Tuesday, June 14, 2011

Definisi Pemimpin Ulama Dan Profesional Mengikut Ideologi PAS


PAS dakwa partinya satu-satu parti Islam di Tanah Melayu kini Malaysia. PAS ada takrif atau definisi pemimpin ulama dan profesional mengikut pemahaman ideologi PAS.

Definisi pemimpin mengikut pemahaman ideologi PAS seperti berikut. Kutukan Dewata salah seorang pengkomen tetap blog WZWH berkata...

PAS mengkelaskan pemimpinnya kepada 2 kelas. Pertama ulama dan kedua profesional. Agak lucu. Meloyakan pun ada. Pemimpin PAS mana yang bertaraf ulama ni. Berapa buah buku agama yang mereka sudah terbitkan.

Buku agama atau kitab yang boleh dirujuki oleh umat islam demi mendaulahkan syariat dan tauhid Islam. Ada ke pemimpin PAS yang macam tu. Atau angkat bakul syok sendiri. Kalau setakat lulusan al Azhar atau Universiti Madinah ataupun Universiti Pakistan, saya pun layaklah digelar ulama. Bersepah di luar sana yang ada itu semua.

Ulama yang sebenarnya bila berkata-kata sangat takut akan kemurkaan Allah. Bila berhujah hanya yang hak dan tidak mementingkan kepentingan diri dan kumpulan. Ada ke pemimpin PAS yang macam tu. Perjuangan mereka selama ini adalah menegakkan negara Islam. Sekarang ni negara kebajikan pulak. Sekarang baru sedar tiada disebutkan negara islam dalam al-Qur'an.

Sia-sialah mereka mengkafirkan UMNO. Sia-sialah sembahyang dua imam. Sia-sialah kenduri asing-asingan. Sia-sialah nikah semula ahli PAS dan UMNO. Sia-sialah perjuangan Ibrahim Libya yang terkorban kerana taksub kepada perjuangan tok guru PAS. Sia-sialah ahli PAS yang sanggup jadi budak suruhan DAP dengan berbaring di atas jalan raya menghalang kenderaan Di-Raja Perak. 

PAS sentiasa hidup dalam keadaan sia-sia. Lebih sia-sia lagi bila PAS lebih rela mengutama kafir laknat dan menepikan ajaran al Qur'an yang menyuruh kita merapatkan silaturahim sesama Islam. Itu bab kepimpinan ulama.

Sekarang lihat pula kepimpinan profesional. Profesional ke Mat Sabu yang gagal dalam peperiksaan di ITM. Profesional ke Mahfuz Omar yang hanya lulus SRP  dan jadi kuli di lapangan terbang. Profesional taik kucing lah tu....dua orang ni timbalan dan naib presiden. Bayangkan lah mereka ni jadi Menteri Pusat. Tidak dapat saya nak bayangkan.

Sesungguhnya Allah meletakkan seseorang itu pada tempat yang seadil-adilnya. Kita tidak adil jika meletakkan kasut di atas kepala dan meletakkan songkok di kaki. Rakyat Malaysia yang berakal fikir-fikirkanlah.

Setiap pemimpin yang memimpin negara adalah pemimpin yang di angkat oleh Allah. Janji Allah adalah Dia akan angkat kerajaan yang Dia suka, dan akan jatuhkan kerajaan yang Dia tidak suka. Jadi janganlah kita hendak sibuk-sibuk sampai berkelahi sesama sendiri. Sampai janji Allah maka bertukarlah kerajaan. Itu pun kalau kita percaya pada Rukun Iman. Wassalam.

2 comments:

Anonymous said...

Bagi yang mahu meluangkan masa untuk berfikir sejenak, Kutukan Dewata itu ada logik dan asasnya.... Allah dah susun semuanya elok dah..sepatutnya ditambah baik dengan kekuatan umat Islam secara bersepadu, bukan hentam menghentam dan saling menjatuhkan...

Anonymous said...

"PAS mengkelaskan pemimpinnya kepada 2 kelas. Pertama ulama dan kedua profesional."

Salah. Tak pernah PAS kata gitu.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024