Thursday, June 16, 2011

Strategi Mudah Menang PRU 13 Parlimen Dan DUN-DUN Jerantut


Banyak orang kata, MB pun kata , Ku Lan pun kata Jerantut ini kerusi parlimen BN tidak selamat akan kalah PRU 13. WZWH anak jati Jerantut, anak Ulu Tembeling sebaliknya kata parlimen BN Jerantut dan DUN-DUN semua selamat.

Tidak payah guna strategi-strategi pusat atau negeri yang rumit. Kita orang Jerantut boleh guna strategi mudah  menang PRU 13 parlimen Jerantut dan DUN-DUN. Kita tidak perlu menunggu arahan Putrajaya dan Kuantan sebabnya kita orang Jerantut tahu persekitaran politik Jerantut. Kita tahu kekuatan dan kelemahan orang Jerantut.

Strategi menang PRU 13 parlimen dan DUN-DUN Jerantut cukup mudah sebenarnya jika kita tahu cara-caranya. Ditambah pula iklim politik negara sudah berubah maka politik Jerantut pun boleh berubah. Maka kita perlu yakin, jangan bersikap negatif. 52,000 pengundi Jerantut melihat kita. Bagaimana pengundi Jerantut mahu memilih kita jika kita sendiri tidak yakin dan mempunyai attitud yang negatif.

WZWH yakin dan percaya suasana politik sekarang di Jerantut adalah kondusif kepada kita. Sekarang kepimpinan negara dibawah DS Najib. Sangat mudah untuk jual produk-produk politik kepada pengundi Jerantut. 52,000 pengundi Jerantut adalah rasional mahu masa depan yang cerah, membangun, memudahkan buat mereka.

Mereka pengundi Jerantut seramai 52,000 orang itu pun tahu salah memilih wakil mereka juga yang susah! Mereka pun tahu sekarang jika memilih kita apa-apa yang mereka mahu senang dilaksanakan kerana DS Najib sangat tahu Jerantut itu dalam negeri Pahang.

Bila saja PAS menggugurkan negara Islam sebagai keutamaan dan mengutamakan negara kebajikan, pada saat itu doa orang-orang UMNO lebih dimakbulkan oleh Allah SWT kerana perjuangan PAS lebih mengutamakan Putrajaya (KUASA) lebih dari mengembangkan syiar Islam!

Adakah undi yang dapat ke Dr Hamzah calon PAS parlimen Jerantut pada PRU 12 sebanyak 17,597 dapat dipertahankan lagi bila berdepan dengan suasana politik terkini? WZWH yakin undi sebanyak itu akan berkurangan.

Orang UMNO yang mengundi PAS akan kembali ke pangkal jalan, orang Cina yang protes atas beberapa sebab sebelum PRU 12 yang tidak ditangani dengan berhemah akan kembali, dan pengundi atas pagar akan lebih yakin memberi undi kepada kita serta pengundi PAS yang kecewa dengan perubahan dasar PAS yang drastik menolak negara Islam dan hukum hudud!

Kita ada 19,500 ahli UMNO di Jerantut. Strategi yang paling mudah jika kita ahli UMNO dapat cari cukup seorang saja maka 2 x 19,500 = 39,000 undi sudah menang besar wahai ahli-ahli UMNO Jerantut. Ok jika kita tolak 40% maka kita masih dapat 23,400 undi dan kita masih boleh menang selesa.

Kalau kita terangkan matematik ini kepada ahli UMNO orang Asli cawangan Sungai Kiol pun mereka faham. Apa lagi ahli UMNO orang Asli Kampung Kuching Ulu Tembeling yang merupakan orang Asli paling cerdik di Jerantut.

Kita jaga cawangan tempat kita. Kita jaga kampung kita. Kita jaga saudaramara kita, kita jaga kawan-kawan kita, kita jaga kumpulan-kumpulan kita, kita jaga rangkaian-rangkaian kita, kita jaga ahli-ahli UMNO kita, itu sudah cukup baik.

Yang lain-lain itu kenalah kreativiti wakil rakyat sendiri, kerajaan, agensi-agensi kerajaan, GLC dan swasta yang menyokong perjuangan kita perlulah turun padang membantu parti kita UMNO dan BN ini. Tidak ada yang susah. Ini lah strategi mudah menang PRU 13 parlimen dan DUN-DUN Jerantut.

WZWH yakin, tuan-tuan dan puan-puan yakin, saudara dan saudari yakin, kita semua pengundi 52,000 Jerantut yakin apa lagi kepada calon-calon UMNO dan BN yang bakal terpilih berikan senyuman mesra anda tunjukkan keyakinan, tunjukkan kesungguhan pasti anda semua boleh diterima oleh 52,000 pengundi berdaftar PRU 13 Jerantut.

6 comments:

Anonymous said...

kalau strategi WZWH ni menjadi ... puhhhh putih mata laa PAS ... dapat TELOR je laa PAS ..... apa tak telor . 52,000 pengundi .... keluar mengundi 75% = 39,000 .... ahli UMNO ada 19500 .... satu orang dapat pegang seorang jadi 39000 ... tak ke dapat telor je PAS

Anonymous said...

Kalau setakat kira atas kertas macam matematik semua orang akan menang.Yang Penting buat kerja.Jangan hanya berpolitik sepanjang masa tapi tak mahu layan kehendak rakyat.Berbaiklah sesama UMNO dahulu baru boleh menang.Jangan seorang ke hulu dan seorang kehilir.

Anonymous said...

yang susahnya ahli ahli umno yang tak mengundi bn, inikan pula cina, yang atas pagar mungkin dapat sikit kat bn, tapi bagi pengundi pegundi pas, mereka jarang berpaling tadah mcam orang orang bn. kah kah kah

Anonymous said...

wzwh,

you are really palat dan butoh lah,

tiu nia sin loh.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Anon 9:48,
Sangat indah bahasa Anon. Kalau Anon Melayu WZWH nasihat belajar ilmu. Kalau Anon Cina@ bukan Melayu belajarlah sivik. Kawal EQ dan IQ Anon. Kalau Anon pembangkang maka posting WZWH ini sungguh berkesan. Kalau Anon rasa nak marah dan geram lagi, gunalah bahasa yang lagi kasar because your curse is still polite to WZWH ekekekeke say it more, say it lauder....WZWH can't hear you...

Anonymous said...

wzwh...
jangan marah beliau,mungkin asuhan mak ayah beliau yg buat beliau jd begitu..
masa kecik beliau byk makan tahi ikan bilis goreng..

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...