Monday, June 6, 2011

"Little Napoleon" Gagal Lancarkan Usul Undi Tidak Percaya Kepada ADUN Tahan!


Pengurusan UMNO Bahagian Jerantut ada pegawai khas bertitle "Setiausaha Eksekutif UMNO" satu-satunya post dalam 14 Bahagian UMNO Pahang. 13 Bahagian UMNO lain panggil post itu "Setiausaha Kerja UMNO".

"Setiausaha Eksekutif UMNO" ini juga dikenali sebagai "Little Napoleon" sebab kuasa dan pengaruhnya lebih besar dari Setiausaha UMNO Bahagian Jerantut sendiri menentukan apa-apa program UMNO Bahagian Jerantut terutama hal-hal kewangan!

Semalam berlansung Mesyuarat UMNO Bahagian Jerantut. Biasanya beg-beg perwakilan diberi diluar dewan tapi kali ini beg-beg sudah diletakkan diatas kerusi. Ada ceritanya.

Wakil Perhubungan UMNO Pahang ke Mesyuarat UMNO Bahagian Jerantut kali ini ialah dari UMNO Bahagian Bentong. Bila wakil Perhubungan UMNO buka beg maka ada dijumpai kertas usul khas: Kertas Mesyuarat Bilangan 04/08/2011 tajuk: USUL-USUL CAWANGAN DITERIMA TANPA BAHAS (ISU MENYENTUH WAKIL RAKYAT)!

Terdapat usul-usul tidak percaya kepada ADUN Tahan dari empat cawangan. Tiga dari DUN Tahan dan satu dari DUN Damak. Yang mengelikan hati WZWH ada juga usul itu yang mengusulkan undi tidak percaya kepada kepada ahli parlimen Jerantut!

Maka Wakil Perhubungan UMNO Pahang yang terdiri dari UMNO Bahagian Bentong pun terus melaporkan hal ini kepada bosnya. Sudah tentu bosnya yang merupakan MB Pahang prihatin kepada hal-hal sensitif begini. Jangan ingat MB tidak memantau mesyuarat UMNO Bahagian-Bahagian UMNO Pahang.

Bila WZWH dimaklum juga maka WZWH terus bertindak. WZWH bertanya kepada "Little Napoleon" kenapa jadi macam ini. Kalau mahu teruskan baik teruskan kertas usul khas mencalar ADUN dan ahli parlimen senang WZWH mahu susun "barisan speaker terhebat dari DUN Tahan". Tak bergema macam hililintar di dewan atau kerusi berterbangan!

"Little Napoleon" mengaku ada 800 kertas sebegitu telah dicetak dan diletakkan dalam semua beg-beg perwakilan. Tapi terdapat arahan baru supaya kertas usul khas itu ditarik balik. Sudah tentu "Little Napoleon kelamkabut untuk "recall" balik. Maka beg-beg untuk Wakil Perhubungan UMNO Bahagian tidak sempat untuk dibuang.

Betul ke tak sempat. Mungkin perbuatan itu dibuat secara "purposely". Siapa yang buat keputusan supaya kertas usul khas Mesyuarat Bilangan 04/08/2011 tajuk: USUL-USUL CAWANGAN DITERIMA TANPA BAHAS (ISU MENYENTUH WAKIL RAKYAT) diletakkan dalam semua beg-beg perwakilan. Kenapa pula pada saat akhir ada arahan baru?

Semasa ucapan penangguhan ada perwakilan yang menegur sikap dan pengurusan kewangan "Little Napoleon" ini. Ku Lan Ketua UMNO Bahagian cakap beri bukti kepada beliau kalau ada pegawai-pegawainya yang tidak mesra melayan ahli-ahli UMNO dan menyeleweng peruntukan kewangan. Beliau akan "berhentikan pegawainya sertamerta"!

WZWH telah minta Bendahari UMNO Bahagian Jerantut dan Naib Ketua UMNO Bahagian Jerantut yang sangat berpengalaman menguruskan hal-hal kewangan UMNO dan peruntukan parlimen supaya memantau dan mengaudit "Little Napoleon" ini.

Siapakah di belakang "Little Napoleon" yang sikapnya menjengkilkan ahli-ahli UMNO Jerantut ini? Adakah "Little Napoleon" ini adalah hanya budak suruhan Setiausaha UMNO Bahagian Jerantut yang bercita-cita besar mahu menjadi ahli parlimen Jerantut mengantikan Ku Lan nanti?

Sebenarnya tiga hari sebelum mesyuarat UMNO Bahagian Jerantut WZWH sudah dapat info berkenaan "tindakan berniat jahat ini" kerana ada yang terlepas komen dalam blog WZWH. Rumors dikalangan ahli-ahli UMNO pun ada bercerita hal ini.

Jangan sampai nanti Ku Lan cakap kepada "Little Napoleon", "You are fired!"

19 comments:

Anonymous said...

Salam.UMNO tetap tidak mahu berubah.Dah tau ada ajk yg macam tu kenapa masih disimpan? tunggu rakyat undi pembangkang ke baru nak ambil tindakan? bodoh sungguh pemimpin pemimpin UMNO jerantut ni.Aku rasa lembu tepi jalan lebih cerdik dari ajk umno jerantut ni

anak buah mizi said...

sepatutnya undi tidak percaya itu diedarkan kepada semua perwakilan,baru semua perwakilan tau apa ceritanya..SYABAS SUE....

Anonymous said...

Kasi pecat saja mizi tu..dahla umno tengah nazak,dia sedap2 bahan duit umno,makin nazak lah umno ni..
KITA PAKAT RAMAI2 HANTAR MEMORANDOM TIDAK PERCAYA KE MIZI PADA TAN SRI TENGKU..
ITU BARU BETOL,AND THEN KITA LANTIK AZMAN BIN MAT YASSIN GANTI TEMPAT MIZI.DIA LAJU BEKERJA N DIA JUGA DIGELAR DATO AZIZAN JR..

-Hardcore Man Yassin.

Anonymous said...

memang patut usul undi tak percaya di serahkan kepada perwakilan semua, baru org tau yg beberapa cawangan di jerantut tak suka ke timbalan ketua bahagian. lagi pikir mcm org bodo wzwh ni. wan amizan takut undi tak percaya tu di sebut pada mesyuarat tu. tapi takpa menda tu dah lps keatas pn. wan amizan arah kan Suk buang semua dlm beg perwakilan. sebab wan amizan dah pucat takut.jgn harap lah nak lps calun lps ni wahai si ustad wan mizan yg membaca hadis tempoh hari. hehehehe. tahniah dato shahrip sebab tanya ustad ahmad shah. BETUL KE TIMB. BACA HADIS TU... AHMAD SHAH TERSIPU2 MALU. HUHUHUHU

Anonymous said...

wahai anon bangang di atas,
xtau beza ke gurauan atau tidak. itu hanya usikan pengerusi tetap.
lagi 1,apa kaitan plak politik dgn SUK???
aduh,aduh..seorang lagi pengkomen hamsap..

Anonymous said...

bagi dr sukri saje yang bole menyelamatkan umno bahagian jerantut,sbb dia ada anak buah yang hebat2 yang dapat menbantu dia menguruskan UMNO bahagian jerantut.seperti ju mansor,azman mat yasin.nik pemandu merangkap penasihat khas dun p.tawar.

anak puteri jtut. said...

hartini KETUA PUTERI layak di lantik sebagai ketua wanita akan datang.

ahli puteri said...

setuju hartini dilantik ketua wanita akan datang,sebab ketua wanita sekarang pandir.

man y said...

mizi adalah setiausaha kerja yang bagus,dari segi kerja apa yang dibuat semua jujur iklas demi perjuang parti.balik pun dia dah pergi ke mekah,x lojik buat kije2 gitu....mizi ni dah kaya lama sebelum dia kije dengan umno bahagian jerantut lagi.

abu busu said...

aku urus hal bendera je iya .

Anonymous said...

hahaha..abu busu memang johan bab uruskan banner n bendera ni..steady la abu satu batu..man yassin apa kurangnye..

Anonymous said...

mizi,SPRM cari awok..

Anonymous said...

hartini umah banjir yg sakai itu kah????

Anonymous said...

:hartini mmg layak diangkat sgbai pemimpin.
:abu...saya pecaya aok mmg pandai kerja
:man yassin the best

Anonymous said...

kepada WZWH, anda terlalu banyak menyalahkan orang sedangkan anda tidak menjadi pelaksana...sedarkah anda firaun kecil tu adalah anda...anda yang menghebohkan dilaman blog anda sendiri tentang keburukan umno jerantut...isu undi tidak percaya sepatutnya tidak dikeluarkan didalam beg perwakilan kerana ia telahpun disepertujui didalam mesyuarat dan di minitkan..biarlah kita didalam dewan sesama umno sahaja yang mengetahui dan membahas isu tersebut...namun andalah firaun kecil yang telah menghebohkan isu ini dilaman blog anda yang tidak mencerminkan kecerdikan anda...saya tidak lah rapat sgt dengan suk mizi, namun melihat dari kerja dan sistemnya saya amat meyakini kerjanya lebih hebat dari anda..seorang yang mempunyai prinsip dan pelajaran...sepatutnya bendhari yg melaksanakan kerja ini namun bendahari dekat dgn mesyuarat agong baru terkial-kial membuat kerja..kenapa sebelum ini dibiarkan..kenapa selama ini tidak mahu kerja dengan umno...sama seperti anda WZWH..bila ada mesyuarat agong maka ada lah muka anda di jerantut..jalankan kerja dan amanah anda sebagai AJK pemuda dahulu...semoga UMNO dibawah lindunganALLAH S.W.T...

Penyokong Tegar Ku Lan said...

Anon 3:35,
Tugas SUK Mizi buat kerja untuk hal-hal parti UMNO Bahagian Jerantut bukan "buat kerja untuk berpolitik" pada pihak yang menentang Ketua UMNO Bahagian. Etika kerja SUK itu salah sepatutnya buat kerja yang diamanah bukan buat kerja yang bukan kerja dia.

Anonymous said...

mizi setiausaha esukutif la banggang bukan setiausaha kerja...dia tak layak jd suk..taraf dia tinggi..hidup mizi..apa berlaku aku tetap sokong awk..

Anonymous said...

mizi setiausaha esukutif la banggang bukan setiausaha kerja...dia tak layak jd suk..taraf dia tinggi..hidup mizi..apa berlaku aku tetap sokong awk..

black water said...

mizi tu org islam...mcmmana silap dia pun kita pakat perbetulkan...jangan mudah menghukum..

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...