRU akan datang.

adrianiamri said...

buat shukri,
memang kawan dan orang ramai tahu pembangunan mee segera di Kerdau dan lain-lain tempat adalah kerana PRK baru-baru ini. Malahan Celcom memancarkan 3.5G khas untuk PRK sahaja. Habis sahaja terus tiada 3.5G...
Apa yang kawan maksudkan adalah sepatutnya kita jangan menurut benda yang kita suka. Projek atau pembangunan seharusnya dibuat mengikut perancangan yang dilakukan lebih awal seperti draf pembangunan sesuatu daerah...Wang kena datang dari peruntukan wang pembangunan yang diluluskan dlaam belanjawan setiap tahun. Dari situ kita melaksanakan apa yang patut. Tentang projek kecemasan seperti jalan berlubang dan jalan runtuh, ia boleh dilaksanakan menerusi peruntukan wang pengurusan..
Semua itu telah difikir dan dibuat untuk menguruskan negara. Cuma elemen politik yang menganggu dan menyebabkan proses birokrasi yang tebal...

Anonymous said...

salam..
sy amat setuju sgt dgn projek ini..
ini dapat mnaikkan lagi ekonomi jerantut..
sy juga brsetuju dngn yanto.. integrated hub terminal perlu dibngunkan..
tetapi utk mmbngunkan pmbangunan seperti ini, kawasan2 perumahan perlu dibina dngan lebih bnyak trutamanya di kawasan batu 1 dgn kawasan blakang pasar.. ini kerana dngn adanya prumahan di sekitar kawasan ini akan dpt support pembangunan di kawasan itu kerana pada masa ini pembangunan hnya bnyk perumahan trtumpu di kawasan inderapura dan di kawasan masjid baru... di kawasan batu 1 kurang perumahan2 baru.. ini kerana orng jerantut lebih trtumpu utk pergi ke bndar inderapura dan ini akn mmbantutkan projek baru ini pd masa akan dtng dan boleh mnyebabkn syarikat2 atau kedai2 bagi projek baru ini gulung tikar..
sy harap pmbngunan perumahan perlu dikaji juga..

Anonymous said...

Sangat-sangat setuju... Pembangunan menjamin masa depan generasi akan datang...

Anonymous said...

sy sangat2 bersetuju dgn cadangan pembangunan integrated terminal yg mengandungi bas ekspres, bas henti2, bas bandar, bas pelancong, teksi, kereta api, dsb...cadangan perumahan utk support pembangunan terminal pun sy sgt2 bersetuju... utk kekurangan sykt bas yg beroperasi itu x menjadi masalah krn jika perumahan siap, populasi bertambah n scr xlgsg sykt bas pun akan bertambah.... tambah2 jika ade pembinaan IPT2 di kaws jerantut....utk terminal bas iinderapura tu xde masalh pun sbb terminal tu digunakan utk bas2 bdr/ pelancong yg nk ke inderapura...

mengenai harga lot2 kedai/ rumah dsb yg mungkin akan menyebabkan peniaga melayu trpinggir itu bole diselesaikan dgn penubuhan badan bertindak yg akan menjaga peniaga2 melayu ni....

terminal bas baru itu sy cdgkan mmpunyai rekabentuk yg menarik yg akan menjadi 'focal point' jika org luar dtg ke jerantut ni...

dan 1 lg... kaws masjid baru jerantut pun bole dimajukan sbg 'commercial centre'... buat konsep yg menarik n tarik org2 temerloh/ jengka/ lipis/ raub/ benta utk dtg ke jerantut ni... sbb jerantut ni strategik utk pembangunan jgka pjg...

ignore shj dgn org2 yg xbersetuju krn ini bukan pembangunan utk dia orang shj...ini pembangunan utk semua... generasi akan dtg yg akan merasa... contohnya pembangunan putrajaya yg dirasakan membazir tetapi hari ini lihatlah semua 'orang' sibuk nk ke putrajaya...
( sayang Tun M )

sekian...selamat maju jaya utk jerantut... :)

-insan kerdil-22tahun...

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...