Sunday, June 26, 2011

Istana Sri Tembeling : Politik Tradisional Pahang Dan Warisan



















Gambar di atas ialah pemandangan  Kampung Bantal di Ulu Tembeling. Kampung ini merupakan "city centre" pusat kepada lima kampung yang besar di Ulu Tembeling iaitu Kampung Gusai, Kampung Mat Daling, Kampung Kuala Sat dan Kampung Pagi.

Kampung Bantal merupakan pusat pentadbiran Ulu Tembeling. Perhatikan ada sebuah bangunan macam kotak di atas bukit. Ini ialah sebenarnya Istana Sri Tembeling. Tentu anda tentu tertanya-tanya kenapa di tempat pedalaman ini ada bangunan yang dipanggil istana? Rakyat Pahang hanya tahu istana hanya ada di Pekan bandar Diraja dan Kuantan ibu negeri Pahang.

WZWH hanya mahu menyatakan bahawa Istana Sri Tembeling itu hanya testimoni dan simbolik bahawa ada sejarah Pahang dan Keluarga Diraja Pahang di Ulu Tembeling. Walaupun struktur bangunan Istana Sri Tembeling tidak seberapa kosnya dan tidak mewah namun itu cukup bermakna mengingatkan nilai politik tradisional dan warisan.

Sememangnya Istana Sri Tembeling yang dibina pada awal tahun 1970an atas titah Almarhum Sultan Abu Bakar adalah simple dan ringkas namun pengertiannya besar dan sungguh bermakna kepada penduduk Ulu Tembeling dan Jerantut. Istana Sri Tembeling masih digunakan oleh Sultan Pahang dan Kerabat Diraja hingga kini.

WZWH masih ingat ketika WZWH masih kecil pada awal tahun 1970an di Istana Sri Tembeling inilah tempat berbagai-bagai majlis diadakan. Dekat dengan Istana Sri Tembeling ini ada pentas istana di tepi empangan kecil. Masih terbayang-bayang wajah Almarhum Sultan Abu Bakar seorang Sultan yang sangat dikasihi oleh rakyat Pahang dekat dengan rakyat pedalaman baginda.

Tuanku Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah sejak 25 tahun dulu sering beradu di Istana Sri Tembeling ketika Tuanku melawat Ulu Tembeling. Tapi bila Tuanku menggunakan helikopter tidak menggunakan bot lagi sebagai pengangkutan ke Ulu Tembeling maka Istana Sri Tembeling menjadi sepi.



KDYTM Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah sering juga melawat Ulu Tembeling dan beradu di Istana Sri Tembeling sejak dari zaman muda hinggalah sekarang. Pada tahun 2009, Tengku Mahkota beradu 3 hari 2 malam di Istana Sri Tembeling. WZWH berasa kagum dengan semangat cinta kepada kampung pedalaman dan kesungguhan Tengku Mahkota mendekati rakyat Ulu Tembeling.

Tengku Mahkota mempunyai banyak idea bagimana mahu mengindahkan kampung-kampung Ulu Tembeling. Tengku Mahkota mahu kekalkan dan "preserve" struktur Istana Sri Tembeling kerana istana ini adalah dari ilham dan titah nenda Almarhum Sultan Abu Bakar.

Istana Sri Tembeling mengingatkan WZWH kepada tradisi politik tradisional Pahang. Walaupun dari mana anda belajar tidak kira dari UK, Amerika, Australia, Timur Tengah dll bila terpandang Istana Sri Tembeling maka semangat tradisional asal usul adat resam budaya Pahang termasuk sistem politiknya meresap dalam jiwa kerana itulah jati diri anak warisan Pahang.

Pada posting yang akan datang WZWH akan menulis secara falsafah politik tradisional Pahang dan semangatnya yang masih relevan dengan pemikiran politik Pahang moden yang menjadikan kita rakyat Pahang yang unik dan mempunyai kekuatan kita orang Pahang yang tersendiri.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...