Monday, June 27, 2011

LKS Mahu PR Tawan Pahang PRU 13!




Bumi Pahang akan bangkit kembali mempertahankan kod politik 1-4-8-16.

Lim Kit Siang (LKS)  telah memperlihatkan niat sebenar rally BERSIH 2.0 yang akan diadakan 2 minggu lagi bila mula cakap konfiden mahu PR tawan Pahang PRU 13.

Jarang kita dengar pemimpin DAP berkeyakinan bahawa Pahang boleh ditakluki. Dalam speech terbarunya, LKS kata PR mahu kekalkan 4 negeri, ambil balik Perak dan menawan 6 negeri lagi termasuk Pahang!

LKS kata PR boleh tawan Pahang? Over WZWH's dead body!

Apa yang buat LKS  begitu yakin? LKS nampak bahawa isu Lynas boleh meruntuhkan kubu BN Pahang. Sebab itu PR telah "psiko" persepsi rakyat Pahang supaya lebih percaya emosi dari fakta.

Peneroka-peneroka di Pahang dikatakan sudah berubah sikap. Saman Felda atas apa-apa isu boleh dapat wang. PAS dengan konsep negara kebajikan dapat menarik minat pengundi Melayu di bandar, luar bandar dan Felda kononnya.

LKS baca banyak kerusi yang dimenangi BN adalah dari majoriti kecil dari 500-1500. LKS baca 15 kerusi boleh dapat, ditambah 5 kerusi yang ada maka hanya 2 kerusi lagi diperlukan. Kesemua kerusi DUN Pahang berjumlah 42 kerusi maka PR perlu menang 22 kerusi untuk membentuk kerajaan negeri baru.

2 kawasan pengundi bercampur iaitu di N13 Semambu (majoriti 2136) dan N30 Mentakab (majoriti 2439) sangat mudah diratah oleh DAP dan PR kerana ramai pengundi Cina bandar. 

LKS sebenarnya ada asas untuk bercakap bahawa PR boleh menawan Pahang! DSD Adnan Yaakob MB Pahang perlu ambil serious ancaman LKS.

Adakah Pahang semudah itu boleh ditawan PR mengikut sasaran LKS? Ada satu "force" yang LKS tidak faham dan tahu bahawa selain UMNO yang merupakan kubu kuat Pahang ada dibelakangnya satu "drive" kekuatan akarumbi rakyat Pahang.

Kuasa politik ini telah beratus-ratus tahun tersemat di jiwa seluruh pelusuk Pahang. Untuk LKS dan PR mahu mengambil Pahang maka terpaksa berhadapan dengan "ancient political structured force".

Tentu orang politik yang belajar tidak kira dari mana universiti di dunia ini anggap ini hanyalah politik kuno dan penuh mistik. 

Ada satu kod politik yang akan bangkit. Ini kod rahsia Pahang. Disimpan beratus-ratus tahun  oleh pahlawan-pahlawan Pahang. Kod ini lebih menyerlah bila orang Pahang sendiri menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Adunan politik moden dan politik tradisional  Pahang akan buat satu semangat dibangkitkan dari kod politik ini. Rakyat Pahang tidak kira dari mana pelusuk negeri dan yang tinggal diluar akan bangkit mempertahan kod politik Pahang.

7 kuala sungai, 7 tanjung, 7 tanah keramat, 7 hutan, 7 gunung negeri Pahang, 7 keris Pahang, WZWH berseru kod politik 1-4-8-16 bangkitlah...kumpulkan segala anak cucu cicit...bangkitlah pembesar-pembesar Pahang...ingat pesan nenek moyang...PRU 13 adalah "Battle Of The Century"! 

Dengan berkat kalimah Allah, Muhammad Baginda Rasullullah...Selamatkan Negeri PahangKu.

7 comments:

Anonymous said...

HANYA ORANG YANG DAH TAK PERCAYA ALLAH JE YANG PERCAYA UMNO DAN BN AKAN KEKAL BERKUASA SELAMA-LAMANYA DIBUMI PAHANG INI

Anonymous said...

Anon 9:20,
Percaya kepada Allah untuk mempertahankan kerajaan Islam Pahang selama-lamanya di bumi Pahang ini.

Anonymous said...

anon 9:47pm .... sokong anon , marilah kita berdoa kepada Allah agar kerajaan Islam Pahang dikekalkan ....tak semestinya UMNO ..... boleh jadi PAS ....

Anonymous said...

over your dead body? yummy...sebelum ke selepas kapan? tulis wasiat sama ye, sebab time tu orang lain sibuk raikan kemerdekaan rakyat pahang memerdekakan diri dari pemerintah zalim dan takut bini....

Anonymous said...

tahniah, syabas, dap menang dan memerintah pahang, ramaikan calun dap melayu di semua pelusik negeri agar dap dapa mencipta sejarah menjadi parti domonan memerintah setiap negeri yang MENTERI BESAR NYA ADA LAH MELAYU ISLAM DAP, PEMBANTU KITA BERI PADA PAS DAN PKR, SUKA BEBENOR KAWAE.

Anonymous said...

tahniah!
seronoknya aku jika dap dominan dalam pemerintahan malaysia.maka kata2 lee kuan yew akan menjadi kenyataan,"berikan dap(pap)kuasa maka dalam masa 3 bulan sahaja semua rakyat boleh bertutur bahasa mandarin dengan fasih.aku memang minat dan mahu mtahu berbahasa mandarin.bolehlah aku berbual panjang dengan china doll dan seterusnya jeng...jeng...jeng...
dan lagi banyaklah tanah akan di beri hak milik 999 tahun kepada orang cina.pas cuma boleh tengok dan tak boleh halang sebab nyawa kuasa politiknya ada pada dap.kalau melaawan dap kuasa akan dirampas semula umno.jadi seumur hiduplah pas jadi hamba tebus dap.seronoknya sebab nenek aku pun cina juga.jadi sudah tentu bangsa aku juga yang memerintah.lantaklah anon2 di atas tu. dia orang yang akan kena tindas.peduli apa aku.

kutukan dewata:
orang melayu sudah lama hidup senang lenang.jadi sebab itu dia orang tak sedar diri.jadi sekali sekala biar dia orang rasa susah pula.nanti tahulah langit rendah ke tinggi.

Anonymous said...

Kubur negeri Pahang sudah lama digali, tunggu masa sahaja untuk ditanam. Minta MB dan EXCO pakai baju kuning jalah

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...