Nuffnang Ads

Pages

Sunday, June 5, 2011

Nazri Aziz Merasmi Mesyuarat UMNO Bahagian Jerantut 2011



















DS Mohd Nazri TS Aziz, Menteri JPM merasmi mesyuarat UMNO Bahagian Jerantut 2011 hari ini. Majlis bermula dengan ucapan Ketua UMNO Bahagian Jerantut merangkap ahli parlimen Jerantut YBM TS Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar.

YBM Tengku Azlan bercakap lima perkara untuk DS Nazri bawa ke pucuk pimpinan:
  1. Dana untuk UMNO cawangan bergerak. Ini ialah maruah UMNO. Gunalah kuasa pemerintah.
  2. 5 parlimen Pahang tidak selamat termasuk Jerantut.
  3. Strategi menang PRU.
  4. Kuota BN perlu dikaji semula dan aplikasi "winnable candidate".
  5. Calon-calon PRU perlu diberitahu lebih awal 6 bulan- setahun.
DS Nazri memulakan ucapan beliau sepatutnya merasmi mesyuarat tiga UMNO Bahagian. Oleh kerana beliau kritik MCA yang menghentam UMNO maka dua bahagian lagi membatalkan jemputan bimbang MCA marah.

UMNO Bahagian Jerantut berani menjemput beliau. Jerantut Bahagian UMNO yang berani. Beliau menyifatkan mesyuarat UMNO Bahagian kali ini ialah yang terakhir sebelum PRU.

DS Nazri menyampaikan pesanan dan mandat sebelum PRU 13. UMNO Jerantut mesti memenangkan parlimen Jerantut dan 3 DUN maka BN Jerantut menang. UMNO Jerantut perlu bersiap sedia. PRU 2008 UMNO tidak menjangka. PRU 13 adalah sengit.

Jangan tanya UMNO apa boleh buat untuk anda. Tanya apa anda boleh buat untuk UMNO. UMNO bukan gedong wang. Rakyat menilai. Rakyat bosan jika UMNO kuat material.

Bukan pembangkang yang menang tetapi kerana UMNO yang kalah. UMNO kalah kerana ahli UMNO tidak menghayati. Yang penting DS Najib sebagai nakhoda menyatu padukan UMNO. Jawatan adalah tanggungjawab. Laksanakanlah. Jawatan bukan untuk dibangga.

Perjuangan UMNO "core business" untuk kepentingan orang Melayu. Kepentingan orang Melayu dijamin dalam perlembagaan:
  • Definisi Melayu
  • Tanah rezab Melayu
  • Bahasa Melayu bahasa kebangsaan
  • Islam agama persekutuan.
  • Hak istimewa orang Melayu
  • Institusi Raja-Raja Melayu-Ketuanan Melayu.
  • Untuk mengubah perlembagaan perlu 2/3 ahli parlimen dan dibawa persetujuan mesyuarat Raja-Raja Melayu. Kepentingan Melayu tidak boleh diganggu gugat.
Apa yang penting laksanakan saja. Jangan menang sorak kampung tergadai. UMNO bukan seperti NGO Perkasa. UMNO membela bangsa.

UMNO menang PRU dan berjaya membentuk kerajaan melalui BN maka laksanalah. Branding BN untuk keadilan semua kaum.

PAS hari ini tidak menganggap negara Islam sebagai keutamaan. Pemilihan PAS kali ini menolak ulama. PAS mahu negara kebajikan. PAS mahu sokongan dari bukan Melayu. Ini semua UMNO telah buat 60 tahun dulu.

Siapa yang kata UMNO tidak perlu undi Cina adalah salah. Di parlimen Kota Setar pada tahun 1969 Tun Mahathir telah menyatakan oleh kerana pengundi Melayu 90% maka Mahathir tersilap kata tidak perlu undi Cina. Akhirnya Mahathir tewas kepada Yusuf Rawa PAS.

Winnable candidate bermaksud calon boleh menang. Kalau ahli UMNO tidak sokong maka tidak menang. Kalau UMNO tidak bersatu, tidak setia, tidak kerja (berkhidmat) maka UMNO boleh kalah.

Bersatu, Bersetia , Berkhidmat.

BN Jerantut termasuk parlimen dan tiga DUN boleh menang PRU 13.

5 comments:

Anonymous said...

Salam.Si Nazri tu yg meresmikan mesyuarat agong UMNO Jerantut? eloklah UMNO jerantut pun memang bengap tahap nazri jugak. eloklah tu

Anonymous said...

Hidup perkasa. bodoh nazri azizi tu.

Anonymous said...

perkasa la bodo,publisiti murahan..padahal yang ramai masuk perkasa org umno jugek..mesti Lan Labit yang jd pengkomen di atas ni kan..ekekekeke..
i will cut u for the next umno election of jerantut..jaga2 ye Lan Labit..ur r not born to be a leader...

gelanggi 2 said...

saipa kata lan labit bukan dilahir utk jadi pemimpin,anon di atas kena terima hakikat yg lan labit skrg pengerusi perkasa dan dah pun jd leader,lepas ni umno pula menagih sentuhan kepimpinan beliau,harap mohon sokongan.

Anonymous said...

masa pemilihan bukan main mesranya, bila time xde apa2,langgar bahu pun tak tegur..pooorahh lan labit..jgn menyombong begitu..we just wait n see ya..