Thursday, June 2, 2011

Politik Baru Jerantut : Telus, Kreatif dan Accelerate


Ini slogan baru politik Jerantut yang WZWH mahu terap dan applikasi dalam politik baru Jerantut. WZWH mendokong agenda ini:
  • Telus (transparency)
  • Kreatif (creative)
  • Accelerate (pecutan)
WZWH akan lobi kepada pucuk pimpinan bahawa calon-calon BN yang bertanding pada PRU 13  di parlimen, DUN Tahan dan Pulau Tawar faham slogan ini.

Pemimpin kuda tua tidak faham slogan ini dan sememangnya sudah tidak endah lagi kerana jiwa politik mereka sudah tidak relevan dengan tuntutan semasa. Pemimpin lama ini perlu berehat.

Telus dengan peruntukan. Kalau peruntukan RM1 juta mahu pun  RM100,000 perlulah jelas. Kita tidak mahu ketirisan peruntukan diseleweng dan disalahguna oleh pegawai-pegawai YB.

Kreatif bermaksud kalau YB itu berbelanja peruntukan RM100,000, YB perlu kreatif menjadikan peruntukan itu RM350,000. Itu dipanggil kreatif! Apa cara? Kreatif. Jangan peruntukan RM100,000 dipotong jadi RM50,000.

Kreatif bermaksud kalau nilai projek itu RM30 juta, kita kena lihat kepada realiti ekonomi dan "allign" dengan kementerian, jabatan dan unit maka jika kita boleh jadikan peruntukan RM30 juta itu ditambah kepada RM100 juta itu dipanggil kreatif.

YB kena perlu selalu pergi ke kementerian, jabatan dan unit, rajin melihat perkembangan info semasa, apa yang boleh dimajukan. Jika projek itu tidak ada dalam RMK 10, kita cuba cadang atau cipta projek yang boleh ditempat kita. 

Tidak kira apa orang mahu kata itu projek langit ke tujuh atau nilai projek itu termahal di Malaysia. Yang penting peruntukan projek sebanyak itu telah diluluskan oleh kerajaan kepada tempat kita.

Kalau YB duduk diam, tidak buat apa, setakat berharap kepada Kuantan, malas berharap kepada Putrajaya atau tidur di Kuala Lumpur. Itu ahli politik buang masa.

Ahli politik Jerantut yang berharap kepada tanah-tanah strategik Jerantut diberi kepada syarikat tertentu dan keluar kayu atas nama JKKK agar beroleh sedikit komisen dan imbuhan itu politik tidak kemana kerana kita tidak menyelesaikan masalah orang ramai.

Ahli politik Jerantut yang duduk saja tanpa buat apa-apa untuk Jerantut setakat mempamirkan imej luaran bersifat kosmetik dan bergantung pengaruh luar demi survival politik adalah ahli politik Jerantut yang tidak genuine perlu segera berundur dari politik Jerantut.

Jerantut perlu ahli politik yang telus dan kreatif untuk accelerate segala peruntukan, pembangunan demi kebajikan dan kemakmuran ekonomi, sosial dan politik Jerantut.

WZWH harap ahli-ahli UMNO dan 52,000 pengundi parlimen dan tiga DUN Jerantut memahami mesej WZWH ini.  Jika tidak berfikirlah dengan pemikiran yang terbuka dan hati yang tulus ikhlas. Jalan yang lurus sebenarnya terbentang di depan kita jika kita yakin, berusaha dan percaya kepada ketentuan Allah.

Inilah  realpolitik Melayu Jerantut yang sebenarnya dan original. Manifesto politik baru Jerantut telah WZWH bentangkan. Terpulang kepada anda semua orang Jerantut untuk menilainya. 

5 comments:

Anonymous said...

..... accelerate .... YB sambar dulu apa saja projek .. kat jerantut .... poket mesti penuh baru bagi balance kat rakyat jelata ... itu kreatif ....

Anak Kuala said...

Ahli politik Jerantut yang berharap kepada tanah-tanah strategik Jerantut diberi kepada syarikat tertentu dan keluar kayu atas nama JKKK agar beroleh sedikit komisen dan imbuhan itu politik tidak kemana kerana kita tidak menyelesaikan masalah orang ramai.AYAT NI GAYA MENGUTUK KE BOS AKU ADUN PULAU TAWAR AJE? TAHULAH RAKYAT DAH TAHU ADUN AKU DAN BALUN BANYAK PROJEK BALAK ATAS NAMA JKKK. TP JANGANLAH UNGKIT LAGI TTG DR SUKRI DOREMON PENDEK NI, SAKIT HATI AKU TAUUU?

Anonymous said...

50 thn lbeh BN memerintah, terlalu lama, 50 thn tempoh normal bagi sesebuah kerajaan akn ditumbangkan setelah lama memerintah, sampai bila BN akn bertahan? ape yg sy risaukan ialah rakyat salah tukar kerajaan, ingin singkirkan yg buruk, tetapi tersalah ganti dgn yg lbeh buruk, sbb skrng kebnyakan org terlalu ikut perasaan

Anonymous said...

politik baru? bunyi mcm pudin timbalan menteri mcgay gay jer

fasal jamlus said...

kalau nak politik br apa kata kita mintak dan sokong mizi jd ahli parlimen,dia berkeliber,blh bt kerja.telus dan amanah

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...