Friday, June 24, 2011

Mengenali Strategi Politik BERSIH 2.0


Ini adalah Ambiga Sreenevasan Pengerusi BERSIH 2.0, "Tokoh Pluralism" yang diiktiraf kuasa dunia.

King Ghaz adalah bekas Menteri KDN yang hebat dalam Sejarah Malaysia. WZWH masih ingat pesan King Ghaz:
  1. Kerja kita di Kementerian Dalam Negeri adalah menjaga keamanan dan orang tak tahu jika kita berjaya menjaga keamanan itu; tetapi, jika kita gagal orang tahu kita tak buat kerja, 
  2. Kita tak boleh tunggu sesuatu bala dah timpa negara baru kita nak bertindak, kita perlu mengintip orang-orang yang nak buat kacau. Dalam mengecam potensi masalah yang penting ialah orangnya dan bukan organisasinya, 
  3. Kita mempunyai antara angkatan polis yang terbaik di dunia, 
  4. Selain MI5 di Britain, CIA di USA, KGB di Russia dan Mossad di Israel kita perlu bangga dengan badan Perisikan Malaysia yang, walaupun kecil, sama cekap dengan yang empat ini, 
  5. Menteri, Timbalan Menteri jangan harap nak jadi popular dengan bekerja di Kementerian Dalam Negeri,
Kita semua tahu Pembangkang dan NGO pro pembangkang mahu mengadakan "rally" Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011 di jalanan Kuala Lumpur dan serentak diseluruh dunia. Mesej Bersih kononnya mahu pilihanraya umum yang telus dan mengangkat prinsip-prinsip demokrasi.

Bersih 2.0 mahu memburukkan dan mencalar imej Malaysia di kacamata dunia. Niatnya hanya mahu dunia memandang buruk kepada PM DS Najib dan DYMM Agong!

Mat Sabu mengetuai dari pihak PR, tokoh-tokoh pembangkang yang lain ikut menyokong dari belakang termasuk Anwar Ibrahim. Objektifnya mudah dibaca untuk psiko rakyat Malaysia supaya membenci kerajaan BN yang sah dipilih oleh rakyat Malaysia dalam PRU 12. Jika berlaku huru-hara maka kerajaaan terutama PDRM akan dipersalahkan.

Berbagai NGO yang kita tahu siapa dibelakangnya selama ini termasuk Bar Council yang sepatutnya menghormati undang-undang negara tetapi demi motif politik itu semua diketepikan. Di mana kredibiliti Bar Council?

Mari kita lihat siapa Pengerusi dan AJK Bersih 2.0 ini.

Pengerusi: Datuk Ambiga Sreenevasan 
AJK : Andrew Khoo, K Arumugam, Dr Farouk Musa, Haris Ibrahim, Liau Kok Fah, Maria Chin  Abdullah, Richard YW Yeoh, Dr Toh Kin Woon,Dr Wong Chin Huat, Datuk Yeo Yang Poh, Zaid Kamaruddin, Dr Subramaniam Pillay dan Arul Prakkash.

WZWH tidak perlu untuk buka semua fail jawatankuasa pemandu Bersih 2.0 ini kerana sudah jelas apakah anutan ideologi dan pemikiran mereka.

Siapa Ambiga Sreenevasan ini? Ramai orang tahu beliau adalah seorang peguam dan pernah menjadi Presiden Bar Council. Beliau memperjuangkan pluralism, beliau tidak menghormati Islam sebagai agama rasmi Perlembagaan Persekutuan. Pada beliau anak-anak orang Islam tidak semesti memilih agama Islam bila sudah dewasa. Beliau adalah peguam yang membela Lina Joy untuk murtad.

Inilah pemimpin yang diagongkan oleh kepimpinan tertinggi ulamak dan profesional PAS. Mungkin kepimpinan tertinggi PAS sudah terpengaruh dengan pluralism yang juga fahaman ini dianuti oleh Anwar Ibrahim.

Perhatikanlah tindak-tanduknya bilamana SPR bersedia berdialog dengan kumpulan Bersih, beliau dengan angkuh dan bongkak menyatakan perhimpunan Bersih tetap akan diadakan.

Ambiga pernah mencetuskan kontroversi pada 2008. Antaranya ketika itu dia yang mengetuai Majlis Peguam menganjurkan Forum Kontrak Sosial yang mengundang kemarahan orang Melayu kerana ahli panelnya disifatkan tidak layak membincangkan hak dan kedudukan kaum itu.  Malah banyak pihak menyifatkan tindakan Majlis Peguam ketika itu sebagai sebahagian daripada usaha untuk menekan dan menghina orang Melayu serta agama Islam di negara ini. Tetapi Ambiga selamba seperti tidak ada apa-apa yang tidak kena berlaku.

Banyak tindakan Ambiga yang tidak disenangi tetapi seperti biasa seperti macam itulah dia. Dan rekod Majlis Peguam begitu juga sehingga dikatakan lebih terarah kepada pembangkang. Antaranya yang diketahui oleh orang Melayu, ia adalah badan yang mendalangi penubuhan IFC (Suruhanjaya Antara Agama), Kumpulan Artikel 11 (yang memperjuangkan hak untuk murtad oleh umat Islam menyokong tuntutan Azlina Jailani @ Lina Joy di Mahkamah Persekutuan (yang menuntut hak untuk murtad dari Islam), mengadakan pelbagai forum dan seminar yang mencabar Islam (seperti forum Masuk Islam: Menilai kes Subashini & Shamala).

Orang Melayu di negara ini turut mempersoalkan kredibiliti PAS dalam isu membangkitkan Ambiga.

Kini satu lagi perhimpunan haram diatur juga kononnya bagi menuntut proses pilihan raya bersih dan adil. Anehnya ia kelihatan digerakkan oleh sebuah badan yang tidak berdaftar. Apakah layak ia membuat tuntutan sedemikian jika ia sendiri pertubuhan haram. 

Perhimpunan haram yang diatur 9 Julai ini tidak lebih daripada usaha untuk mengalih tumpuan kepada satu kes liwat yang melibatkan seorang pemimpin politik.


Bangsa manakah yang ramai terlibat dengan "rally" BERSIH 1.0 pada tahun 2007 dulu? Kenapa bangsa WZWH sendiri senang dipermain, mudah diperbodohkan, dijadikan buah-buah catur di dalam permainan politik yang didalangi oleh kuasa luar?

WZWH menaruh segala kepercayaan kepada PDRM mengatasi perhimpunan dan demo haram ini dengan penuh berhemah dan bijaksana. WZWH juga berharap ATM juga berwaspada walaupun belum sampai peringkat PDRM memerlukan bantuan ATM.

We know what we are dealing with....

No comments:

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...