Saturday, June 18, 2011

Strategi Pakatan Rakyat Menakluki Pahang PRU 13

BUKU YANG MESTI ANDA BACA!!!
Buku fitnah politik dari Pakatan Rakyat untuk menjatuhkan kerajaan BN di Pahang. PR terpaksa memburukkan kredibiliti DSD Adnan Yaakob  MB Pahang demi kuasa menuju Wisma Pahang.

8 parlimen dan 12 DUN itu misi Pakatan Rakyat (PR). Itu sasaran prestasi untuk Pahang pada mulanya. Kini PR berkeyakinan meningkatkan sasaran berdasarkan empat isu:
  • Isu loji "rare earth" Lynas Gebeng
  • PAS menukar prinsip kepada negara kebajikan
  • Kesedaran politik peneroka
  • Buku "Report Card" MB Pahang

Sasaran terbaru ialah menuju Wisma Pahang. 

Sehingga kini, pembangkang menguasai 5 kerusi daripada 42 kerusi (BN 37 kerusi). Untuk melayakkan PR menerajui Pahang secara kemenangan majoriti mudah (simple majoriti), PR perlukan sekurang-kurangnya 22 kerusi. Untuk tujuan itu, PR mesti mempertahankan 5 kerusi yang telah dimenangi semasa PRU-12 (2 PAS, 2 DAP & 1 Bebas) iaitu di N12 Beserah (maj 1541), N32 Kuala Semantan (maj 932), N7 Tras (maj 2451), N38 Triang (maj 2469) dan N1 Tanah Rata (maj 575-Bebas). Masih berbaki 17 kerusi lagi. 

Di mana peluang untuk menang boleh diperolehi secara analisa kalkulatif sebegini? Pertamanya ianya boleh difokuskan kepada 7 kerusi yang dimenangi BN dengan majoriti kurang dr 1000 undi iaitu di 3 DUN majoriti pengundi Melayu iaitu N16 Inderapura (maj 873), N15 Tg Lumpur (maj 496), N29 Jengka (maj 596) dan di 4 DUN pengundi majoriti atau signifikan bukan Melayu di N14 Teruntum (maj 293), N10 Damak (maj 509), N34 Ketari (maj 882) & N35 Sabai (maj 145-India). 

Seterusnya fokus perlu diberikan kpd 8 kerusi maj antara 1000-1500 terdapat di 5 kawasan maj Melayu (lebih 70%) iaitu N24 Luit (maj 1068), N3 Pdg Tengku (maj 1188), N9 Tahan (maj 1357), N19 Panching (maj 1441), N27 Jenderak (maj 1374) dan di 3 lagi kawasan pengundi bercampur iaitu di N33 Bilut (maj 1108), N4 Cheka (maj 1280), N5 Benta (maj 1358). 

Ini bermakna masih short 2 kerusi untuk majoriti mudah. Dimana lagi peluang untuk menang? Wajar untuk dimantapkan jentera di N28 Kerdau (maj 1615), N37 Guai (maj 1941) dan 2 kawasan pengundi bercampur iaitu di N13 Semambu (maj 2136) & N30 Mentakab (maj 2439). 

PAS mesti berupaya untuk mendapatkan sokongan Melayu dan pengundi atas pagar perlu beralih dari menyokong UMNO secara signifikan peratusannya. 

Berdasarkan parti, untuk menang simple maj, 22 kerusi tersebut bakal diwakili PAS 9 kerusi, DAP 8 kerusi dan PKR 5 kerusi. Banyak faktor juga perlu diambilkira termasuk faktor calon yang berkredibiliti untuk diketengahkan. Dan PAS perlu melipatgandakan usaha dan memperkemaskan jentera untuk memenangi hati pengundi Melayu. Usaha dakwah dan tarbiah juga mesti menjadi asas utama. Kemungkinan kerajaan campuran seperti yang pernah berlaku di Perak juga tidak boleh ditolak.

PAS telah melakukan kesilapan besar bila prinsip ditukar secara drastik mengugurkan negara Islam kepada negara kebajikan dan hukum hudud bukan keutamaan lagi. Rakyat Pahang nampak PAS sanggup "trade off" agama Islam demi kuasa menuju Putrajaya.

Rakyat Pahang pun nampak pemimpin PAS Pahang, Tuan Ibrahim Tuan Man tiada integriti kerana tewas dalam pemilihan Timbalan Presiden PAS baru-baru ini. Setakat bertanding kacau daun untuk mengalahkan Nasharuddin membuatkan Mat Sabu menang menampakkan tidak bijak politik Tuan Ibrahim Tuan Man. Bagaimana PAS Pahang mahu mengetuai PR menakluki Pahang pada PRU 13 nanti?

2 comments:

dobit127 said...

Xpe...Itu semua hanya perancangan dan strategi pembangkang sekurangnya untuk meningkatkan kemenangan kerusi di negeri Pahang..
Untuk memenangi dan seterusnya membentuk DUN, itu adalah impian sahaja buat masa kini..
Isu dan taktikal yang dipilih jika yang dikatakan oleh Wan Zuri sebagai betul, maka impian hanya tinggal impian.....
Yang penyebab kekalahan BN di negeri Pahang hanyalah satu iaitu sikap orang BN sendiri...
Bagaimana majoriti Cina.. Masih berkiblatkan kepada DAP ataupun kaum India yang dikatakan sudah 90% menyokong BN..
Kaum Melayu juga dikatakan sudah berpatah kembali menyokong Bn..Adakah itu betul?..
Jika peristiwa 2008 berlaku kembali?.. Apa persediaan BN Pahang untuk menghadapinya..?..
di Pahang ini, untuk memenangi DUN dan Parlimen, majoriti besarnya, bergantung kepada undi Orang Melayu?..
Sebab itulah orang pembangkang kata peneroka FELDA tidak cerdik keran masih setia meyokong BN.. Betulkan sedemikian?..
Mengikut fakta dan penerangan yang diberikan, agak logik juga. Patutlah golongan generasi kedua dan ketiga menjadi golongan sasar pembangkang untuk menidakkan sokongan peneroka keatas BN..

So, apa strategi BN?.. Ala, biar sahaja..BN pasti menang punya di kawasan FELCRA dan FELDA..Fokus sekarang adalh untuk mengembalikan undi Cina yang tidak seberapa itu agar kembali menyokong BN...Orang Melayu kena ingat sejarah lalu.. Tanpa BN, siapa mereka sekarang?.. entah2 merempat dimana-mana..

Fikirlah....

Anonymous said...

Saya hairan sikap UMNO yg mengulas isu PAS dan negara kebajikannya, kononnya PAS sudah menggadai prinsip Islamnya. Bila PAS perjuangkan negara Islam dan hudud, UMNO juga yang kaut menentangnya. Bila PAS perjuang Negara Kebajikan UMNO kata begini begini...

Bila PAS diterajui ulama', UMNO juga juara yg menghina ulama2 ini. Tapi bila golongan profesional (bukan ulama') naik dalam PAS, UMNO kata begini begini...

Hairan saya sikap UMNO.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024